Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60 TenkoFX Crypto

+ Reply to Thread
Page 1 of 5 1 2 3 ... LastLast
Results 1 to 10 of 44
  1. #1
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [23/10/2009] : Utusan Malaysia | Berita2 Semasa

    Polis Bulgaria tumpas sindiket seludup bayi
    23/10/2009 3:38am

    SOFIA 22 Okt. - Polis Bulgaria berjaya menumpaskan satu sindiket menyeludup bayi dan menahan dua suspek atas dakwaan memperdagangkan wanita mengandung ke Greek, lapor Kementerian Dalam Negeri hari ini.

    Menurut satu kenyataan pihak polis, lelaki Bulgaria itu dan isterinya, masing-masing berusia 38 tahun, telah membawa sekurang-kurangnya 13 wanita mengandung kebanyakannya golongan gipsi Rome ke negara jiran, Greek di mana mereka akan melahirkan bayi di sana sebelum dijual sebagai anak angkat.

    Pasangan itu turut didakwa menjual dua anak mereka sebelum memulakan sindiket tersebut. Mereka turut menyediakan sumber kewangan kepada wanita mengandung di hospital Greek dan mengupah peguam tempatan bagi menguruskan proses pengambilan anak angkat.

    Laporan polis menyebut, bayi-bayi tersebut dijual pada harga antara AS$8,983 (RM31,441) dan AS$11,980 (RM41,930). Ibu yang menjual pula akan menerima bayaran kira-kira AS$7,493 (RM26,226).

    Beberapa sindiket yang sama telah dapat ditumpaskan dalam masa beberapa tahun lepas. Bulgaria, negara anggota Kesatuan Eropah paling miskin setakat ini gagal bertindak keras terhadap jenayah terancang dan rasuah berprofil tinggi meskipun mendapat kritikan Brussels. - Reuters
    The Best Spread 160x600ms
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  2. #2
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Presiden Somalia diserang pemberontak
    23/10/2009 3:49am

    MOGADISHU 23 Okt. - Sekumpulan pemberontak melancarkan tembakan ke arah pesawat yang dinaiki Presiden Somalia dan berbalas tembakan mortar dengan pengawal keamanan Afrika di bandar ini, mengakibatkan sekurang-kurangnya 21 terbunuh dan mencederakan berpuluh-puluh yang lain.

    Salah satu tembakan mortar itu turut mengenai satu kawasan kediaman dan sebuah pasar yang sibuk.

    “Sekurang-kurangnya 17 orang awam terbunuh dan 58 yang lain cedera.

    “Saya boleh katakan, ini adalah insiden terburuk yang berlaku di Mogadishu sejak kebelakangan ini. Tembakan meriam mengenai kawasan yang padat dengan penduduk termasuk pasar Bakara, Holwadag dan Hodan,’’ kata ketua perkhidmatan ambulans Mogadishu, Ali Muse kepada AFP.

    Pasukan perubatan di dua buah hospital memaklumkan, seramai empat mangsa meninggal dunia akibat kecederaan sejurus tiba di hospital.

    Menurut saksi, pertempuran itu tercetus apabila pemberontak melancarkan mortar ke arah lapangan terbang ketika pesawat yang Presiden Sharif Sheikh Ahmed terbang menuju Uganda bagi satu kunjungan diplomatik. - AFP
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  3. #3
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Najib ketuai delegasi ke Sidang Kemuncak Asean

    23/10/2009 11:32am

    KUALA LUMPUR 23 Okt. — Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Asean ke-15 di Cha-am Hua Hin, Thailand, yang bermula hari ini.

    Perdana Menteri akan diiringi Menteri Luar Datuk Anifah Aman, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed.
    Menurut kenyataan Wisma Putra hari ini, Sidang kemuncak itu akan memberi peluang kepada ketua-ketua kerajaan Asean dan negara rakan dialog mengadakan perbincangan secara mendalam mengenai hubungan antara Asean dan rakan dialog selain mengenai isu-isu semasa yang mempunyai kepentingan bersama terutamanya krisis kewangan dan ekonomi global, jaminan makanan dan pengurusan bencana.
    “Malaysia berpendapat Sidang Kemuncak Asean Ke-15 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan kali ini penting dalam meneruskan usaha dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan serta mempersiapkan Asean bagi menghadapi cabaran semasa dan yang akan datang,” kata kenyataan itu.

    Upacara perasmian sidang kemuncak itu akan diadakan hari ini manakala sesi pemukiman ketua-ketua kerajaan Asean berlangsung esok sebelum Sidang Kemuncak Asean bersama rakan dialog diadakan. - Bernama

  4. #4
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Jentera penerangan UMNO jelaskan perubahan dalam parti

    23/10/2009 11:35am

    KUALA LUMPUR 23 Okt. — Beberapa UMNO negeri sudah bersedia untuk menggerakkan program penerangan mengenai pindaan perlembagaan dan hala tuju parti itu kepada anggota akar umbi sebagai pendekatan awal menghadapi pilihan raya umum akan datang.
    Pemimpin-pemimpin UMNO di peringkat negeri berpendapat, sesi penerangan itu perlu segera dilaksanakan bagi memberi kefahaman dan pengetahuan yang jelas mengenai usaha UMNO melakukan transformasi dalam perjuangannya khususnya untuk menjadi juara kepada semua rakyat.
    Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Dali Hussin berkata, program berkenaan yang akan bermula bulan depan dan melibatkan Ketua Penerangan empat peringkat akan menjelaskan kepada anggota UMNO dan juga rakyat tentang perubahan yang dilakukan oleh parti itu.
    Perhimpunan Agung UMNO dari 13 hingga 16 Oktober lepas telah meluluskan pindaan kepada perlembagaan parti; antara lainnya bagi membolehkan 146,500 pemimpin di peringkat cawangan dan bahagian memilih Presiden, Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden dan Anggota Majlis Tertinggi. Sebelum ini, pemilihan itu dibuat oleh hanya 2,500 yang menjadi anggota perwakilan ke perhimpunan agung.
    Langkah itu bertujuan membanteras gejala politik wang dalam parti itu. - Bernama

  5. #5
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Mahkamah bicara Uthayakumar diketahui 27 Okt.

    23/10/2009 12:15pm

    KUALA LUMPUR 23 Okt. - Permohonan penasihat undang-undang Hindraf, P. Uthayakumar supaya kes terhadapnya di bawah Akta Hasutan 1948 yang sepatut dibicarakan di Mahkamah Sesyen dapat didengar di Mahkamah Tinggi di sini akan diputuskan pada 27 Oktober ini.
    Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menetapkan demikian selepas mendengar hujah peguam N. Surendran dan M. Manogaran serta hujah balas Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin.
    Uthayakumar mengemukakan permohonan supaya kesnya di bawah Akta Hasutan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan.
    Dalam afidavitnya Uthayakumar menyatakan isu penghapusan etnik adalah perkara yang rumit, unik dan tidak pernah diputuskan oleh mana-mana mahkamah di negara ini sebelum ini.
    Uthayakumar juga memohon supaya Akta Hasutan diisytiharkan sebagai tidak sah dan mencabar isu perlembagaan.
    Lagi pun menurut pemohon, beliau sedang membuat persiapan untuk membawa saksi-saksi dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang pakar dalam penyiasatan kes-kes penghapusan etnik.
    Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin ketika membalas hujah menyifatkan semua isu yang ditimbulkan oleh Uthayakumar sepatutnya dikemukakan sebagai bantahan awal pada peringkat permulaan kes dan bukannya pada tahap ini.
    Tambahan pula kata Noorin, isu penghapusan etnik bukannya isu yang rumit hinggakan sukar difahami oleh Hakim Mahkamah Sesyen memandangkan mereka berpengalaman.
    Pada 11 Disember 2007, Uthayakumar, 48, didakwa di bawah Seksyen 4(1)(c) yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menerbitkan sepucuk surat berbaur hasutan menerusi satu laman web.
    Bagi kesalahan itu jika sabit kesalahan, Uthayakumar boleh dihukum untuk kesalahan kali pertama adalah denda tidak lebih RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang berikutnya, boleh dipenjara sehingga lima tahun. - Utusan

  6. #6
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Lima negara tolak wakil masyarakat madani di Sidang Kemuncak Asean

    23/10/2009 12:56pm

    HUA HIN 23 Okt. - Kerajaan Kemboja, Laos, Myanmar, Filipina dan Singapura menolak kumpulan masyarakat madani dari negara masing-masing pada Sidang Kemuncak Asean ke-15 di sini.
    Debby Stothard, dari Rangkaian Alternatif Asean berkata, mereka dimaklumkan oleh Kementerian Luar Thai pada 11 malam semalam bahawa para pemimpin berkenaan tidak akan bertemu dengan lima wakil yang dicalonkan oleh kumpulan madani itu.
    "Beberapa kerajaan misalnya Singapura, malah menggantikan calon itu dengan wakil mereka sendiri,” katanya ketika Sidang Kemuncak Asean ke-15 bermula di Dusit Thani Hotel di resort peranginan tepi laut di sini pada Jumaat.
    Beliau berkata, baki lima wakil dari Brunei, Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam diberitahu supaya menghadiri mesyuarat pada 7 pagi Jumaat, lima jam sebelum mesyuarat tidak rasmi antara para pemimpin dan kumpulan masyarakat madani itu dijadual berlangsung.
    Stothard berkata kumpulan madani itu juga kesal kerana wakil mereka tidak dibenarkan bercakap pada pertemuan 30 minit itu, sebaliknya hanya seorang ahli akademik dari Chulalongkorn University sahaja yang dibenarkan bercakap.
    - BERNAMA

  7. #7
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Lebih 3,000 jemaah haji Malaysia tiba di Madinah

    23/10/2009 12:59pm

    MADINAH 23 Okt. — Seramai 3,439 orang jemaah haji Malaysia selamat tiba di sini setakat ini menerusi sembilan penerbangan sewa khas Tabung Haji.
    Seorang jurucakap Tabung Haji berkata, empat lagi pesawat dijangka mendarat di Terminal Haji Madinah hari ini yang membawa 1,600 lagi jemaah haji Malaysia.
    Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia tiba di sini pada Selasa lalu dan mereka dijangka berada di Madinah selama lapan hari untuk menziarahi tempat bersejarah termasuk masjid dua kiblat dan Bukit Uhud sebelum berangkat ke Mekah bagi mengerjakan umrah dan haji.

    Bandar Madinah kini mula dibanjiri oleh ribuan jemaah haji terutama dari negara-negara Asia Tenggara seperti Indonesia, Thailand dan Malaysia serta jemaah dari Turki, India dan Pakistan.
    — BERNAMA

  8. #8
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Warga Sudan didakwa bunuh kanak-kanak tiga tahun

    23/10/2009 1:07pm

    PUTRAJAYA 23 Okt. — Seorang penganggur warga Sudan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang di sini hari ini kerana dituduh membunuh seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun di sebuah kondominium minggu lepas.
    Mohannad Taha Ismail, 24, dituduh dengan sengaja menyebabkan kematian Aaliyah Ayman Hussin Abdullah di kediaman bernombor 9/D3/9 Palazzo Tower, Venice Hill Condominium, Batu 9, Cheras, Hulu Langat, antara 7.30 malam dan 8.30 malam 12 Oktober.
    Ketika pertuduhan dibacakan dalam bahasa Inggeris, Mohannad Taha kelihatan.
    Tiada pengakuan direkodkan daripadanya yang dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
    Majistret Faisal Noor Hadi menetapkan 6 Januari untuk mendapatkan laporan kimia dan bedah siasat.
    Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nurul' Ain Abdul Rahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
    — BERNAMA

  9. #9
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Jangan timbulkan kekecohan pada sidang DUN Perak

    23/10/2009 2:51pm

    IPOH 23 Okt. — Polis meminta semua pihak terutama penyokong parti-parti politik supaya tidak menimbulkan kekecohan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Rabu ini.
    Ketua Polis Perak, Datuk Zulkefli Abdullah berkata, semua anggota DUN juga diharap tidak menimbulkan kekecohan semasa bersidang sehingga boleh menimbulkan keadaan yang tidak baik.
    Beliau berkata, polis akan menjalankan tanggungjawab untuk memastikan keadaan terkawal semasa perjalanan sidang DUN dan tindakan akan diambil terhadap mereka yang sengaja menimbulkan kekecohan.
    "Orang ramai dan penyokong parti juga tidak terkecuali dan tindakan akan diambil sekiranya berhimpun atau menimbulkan kekecohan di luar Bangunan Perak Darul Ridzuan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di kawasan Greentown Business Centre di sini hari ini.
    Zulkefli berharap semua pihak mengambil iktibar daripada sidang DUN yang lalu apabila berlaku kekecohan di dalam dan luar dewan.
    - BERNAMA

  10. #10
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Pengusaha pasir dipenjara, denda merasuah penguatkuasa

    23/10/2009 3:08pm

    SHAH ALAM 23 Okt. — Seorang pengusaha pasir dijatuhi hukuman penjara sehari dan didenda RM30,000 atau penjara enam bulan kerana memberi suapan RM5,000 kepada penguatkuasa Pejabat Daerah Hulu Langat untuk tidak mengambil tindakan terhadapnya kerana menjalankan aktiviti mengeluar, memindah dan menjual bahan batuan pasir secara haram enam bulan lepas.
    Hakim Mat Ghani Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Lee Kui Sun, 49, dari Jalan Kemboja, Taman Petaling Jaya, Semenyih, setelah dia mengaku bersalah memberi suapan kepada Norzaidi Ratiman di Kuari Sungai Long di Hulu Langat pada 7.30 pagi 3 April lepas.
    Lee didakwa mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan dihukum mengikut Seksyen 24 Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.
    Fakta kes menyebut, tertuduh didapati melakukan kesalahan itu semasa operasi bersepadu oleh Pejabat Daerah Hulu Langat yang turut melibatkan penyertaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkaitan kegiatan mengeluar, memindah dan menjual bahan batuan pasir secara haram di kawasan itu.
    Lee telah menawarkan wang RM5,000 kepada Norzaidi untuk tidak mengambil tindakan terhadap setelah dia gagal menunjukkan permit kelulusan untuk aktiviti berkenaan agar kes itu tidak dipanjangkan. Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM Ng Yunn Yiing manakala Lee diwakili peguam Lim Kien Huat.
    — BERNAMA


  11. The Best Spread 468x60ms

 
+ Reply to Thread
Page 1 of 5 1 2 3 ... LastLast

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts