Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

The Best Spread 468x60ms Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

+ Reply to Thread
Results 1 to 7 of 7
  1. #1
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [26/10/2009] : Sinar Harian | Berita2 Semasa

    Pemuda Pas akui semakin hilang ‘umph’

    SHAH ALAM - Selepas kepimpinan tertinggi Pas mengalami ‘krisis dalaman’, sayap pa:rti itu, Dewan Pemuda Pas Pusat pula kini berhadapan dengan kepincangan dalam soal perjuangan parti di kalangan ahli-ahlinya.

    Ketuanya, Nasrudin Hassan menyifatkan ahli-ahli sayap parti itu kini bagaikan sudah hilang ‘umph’ kerana semangat perpaduan dan perjuangan demi agama di dalam diri masing-masing seakan menghilang.

    “Sejak sekian lama, kini perjuangan kita seperti ketiadaan “umph”. Bertugas dan bekerja dengan hambar. Terkadang dihambat rasa letih dan bosan. Memang aneh cara kita berjemaah di zaman moden ini. Hilang ‘umph’ dan yang timbul adalah curiga mencurigai antara satu sama lain.

    “Suasana sentiasa tegang dan panas. Bila-bila masa boleh mencetus perbalahan. Masing-masin:g menunggu ‘tuning point’ sebagai masa nak bertindak,” katanya melalui blognya, http://episodeperjuangan.blogspot.com.

    Menurutnya, zaman semakin canggih malangnya ikatan ukhuwah sesama ahli parti dirasakan semakin ‘daif’.

    “Berjuang seharian terasa bagai berjalan di atas bara api. Nak bercakap rasa tak kena, tak bercakap rasa salah. Jumpa sahabat hanya mengangguk kepala , kalau sempat pun sekadar bersalam tangan,” katanya.

    Sementara itu Nasruddin ketika dihubungi berkata, tulisan di dalam blognya itu hanyalah sekadar motivasi untuk semua ahli Pas serta menyangkal dakwaan baya sayap kanan parti itu bergolak seperti yang digembar-gemburkan.

    “Apa yang tercatat di dalam blog saya itu tidak lebih daripada motivasi saja. Tidak wujud perbalahan di kalangan Pemuda Pas. Kami (Pemuda Pas) okey saja. Saya juga menulis kerana masalah yang berlaku sekarang terutama kepada majlis tertinggi.

    “Saya juga berharap Pemuda Pas tidak mudah tertewas dengan apa juga yang diperkatakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Saya mahu Pemuda Pas kekal bersatu hati.

    “Harapan saya, agar Pemuda Pas dapat menikmati semula ‘umph’ tersebut iaitu Usrah Mantap Pemuda Hebat (Umph),” katanya
    PAMM 120x600
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  2. #2
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Pembantu rumah didera meninggal dunia

    KLANG - Pembantu rumah warga Indonesia, yang ditemui separuh pengsan dengan kesan lebam dan luka hampir seluruh badan, dipercayai didera oleh majikannya di dalam tandas sebuah rumah di Taman Sentosa di sini meninggal dunia hari ini.

    Mangsa dikenali sebagai Mantik Hani, 36, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10 pagi di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, sejak dimasukkan ke hospital itu Selasa lepas.

    Pengarah HTAR, Dr Ghazali Hasni Md Hassan, berkata mangsa meninggal dunia selepas didapati tidak bertindak balas dengan rawatan yang diberikan sepasukan doktor pakar. - Bernama

  3. #3
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Guna 'kuasa pengguna' tentu harga

    SERI ISKANDAR - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam mengulangi nasihat kepada orang ramai supaya menggunakan 'kuasa' sebagai pengguna untuk menentukan harga barangan di pasaran.

    “Rakyat boleh menggunakan hak pengguna sebagai kuasa untuk menentukan harga... kefahaman ini masih belum meluas dalam kalangan pengguna keseluruhannya,” katanya.

    Menurutnya, kurang kefahaman berkenaan menyebabkan pengguna masih terus mengharapkan kerajaan untuk bertindak mengawal harga barangan di pasaran sedangkan hanya beberapa barangan yang dikawal melalui undang-undang seperti Akta Kawalan Harga.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Kelab Pengguna Institut Pengajian Tinggi (IPT) Kebangsaan di UiTM Seri Iskandar di sini, semalam.

    Ismail Sabri berkata, kadar kefahaman kepenggunaan dalam kalangan rakyat masih berada sekitar 50 peratus dan kementerian telah meningkatkan kempen kesedaran melalui pelbagai bidang termasuk menggunakan rancangan televisyen dan iklan.

    Menurutnya, sebagai contoh, orang ramai tidak sedar bahawa hanya lima sahaja barangan makanan dikawal harganya oleh kerajaan iaitu beras, gula, gandum, minyak masak dan roti putih selain gas, petrol dan diesel.

    “Bagi harga roti canai atau teh tarik, harganya tidak dikawal dan pengguna mempunyai kuasa untuk memastikan pekedai tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya... guna kuasa sama ada mahu membeli atau memboikot barangan yang dinaikkan harga,” katanya.

    Ismail Sabri yakin bahawa kesedaran kepenggunaan dalam kalangan rakyat akan meningkat lebih baik apabila generasi muda di bangku sekolah dan IPT semakin terdedah dengan penubuhan kelab-kelab pengguna.

    Beliau berkata, sehingga kini, 11 IPT termasuk sembilan di Perak telah menubuhkan kelab dan selepas pelancaran semalam, kementerian mensasarkan semua 56 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara menubuhkan kelab sebelum pertengahan tahun depan.

    Pada majlis itu, Ismail Sabri turut mengumumkan pemberian geran pelancaran kelab berjumlah RM1,000 bagi setiap kelab pengguna IPT.

    Menurutnya, sasaran seterusnya adalah menubuhkan kelab pengguna di semua sekolah menengah di mana sehingga kini hanya 991 sekolah mempunyai kelab berkenaan. - Bernama

  4. #4
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Faedah Bajet 2010 terlalu kecil - Anwar

    SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertentangan dengan usaha kerajaan untuk meneruskan agenda ekonomi berasaskan kreativiti, inovasi dan nilai tambah.

    Menurutnya, bajet berkebajikan yang dilabelkan Kerajaan itu memberi faedah yang terlalu kecil kepada rakyat jika dibandingkan dengan subsidi yang diterima oleh syarikat Penjana Tenaga Bebas (IPP) atau syarikat-syarikat pemegang konsesi seperti tol, AP dan sebagainya.
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  5. #5
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    ADUN PR mungkin tidak hadir sidang DUN Perak

    IPOH - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada pakatan pembangkang mungkin tidak akan menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Rabu ini jika polis gagal memberi jaminan terhadap keselamatan mereka.

    Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat (PRBBC) Khalil Idham Lim berkata keputusan berkenaan bagaimanapun akan ditentukan oleh pimpinan pakatan pembangkang negeri.

    "Matlamat kami adalah hadir sidang...kami akan serah kepada pimpinan jika keputusan sebaliknya," katanya pada sidang akhbar di pejabat PAS Perak di sini hari ini.

    Semalam, Pesuruhjaya PAS Perak Abu Bakar Hussain berkata ADUN pakatan pembangkang akan membuat laporan polis meminta jaminan keselamatan daripada polis kerana dikhuatiri ada ancaman terhadap ADUN pakatan pembangkang sebelum dan semasa sidang.

    Ketua Polis Perak Datuk Zulkefli Abdullah ketika dihubungi hari ini berkata polis akan menjaga keselamatan sepanjang sidang berkenaan termasuk Adun Barisan Nasional atau pakatan pembangkang. - Bernama
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  6. #6
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Presiden Indonesia lawat Malaysia 11 Nov

    KUALA LUMPUR - Pemilihan Malaysia sebagai negara pertama untuk dilawati Presiden Susilo Bambang Yudhoyono pada 11 Nov depan adalah kerana hubungan Indonesia dan Malaysia merupakan yang paling strategik di rantau ini, kata duta besar Indonesia ke Malaysia Tan Sri Da'i Bachtiar.

    Ia merupakan lawatan pertama Susilo selepas mengangkat sumpah sebagai Presiden Indonesia buat penggal kedua pada 20 Okt lepas yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Da'i berkata kedua-dua pemimpin akan membincangkan beberapa isu membabitkan hubungan bilaterial. - Bernama
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  7. #7
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    4 termasuk bayi 3 bulan maut kemalangan

    PUTRAJAYA - Empat sekeluarga termasuk seorang bayi perempuan berumur tiga bulan maut dalam satu kemalangan di kilometer 1.5, Jalan Pinggiran Selatan Kajang-Dengkil dekat sini pada pukul 1 tengah hari tadi.

    Selain bayi itu, Siti Nur Balqis Muhammad Ariffadilah, turut terkorban adalah ibu bayi berkenaan Nor Lenny Marlina Mohd Zawawi, 28, dan adik wanita itu Nor Adila Mohd Zawawi, 26, serta ibu mereka Wan Hamisah Wan Ibrahim, 53.

    Jurucakap polis berkata dalam kejadian itu dipercayai kereta yang dipandu oleh Nor Adila bertembung dengan sebuah kereta lain yang datang dari arah bertentangan.

    Kesemua mangsa dikatakan dari arah pusat membeli-belah Alamanda ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

    Nor Adila dan Nur Lenny mati di tempat kejadian sementara bayi itu dan neneknya meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya. - Bernama

    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  8. TenkoFX Crypto

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts