Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

The Best Spread 468x60ms TenkoFX Crypto

+ Reply to Thread
Page 1 of 2 1 2 LastLast
Results 1 to 10 of 11
  1. #1
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [26/10/2009] : Kosmo | Berita2 Semasa

    Mana taring United?


    JANGAN pandang Liverpool tidak berkemampuan.
    Bila kena pada harinya, satu persatu kelab gergasi boleh dibaham.

    Itu yang berlaku semalam di Anfield yang menyaksikan The Reds mengecewakan Manchester United 2-0 pada perlawanan Liga Perdana England (EPL).

    Kemenangan tersebut sekali gus membuka peluang skuad bimbingan Rafael Benitez itu untuk bersaing merebut gelaran liga.

    Pada perlawanan semalam, bintang Sepanyol, Fernando Torres dan pemain gantian, David Ngong muncul pemusnah apabila masing-masingnya menjaringkan gol pada minit ke-65 dan juga pada minit kecederaan babak kedua.

    Namun apa yang penting, tiada lagi kejayaan yang lebih manis buat anak buah Benitez ini daripada menjadi penghalang kepada kemaraan The Red Devils.

    Hasil kejayaan ini juga menyaksikan Chelsea kembali merampas takhta pendahulu Liga Perdana England dengan 24 mata daripada 10 perlawanan manakala United di tangga kedua dengan 22 mata.

    Tottenham Hotspur pula menghuni tangga ketiga dengan 19 mata dan Liverpool terikat 18 mata di tangga keempat bersama Arsenal dan Manchester City yang memiliki baki satu perlawanan. Agensi
    Estonian Forex 160x600en
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  2. #2
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Modal graduan hanya RM198

    Oleh SHAWKATH AZDE
    [email protected]

    NOORDIN menunjukkan pelbagai barangan WorldWellness yang boleh memberi manfaat kepada graduan untuk berniaga di Petaling Jaya baru-baru ini.

    PETALING JAYA - WorldWellness Network Sdn. Bhd. (WorldWellness) akan menggiatkan usaha mewujudkan peluang pekerjaan kepada kumpulan graduan bagi menceburkan diri dalam bidang keusahawanan yang dilihat mempunyai prospek tinggi di negara ini.
    Pengasas dan Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Dr. Noordin Darus berkata, untuk tujuan tersebut, pihaknya akan menyediakan peluang perniagaan kepada sekurang-kurangnya 5,000 graduan yang bakal menjadi ahli sepenuh masa atau secara sambilan menjelang akhir tahun ini melalui pakej perniagaan khas yang bermodalkan hanya RM198.
    Menurutnya, pakej itu melibatkan pemilikan lapan kotak Rx-Coffee Aroma Cappuccino yang boleh menjana pendapatan terkumpul sebanyak RM250 bagi setiap pakej.
    "Pakej RM198 itu juga sekali gus membolehkan golongan graduan menganggur menjadi ahli WorldWellness dengan yuran sebanyak RM9.90 seumur hidup berbanding dengan kadar biasa iaitu RM70 sebelum ini.
    "Malah apabila mereka menjadi ahli, selain memiliki produk berkenaan graduan itu juga boleh menjual 13 lagi produk syarikat walaupun tidak mempunyai modal untuk membelinya. Apa yang mereka boleh lakukan ialah mendapatkan tempahan dan kami akan membekalkan mengikut tempahan itu," katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

  3. #3
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Topi keledar GIVI Roma pelbagai saiz lebih selamat



    KUALA LUMPUR - Hanya terdapat dua saiz topi keledar yang dijual di pasaran tempatan dan menurut kajian bahawa 60 peratus punca kematian penunggang dan pembonceng motosikal di negara ini disebabkan oleh kecederaan pada bahagian kepala.
    Ini bermakna saiz topi keledar perlu disesuaikan dengan struktur kepala pengguna motosikal.
    Menyedari hakikat tersebut, GIVI Asia Sdn. Bhd. (GIVI Asia) telah memperkenalkan topi keledar baru yang dikenali sebagai GIVI Roma sebagai usaha mengurangkan statistik kemalangan dan kematian di kalangan penunggang dan pembonceng motosikal di negara ini.
    Pengurus Operasi Luar Negara (GIVI Asia), Joseph Perucca berkata, produk terbaru itu didatangkan dengan empat saiz pilihan iaitu S, M, L dan XL yang direka khas mengikut struktur fizikal kepala penduduk Asia sebagai usaha memastikan pemakaian saiz topi keledar yang betul dapat dilaksanakan.
    "Selain mempunyai struktur bentuk mengikut kepala, GIVI Roma dicipta untuk keselesaan pada lapisan dalaman serta membolehkan peralihan udara di dalamnya. Lapisan itu juga boleh ditanggalkan untuk dicuci," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran produk terbaru itu di sini baru-baru ini.

  4. #4
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Guru bakal terima insentif - Hasil penilaian kecemerlangan sekolah
    PUTRAJAYA - Lebih tiga hingga empat peratus guru termasuk pengetua dan guru besar bakal menerima insentif istimewa yang dinilai pada kecemerlangan sekolah masing-masing, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan demikian semalam.

    Beliau berkata, satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan oleh Kementerian Pelajaran bagi membuat penilaian untuk menentukan guru-guru yang layak.

    Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, bentuk insentif istimewa itu hanya akan diumumkan akhir tahun ini bagi membolehkan tumpuan para guru dapat diberikan sepenuhnya terhadap aspek kepimpinan di sekolah mereka.

    "Ia akan dinilai bukan hanya bersandarkan kepada kecemerlangan keputusan peperiksaan semata-mata tetapi turut mencakupi aspek kepimpinan di sekolah dan beberapa kriteria lain," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah pertandingan Mighty Minds di sini.

    Katanya, ia mungkin dalam bentuk bonus gaji sebulan atau dua bulan.

    "Semua ini akan diberikan dalam bentuk pakej kerana ia bukan hanya bergantung pada kejayaan pengetua atau guru besar sahaja, ia mesti usaha yang membabitkan ramai pihak. Kita akan maklumkan sebelum akhir tahun ini," katanya. - Bernama.

  5. #5
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Ibu lahir bayi 5.3 kilogram
    Oleh ZAID MOHD. NOOR
    [email protected]

    AZMA menunjukkan bayinya yang seberat 5.3 kilogram di Kota Bharu semalam.

    KOTA BHARU - Seorang ibu, Azma Yahya, 33, di sini, melahirkan bayi perempuan bersaiz luar biasa seberat 5.3 kilogram di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini Jumaat lalu.

    Bayi yang diberi nama Nur Delisha Bahie Mohd. Hanafiah itu dilahirkan pada pukul 5.50 pagi secara normal walaupun bersaiz besar.

    Dia yang bekerja sebagai Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang berkata, walaupun bayinya agak besar tetapi dia tidak menghadapi masalah sewaktu bersalin.

    "Saya pergi ke hospital (HRPZ II) pada 22 Oktober setelah tarikh saya dijangka bersalin sudah terlebih selama 11 hari dan bersalin keesokannya pada pukul 5.50 pagi," katanya ketika ditemui di sini semalam.

    Menurut Azma, anak lelaki keduanya juga dilahirkan agak berat iaitu 4.4 kilogram manakala anak pertama dan ketiga pula hanya sekitar tiga kilogram sahaja.

    Katanya, beliau tidak mempunyai penyakit termasuk kencing manis sebelum melahirkan bayinya itu tetapi bayinya masih mendapat rawatan di HRPZ II kerana mempunyai masalah paru-paru tetapi keadaannya semakin stabil.

    Sementara itu, bekas Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia, Dr. Zulkifli Ismail berkata, pemakanan yang diamalkan oleh ibu semasa mengandung merupakan antara faktor menentukan berat bayi yang dilahirkan.

    Menurutnya, kebiasaannya berat normal bayi yang baru dilahirkan di negara ini hanya sekitar 2.7 hingga 3.2 kilogram.

    "Ibu mengandung yang mengamalkan pemakanan yang melampau boleh memberi kesan kepada berat bayi yang bakal dilahirkan," katanya ketika dihubungi semalam.

    Selain itu, Zulkifli berkata, seseorang ibu mengandung yang mempunyai penyakit kencing manis juga merupakan antara faktor yang menyebabkan bayi boleh dilahirkan dengan berat badan melampau.

  6. #6
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Harga kubis kini 75 sen sekilo - Pekebun sayur Cameron Highlands batal longgok kubis di pejabat FAMA
    Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI
    [email protected]

    KERATAN Kosmo! 21 Oktober 2009.

    CAMERON HIGHLANDS - Hasrat ahli Pertubuhan Pekebun Sayur-Sayuran Cameron Highlands untuk mengadakan protes besar-besaran dengan melonggokkan sayuran berkenaan di pejabat Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di Brinchang di sini ditarik balik semalam.

    Ini ekoran FAMA semalam bersetuju untuk membeli sayur kubis bulat yang ditanam lebih 300 pekebun pertubuhan itu dengan harga 75 sen sekilogram berkuat kuasa serta-merta.

    Tawaran itu diumumkan Ketua Pengarah FAMA, Datuk Mohamed Shariff Abdul Aziz pada majlis dialog antara pihaknya dengan Pertubuhan Pekebun Sayur-Sayuran Cameron Highlands di sebuah hotel di Brinchang di sini.

    Menurutnya, selain menokok 15 sen sekilogram daripada harga yang ditawarkan 60 sen pada Khamis lalu, FAMA juga akan mengambil beberapa langkah segera bagi mengawal harga sayuran tersebut daripada terus menjunam.

    "Satu jawatankuasa khas melibatkan FAMA, wakil pertubuhan serta pekebun sayur di sini akan berbincang dari semasa ke semasa dan ia berperanan mengumpul seberapa banyak data mengenai jumlah pengeluaran bagi satu-satu masa.

    "Pada masa sama, kita akan menggandakan usaha membendung kemasukan kubis bulat dari negara luar yang melebihi jumlah AP (permit import) yang dibenarkan," katanya.

  7. #7
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Anak belum tahu ibu sudah mati
    Oleh AZELI ALI
    [email protected]



    KERATAN muka depan Kosmo! semalam.

    GEORGE TOWN - "Help my mum."
    Itulah yang ditulis Tan Hui Linn, 17, yang juga cedera terkena simbahan asid kepada jururawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Pulau Pinang (HPP) yang belum mengetahui kematian ibunya.

    Abang mangsa, Tan Jun Hong, (gambar) 20, berkata, dia belum memberitahu adiknya yang ibu mereka telah meninggal dunia akibat kejadian itu.

    Menurut Jun Hong, Hui Linn sejak kelmarin kerap kali bertanyakan keadaan ibu kepada jururawat yang menjaganya.

    Lebih menyedihkan, kata pemuda itu, adiknya juga mendesak untuk melawat ibunya bagi melihat keadaannya.

    "Jururawat terpaksa berdalih dengan memberitahu ibu dirawat di bilik lain dan tidak boleh diziarahi.

    "Saya tahu pasti sukar bagi Hui Linn sekiranya dia tahu yang ibu kami sudah tiada," kata Jun Hong ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik HPP semalam.

    Dalam kejadian pada pukul 3 pagi kelmarin, Hui Linn dan ibunya Chong Swee Lin, 50, terkena simbahan asid yang dilakukan oleh bapanya ketika mereka tidur di rumah di Jalan Batu Lanchang di sini.

    Akibat kejadian itu, Swee Lin meninggal dunia kerana badannya melecur hampir 95 peratus anggota badannya.

  8. #8
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Wanita kesal tak kesudahan - Anak ditemui mati selepas ibu tidak hirau dimaklumkan anak pergi ke kolam kumbahan
    Oleh HAMZAH SARAH
    [email protected]

    Zaimah dan suami, Mohd. Zawari Abdullah bersama dua anak mereka menunjukkan gambar Idris yang mati di kolam kumbahan di Taman Rakyat Bestari, Telok Kalong, Kemaman kelmarin.

    KEMAMAN - Seorang ibu, Zaimah Abdullah, 30, kesal tidak sudah kerana tidak percaya dengan kata-kata jiran yang memaklumkan anaknya Mohd. Idris, 4, masuk ke kawasan kolam kumbahan di Taman Rakyat Bestari, Kampung Bukit Kuang, Telok Kalong di sini kelmarin.

    Dalam kejadian pukul 6 petang itu, wanita itu tidak menghiraukan kata-kata jirannya kerana menyangkakan anaknya mungkin tiada di rumah kerana pergi ke kedai runcit membeli gula-gula.

    Jiran itu memaklumkan, kanak-kanak itu enggan keluar dari kawasan kolam itu walaupun dia sudah menegahnya.

    Bagaimanapun, selang beberapa minit kemudian, jiran sama datang semula ke rumah Zaimah dan memaklumkan Idris dilihat sudah jatuh ke dalam kolam kumbahan itu.

    Sambil meraung memanggil Idris, Zaimah berlari ke kolam kumbahan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya.

    "Sampai di kolam itu saya hanya nampak sepasang selipar Idris di situ tetapi Idris tidak kelihatan," ceritanya.

    Memikirkan sesuatu yang buruk menimpa Idris, Zaimah terus membuat laporan polis dan menghubungi Bomba dan Penyelamat.

  9. #9
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Kereta solar UNITEN merentas Australia

    KERETA solar UNITEN berlepas dari Rumah Parlimen Darwin, Australia, semalam bagi meneruskan perlumbaan kereta solar dengan merentasi benua Australia sejauh lebih 3,000 kilometer.

    DARWIN (Australia) - Sebanyak 32 kereta kuasa solar termasuk kereta solar Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) 'Solar Ranger1' memulakan cabaran merentas benua Australia pagi semalam.

    Acara pelepasan kereta solar itu berlangsung di Rumah Parlimen Darwin di sini pada pukul 8.30 pagi waktu tempatan.

    Beratus-ratus pemerhati dan peminat kereta solar termasuk wakil media dari seluruh dunia hadir seawal pukul 7 pagi bagi menyaksikan cabaran solar itu yang disertai pasukan dari 15 negara.

    'Solar Ranger1' yang mengalami kerosakan teknikal sebelum ini layak meneruskan perlumbaan itu.

    Bagi 15 anggota pasukan UNITEN, mereka yakin kereta solar itu mampu bertahan dan menamatkan perlumbaan sejauh lebih 3,000 kilometer dari Darwin, utara Australia hingga ke wilayah selatan Australia, Adelaide.

    "Ia bukan soal mesin saja, tapi faktor pemandu (manusia) juga main peranan," kata Mohd. Syafiq Khasmani, pelajar kejuruteraan yang juga salah seorang pemandu kereta solar UNITEN. - Bernama

  10. #10
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    15 GRO Filipina ditahan di bilik khas

    Sebahagian GRO yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Johor Bahru semalam.

    JOHOR BAHRU - Beg tangan banyak, pemiliknya lesap.
    Curiga dengan keadaan itu sepasukan Imigresen menggeledah sebuah pusat hiburan di Taman Nusa Bestasi di sini semalam sebelum menemui 15 pegawai perhubungan pelanggan (GRO) Filipina yang bersembunyi di dalam sebuah bilik khas di sebalik dinding kaca.

    Ketua Bahagian Penguat Kuasa, Masri Adul berkata, dalam serbuan pada pukul 1 pagi, pasukan Imigresen menemui sejumlah beg yang diletakkan di satu sudut tidak jauh dari kaunter wang di premis itu.

    Bagaimanapun, menurut beliau, ketika itu hanya ada beberapa wanita di pusat hiburan terbabit.

    "Curiga dengan beg-beg tangan yang banyak itu, kita menggeledah seluruh pusat hiburan dan menemui 15 GRO di dalam sebuah bilik berdindingkan kaca," kata beliau ketika dihubungi semalam.

    Menurut beliau, semasa ditanya kepada 15 GRO itu siapa pemilik beg tangan itu tiada seorang pun yang mengaku.

    "Bagaimanapun sebaik kami memberitahu pemilik beg tangan di situ boleh pergi ambil, wanita-wanita terbabit mengambil beg tangan masing-masing," katanya.


  11. Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts