Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60 The Best Spread 468x60ms

+ Reply to Thread
Results 1 to 2 of 2
  1. #1
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [23/10/2009] : Sinar Harian | Berita2 Semasa

    Kerajaan digesa pinda Perlembagaan

    KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa meminda segera beberapa Artikel dalam Perlembagaan Persekutuan bagi memperjelaskan beberapa isu termasuk soal status negara yang mengamalkan dwi-sistem (sistem perundangan hybrid) dan bukannya sebuah negara sekular seperti yang didakwa beberapa pihak.

    Pindaan ke atas Perlembagaan juga perlu dibuat bagi mewujudkan garis perbezaan antara Perlembagaan sebagai undang-undang utama Persekutuan dengan pelaksanaan undang-undang dan syariat Islam.

    Desakan itu antara 24 senarai rang undang-undang persendirian yang dikemukakan Ahli Parlimen Bandar Baru Kulim, Zulkifli Noordin yang tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat yang bersidang kini.

    Zulkifli berkata, Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda bagi memastikan fakta mengenai kedudukan agama Islam tidak lagi diputar belit golongan tertentu untuk menggambarkan Malaysia kononnya negara sekular.

    Beliau menyarankan supaya perkataan 'Islam adalah agama bagi Persekutuan termasuk dari segi undang-undang dan syariatnya' ditambah bagi menepis keraguan mengenai kedudukan status negara.

    “Hakikatnya, Malaysia buka negara sekular tetapi negara yang meletakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, maka dengan pindaan Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan seperti yang dicadangkan akan memperjelaskan perihal kedudukan status negara ini tanpa sebarang keraguan lagi,” katanya.

    Beliau berkata Artikel 4 Perlembagaan Persekutuan pula perlu dipinda bagi menambah perkataan 'Perlembagaan adalah undang-undang utama Persekutuan dan kecuali undang-undang dan syariat Islam, apa-apa undang-undang yang diluluskan berlawanan dengannya hendaklah terbatal setakat ia berlawanan itu'.

    “Dewan perlu mengambil maklum bahawa banyak keadaan di mana hukum syarak’ syariat Islam telah terbatal dan atau tidak dapat dilaksanakan kerana Artikel 4 Perlembagaan Persekutuan ini meletakkan undang-undang negara mengatasi semua undang-undang dan peraturan lain.

    “Ini termasuk undang-undang dan syariat Islam seperti pengharaman pemakaian serban di sekolah kebangsaan, pemakaian purdah dan jilbab di jabatan kerajaan, pelaksanaan Undang-undang Syarak seperti khalwat, zina, qazaf yang bercanggah dengan hukum syarak dan lain-lain,” katanya.

    Turut dicadang untuk dipinda ialah Artikel 11 (1) Perlembagaan Persekutuan mengenai soal pertukaran agama bagi orang Islam. - Bernama
    The Best Spread 160x600ms
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  2. #2
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    14 suspek Al-Qaeda ditahan


    BAGHDAD – Pihak berkuasa Iraq menahan 14 yang disyaki ahli Al-Qaeda di barat dan utara Iraq, termasuk tiga yang sebelum ini ditahan askar Amerika.

    Menurut Ketua Polis Bandar Kol Mahmoud al-Isawi, enam lelaki ditahan di Fallujah adalah antara yang amat dikehendaki kerana terlibat dalam merancang serangan di sekitar sebuah Bandar yang terletak kira-kira 65 km di barat Baghdad.

    “Kumpulan tersebut dipercayai menjadi dalang beberapa serangan dan pembunuhan menentang pihak berkuasa,” kata al-Isawi kepada AP tanpa menjelaskan dengan terperinci masa tangkapan dibuat.
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  3. TenkoFX Crypto

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts