Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60 TenkoFX Crypto

+ Reply to Thread
Page 1 of 2 1 2 LastLast
Results 1 to 10 of 11
  1. #1
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [24/10/2009] : Sinar Harian | Berita2 Semasa

    Cadangan Nik Aziz tunjukkan Pas hadapi masalah kepimpinan serius: Muhyiddin

    MUAR - Cadangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat agar Pas mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) untuk membersihkannya daripada kumpulan prokerajaan perpaduan menunjukkan bahawa parti itu sedang berhadapan dengan masalah kepimpinan yang serius, kata Timbalan Perdana Menteri.

    Walaupun Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui cadangan Nik Aziz itu sebagai satu `masalah dalaman’ Pas tetapi berkata, ia tetap menunjukkan pertembungan pendapat yang agak ketara di dalam parti pembangkang.

    "Ia adalah serius (masalah kepimpinan dalam PAS). Pertembungan pendapat yang agak ketara di dalam Pas. Nik Aziz vs (Datuk Abdul) Hadi Awang vs (Datuk) Nasharuddin Mohd Isa vs Datuk Husam Musa," katanya pada kepada pemberita hari ini. - Bernama
    Trade_on_STP_accounts-ENG_160x600
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  2. #2
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Kerajaan akan beri insentif galak swasta buka kelas pra sekolah

    MUAR - Kerajaan akan memberikan insentif kepada pihak swasta dalam usaha menggalakkan mereka membuka lebih banyak kelas-kelas pra sekolah di bandar dan luar bandar.

    Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pembukaan kelas-kelas ini akan membolehkan lebih ramai ibu bapa menikmati kemudahan pendidikan pra sekolah buat anak-anak mereka, sekaligus meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti.

    “Kerajaan akan umumkan selepas perbincangan dengan Perdana Menteri, bentuk insentif itu, seperti menyediakan tabung pinjaman kepada pihak swasta yang mahu membuka sekolah berkenaan, dan sebagainya,” katanya.

    Beliau yang juga Menteri Pelajaran dan Anggota Parlimen Pagoh berkata, demikian kepada pemberita selepas melancarkan program Karnival Pendidikan dan Kerjaya Parlimen Pagoh, di sini, hari ini.

    Muhyiddin berkata, kerajaan juga tidak mempunyai masalah untuk memberikan lesen kepada para pengusaha terbabit bagi menjayakan rancangan membuka lebih banyak kelas-kelas prasekolah. - Bernama
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  3. #3
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Cadangan EGM Pas mungkin ada hikmah: Zahid

    KUALA LUMPUR - Cadangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar parti itu mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) bagi membersihkan kumpulan prokerajaan perpaduan mungkin ada hikmah.

    Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini menunjukkan bahawa cadangan itu menunjukkan wujudnya masalah dalam PAS.

    “Saya tidak berhajat untuk campur tangan dalam parti Pas tetapi saya fikir doa mereka (Pas) telah dimakbulkan kerana sebelum ini mereka yang mendoakan agar UMNO dan Barisan Nasional (BN) berpecah.

    “Saya percaya doa yang tidak baik itu kembali kepada mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kelab Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan (Kakep) di sini hari ini. - Bernama
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  4. #4
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Rossi duduki petak hadapan MotoGP Malaysia

    SEPANG - Juara dunia enam kali kejohanan MotoGP, Valentino Rossi daripada Pasukan Fiat Yamaha Team akan bermula dari petak hadapan dalam perlumbaan Motosikal Grand Prix Malaysia 2009 esok.

    Beliau berjaya merebut petak hadapan itu setelah mencatatkan masa terpantas dalam pusingan kelayakan MotoGP Malaysia yang diadakan di Litar Sepang, di sini hari ini.

    Pelumba Itali berusia 30 tahun, yang kini mengungguli tempat teratas dengan 270 mata dalam saingan kejohanan MotoGP dunia, mencatatkan masa dua minit 0.907s.

    Mengekori dengan jarak 0.569s ialah pelumba sepasukannya dari Sepanyol, Jorge Lorenzo manakala Dani Pedrosa daripada Pasukan Repsol Honda di tempat ketiga dengan masa 2:01.254s.
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  5. #5
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Bom ditemui 2 kawasan perumahan dekat Puchong dikosongkan

    PUCHONG - Sepasukan polis dari Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor sedang mengorek tanah sedalam 10 meter dan membina benteng pasir bagi memusnahkan bom seberat 227kg peninggalan Perang Dunia Kedua yang ditemui di tapak pembinaan Taman Damai Utama, Bandar Kinrara, dekat sini, petang semalam.

    Bom berukuran kira-kira satu meter panjang itu yang ditemui oleh sekumpulan pekerja tapak pembinaan taman itu, apabila diletupkan lewat petang nanti dipercayai akan menyebabkan gegaran sekitar satu kilometer radius.

    Bagi menjamin keselamatan penduduk sekitar, polis mengarahkan ratusan penduduk di Taman Puncak Jalil 7, dan enam blok Pangsapuri Enggang di sini, mengosongkan kediaman masing-masing ketika kerja meletupkan bom dilakukan.

    Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, polis akan menggunakan pembesar suara bagi mengarahkan penduduk di dua kawasan perumahan itu untuk mengosongkan kediaman masing-masing demi keselamatan. - Bernama
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  6. #6
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Bank Negara perkenal kaedah SMS 24 jam


    KUALA TERENGGANU - Bank Negara Malaysia memperkenalkan kaedah baru kepada orang ramai berhubung terus dengan institusi itu selama 24 jam melalui penggunaan khidmat pesanan ringkas (SMS) ke nombor 15888, bermula semalam.

    Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Mohd Razif Abd Kadir berkata, kaedah itu dilihat lebih cekap, murah dan mudah demi memastikan semua pengguna dapat mengakses perkhidmatan kewangan pada bila-bila masa.

    Menurutnya, penggunaan SMS sebagai salah satu saluran untuk rakyat berhubung dengan Bank Negara Malaysia juga mempunyai kaitan dengan laporan bahawa sistem itu berada pada kedudukan tertinggi di negara ini.

    “Semua orang mempunyai telefon bimbit dan penggunaan SMS di Malaysia dilaporkan tertinggi di dunia, justeru, kami mengambil kesempatan ini menjadikan SMS sebagai salah satu saluran untuk rakyat dapatkan maklumat.

    “Ini adalah cara paling murah dan efisien untuk rakyat berhubung dengan Bank Negara Malaysia secara terus selama 24 jam,” katanya selepas Pelancaran Minggu Kesedaran Kewangan 2008 di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), semalam.

    Mohd Razif berkata, bagi memastikan saluran terbaru itu dapat berfungsi dengan baik dan memberi perkhidmatan bermutu, pihaknya mewujudkan satu jabatan khas memantau serta mengumpulkan semua SMS diterima.

    Menurutnya, setiap pengguna yang mengutarakan pertanyaan melalui SMS akan menerima maklum balas secepat mungkin mengikut tahap soalan supaya jawapan dihantar tepat dan memuaskan hati.

  7. #7
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Polis cadang tambah 90 CCTV pantau jenayah


    KUALA LUMPUR - Polis bakal menambah 90 kamera litar tertutup (CCTV) di 11 lokasi hot spot di ibu kota bagi mengurangkan lagi kadar kejadian jenayah jalanan di kawasan berkenaan.

    Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Abdul Samah Mat berkata, kertas kerja bagi cadangan menambah bilangan CCTV itu dihantar kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) awal tahun lalu.

    “Selepas 75 hari hasil operasi yang dijalankan di 11 lokasi, kita dapati dengan penambahan CCTV berkenaan mampu mengurangkan kadar jenayah jalanan.

    “Jadi kita sekali lagi menghantar kertas kerja kepada KDN untuk penelitian semula dan hasil perbincangan, cadangan itu akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika ditemui media ketika mengiringi Timbalan Menteri Dalam Negeri, Jelaing Anak Mersat yang hampir 15 minit melawat Pondok Polis di Bukit Bintang dan kawasan sekitar.

    Menurutnya, perbincangan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga telah dilakukan di mana sebahagian CCTV sedia ada di sekitar 11 lokasi hot spot dikawal dan dipantau oleh DBKL.

    “Bagaimanapun, selepas penambahan CCTV itu nanti, polis akan mengambil alih sepenuhnya tugas kawalan dan pemantauan secara terus dari bilik operasi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur,” katanya.

    Sebelum ini, KDN memaklumkan akan menyasarkan kadar penurunan jenayah sehingga 20 peratus pada tahun depan khasnya yang melibatkan kegiatan jenayah jalanan.

    Tumpuan utama diberikan kepada 50 kawasan panas di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor yang masih tinggi kadar jenayahnya.

  8. #8
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    JKP DBKL lemah kuatkuasa undang-undang


    SHAH ALAM- Terdapat beberapa kelemahan penguatkuasaan terhad:ap aktiviti perniagaan oleh Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan (JKP), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

    :Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang berkata, kelemahan tersebut jelas apabila terdapat kes penjaja dan peniaga di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur WPKL) dikesan tidak mematuhi undang- undang yang ditetapkan.

    “Pada pandangan Audit, JKP perlu mengambil tindakan tegas dan menyeluruh terhadap mereka yang tidak mematuhi undang-undang bagi memastikan sekitar WPKL dalam keadaan bersih serta harmoni demi menjaga imej bandar raya ini,” katanya dalam Laporan Audit 2008.

    Menurutnya, Laporan Tindakan Penguasaan yang disediakan tidak selaras dengan sasaran kerja menyebabkan pihak Audit tidak dapat menilai sejauh mana penguasaan bagi tahun 2008.

    “Sasaran kerja tahunan adalah satu mekanisme pengurusan yang penting untuk menilai prestasi sesuatu aktiviti dan seterusnya mengambil tindakan pembaikan sekiranya terdapat kekurangan.

    “Bagi membolehkan penilaian prestasi dibuat, JKP perlu memastikan sasaran kerja tahunan disediakan setiap tahun dan Laporan Tindakan Penguasaan disediakan selaras dengan sasaran tersebut,”katanya.

    Beliau berkata, keadaan barangan yang sita tidak terurus menyebabkan punca ruang stor sedia ada tidak dapat menampung barang sitaan.

    “Sehubungan ini, DBKL disyorkan supaya mengkaji semula keperluan untuk mengurangkan tempoh akhir tuntutan barang sitaan daripada 3 bulan kepada sebulan.

    “Ini bertujuan tindakan pelupusan barang sitaan diambil lebih awal bagi memastikan masalah kesesakan ruang stor dapat diatasi serta tidak menjejaskan nilai barangan berkenaan,” katanya.

  9. #9
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Projek Jalan Sepulut-Kalabakan tidak praktikal


    SHAH ALAM - Projek pembinaan jalan Sapulut-Kalabakan Sabah sepanjang 145 kilometer diklasifikasikan tidak praktikal, kata Laporan Audit Negara 2008.

    Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang berkata, terdapat kelemahan dikesan pada projek tersebut seperti tidak melaksanakan kerja penyiasatan tanah dengan sempurna.

    “Banyak bahan yang tidak sesuai seperti kayu balak yang digunakan untuk membuat jalan oleh syarikat konsesi pembalakan tidak dapat dikesan.

    “Kualiti kerja juga tidak memuaskan di beberapa lokasi kerana terdapat lubang pada permukaan jalan, permukaan jalan mendap, bahu jalan ternaik, longkang rosak, perlindungan tebing sungai terhakis serta penahan tembok runtuh,” katanya.

    Menurutnya, pembinaan itu turut menggunakan jajaran jalan pembalakan yang terdapat dua syarikat pembalakan menjalankan aktiviti pembalakan dengan aktif di situ.

    “Melalui semakan audit terhadap bancian yang dilakukan perunding di tiga lokasi mendapati purata kekerapan lori balak adalah 27 kali sehari di lokasi CH:82000, 97 kali sehari di CH109000 dan 101 kali sehari CH:128000 dengan muatan lori balak antara 42.54 tan hingga 62.08 tan.

    Ambrin berkata, lori balak yang kerap menggunakan jalan tersebut adalah juga faktor yang melambatkan proses pembinaan dan menyebabkan kerosakan jalan baru dibina, sedangkan kapasiti jalan ini hanya dibina untuk muatan sehingga 30 tan saja.

    Projek yang dipantau Cawangan Lebuh Raya di Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Sabah dan seorang jurutera daripada Jabatan Kerja Raya Tawau bertujuan menghubungkan Pekan Sapulut di Daerah Keningau dengan Kalabakan di Tawau dan beberapa penempatan yang sebelum ini penduduknya menggunakan sungai untuk ke pekan atau pusat pentadbiran kerajaan.

  10. #10
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    10 negara tumpu istiadat pertabalan Tuanku Muhriz

    SEREMBAN - Tourism Malaysia menyediakan program lawatan untuk 34 wakil media dari 10 negara bagi membuat liputan istiadat pertabalan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11, Isnin ini.

    Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Datuk Mohammad Razi Kail berkata, Tourism Malaysia, dengan kerjasama Kerajaan Negeri, telah menyelaraskan secara bersama dengan pihak istana, liputan eksklusif oleh Discovery Networks, melibatkan pengambaran sebelum, semasa dan selepas istiadat pertabalan.

    “Penggambaran ini adalah salah satu episod ‘Passage to Malaysia’ yang sedang dipromosikan oleh Tourism Malaysia menerusi Discovery Networks.

    “Liputan eksklusif selama 45 minit satu episod ini dijadualkan disiarkan melalui saluran Discovery Channel, meliputi negara di Asia Tenggara, Asia Selatan, Taiwan, Jepun, Australia dan New Zealand pada suku pertama 2010 dengan pasaran penonton seramai 272 juta orang,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Tourism Malaysia Negeri Sembilan di sini semalam.

    Katanya melalui program suai kenal ‘Mega Familiarisation Tour Programme’ pula, Tourism Malaysia telah membawa 34 wakil media dari Sweden, Norway, Denmark, Thailand, Brunei, Indonesia, Arab Saudi, Bahrain, United Kingdom dan Vietnam melawat destinasi pelancong di negeri ini.

    Mohammad Razi berkata, kumpulan media itu berada di Malaysia seminggu mulai kelmarin.

    “Selain membuat liputan di Seri Menanti, mereka akan dibawa melawat dan mengadakan aktiviti di Homestay Lonek dan Teratak Za’ba selepas Istiadat Bersiram Ahad ini,” katanya.

    Katanya kumpulan media itu juga akan dijamu dengan makanan tradisional pada jamuan 'makan berselo' (makan bersila) di Taman Budaya Muzium Negeri, di sini.

    Turut serta semasa aktiviti "makan berselo" itu ialah seramai 150 pelajar dan guru pengiring daripada Negeri Sembilan, Melaka, Kuala Lumpur dan Selangor.

    “Pakej ‘River Safari Cruise’ dari Kuala Sungai Linggi, Port Dickson, ke pangkalan nelayan Sungai Timun, Rembau, menjadi sebahagian aktiviti kumpulan itu dalam usaha Tourism Malaysia memperkenalkan destinasi tarikan terkini di Negeri Sembilan, khususnya untuk peminat segmen ekopelancongan,” katanya. - Bernama


  11. The Best Spread 468x60ms

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts