Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

The Best Spread 468x60ms TenkoFX Crypto

+ Reply to Thread
Page 1 of 3 1 2 3 LastLast
Results 1 to 10 of 21
  1. #1
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [24/10/2009] : Utusan Malaysia | Berita2 Semasa

    Najib bentang bajet tanpa gangguan

    KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyampaikan ucapan bajet sulungnya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan selama dua jam dengan lancar tanpa sebarang gangguan atau celahan daripada barisan pembangkang yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Beliau yang memakai baju Melayu berwarna biru muda memulakan ucapannya pada pukul 4.05 petang dengan membuat permohonan kepada Yang Dipertua, Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk mencadangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (2010) dibaca bagi kali kedua.

    Sebelum itu, Najib masuk ke dalam Dewan kira-kira pukul 3.53 petang sambil disambut oleh Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berbaju Melayu berwarna hijau muda.

    Ketika mula-mula bangun membentang ucapan Bajet 2010 yang bertemakan '1Malaysia, Kemakmuran Bersama' setebal 55 muka surat, Najib diberikan tepukan meja paling bergemuruh oleh para penyokong kerajaan.

    Beliau memulakan ucapan bajet itu yang bertujuan menjadi asas pembentukan model ekonomi baru dan pembuka tirai kepada Rancangan Malaysia Ke-10 dengan menyatakan:

    "Sesungguhnya bajet ini merupakan bajet sulung saya sejak memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan.

    "Bersempena itu, suka saya memulakan bajet pertama ini dengan membacakan firman Allah SWT dalam surah Al-Zukhruf, ayat ke-32 yang bermaksud: Adakah mereka berkuasa membahagi-bahagikan rahmat Tuhan mu wahai Muhammad?"

    Pada masa sama, bertentangan dengan mereka di barisan pembangkang, Anwar yang berbaju Melayu berwarna hijau tua turut dilihat tekun mendengar ucapan itu dan sekali-sekala melontar senyuman.

    Bajet yang dibentangkan melibatkan cadangan peruntukan RM191.5 bilion yang merupakan pengurangan 11.2 peratus berbanding peruntukan RM215.7 bilion ketika Bajet 2009.

    Sepanjang menyampaikan ucapannya, Perdana Menteri diberikan tepukan meja lebih 50 kali oleh penyokong kerajaan apabila beliau mengumumkan langkah-langkah yang akan dilakukan kerajaan untuk kesejahteraan rakyat.

    Tepukan juga diberikan apabila beliau bermadah:

    "Berdasarkan semua yang dinyatakan tadi, moga beraraklah awan mendung dan sinar mula menampakkan wajahnya."

    Najib juga diberikan tepukan apabila memberikan peringatan dengan nada tegas:

    "Kepada pihak swasta dan syarikat milik kerajaan. Dalam kejayaan meraih keuntungan, hendaklah jangan dilupa kepada tanggungjawab sosial. Kembalilah berbudi kepada masyarakat."

    Najib juga mendapat tepukan meja paling gemuruh daripada wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dari Sabah dan Sarawak apabila mengumumkan kerajaan akan membina jalan luar bandar dan jalan kampung dengan peruntukan RM857 juta di Kapit, Lawas dan Simunjam di Sarawak serta Kinabatangan, Kota Belud dan Keningau di Sabah.

    Ketawa kecil di kalangan wakil rakyat juga kedengaran ketika beliau menyebut nama Kinabatangan kerana Ahli Parlimen di situ, Datuk Bung Moktar Radin adalah antara wakil rakyat paling lantang bersuara di Dewan Rakyat mendakwa kerajaan tidak banyak membantu kawasannya.

    Tepukan meja sekali lagi diberikan oleh wakil rakyat kedua-dua negeri berkenaan apabila beliau mencadangkan supaya kerajaan meneruskan Skim Program Lonjakan Mega dengan peruntukan RM141 juta di Batang Sadung dan Batang Lupar, Sarawak dan Pulau Banggi, Sabah.

    Kedengaran juga beberapa kali ungkapan "Ya...ya" daripada wakil rakyat termasuk apabila beliau menyebut: "Mahu tidak mahu kadar pemilikan komputer dan penembusan jalur lebar harus ditingkatkan. Barulah nanti masyarakat negara ini celik IT, setanding dengan rakyat di negara maju lain."

    Ketawa kecil sekali lagi kedengaran ketika beliau mengumumkan kerajaan akan memperkenalkan perkhidmatan kesihatan klinik komuniti yang akan dinamakan Klinik 1Malaysia di kawasan bandar.

    Semua wakil rakyat BN dan pembangkang dilihat turut menepuk meja apabila Perdana Menteri mengumumkan penjawat awam bagi Gred 41 hingga Gred 54 dan setaraf dengannya serta pesara wajib kerajaan akan menerima bayaran khas RM500 pada Disember ini.

    Pada akhir ucapannya, Najib mendapat tepukan paling bergemuruh daripada penyokong kerajaan apabila beliau sekali lagi bermadah mengenai kerajaan yang mementingkan rakyat dan ke arah menuju 1Malaysia.

    "Sesungguhnya, inilah bajet yang menelesuri keperluan dan meresapi denyut nadi rakyat. Sesungguhnya inilah satu persembahan yang tulus dan ikhlas daripada kerajaan yang menjiwai rakyat.

    "Bulatkan tekad, tetapkanlah hasrat, menjunjung Gagasan 1Malaysia, segala yang mustahil kan pasti nyata. 1Malaysia, kemakmuran bersama."

    Sepanjang ucapannya Najib dilihat meneguk air yang disediakan sebanyak empat kali bagi menghilangkan haus seawal 30 minit ucapan bermula.

    Sejurus selepas Najib selesai menyampaikan ucapannya tepat pukul 6.04 petang, Pandikar Amin mengumumkan sesi Dewan Rakyat ditangguhkan dan perbahasan rang undang-undang itu akan disambung pada Isnin ini.
    PAMM 120x600
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  2. #2
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Rosmah dahului senarai penerima darjah kebesaran Sabah

    24/10/2009 10:18am

    KOTA KINABALU 24 Okt. — Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mendahului senarai 687 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena sambutan ulang tahun Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Ahmadshah Abdullah ke-63 hari ini.
    Beliau adalah antara lima penerima Darjah Kebesaran Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran ”Datuk Seri Panglima”.
    Empat penerima SPDK lagi ialah Pengerusi Institut Pembangunan Sabah, Datuk Clarence Bongkos Malakun; Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah; Presiden Persatuan Pengilang Sabah Datuk Wong Khen Thau dan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah, Datuk Dr. Kamaruzzaman Ampon.
    Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd. Dun pula mengetuai senarai 52 penerima anugerah Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran ”Datuk”.
    Turut menerima anugerah PGDK ialah isteri bekas Ketua Menteri Sabah, Datin Raya Erom. - Bernama

  3. #3
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Kerajaan peruntuk RM500,000 kepada Primas

    24/10/2009 10:23am

    SUBANG JAYA 24 Okt. — Kerajaan memperuntukkan RM500,000 kepada Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas) untuk menubuhkan sebuah institut latihan bagi melatih tenaga kerja tempatan.
    Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dengan penubuhan institut berkenaan kerajaan boleh mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing khususnya dalam bidang perusahaan makanan.
    "Walaupun di negara kita mempunyai penduduk yang ramai, tidak ramai yang berminat untuk bekerja dalam sektor ini dan kita terpaksa menggunakan tenaga asing supaya industri makanan dan restoran ini dapat terus berkembang.
    "Sebab itu kita akan kawal kemasukan tenaga asing dan pada masa yang sama, kita akan melatih orang tempatan dan memberi mereka bayaran yang setimpal,” katanya.
    Muhyiddin berkata, industri makanan dan restoran merupakan perusahaan yang turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara iaitu lebih kurang RM7 bilion setahun. - Bernama

  4. #4
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Asean mulakan rundingan dengan rakan dialog

    24/10/2009 11:43am

    HUA HIN (Thailand) 24 Okt. — Sepuluh negara anggota Asean menyambung kembali rundingan tahunan dengan empat rakan dialog utamanya di sini hari ini, dengan memberi tumpuan kepada pelbagai mekanisma untuk meningkatkan hubungan, meningkatkan perdagangan serantau dan kerjasama kewangan.
    Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tiba di sini malam tadi selepas membentang Bajet 2010 di Dewan Rakyat menyertai rakan sejawatannya dari lain-lain negara Asean untuk Retreat Pemimpin Asean di Hotel Dusit Thani.
    Najib juga dijangka mengadakan perbincangan dua hala dengan Perdana Menteri Jepun yang baru, Yukio Hatoyama dan Presiden Bank Pembangunan Asia, Haruhiko Kuroda.
    Pemimpin-pemimpin Asean itu akhirnya mengadakan mesyuarat dengan rakan dialog selepas ia ditangguhkan beberapa kali sebelum ini.
    Sidang Kemuncak yang dirancang untuk diadakan dengan China, Jepun, Korea Selatan dan India; dan juga Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) yang turut membabitkan Australia dan New Zealand, tidak dapat diadakan pada Sidang Kemuncak Ke-14 Asean Februari lepas disebabkan oleh komitmen domestik negara-negera berkenaan.
    EAS April lepas pula terpaksa dibatalkan apabila penunjuk perasaan anti kerajaan menyerbu venue mesyuarat di Pattaya, semasa pemimpin-pemimpin dari negara berkenaan sudah tiba untuk memulakan persidangan venue tersebut. - Bernama

  5. #5
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Cadangan Nik Aziz tunjukkan masalah kepimpinan Pas

    24/10/2009 12:15pm

    MUAR 24 Okt. — Cadangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat agar Pas mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) untuk membersihkannya daripada kumpulan prokerajaan perpaduan menunjukkan bahawa parti itu sedang berhadapan dengan masalah kepimpinan yang serius, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
    Walaupun Muhyiddin mengakui cadangan Nik Aziz itu sebagai satu “masalah dalaman” Pas tetapi ia tetap menunjukkan pertembungan pendapat yang agak ketara di dalam parti pembangkang.
    "Ia adalah serius (masalah kepimpinan dalam Pas). Pertembungan pendapat yang agak ketara di dalam Pas. Nik Aziz vs (Datuk Abdul) Hadi Awang vs (Datuk) Nasharuddin Mohd Isa vs Datuk Husam Musa,” katanya pada kepada pemberita hari ini.
    Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dan Timbalan Presiden UMNO berkata demikian selepas merasmikan karnival [email protected] di Dewan Jubli Intan, di sini.
    Muhyiddin berkata demikian sebagai mengulas tulisan Menteri Besar Kelantan itu dalam blognya http://www.blogtokguru.com mencadangkan supaya EGM itu diadakan bagi menukar ‘dua tiga kerat’ pemimpin Pas yang bermasalah. - Bernama

  6. #6
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Bom ditemui akan dimusnahkan hari ini

    24/10/2009 3:17pm

    SUBANG JAYA 24 Okt. – Sebutir bom peninggalan zaman Perang Dunia Kedua yang ditemui di sebuah tapak pembinaan di Taman Damai Utara, Kinrara, Puchong, semalam, akan dimusnahkan petang ini.
    Persediaan untuk meletupkannya sedang dilakukan oleh Unit Pemusnah Bom, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di tapak itu.
    Sehubungan itu, penduduk di Puncak Jalil 7 dan Pangsapuri Enggang telah diarahkan supaya mengosongkan rumah masing-masing untuk tujuan keselamatan. - Utusan

  7. #7
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Rosmah di Dubai hadiri Persidangan Kepimpinan Wanita

    24/10/2009 3:21pm

    DUBAI 24 Okt. — Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Datin Seri Rosmah Mansor kini berada di Dubai untuk mengambil bahagian dalam sebuah forum kepimpinan untuk wanita.
    Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai awal hari ini disambut oleh Duta Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), Datuk Yahaya Abdul Jabar selain para pegawai kedutaan dan konsulat.
    Rosmah dijadual menghadiri majlis sambutan Hari Raya dan Deepavali bersama masyarakat Malaysia yang tinggal di UAE pada petang Sabtu.
    Forum Wanita dalam Kepimpinan itu dijadual dirasmikan oleh Princess Haya Bint Al Hussein, isteri Naib Presiden UAE, Perdana Menteri dan Pemerintah Dubai Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, di hotel Burj Al Arab pada Ahad. - Bernama

  8. #8
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Insentif galak swasta buka kelas prasekolah

    24/10/2009 3:28pm

    MUAR 24 Okt. — Kerajaan akan memberikan insentif kepada pihak swasta dalam usaha menggalakkan mereka membuka lebih banyak kelas-kelas pra sekolah di bandar dan luar bandar.
    Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pembukaan kelas-kelas ini akan membolehkan lebih ramai ibu bapa menikmati kemudahan pendidikan pra sekolah buat anak-anak mereka, sekaligus meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti.
    "Kerajaan akan umumkan selepas perbincangan dengan Perdana Menteri, bentuk insentif itu, seperti menyediakan tabung pinjaman kepada pihak swasta yang mahu membuka sekolah berkenaan, dan sebagainya,” katanya.
    Beliau yang juga Menteri Pelajaran dan Anggota Parlimen Pagoh berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program Karnival Pendidikan dan Kerjaya Parlimen Pagoh di sini hari ini.
    Muhyiddin berkata, kerajaan juga tidak mempunyai masalah untuk memberikan lesen kepada para pengusaha terbabit bagi menjayakan rancangan membuka lebih banyak kelas-kelas prasekolah. - Bernama

  9. #9
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Lobi kekalkan kerusi Pertubuhan Maritim Antarabangsa

    24/10/2009 3:37pm

    PUTRAJAYA 24 Okt. — Malaysia akan menggiatkan usaha melobi untuk mempertahankan kerusi bagi kategori C dalam Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) yang akan dipertandingkan pada 27 November nanti.
    Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, ini selaras dengan peranan dan penglibatan negara yang semakin menonjol dalam pertubuhan bertaraf dunia itu.
    Beliau berkata, kerusi berkenaan akan membuka peluang kepada Malaysia untuk menyatakan pendirian dan pendapat dalam industri maritim, sekaligus memberi ruang untuk negara mengukir lebih banyak kejayaan dalam sektor tersebut khususnya di rantau Asean.
    "Malaysia sudah mula melobi bagi mempertahankan kerusi di bawah kategori berkenaan dan berharap melalui penglibatan secara langsung dalam majlis IMO, ia akan mampu mempertahankan segala peraturan dan undang-undang yang dipersetujui bersama dan bukan tertakluk kepada kehendak negara-negara maju yang lebih besar dan berkuasa,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan sambutan Hari Maritim 2009 peringkat kebangsaan di sini hari ini.
    Menurutnya, pertandingan itu melibatkan tiga kategori dan Malaysia jatuh di bawah kategori C iaitu negara-negara yang mempunyai kepentingan maritim yang diagihkan mengikut kedudukan geografi atau kewilayahan. - Bernama

  10. #10
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Kerajaan diminta kaji semula subsidi minyak masak

    24/10/2009 3:46pm

    SHAH ALAM 24 Okt. - Kerajaan diminta supaya mengkaji semula pelaksanaan pemberian subsidi kepada pengeluar minyak masak tempatan secara adil bagi memastikan mereka terus bersaing dalam pasaran negara ini.
    Pengarah Urusan MM Vitaoils Sdn. Bhd., Mazlan Muhamad berkata, ini berikutan subsidi tersebut berbeza-berbeza di antara pengeluar tempatan termasuk kemudahan dinikmati oleh syarikat asing yang menjalankan operasi pasar raya besar di negara ini.
    Sambil memberikan contoh syarikatnya, Mazlan berkata, walaupun MM Vitaoils mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak 10,000 metrik tan sebulan, akan tetapi subsidi yang diberikan oleh kerajaan untuk membekalkan minyak masak pada harga rendah kepada pengguna hanya 75 tan metrik sahaja.
    Sebaliknya, syarikat mengendalikan pasar raya besar milik warga asing didapati turut menerima subsidi itu pada jumlah besar walaupun hanya melibatkan aktiviti pembungkusan serta penjenamaan semula sebelum dijual kepada pengguna di negara ini dan bukannya mengeluarkan bahan itu. - Utusan


  11. Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts