Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

TenkoFX Crypto The Best Spread 468x60ms

+ Reply to Thread
Page 1 of 3 1 2 3 LastLast
Results 1 to 10 of 23
  1. #1
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [24/10/2009] : Berita Harian | Berita2 Semasa

    Tawaran bagi Thaksin

    HUA HIN (Thailand): Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen menawarkan Thaksin Shinawatra jawatan penasihat ekonomi jika bekas Perdana Menteri Thailand yang digulingkan itu berlindung di Kemboja, menambah lagi ketegangan hubungan di antara dua negara jiran berkenaan.

    Hun Sen mengulangi pelawaannya kepada Thaksin untuk tinggal di Kemboja dan memberi jaminan ahli politik hartawan itu tidak diekstradisi ke Thailand.

    “Thaksin boleh tinggal di Kemboja sebagai tetamu. Beliau boleh menjadi penasihat ekonomi saya,” kata Hun Sen kepada pemberita sejurus tiba di Hua Hin untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asean.

    “Pertimbangan kami hanya dari segi kemanusiaan, ia kes kawan membantu kawan. Hal-ehwal dalaman Thailand terpulang kepada rakyat Thailand menyelesaikannya. Saya tidak mahu campur tangan,” katanya.

    Di PHNOM PENH, Kerajaan Kemboja semalam mengeluarkan kenyataan menegaskan ia tidak akan mengekstradisi Thaksin yang kini hidup dalam buangan.

    Kenyataan itu berkata, di bawah perjanjian antara dua negara terbabit ia boleh menolak permintaan bagi ekstradisi Thaksin atas alasan bekas perdana menteri itu hanya terbabit dalam ‘kesalahan politik.’

    “Jurucakap kerajaan membuat pengesahan bahawa pendirian Kemboja adalah tegas dan tidak akan melaksanakan ekstradisi,” kata kenyataan.

    Kenyataan itu dibuat selepas Kerajaan Thailand kelmarin berkata, ia akan menuntut ekstradisi Thaksin jika bekas pemimpin itu berlindung di Phnom Penh dan mengecam tawaran Hun Sen untuk membiarkan Thaksin berlindung di sana pada bila-bila masa.

    Thaksin disingkir dalam rampasan 2006 dan terus hidup dalam buangan selepas melarikan diri Ogos tahun lalu bagi mengelak menjalani hukuman penjara dua tahun atas tuduhan rasuah. - AFP
    Trade_on_STP_accounts-ENG_160x600
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  2. #2
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    10 maut bas bertembung trak di Venezuela



    CARACAS: Sekurang-kurangnya 10 penumpang sebuah bas maut manakala 12 lagi cedera apabila kenderaan itu bertembung dengan sebuah trak di lebuh raya ibu negara itu, semalam.

    Lapan orang maut di tempat kejadian, manakala dua lagi meninggal dunia di hospital.

    Pengarah Agensi Perlindungan Awam Daerah, Victor Lira, berkata sebahagian besar mereka yang cedera dilaporkan parah.




    Ketua Bomba dan Penyelamat Bandaraya, William Martinez, berkata trak terbabit dipercayai gagal dikawal sebelum bertembung dengan bas berkenaan.

    Minggu lalu, lebih 24 orang terkorban dalam dua nahas berasingan di lebuh raya Venezuela. - AFP

  3. #3
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Peminat Jacko protes video persiapan konsert 'This Is It'



    LOS ANGELES: Peminat Michael Jackson melancarkan kemarahan menerusi laman online internet terhadap penyiaran dokumentari rakaman persiapan konsert Raja Pop itu yang dianggap bukan gambaran sebenar sebelum kematiannya.

    Peminat Jacko mendakwa video "This Is It" yang menayangkan klip rakaman mengenai persiapan konsertnya serta menjelang 100 jam sebelum peristiwa trajis yang membawa kematiannya pada 25 Jun lalu.

    Video yang sangat dinantikan itu disiarkan Selasa lalu untuk tayangan di 18 negara sebelum ditayangkan kepada umum dalam masa dua minggu lagi.




    Bagaimanapun satu kumpulan peminat setia Jacko memprotes dalam laman web mereka bertajuk "This-Is-Not-It", mendakwa rakaman berkenaan memberi gambaran serta imej tidak benar mengenai Raja Pop berkenaan.

    "Fakta sebenar keadaan kesihatan Michael sudah diselindungkan oleh mereka yang ingin meraih keuntungan daripada rakaman filem 'This is It'ini," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.

    Kenyataan itu juga menuduh penasihat Michael sengaja mengetepikan keadaan tidak sihat Michael supaya meneruskan persiapan untuk 50 siri konsert peampilan semulanya yang dijadual di London pada Julai lalu itu. - AFP

  4. #4
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    7 banduan maut rusuhan di penjara Brazil



    RIO DE JANEIRO: Sekurang-kurangnya tujuh banduan maut akibat terbakar selepas mereka merusuh di dalam penjara di utara Brazil, semalam.

    Stesen tv Globo News melaporkan, lima mati di dalam penjara di Bandar Joao Pessoa, manakala dua lagi dalam perjalanan ke hospital.

    Pengawal penjara, Anderson Cleiton, berkata antara 10 hingga 15 banduan maut dalam kejadian itu.




    Rusuhan tercetus apabila satu kumpulan bantuan membakar tilam di satu sudut bangunan penjara sebelum api marak menyebabkan 860 banduan lain panik. - AFP

  5. #5
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Dua menteri Kabinet dahului penerima darjah kebesaran Sultan Pahang



    KUANTAN: Dua menteri Kabinet mendahului senarai 1,144 penerima darjah kebesaran dan pingat negeri Pahang sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah ke-79, hari ini.

    Seramai 13 penerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran "Datuk Seri".

    Mereka ialah Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui, Menteri Luar, Datuk Anifah Aman, Pengerusi Ranhill Berhad, Tan Sri Sallehuddin Mohamed, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Zakaria Bahari, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Abu Bakar Abdullah, Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia, Datuk Ibrahim Jaapar.




    Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia, Jeneral Datuk Rodzali Daud, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Redzuan Tan Sri Sheikh Ahmad, Peguambela & Peguamcara Messrs Shafee & Co Datuk Muhammad Shafee Abdullah, Pengarah Eksekutif Public Bank Datuk Lee Kong Lam, Pengasas Universiti Lim Kok Wing Tan Sri Lim Kok Wing dan Pengerusi Eksekutif Putrana Oil Refinery Sdn Bhd Mohammad Saraei Faridoun.

    Bagi Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran "Datuk", seramai tujuh penerima darjah berkenaan iaitu Cik Puan Bendahara Pahang Datuk Habibah Yusoff, Cik Puan Tengah Pahang Datin Sri Rohaya Abd Rahim, Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Kamaruddin Siaraf, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Datin Madinah Mohamad, Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Roseley Khalid, Pengerusi Eksekutif Heitech Padu Bhd Datuk Mohd Hilmey Mohd Taib dan Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Wira Mohammed Noordin Ali.

    Seramai 17 penerima Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang juga membawa gelaran "Datuk".

    Mereka ialah Tengku Nurul Kamalia bt Tengku Besar Pahang Tengku Kamil Ismail, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, Hakim Mahkamah Tinggi Jabatan Kehakiman Malaysia Datuk Suraya Othman, Ketua Pengarah Institut Kajian Antarabangsa dan Strategik (ISIS) Dr Mahani Zainal Abidin, Ketua Pengarah Penjara Malaysia Datuk Zulkifli Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Perkhidmatan Veterinar Dr Ibrahim Che Embong, Timbalan Ketua Pengarah Tanah dan Galian, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Datuk Mazbar Abu Bakar, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pahang Datuk Abdul Aziz Abdul Latiff.

    Panglima Markas 1 Divisyen Markas Tentera Darat Mejar Jeneral Datuk Mazelan Kasap, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah, Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad, Setiausaha Politik Kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Ab. Hamid Mohd Nazahar, Pengarah Direktorat Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri Mohd Nazri Abd Karim, Pengarah Kampus Pahang Universiti Islam Antarabangsa Prof Dr Kamaruzaman Wan Su, Ketua Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara Tun Abd Majid Tun Hamzah, pesara Pegawai Kanan Polis Datuk Harun Md Idris dan Managing Partner B.Grimm & Co, Bangkok Thailand Encik Haraid Link.

    Seramai 105 pula dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang turut membawa gelaran "Datuk".

    Antara penerima DIMP ialah Hakim Mahkamah Tinggi Temerloh, Akhtar Tahir, Pengarah Eksekutif Suasa Efektif (M) Sdn Bhd Tengku Taha Alfashini Tengku Abdul Murad Shah, Angota Dewan Undangan Negeri (Adun) Padang Tengku, Abdul Rahman Mohammad, Adun Mentakab, Chuah Boon Seong, Adun Tioman Mohd Johari Hussain, Adun Kerdau Zaharuddin Abu Kassim, Ketua Wanita Umno Bahagian Kuantan Senator Zaitun Mat, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Alwi Ibrahim, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Raslin Abu Bakar, Ketua Perangkaan, Jabatan Perangkaan Malaysia Wan Ramlah Wan Abd Raof, Pengarah Pertanian Negeri Pahang Kamariah Ismail, Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser Hanafiah Abdul Talib, Pengarah Perikanan Pahang Mohamad Mat Saman, Pengarah Jabatan Bekalan Air Pahang, Mohd Zahari Md Isa.

    Pengarah Eksekutif Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan Abdul Malek Md Noor, Pengarah Kebajikan Masyarakat Pahang, Shamsiah Hussin, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang, Sutinah Sutan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Abdul Wahab Mat Yasin, Timbalan Ketua Polis Pahang Senior Asisten Komisioner 1 Datuk Sharifuddin Abdul Ghani, Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Prof Madya Khairil Annas Jusoh, Ketua Cawangan Khas Pahang Senior Asisten Komisioner II Riduan Hashim, Setiausaha Politik Kepada Perdana Menteri, Jailani Ngah, Setiausaha Sulit Kepada Perdana Menteri, Mohd Po''Ad Jelani, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Frederick John Fernandez, Ketua Wanita MCA Pahang, Lim Nget Yoon, Pengarang Berita The Star, Lourdes Joseph Charles dan Vice President Lim Kok Wing University Fajura Juffa Mohd Mustaffa Kamal.

    Seramai 22 menerima Darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP), antaranya Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang Abdul Hamid Abu Bakar dan Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) Wazir Haron.

    Bagi darjah Setia Mahkota Pahang (SMP), seramai 79 menerima darjah berkenaan, antaranya Timbalan Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Zulkefli Salleh, Pengarah Audit Negeri Pahang Che Mohd Shukri Che Hassan, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang Mohammad Abdul Qahar Abd Aziz, Adun Kemayan Mohd Fadil Osman, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Kesihatan Pahang, Dr Rahimah Ibrahim, Penggiat Seni Roslan Madun, Adun Jengka Wan Salman Wan Ismail dan penyanyi Mohd Nasir Wahab.

    Bagi darjah Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP), seramai 69 menerima darjah berkenaan, antaranya Pengarah Mara Pahang Ab. Halim Muda dan Ketua Unit Berita Sukan RTM, Khoo Cheng Chwee.

    Bagi darjah Ahli Mahkota Pahang (AMP), seramai 143 menerima darjah berkenaan, antaranya Ketua Pemuda Umno Pahang, Abu Jimi Samat, Pengarah Lembaga Muzium Pahang Ahmad Farid Ab Jalal, Pegawai Berita Bernama, Sharifah Nurliza Syed Mohammad dan Penerbit TV Unit Berita Sukan TV RTM, Tan Jock Ann.

    Sementara itu, seramai 134 dianugerahkan Pingat Khidmat Cemerlang (PKC), Pingat Kelakuan Terpuji (PKT seramai 120 penerima) dan Pingat Jasa kebaktian (PJK) seramai 435 penerima. - Bernama

  6. #6
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Isteri PM dahului senarai penerima darjah kebesaran Sabah



    KOTA KINABALU: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mendahului senarai 687 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena sambutan ulang tahun Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Ahmadshah Abdullah ke-63, hari ini.

    Beliau adalah antara lima penerima Darjah Kebesaran Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran 'Datuk Seri Panglima'.

    Empat penerima SPDK lagi ialah Pengerusi Institut Pembangunan Sabah Datuk Clarence Bongkos Malakun, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Presiden Persatuan Pengilang Sabah Datuk Wong Khen Thau dan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah Datuk Dr Kamaruzzaman Ampon.




    Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Azizah Mohd Dun pula mengetuai senarai 52 penerima anugerah Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran 'Datuk'.

    Turut menerima anugerah PGDK ialah isteri bekas Ketua Menteri Sabah, Datin Raya Erom.

    Penerima PGDK yang lain ialah Ketua Pergerakan Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) Datin Jamilah Sulaiman, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Bolkiah Ismail, Ahli Parlimen Tenom Raime Unggi, Ahli Parlimen Kunak Nilwan Kabang, Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Herbert Timbon Lagadan, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Johnny Mositun, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Datin Asnimar Sukardi, Panglima 5 Briged Brig Jen Masrani Paiman, Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Negeri Micheal Emban dan Pengarah Universiti Teknologi Mara Cawangan Sabah Prof Madya Dr Worran Kabul.

    Turut menerima PGDK ialah Laksamana Madya Datuk Ahmad Kamaruzaman Ahmad, Amri Suratman, Balwant Singh Kler, Dom Ami Hussain, Goh Wak Kheng, Gordon Leong Vui Cheung, Md Idrus Ismail, Kangkawang Panglima Kulang, Dr Jayaram A/L N.S. Menon, John Daukum Polos, Jihek Basanu, Kong Kok Kwah, K. Zainal Abidin A. Jalil, Peter Lee Khun Choi, Misri Barham, Mohd Kamil Kassim, Margaret Fung, Madlis Aziz, Micheal John Steel, Philip Lasimbang, Rohana Mahmood, Henry Tee, Teo Ching Ping, David Wong, Wahid Norbinsha, Aloysius Tan Shu Hing, Chua Ching Wah, Hiew Syn Kiong, Khalid Mohamad, Lai Kim Loi, Lee Nyuk Kheng, Leong Den Choi, Pang Ah Foh, Yap Yun Fook, Datin Noami Chong, Ag Buhtaman Ag Mahmun, Lu Chu Kwong, Dr Allan Mathews, Abu Bakar Yahya dan Hamzah Zakaria.

    Pada tahun ini, seramai 13 orang menerima Jaksa Pendamai iaitu Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Dr Oh Ei Sun, Anggota Dewan Undangan Negeri Elopura Au Kam Wah, Ketua Penerangan Umno Penampang Noraini Idris, Chew Kok Woh, Isaac Pang Su Kiun, Datuk Ir. John Chee Shi Tong, Mohd Hafarizam Harun, Prof Khairil Jusoh, Pg Saifudin Pg Tahir, Robert Munang, Datuk Tang Yung Hui, Alexandra Chin dan Datuk Richard Koh Kin Lip.

    Sementara itu, seramai 64 orang menerima Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK) antaranya Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Pang Yuk Ming, Adun Kuamut Masiung Banah, Adun Matunggong Sarapin Magana, Setiausaha Akhbar kepada Ketua Menteri Sabah Afeiza Khan, Setiausaha Perhubungan Awam kepada Ketua Menteri Sabah Zainudin Aman dan Ketua Umno Beluran James Ratip.

    Beberapa pengamal media turut menerima anugerah Ahli Darjah Kinabalu (ADK), antaranya Ketua Biro Bernama Newmond Tibin, Pengawal Sabah V FM Parini Powiro dan Jurufoto Ketua Menteri Sabah Asmat Yahya.

    Pengamal media yang menerima Bintang Setia Kinabalu (BSK) ialah Pegawai Penerangan, Ukim Buandi.

    Seramai 105 orang menerima ADK, 158 penerima BSK, 218 penerima Bintang Kinabalu dan 72 orang menerima Sijil Kehormat. - Bernama

  7. #7
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Tunku Mahkota Johor dahului senarai penerima darjah kebesaran Sarawak



    KUCHING: Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar mengetuai senarai 808 penerima darjah kebesaran dan pingat negeri sempena ulang tahun hari jadi Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Muhammad Salahuddin Abang Barieng ke-88, hari ini.

    Baginda menerima anugerah Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (DP), yang membawa gelaran Datuk Patinggi.

    Allahyarham isteri Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Datuk Amar Puan Sri Laila Taib juga dianugerahkan gelaran Datuk Patinggi.




    Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan Pengerusi Yayasan Sarawak Datuk Seri Adenan Satem menerima anugerah Datuk Amar Bintang Kenyalang (DA), yang membawa gelaran Datuk Amar.

    Tiga penerima anugerah Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) yang membawa gelaran Datuk Seri, ialah Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Douglas Uggah Embas, Menteri Pelancongan dan Pembangunan Bandar Sarawak Datuk Michael Manyin Jawong dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

    Pembantu Menteri bagi Komunikasi dan Pembangunan Infrastruktur Negeri Bolhassan Di, Pembantu Menteri bagi Pelancongan dan Pembangunan Bandar Negeri Hamden Ahmad dan Sarawak Anglican Bishop Right Reverend Bolly Lapok adalah penerima anugerah Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK), yang membawa gelaran "Datuk".

    Tujuh orang menerima Darjah Jasa Bakti Sarawak (DJBS), yang membawa gelaran Datu ialah Pengarah Unit Pembangunan Sumber Manusia di Jabatan Ketua Menteri Sarudu Hoklai, penduduk bahagian Betong Romie Sigan Daniel, kerani Majlis Mesyuarat Kabinet Negeri Masbah Ariffin, Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Sarawak Abu Bakar Mat, Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Bintulu (BDA) Mohidin Ishak, Pengarah Jabatan Pelajaran Sarawak Dr Julaihi Bujang dan Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya Sarawak Takun Sunggah.

    Isteri kepada Menteri Kemudahan Awam Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Datin Amar Dayang Morliah Awang Daud adalah antara lapan penerima anugerah Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS), yang membawa gelaran Dato.

    Yang lain ialah Penasihat HWS Properties Sdn Sdn William Wei How Sieng, penyanyi veteran Sarbanun Abdul Kadir Marican, Presiden Persatuan Orang Ulu Sarawak Dr Abu Bakar Abdullah @ Tom Belarek, Mohamad Ramji Alli dari Suruhanjaya Pilihan Raya, ahli perniagaan Bujang Tun Admad Zaidi Adruce, pastor Rev. Dr Su Chii Ann dan Paul Teo Choo Tee.

    Timbalan Menteri Dalam Negeri Jelaing Mersat, Datuk Bandar Bandaraya Kuching Utara Abang Mohamad Atei Abang Medaan dan Datuk Bandar Bandaraya Kuching Selatan James Chan Khay Syn adalah di antara mereka yang menerima Johan Bintang Sarawak (JBS).

    Yang lain ialah anggota Exco Saberkas Mohd Amin Hassan, Mohamed Ali Mohamed Sheriff, Jantan Besi, Abang Amir Abang Latip dan Dayang Madinah Tun Abang Openg manakala 10 yang lain termasuk Pemangku Timbalan Peguam Negara Sarawak Francis Johen Adam dan Setiausaha Tetap Kemudahan Awam Negeri Ubaidillah Abdul Latip ialah di antara penerima Johan Bintang Kenyalang (JBK).

    Sementara itu, Ketua Biro Bernama Sarawak Caroline Anne Ranyed Jackson, yang juga Pengerusi Persatuan Wartawan Komanwel Sarawak, pula menerima Ahli Bintang Sarawak (ABS). - Bernama

  8. #8
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Asean mulakan rundingan dengan rakan dialog



    HUA HIN (Thailand): Sepuluh negara anggota Asean menyambung kembali rundingan tahunan dengan empat rakan dialog utamanya di sini hari ini, dengan memberi tumpuan kepada pelbagai mekanisma untuk meningkatkan hubungan, meningkatkan perdagangan serantau dan kerjasama kewangan.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang tiba di sini malam tadi selepas membentang Bajet 2010 di Dewan Rakyat, menyertai rakan sejawatannya dari lain-lain negara Asean untuk Retreat Pemimpin Asean di Hotel Dusit Thani.

    Najib juga dijangka mengadakan perbincangan dua hala dengan Perdana Menteri Jepun yang baru Yukio Hatoyama dan Presiden Bank Pembangunan Asia Haruhiko Kuroda.




    Pemimpin Asean itu akhirnya mengadakan mesyuarat dengan rakan dialog selepas ia ditangguhkan beberapa kali sebelum ini.

    Sidang Kemuncak yang dirancang untuk diadakan dengan China, Jepun, Korea Selatan dan India, dan juga Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) yang turut membabitkan Australia dan New Zealand, tidak dapat diadakan pada Sidang Kemuncak Ke-14 Asean pada Februari lalu disebabkan oleh komitmen domestik negara-negera berkenaan.

    EAS April lalu pula terpaksa dibatalkan apabila penunjuk perasaan anti kerajaan menyerbu venue mesyuarat di Pattaya, semasa pemimpin-pemimpin dari negara berkenaan sudah tiba untuk memulakan persidangan di tempat itu.

    Perdana Menteri Thailand yang juga tuan rumah Sidang Kemuncak Asean ke-15 Abhisit Vejjajiva mengetuai lain-lain pemimpin Asean pada Sidang Kemuncak ke-12 Asean China, untuk berbincang dengan Perdana Menteri China Wen Jiabao.

    Menurut para pegawai yang berkaitan, fokus mesyuarat dengan negara yang memiliki pembangunan ekonomi terpantas dunia dan rakan dagang yang penting itu, bertumpu kepada penubuhan Dana Asean-China Untuk Kerjasama Pelaburan, dan Kredit Komersial; di mana China bersetuju untuk memberi sumbangan US$10 bilion (US$1 = RM3.38) dan US$15 bilion masing-masing kepada inisiatif itu.

    Pemimpin itu juga akan menandatangani tiga Memorandum Persefahaman mengenai penubuhan Pusat Asean-China, MoU mengenai Pengukuhan Kerjasama dalam bidang Standard, Peraturan Teknikal dan Penilaian Penyesuaian, serta MoU mengenai Kerjasama Bidang Harta Intelek.

    Pemimpin-pemimpin Asean itu kemudiannya akan berpeluang menemui Yukio yang menghadiri Sidang Kemuncak Asean-Jepun buat pertama kali, di mana beliau dijangka memberi penerangan lebih lanjut mengenai rancangannya kepada negara-negara di Asia Timur untuk menubuhkan Komuniti Asia Timur.

    Mesyuarat dengan Korea Selatan dijangka akan menyentuh mengenai kerjasama sserantau, antara lain berhubung inisiatif ''Low Carbon Green Growth''.

    Sidang Kemuncak ke-tujuh Asia-India pula berlangsung dua bulan selepas kedua-dua pihak menandatangani Perjanjian Barang-barang Dagangan, yang membawa kepada semakan semula sasaran perdagangan dua hala kepada US$70 bilion pada tahun 2011. - Bernama

  9. #9
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Cubaan 18 pendatang masuk ke Sandakan digagalkan



    SANDAKAN: Polis Gerakan Marin (PGM) berjaya menahan 18 pendatang asing tanpa izin yang cuba masuk ke negara ini melalui perairan Sandakan dalam dua operasi di sini, semalam.

    Pegawai Pemerintah PGM Sandakan, Asisten Superintendan Muhammad Sallam Spawi, berkata pendatang asing warga Filipina yang ditahan itu terdiri 12 lelaki dan enam wanita berusia di antara 14 hingga 30 tahun.

    Katanya 12 lelaki itu ditahan selepas dua bot yang mereka naiki ditahan oleh polis marin di perairan berhampiran Pulau Nunuyan jam 12.20 pagi.




    "Enam lagi wanita ditahan dalam satu lagi operasi berasingan pada jam 6.15 pagi selepas bot yang mereka naiki ditahan di sungai Batu 3," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Beliau berkata, pendatang asing terbabit dipercayai bertolak dari pulau di Filipina yang terletak dengan sempadan perairan negara itu dengan Malaysia.

    Muhammad Sallam berkata kesemua mereka kini ditahan mengikut Seksen 6 (1) Akta Imigresen 1959/1963 kerana masuk ke negara ini tanpa dokumen sah.

    Beliau berkata kejayaan menahan pendatang asing terbabit dicapai melalui pelaksanaan Ops Octopus bagi membanteras kemasukan pendatang asing tanpa izin ke negeri ini melalui perairan Sandakan.

    Katanya operasi ditumpukan di beberapa kawasan yang dikenal pasti menjadi laluan dan lokasi menurunkan pendatang asing apabila mereka memasuki perairan Sandakan. - Bernama

  10. #10
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Cadangan Nik Aziz tunjukkan Pas hadapi masalah kepimpinan serius: TPM



    MUAR: Cadangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat agar Pas mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) untuk membersihkannya daripada kumpulan prokerajaan perpaduan menunjukkan bahawa parti itu sedang berhadapan dengan masalah kepimpinan yang serius, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    Walaupun Timbalan Perdana Menteri mengakui cadangan Nik Aziz itu sebagai satu "masalah dalaman" Pas, tetapi berkata ia tetap menunjukkan pertembungan pendapat yang agak ketara di dalam parti pembangkang.

    "Ia adalah serius (masalah kepimpinan dalam Pas). Pertembungan pendapat yang agak ketara di dalam Pas. Nik Aziz vs (Datuk Abdul) Hadi Awang vs (Datuk) Nasharuddin Mohd Isa vs Datuk Husam Musa," katanya pada kepada pemberita hari ini.




    Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran dan Timbalan Presiden Umno, berkata demikian selepas merasmikan karnival [email protected] di Dewan Jubli Intan, di sini.

    Muhyiddin berkata demikian sebagai mengulas tulisan Menteri Besar Kelantan itu dalam blognya http://www.blogtokguru.com mencadangkan supaya EGM itu diadakan bagi menukar ‘dua tiga kerat’ pemimpin Pas yang bermasalah. - Bernama


  11. Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts