Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60 TenkoFX Crypto

+ Reply to Thread
Page 1 of 4 1 2 3 ... LastLast
Results 1 to 10 of 32
  1. #1
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [26/10/2009] : Berita Harian | Berita2 Semasa

    Angka korban dua serangan bom di Baghdad cecah 106 orang

    BAGHDAD: Dua letupan bom kereta yang dipercayai didalangi Al-Qaeda memusnahkan bangunan Kementerian Keadilan dan kerajaan negeri di Baghdad hari ini, serta membunuh sekurang-kurangnya 106 orang.

    Kira-kira 600 yang lain juga cedera dalam serangan bom hampir serentak pada jam 10.30 pagi (0730 GMT) yang menyebabkan jalan raya dipenuhi cebisan mayat rentung dan anggota badan manusia serta runtuhan bangunan.

    Letupan itu yang disifatkan kerajaan sebagai memiliki sentuhan Al-Qaeda, turut memusnahkan puluhan kenderaan dan paip air, menyebabkan air kotor melimpahi jalan yang ditumpahi darah.

    Satu letupan berlaku di persimpangan yang sibuk berhampiran bangunan Kementerian Keadilan manakala satu lagi di kawasan bertentangan bangunan kerajaan negeri.

    Perangkaan daripada empat hospital di Baghdad menunjukkan sekurang-kurangnya 106 orang terbunuh dan hampir 600 cedera dalam serangan itu. - AFP
    PAMM 120x600
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  2. #2
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Autonomi mungkin pilihan untuk selatan Thailand: PM



    HUA HIN: Tuntutan kemerdekaan oleh kumpulan pemisah di Selatan Thailand adalah tidak wajar, namun Thailand seharusnya menawarkan tahap tertentu autonomi kepada wilayah yang majoritinya didiami oleh orag Islam, Datuk Seri Najib Razak.

    Dalam satu temuramah berasingan dengan akhbar berbahasa Inggeris, Nation dan Bangkok Post pada Sidang Kemuncak ke-15 Asean di sini, Perdana Menteri berkata tuntutan bagi mendapatkan kemerdekaan atau pemisahan tidak boleh diterima sama sekali.

    Beliau berkata, sebarang tuntutan terhadap kerajaan Thailand perlu berada dalam ruang lingkup perlembagaan Thailand.


    "Resolusi yang berkekalan adalah soal kepercayaan - "kepercayaan, dan pastinya memenangi hati serta perasaan penduduk di Selatan," kata beliau yang dijadualkan melawat wilayah yang bergolak itu Disember ini bersama dengan rakan sejawatannya Abhisit Vejjajiva selepas Rundingan Tahunan mereka di Bangkok.

    Najib berkata, beberapa bentuk autonomi tertentu boleh menjadi penyelesaian bagi menamatkan keganasan dan kerajaan Thailand boleh menawarkan kebebasan tertentu bagi penduduk di kawasan itu yang dirasakan amat penting buat penduduk tempatan, umpamanya pemilihan pemimpin tempatan, pekerjaan, agama dan pendidikan.

    "Ia adalah keputusan Thailand sendiri untuk menimbangkan sejauh mana autonomi di kawasan itu dapat diberikan dan Malaysia sebagai negara jiran, tidak akan masuk campur dalam perkara itu. Anda mungkin tidak mahu menamakannya autonomi, tapi mungkin sekurang-kurangnya ada sedikit bentuk pembabitannya," katanya.

    Lebih daripada 3,600 orang terbunuh sejak kumpulan bersenjata menyambung kembali kempen mereka pada Januari 2004 bagi mendapatkan kemerdekaan buat wilayah majoriti orang Islam di Pattani, Yala dan Narathiwat yang bersempadan dengan Malaysia.

    Najib berkata, dalam lawatannya yang dirancang pada Disember ini, beliau akan memberitahu penduduk tempatan bahawa Kuala Lumpur tidak akan menyokong mana-mana kumpulan ekstremis yang bertindak mencabuli undang-undang Thailand.

    "Begini, anda tahu yang anda perlu menjadi rakyat Thailand yang baik. Jangan harap Malaysia akan menyokong sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang Thailand. Tindakan anda tindakan bersendirian, dan jika mereka (yang melanggar undang-undang) menyeberangi sempadan ke Malaysia, kami akan hantar mereka kembali (ke Thailand)," katanya kepada Nation.

    Najib berkata, salah satu daripada isu utama yang turut memberi kesan dalam hubungan dua hala dan perlu diselesaikan segera ialah soal dua kerakyatan, di mana antara 20,000 dan 25,000 penduduk disekitar kawasan itu dipercayai memiliki kerakyatan Thailand dan juga Malaysia.

    Perdana Menteri memberitahu Bangkok Post bahawa jalan penyelesaian terhadap keganasan dan ekstremism boleh dicapai sekiranya kerajaan Thailand dapat berurusan dengan "kumpulan yang tepat" dan memperakui bahawa ia boleh dan seharusnya menangani masalah yang sebenarnya, yang dialami penduduk tempatan.

    "Jika anda berupaya mendapatkan kepercayaan mereka, dan mereka merasakan bahawa kerajaan sememangnya benar-benar mengambil berat terhadap kepentingan dan masalah mereka, saya rasa anda akan dapat lihat yang keadaan semakin bertambah baik. Sebaik sahaja majoriti penduduk menyokong anda, anda pasti dapat menghapuskan kumpulan ekstremis," katanya. - Bernama

  3. #3
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Ekonomi Korea Selatan catat pertumbuhan pantas dalam tujuh tahun




    SEOUL: Ekonomi Korea Selatan berkembang pada kadar terpantas bagi suku ketiga tahun ini disokong kekuatan negara itu dalam sektor pengeluaran dan perbelanjaan modal untuk tempoh tujuh tahun kebelakangan ini, kata bank pusatnya hari ini.

    Bank Negara Korea, berkata negara Asia berkenaan yang menjadi peneraju dalam memacu pemulihan global ketika ini, mencatatkan pertumbuhan produk domestik kasar sebanyak 2.9 peratus dalam tempoh tiga bulan berakhir 30 September lalu, berbanding suku sebelumnya dengan jangkaan pengembangan 2.6 peratus.

    Bagaimanapun, dalam pengumuman itu, bank itu berkata, angka yang diberikan masih di peringkat awal dan masih dalam tempoh rujukan.


    Katanya, ia menandakan pertumbuhan terbaik sejak pengembangan 3.8 peratus pada suku pertama 2002.

    Korea Selatan memacu ke arah pemulihan daripada kemelesetan teruk dalam krisis kewangan Asia 1997 hingga 1998, di mana mata wang yang lemah dan program stimulus kerajaan di luar negara merangsang eksport.

    Kadar faedah terendah dalam sejarah dan perbelanjaan kerajaan dalam negara turut membantu merangsang ekonomi negara keempat terbesar di Asia itu. - AP

  4. #4
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Ahli SPDP perlu dahului parti daripada diri sendiri: Mawan




    SIBU: Ahli Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) perlu pada setiap masa mendahulukan kepentingan parti daripada kepentingan diri sendiri, kata Presidennya, Datuk Seri William Mawan Ikon.

    Beliau mengingatkan bahawa, tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau kumpulan yang cuba menggugat kestabilan dan perpaduan parti.

    "Kita telah saksikan bagaimana beberapa parti politik yang kukuh telah goyah apabila ahli tertentu mahu menterjemahkan agenda peribadi mereka menjadi realiti. Kita tidak mahu melalui percaturan seperti itu. Kita perlu elakkannya," katanya pada upacara angkat sumpah jawatan anggota jawatankuasa baru bagi lapan bahagian parti di sini, Kanowit dan Tamin, di Pusat Sivik di sini, semalam.


    Mawan berkata, semua ahli perlu memberi tumpuan kepada cara terbaik untuk terus memainkan peranan sebagai ahli parti yang dihormati dan berharga dalam Barisan Nasional (BN).

    Katanya, walaupun SPDP adalah satu parti yang kecil, ia tidak harus menjadi halangan kepada ahlinya daripada memberikan sumbangan besar kepada kepentingan menyeluruh BN dan berkhidmat kepada rakyat berpandukan gagasan 1Malaysia.

    Sementara itu, beliau juga melahirkan harapan yang parti itu akan diberikan satu lagi jawatan menteri muda dalam rombakan Kabinet negeri oleh Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang dijangkakan tidak lama lagi. - Bernama

  5. #5
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Libya henti keluarkan visa kepada warga Kanada




    OTTAWA: Libya menghentikan pengeluaran visa kepada warga Kanada di tengah-tengah ketegangan antara dua kerajaan, menurut laporan media tempatan, semalam.

    Televisyen CBC dan Jurnal dalam talian, Cyberpresse, berkata keputusan itu dibuat susulan pembatalan perhentian bermalam di Kanada oleh pemimpin Libya, Moamer Kadhafi, lewat September lalu.

    Kadhafi dijadualkan bermalam di Kanada dalam perjalanan pulang ke Libya daripada persidangan di Amerika Syarikat dan Venezuela.


    Tetapi, Perdana Menteri Kanada, Stephen Harper mengarahkan Menteri Luarnya, Lawrence Cannon untuk bertemu dengan pemimpin kontroversi itu dan menyatakan rasa tidak selesa Kanada terhadap sambutan kepulangan pesalah pengebom Lockerbie, Abdel Baset al-Megrahi.

    Cannon dalam pertemuan itu memberitahu Kadhafi, bahawa sambutan yang diadakan bagi menyambut kepulangan Abdel adalah “penghinaan kepada semua mangsa termasuk warga Kanada”.

  6. #6
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Nik Aziz patut berundur, tidak relevan kepada pemimpin muda Pas: Mohd Puad




    BATU PAHAT: Masa sudah tiba bagi Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, berundur kerana beliau sudah tidak lagi relevan kalangan pemimpin generasi muda Pas, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.

    Beliau berkata, Nik Aziz sudah ketinggalan zaman dan politik Menteri Besar Kelantan itu sudah tidak lagi sesuai dengan keadaan semasa.

    Ini terbukti apabila semakin ramai pemimpin Pas tidak mendengar cakap beliau terutama mengenai cadangannya untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) Pas yang tidak mendapat sokongan.

  7. #7
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Hasil kajian semula NAP diumumkan minggu ini




    KUALA LUMPUR: Hasil kajian semula Dasar Automotif Nasional (NAP) akan diumumkan dalam minggu ini, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed hari ini.

    "Dua atau tiga hari lagi saya akan umumkan. Esok, kita akan pastikan bila (tarikhnya)," katanya selepas menghadiri Majlis Kemuncak Program Kualiti dan Inovasi kementerian itu, di sini, hari ini.

    Baru-baru ini, beliau berkata, hasil kajian semula dasar itu mungkin akan diumumkan selewat-lewatnya awal bulan hadapan.


    Sebelum itu, hasil kajian semula NAP dijangka diumum pada September lalu, tetapi ditangguhkan ke satu tarikh baru.

    "Tiada masalah untuk diumumkan dalam minggu ini," katanya.

    NAP, yang diperkenalkan pada 2006, membabitkan tidak kurang 150,000 orang dalam bidang pengeluaran, jualan, pengedaran dan pembiayaan kereta di negara ini.
    NAP baru itu akan mempunyai dasar jelas untuk masa depan Proton, pembuat kereta nasional dan syarikat lain termasuk pengilang komponen, vendor dan pengedar.

    Mustapa berkata, sebahagian hasil kajian semula dasar itu sudah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika pembentangan Bajet 2010 Jumaat lalu.

    Ia berkaitan untuk mengenakan RM10,000 ke atas pemegang Permit Import (AP) terbuka bagi setiap AP yang dijual.

    Dalam perkembangan lain, Mustapa berkata, kementerian itu akan memperhebat mempromosi perdagangan ke pasaran baru seperti ke negara bekas Soviet seperti Uzbekistan, Kazakhstan dan Tajikistan, selain menerokai pasaran Russia dan negara Amerika Selatan seperti Brazil.
    "Negara-negara ini mempunyai perdagangan yang kecil (dengan Malaysia) tetapi potensinya besar. Ini adalah fokus kita pada tahun hadapan selain memantapkan pasaran tradisi kita," katanya.

    Beliau berkata, tumpuan pada tahun depan juga adalah untuk mengimbangi kemasukan pelaburan asing dan domestik.

    "Pada ketika ini, kita, melalui MIDA, memberi tumpuan hampir 70 peratus usaha menarik pelaburan asing ke dalam negara. Tetapi, pada tahun hadapan kita akan mengimbangi pelaburan domestik sebanyak 50 peratus."

    MIDA atau Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia adalah agensi utama kerajaan bagi membantu syarikat-syarikat yang berhasrat untuk melabur dalam negara. - Bernama

  8. #8
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    LPK buat aduan kepada badan profesional terhadap tiga perundingnya




    KUALA LUMPUR: Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), hari ini membuat aduan kepada badan profesional yang berkaitan, berhubung tiga daripada perundingnya yang didakwanya sebagai terbabit dengan skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

    Pengerusinya, Lee Hwa Beng dalam satu kenyataan yang dikeluarkan LPK hari ini, berkata pihaknya membuat aduan kepada Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara Majlis Peguam terhadap Messrs Rashid Asari & Co. (RA), yang menjadi peguamcara bagi pihak LPK dalam urusan pembelian tanah PKFZ dan perjanjian pembangunan antara LPK dan Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB).

    Menurut kenyataan itu RA bertindak mewakili KDSB sebelum ia mewakili LPK.


    "PKA memutuskan terdapat salah laku profesional di pihak RA, di mana RA meletakkan kedudukannya dalam keadaan konflik berkepentingan yang menyaksikan wujudnya “berat sebelah” yang berpihak kepada KDSB dan menjejaskan PKA," katanya.

    Menurutnya, LPK turut membuat aduan kepada Lembaga Juru Ukur Bahan Malaysia terhadap Perunding BE Sdn Bhd, antaranya berhubung kegagalannya menggunakan kepakaran serta penjagaan yang berpatutan dalam membuat penilaian sepatutnya mengenai kos projek dan dalam melaksanakan tanggungjawab profesional mereka kepada LPK.

    Ia juga membuat aduan kepada Lembaga Arkitek Malaysia terhadap BTA Architect Sdn Bhd, antara lain berhubung pelbagai tugas yang dilaksanakannya di PKA yang dilihat cuai, semasa melaksanakan tugas profesional sebagai arkitek.
    PKFZ, sebuah hab pemindahan ke kapal yang dibina di tapak seluas 405 hektar di Pelabuhan Klang, diselubungi kontroversi berikutan pendedahan bahawa kos pembangunannya melonjak daripada RM2.5 bilion kepada RM4.6 bilion.

    LPK membeli 400 hektar tanah PKFZ di Pulau Indah daripada Kuala Dimensi Sdn Bhd dengan kos RM25 bagi setiap kaki persegi, dan syarikat itu kemudiannya dilantik sebagai pemaju projek berkenaan.

    LPK sebelum ini membuat dua laporan polis berhubung dakwaan "over-billing" mencapai RM1 bilion dan wujud konspirasi untuk menipu LPK, kedua-duanya membabitkan kontraktor turnkey, Kuala Dimensi Sdn Bhd dan kontraktor pembangunan projek itu BTA Architects.

    Awal bulan ini, kerajaan mengumumkan penubuhan Pasukan Petugas Khas 11 ahli yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan bagi memulihkan projek PKFZ itu serta mengenal pasti langkah untuk memajukannya.
    Pasukan petugas itu juga antara lain, akan menentukan salah laku atau perbuatan jenayah mana-mana individu atau entiti yang terbabit dalam projek tersebut serta mengesyorkan tindakan yang perlu diambil terhadap mereka. - Bernama

  9. #9
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Malaysia guna diplomasi selesaikan isu sensitif dengan Indonesia




    KUALA LUMPUR: Kementerian Luar menggunakan saluran diplomasi bagi menyelesaikan isu-isu sensitif yang berlaku di antara Malaysia dengan Indonesia, kata Timbalan Menteri Luar, Senator A Kohilan Pillay.

    Beliau berkata, di peringkat tinggi, hubungan antara kedua-dua pemimpin negara berjiran itu juga sangat akrab.

    "Mereka sering berhubung melalui telefon untuk membincangkan secara terus ada jua perkara atau permasalahan yang memerlukan perhatian yang segera," katanya.


    Katanya, kementerian turut mengambil beberapa inisiatif segera dalam mengatasi isu-isu sensitif, termasuk memberi penjelasan di saluran media tempatan dan antarabangsa termasuk di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

    "Ini adalah bagi memaklumkan rakyat kedua-dua negara, khususnya media, supaya mengambil langkah sewajarnya, bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia yang berada di Indonesia adalah terpelihara dan diberi keutamaan," katanya menjawab soalan Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) yang ingin tahu sejauh manakah hubungan baik antara Malaysia dan Indonesia kekal mesra dan akrab pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

    Kohilan berkata, walaupun terdapat segelintir kumpulan di Indonesia yang cuba menggugat hubungan baik kedua-dua negara dengan menggunakan provokasi media, hubungan antara pemimpin tertinggi kedua-dua negara adalah baik dan jitu.
    Kohilan berkata, hubungan itu turut dipupuk menerusi beberapa mekanisme seperti Rundingan Tahunan antara Perdana Menteri dengan Presiden Republik Indonesia, Mesyuarat Suruhanjaya Bersama dan juga melalui kerjasama Kumpulan Tokoh-tokoh Terkemuka(EPG).

    Di peringkat rakyat, khususnya belia, Kohilan berkata, kini terdapat hampir 15,000 pelajar dari Indonesia mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang di pusat pengajian tinggi di sini, manakala terdapat 6,000 pelajar Malaysia di Indonesia.

    "Mereka ini (pelajar Indonesia) pada suatu hari nanti diharap akan menjadi sahabat Malaysia dan penuntut Malaysia di Indonesia pula akan menjadi “duta kecil” kita, untuk tujuan merapatkan hubungan antara kedua-dua negara," katanya. - Bernama

  10. #10
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat Pas Rabu ini




    KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pusat Pas akan mengadakan mesyuarat khas dengan barisan pesuruhjaya negeri Rabu ini bagi membincangkan isu-isu dibangkitkan oleh Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

    Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, berkata mesyuarat yang dijadualkan pada jam 8.30 malam di Pejabat Pas akan dihadiri 47 pemimpin parti itu, termasuk Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan, untuk membahaskan isu-isu berbangkit.

    Bercakap pada sidang media di sini hari ini, Mustafa turut ditanya akan kemungkinan satu Muktamar Agung Khas (EGM) diadakan hasil daripada mesyuarat khas itu, Mustafa berkata ia terpulang kepada keputusan yang dicapai termasuk mengambil kira maklumat dan pandangan yang diterima nanti.


    "Kita tengok dulu apa pandangan yang akan diterima sama ada perlu atau tidak diadakan EGM. Kalau masalah selesai, tak perlu buat EGM, selesaikan di situ," katanya.

    Berdasarkan perkembangan semasa dan pengalaman lalu, Mustafa berpendapat parti itu tidak memerlukan EGM dan lazimnya mesyuarat khas yang diadakan dapat menyelesaikan konflik dihadapi.

    Mustafa yang enggan mengulas lanjut mengenai intipati mesyuarat khas Rabu ini, berkata sekiranya EGM perlu dibuat, ia harus mengikut perlembagaan Pas.
    "EGM ni ada prosesnya. Mengikut Fasal 16, Muktamar Pas boleh diadakan beberapa kali dalam setahun sekiranya dikehendaki oleh Presiden atau permintaan bersurat daripada sekurang-kurangnya satu pertiga daripada ahli Jawatankuasa Kerja Pas atau satu pertiga daripada Pas kawasan," katanya.

    Ketika diminta mengulas mengenai dirinya yang dilabelkan sebagai seorang pemimpin "dua tiga kerat" yang bermasalah, Mustafa berkata ia seharusnya diajukan sendiri kepada Nik Aziz selaku pengeluar kenyataan itu.

    "Saya takkan komen mengenai perkara itu. Saya tak terkesan langsung dengan kenyataan itu, saya takkan cakap mengenai perasaan saya. Saya tak rasa apa pun, saya tak terluka apa-apa," katanya.

    Mustafa turut menafikan mesyuarat khas itu diadakan bagi membincangkan masalah membabitkannya kerana arahan mengadakan mesyuarat datangnya daripada Presiden Pas serta untuk menjelaskan kedudukan sebenar.
    "Kalau tanya saya, saya tak ada masalah dengan parti. Tapi kalau tanya Tok Guru, mungkin ada. Awak (pemberita) tak boleh tanya saya benda yang saya tak kata," katanya.

    Jumaat lalu, Nik Abdul Aziz dalam blognya www.bloktokguru.com mencadangkan supaya EGM diadakan bagi menukar "dua tiga kerat" pemimpin yang bermasalah iaitu Mustafa, Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa, dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali. - Bernama


  11. The Best Spread 468x60ms

 
+ Reply to Thread
Page 1 of 4 1 2 3 ... LastLast

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts