Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

The Best Spread 468x60ms Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

+ Reply to Thread
Results 1 to 7 of 7
  1. #1
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [25/10/2009] : Berita Harian | Berita2 Semasa

    Real Madrid sekadar seri dengan Gijon

    MADRID: Real Madrid gagal untuk bangkit daripada kekalahan kepada AC Milan dalam saingan Liga Juara-Juara pada pertengahan minggu apabila seri dengan Sporting Gijon 0-0 dalam liga Sepanyol manakala Mallorca yang bermain dengan 9 orang mengikat Atletico Madrid 1-1.
    Trade_on_STP_accounts-ENG_160x600
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  2. #2
    'Victoria Concordia Crescit'
    Join Date
    Oct 2009
    Posts
    2,246
    maraippo will become famous soon enough maraippo will become famous soon enough
    My Mood
    Cool
    Post Thanks / Like
    Tarif kebanyakan barang diniaga Asean, China dihapus 2010

    HUA HIN (Thailand): Tarif ke atas kebanyakan barangan yang diniagakan antara Asean dan China akan dihapuskan menjelang 2010, demikian kata satu kenyataan yang dikeluarkan selepas Sidang Kemuncak Asean-China Ke-12, di sini, semalam.

    Pemimpin yang menghadiri persidangan itu berkata pemeteraian Perjanjian Pelaburan Asean-China baru-baru ini menjadi mercu tanda di dalam hubungan kumpulan serantau itu dengan China.

    Persidangan itu juga akur bahawa perdagangan dua hala meningkat lebih tiga kali sejak enam tahun lepas daripada AS$60 bilion kepada AS$192 bilion pada 2008.



    Mereka menyeru kedua-dua pihak supaya menggunakan sepenuhnya Perjanjian Perdagangan Bebas Asean dan China.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, adalah antara 10 pemimpin Asean yang menghadiri sidang kemuncak itu yang turut dihadiri Perdana Menteri China, Wen Jiabao.

    Kedua-dua pihak juga bersetuju mengenai keperluan untuk mempromosikan pengetahuan dan kesedaran mengenai FTA itu, khususnya di kalangan sektor swasta serta latihan.

    Wen memberitahu rakan sejawatannya bahawa China akan menganjurkan satu forum mengenai FTA China-Asean untuk membangunkan portal perniagaan dan juga mewujudkan zon kerjasama ekonomi di negara anggota Asean dan menggalakkan syarikat China melabur di sana.

    Sebagai tambahan, kedua-dua pihak perlu juga menggalakkan kerjasama di dalam melindungi hak harta intelek, penghapusan sekatan perdagangan dan mewujudkan satu sistem yang disatukan bagi sanitari dan 'phytosanitary.'

    Asean juga menyambut baik insiatif China untuk mewujudkan satu Dana Kerjasama Pelaburan China-Asean AS$10 bilion dan Kredit Komersial AS$15 bilion untuk menyokong pembangunan infrastuktur. Bernama

  3. #3
    'Victoria Concordia Crescit'
    Join Date
    Oct 2009
    Posts
    2,246
    maraippo will become famous soon enough maraippo will become famous soon enough
    My Mood
    Cool
    Post Thanks / Like
    Lima sahabat terima anugerah


    LIMA sahabat dari kiri, Norly, Nor Diana, Nor Hashikin , Suhaili dan Adilah bangga memakai selendang Anugerah Naib Canselor pada Konvokesyen UiTM Ke-71 di Shah Alam, semalam.



    SHAH ALAM: 'Bagai aur dengan tebing'. Itu peribahasa paling tepat diungkapkan kepada semangat saling bekerjasama lima sahabat sehingga membolehkan mereka menerima anugerah Naib Canselor pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) Ke-71, di sini semalam.

    Lima sahabat berkenaan, Adilah Irdahwani Abdul Rahim memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.80; Shuhaili Kamarudin (3.73); Nor Diana Samsudin (3.72); Nor Hashikin Mohd Shuhaimi (3.68) dan Norly Marlia Kamaruddin, 3.67.

    Mereka yang sama usia 23 tahun menyifatkan kejayaan berkenaan hasil usaha gigih dan sikap saling membantu sejak di semester pertama lagi walaupun berasal dari negeri berbeza, iaitu Kedah, Melaka, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur.

  4. #4
    'Victoria Concordia Crescit'
    Join Date
    Oct 2009
    Posts
    2,246
    maraippo will become famous soon enough maraippo will become famous soon enough
    My Mood
    Cool
    Post Thanks / Like
    Anak hilang 4 jam



    HASNAH menangis kegembiraan ketika dipertemukan semula dengan Mohd Ariff Haikal yang hilang empat jam.

    Budak lesap tak sabar ke kedai permainan

    KUALA LUMPUR: "Dunia terasa gelap dan bagaikan gugur jantung saya apabila diberitahu anak bongsu saya berusia empat tahun hilang," kata Hasnah Yunos, 38, selepas tersedar daripada pengsan sebaik saja dipertemukan semula dengan anaknya itu di Pondok Polis Bangsar di sini, malam tadi.

    Kira-kira empat jam sebelum itu, anaknya, Mohd Arif Haikal, hilang selepas terlepas pegangan tangan bapanya, Abdul Halim Md Jan, 50, ketika keluar membeli barangan di sebuah pasar raya di Lucky Garden, Bangsar di sini, jam 4 petang semalam.


    Bapanya kemudian cuba mengejarnya yang berlari ke kedai permainan berhampiran pasar raya berkenaan, namun sebaik menghampiri kedai itu kanak-kanak terbabit didapati hilang.

    Keluarga itu dipertemukan semula di Pondok Polis Bangsar kira-kira jam 8 malam dan Hasnah pengsan beberapa minit kerana tidak dapat mengawal perasaannya apabila melihat Haikal berlari memeluknya.

    Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Azri Abdul Rahman, berkata anggota polis dimaklumkan mengenai budak itu dan membawanya ke pondok itu.

  5. #5
    'Victoria Concordia Crescit'
    Join Date
    Oct 2009
    Posts
    2,246
    maraippo will become famous soon enough maraippo will become famous soon enough
    My Mood
    Cool
    Post Thanks / Like
    2 sahabat maut dihempap pokok


    KUALA LUMPUR: Keseronokan memancing oleh lima penoreh getah berakhir dengan tragedi apabila dua daripada mereka mati dihempap sebatang pokok yang tumbang semasa mereka sedang tidur dalam sebuah pondok di Hutan Klang Gate awal hari ini.

    Sanbi Sappar, 55, dan rakannya yang hanya dikenali sebagai Sai, 52, meninggal dunia di tempat kejadian.

    Sanbi mengalami cedera di dada, kepala dan patah tangan manakala rakannya pula cedera di kepala serta badan.



    Kedua-dua rakan yang masih bujang itu adalah warga Indonesia yang memegang status pemastautin tetap Malaysia.

    Tiga orang lagi, termasuk anak saudara Sanbi, Zainal Mat Tinggi, 25, berjaya menyelamatkan diri dan hanya mengalami calar-calar dalam kejadian kira-kira 2 pagi.

    Sepasukan anggota bomba dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Selayang mengambil masa kira-kira tiga jam untuk mengeluarkan mayat dari bawah pokok.

  6. #6
    'Victoria Concordia Crescit'
    Join Date
    Oct 2009
    Posts
    2,246
    maraippo will become famous soon enough maraippo will become famous soon enough
    My Mood
    Cool
    Post Thanks / Like
    Kerbau penyebab nahas kereta api Mesir

    KAHERAH: Seekor kerbau yang berkeliaran menyebabkan dua kereta api penumpang Mesir bertembung di selatan Kaherah, membunuh 18 orang dan mencederakan 39 yang lain.

    Kereta api penumpang pertama itu berhenti selepas melanggar kerbau berkenaan yang berkeliaran di atas landasan lewat semalam sebelum dilanggar kereta api kedua dari belakang yang bergerak pada kelajuan maksima.

    Kerbau adalah haiwan ternakan yang biasa dipelihara di pedalaman Mesir. - AP

  7. #7
    'Victoria Concordia Crescit'
    Join Date
    Oct 2009
    Posts
    2,246
    maraippo will become famous soon enough maraippo will become famous soon enough
    My Mood
    Cool
    Post Thanks / Like
    Keputusan MotoGP Malaysia


    Keputusan MotoGP Malaysia di Litar Sepang hari ini.




    Kategori 500cc



    1. Casey Stoner, Australia, Ducati, 47 minit, 24.834 saat.

    2. Dani Pedrosa, Sepanyol, Honda, 47:39.500.

    3. Valentino Rossi, Itali, Yamaha, 47:44.219.

    4. Jorge Lorenzo, Sepanyol, Yamaha, 47:50.684.

    5. Nicky Hayden, Amerika Syarikat, Ducati, 48:03.539.

    6. Chris Vermeulen, Australia, Suzuki, 48:05.895.

    7. Toni Elias, Sepanyol, Honda, 48:13.389.

    8. Marco Melandri, Itali, Kawasaki, 48:20.391.

    9. Loris Capirossi, Itali, Suzuki, 48:25.137.

    10. Mika Kallio, Finland, Ducati, 48:25.274.

    Kedudukan selepas 16 daripada 17 perlumbaan. (X - juara)

    1. x-Valentino Rossi, Itali, Yamaha, 286 mata.

    2. Jorge Lorenzo, Sepanyol, Yamaha, 245.

    3. Casey Stoner, Australia, Ducati, 220.

    4. Dani Pedrosa, Sepanyol, Honda, 209.

    5. Andrea Dovizioso, Itali, Honda, 152.

    Kategori 250cc


    1. Hiroshi Aoyama, Jepun, Honda, 42 minit, 55.689 saat.

    2. Hector Barbera, Sepanyol, Aprilia, 43:02.086.

    3. Marco Simoncelli, Itali, Gilera, 43:02.086.

    4. Thomas Luthi, Switzerland, Aprilia, 43:10.560.

    5. Hector Faubel, Sepanyol, Honda, 43:14.866.

    6. Ratthapark Wilairot, Thailand, Honda, 43:15.256.

    7. Alex Debon, Sepanyol, Aprilia, 43:15.944.

    8. Lukas Pesek, Czech Republic, Aprilia, 43:30.250.

    9. Alex Baldolini, Itali, Aprilia, 43:46.626.

    10. Shuhei Aoyama, Jepun, Honda, 43:59875.

    Kedudukan selepas 15 daripada 16 perlumbaan.

    1. Hiroshi Aoyama, Jepun, Honda, 252 mata.

    2. Marco Simoncelli, Itali, Gilera, 231.

    3. Hector Barbera, Sepanyol, Aprilia, 214.

    4. Alvarao Bautista, Sepanyol, Aprilia, 198.

    5. Mattia Pasini, Itali, Aprilia, 128.

    Kategori 125cc

    1. Julian Simon, Sepanyol, Aprilia, 42 minit, 50.916 saat.

    2. Bradley Smith, Great Britain, Aprilia, 42:52.030.

    3. Pol Espargaro, Sepanyol, Derbi, 42:57.209.

    4. Sergio Gadea, Sepanyol, Aprilia, 42:58.919.

    5. Nicolas Terol, Sepanyol, Aprilia, 42:59.401.

    6. Sandro Cortese, Jerman, Derbi, 43:01.104.

    7. Esteve Rabat, Sepanyol, Aprilia, 43:06.030.

    8. Andrea Iannone, Itali, Aprilia, 43:13.067.

    9. Joan Olive, Sepanyol, Derbi, 43:17.304.

    10. Lorenzo Zanetti, Itali, Aprilia, 43:18.029.

    Kedudukan selepas 15 daripada 16 perlumbaan.

    1. x-Julian Simon, Sepanyol, Aprilia, 264 mata.

    2. Bradley Smith, Great Britain, Aprilia, 203.5.

    3. Nicolas Terol, Sepanyol, Aprilia, 173.5.

    4. Pol Espargaro, Sepanyol, Derbi, 158.5.

    5. Sergio Gadea, Sepanyol, Aprilia, 141.


  8. TenkoFX Crypto

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts