Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60 TenkoFX Crypto

+ Reply to Thread
Results 1 to 8 of 8
  1. #1
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [25/10/2009] : Kosmo | Berita2 Semasa

    UNITEN lepasi ujian kereta solar sedunia


    PASUKAN UNITEN bersama kereta Solar Ranger 1 pada sesi ujian Cabaran Solar Sedunia 2009 di Darwin, Australia semalam.

    DARWIN, Australia - Pasukan kereta solar Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) semalam berjaya melepasi ujian dinamik bagi Cabaran Solar Sedunia 2009 (WSC2009) di Litar Hidden Valley di sini.
    Ini membolehkan kereta 'Solar Ranger 1' yang dibina universiti itu bersaing dengan lebih 20 kereta solar dari 15 negara lain termasuk penyandang juara, kereta solar Nuna5 dari Belanda.
    Dengan catatan empat minit 22 saat, kejayaan melepasi ujian dinamik yang merangkumi ujian kelajuan, kestabilan dan berhenti mengejut cukup bermakna kepada pasukan UNITEN yang menghadapi cabaran getir sejak 48 jam lepas.
    Kereta solar universiti itu mengalami kerosakan pada motor dan sistem jajaran termasuk bateri pecah sejak tiba di negara ini pada Rabu lepas, difahamkan berlaku ketika proses pemindahannya dari Sydney ke Darwin.
    Estonian Forex 160x600en

  2. #2
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Perodua jual 5,000 MyVi edisi terhad


    EKSEKUTIF Jualan Perodua, Anuar Effendi Abd. Mutalib (kanan) menerangkan ciri-ciri MyVi Edisi Terhad kepada pelanggan, Kek Ben di Kuala Lumpur semalam.

    KUALA LUMPUR - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) mula menjual 5,000 kereta MyVi edisi terhad semalam.
    "Edisi Eksklusif MyVi 1.3 dikeluarkan untuk peminat MyVi yang mahukan gaya dan kemewahan, tanpa harga premium yang dikaitkan dengan kereta-kereta eksklusif,'' kata Pengarah Urusan Perodua, Datuk Syed Abdull Hafiz Syed Abu Bakar dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.
    Ia ditawarkan dalam transmisi automatik dengan warna hitam ebony, putih ivory dan kelabu medallion pada harga RM51,000 hingga RM51,500.

  3. #3
    'Victoria Concordia Crescit'
    Join Date
    Oct 2009
    Posts
    2,246
    maraippo will become famous soon enough maraippo will become famous soon enough
    My Mood
    Cool
    Post Thanks / Like
    Isteri mati disimbah asid, anak buta

    Oleh AZELI ALI


    DI bilik inilah Hooi Ling dan ibunya disimbah asid ketika sedang tidur awal pagi semalam di rumah mereka di Jalan Batu Lanchang, Jelutong.


    GEORGE TOWN - Tidak tahu apa puncanya, seorang suami tiba-tiba menyimbah sejenis asid ke atas badan isterinya yang sedang tidur sehingga membawa maut di rumah mereka di Jalan Batu Lanchang, Jelutong di sini awal pagi semalam.



    Kesan simbahan asid tersebut turut terkena wajah anak gadisnya yang tidur di sebelah. Gadis itu kini sedang bertarung nyawa di unit rawatan rapi Hospital Pulau Pinang (HPP).

    Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, Tan Hooi Ling, 17, dan ibunya Chong Swee Lin, 50, tiba-tiba terjaga daripada tidur dalam kesakitan setelah disimbah asid oleh bapanya yang berusia 52 tahun.

    Menurut jiran yang enggan dikenali, kedua-dua beranak itu berlari keluar dari rumah sambil menjerit kesakitan dalam keadaan tubuh melecur.

    "Hooi Ling beritahu kami dia disimbah asid oleh bapanya dan kami segera menghantar dua beranak itu ke HPP pada pukul 4 pagi.

    "Malangnya, Swee Lin yang melecur hampir 95 peratus badan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan kira-kira pukul 1 petang," katanya.

  4. #4
    'Victoria Concordia Crescit'
    Join Date
    Oct 2009
    Posts
    2,246
    maraippo will become famous soon enough maraippo will become famous soon enough
    My Mood
    Cool
    Post Thanks / Like
    Bom zaman Jepun gegarkan Puchong

    ZAINAL RASHID (kanan) memeriksa bom yang dijumpai di tapak projek perumahan di Bandar Kinrara, Puchong sebelum ia diletupkan malam tadi.




    SUBANG JAYA - Polis terpaksa mengarahkan ratusan penduduk taman perumahan Puncak Jalil 7 dan enam blok pangsapuri Enggang di Bandar Kinrara, Puchong dekat sini meninggalkan rumah semalam sebelum meletupkan sebiji bom seberat 227 kilogram (kg).

    Bom sepanjang satu meter itu dipercayai digugurkan lebih 60 tahun lalu sewaktu Perang Dunia Kedua.

    Letupan pada pukul 8.25 malam tadi itu menggegarkan kawasan sejauh 200 meter tetapi tidak dirasai oleh penduduk memandangkan rumah paling hampir terletak kira-kira satu kilometer dari situ.

    Bom sepanjang satu meter itu ditemui pada pukul 6.30 petang kelmarin oleh pekerja binaan warga Indonesia yang bertempiaran lari apabila melihatnya.

    Sebaik menerima laporan, polis menggali lubang sedalam 10 meter yang diperkukuhkan dengan benteng pasir untuk menyerap ledakan.

  5. #5
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Empat sekeluarga terkorban

    ANGGOTA bomba memeriksa kereta yang hangus dalam kemalangan di Kilometer 123 Jalan Jerangau-Jabor, Kemaman kelmarin.

    KUALA TERENGGANU - Empat sekeluarga maut termasuk tiga daripadanya rentung, manakala tiga lagi anggota keluarga itu cedera parah apabila kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan sebelum terbakar dalam kejadian di KM 123, Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Padang Kubu Kemaman kelmarin.

    Mangsa yang maut ialah pemandu kereta Proton Saga Aeroback, Baharuddin Taib, 45, isterinya, Maimun Ibrahim, 40, anak pasangan itu Mohd. Nor Firdaus, 2, dan ibu Baharuddin, Esah Salleh, 80-an.

    Tiga mangsa rentung akibat terperangkap dan terbakar dalam kenderaan manakala mayat Esah berjaya dikeluarkan oleh orang ramai sebelum api marak.

    Timbalan Ketua Polis Daerah Kemama,n Deputi Supritendan Abdul Marlik Hakim berkata, empat lagi anak pasangan berkenaan yang cedera parah iaitu Aidil Sahidan, 12, Aishah Nabilah, 10, Ekmal Rizal, 8, dan Aishah Natasya, 4, dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan dan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  6. #6
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Lima serumah raih anugerah NC

    Oleh NORHAYATI YAHAYA
    [email protected]


    SHAH ALAM – Mereka mungkin mencipta sejarah sebagai lima sahabat yang berkongsi rumah sewa, belajar bersama-sama dan akhirnya kesemua naik ke pentas Dewan Sri Budiman, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam semalam untuk menerima anugerah Naib Canselor (NC).

    Kejayaan mereka pada Majlis Konvokesyen ke-71 UiTM itu dikatakan hasil dorongan moto ‘susah senang diharungi bersama’ yang dipupuk sejak semester pertama pengajian.

    Adilah Irdahwani Abd. Rahim, Suhaili Kamarudin, Norhashikin Mohd. Shuhaimi, Nordiana Samsudin dan Norly Marlia Kamaruddin yang semuanya berusia 23 tahun ialah graduan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perbankan Islam).
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  7. #7
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Bajet 2010 tak menyakitkan - PM

    HUA HIN, Thailand - Menyifatkan Bajet 2010 sebagai "tidak menyakitkan", Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat tidak wajar mengeluh terhadap keputusan kerajaan mengenakan cukai perkhidmatan tahunan RM50 ke atas kad kredit utama dan kad caj.

    Sebaliknya beliau berkata, mereka sepatutnya melihat pelbagai manfaat yang disediakan oleh kerajaan, terutama cadangan pelepasan cukai pendapatan individu daripada RM8,000 kepada RM9,000.

    Selain itu, beliau berkata, kerajaan juga bersetuju mengurangkan kadar maksimum cukai pendapatan individu daripada 27 peratus kepada 26 peratus, mulai penilaian 2010.

    "Mereka mendapat pelepasan cukai RM1,000 dan pengurangan cukai daripada 27 peratus kepada 26 peratus. Tak kan tak boleh bayar RM50 (cukai kad kredit),'' kata Perdana Menteri kepada media Malaysia selepas mesyuarat sehari suntuk antara pemimpin ASEAN dan rakan sejawatan mereka dari China, Jepun, Korea Selatan dan India pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-15.
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  8. #8
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    'Adik nampak mak, ayah terbakar'

    KUALA TERENGGANU - "Ekmal nampak mak dengan ayah terbakar tapi dia tak boleh buat apa-apa sebab dia sangat lemah masa itu."

    Itu cerita Mohd. Syafiq Baharuddin, 17, anak sulung kepada pasangan Baharuddin Taib, 45, dan Maimun Ibrahim, 40, mengenai pengalaman adiknya, Ekmal Rizal, 8, melihat ibu bapanya maut dalam kemalangan di kilometer 123 Jalan Jerangau-Jabor kelmarin.

    Kejadian pukul 7.20 malam itu berlaku ketika pasangan itu bersama ibu Baharuddin, Esah Ibrahim, 76, dan empat anak mereka iaitu Mohd. Nor Firdaus, 2, Aishah Nabila, 10, Aishah Natasya, 4, Aidil Shahidan, 12 dan Ekmal Rizal dalam perjalanan ke Cheneh, Kemaman untuk menghadiri kenduri.

    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  9. The Best Spread 468x60ms

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts