Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

The Best Spread 468x60ms Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

+ Reply to Thread
Results 1 to 5 of 5
  1. #1
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [22/10/2009] : Sinar Harian | Berita2 Semasa

    Pemimpin tidak bersih perlu dihapus

    SHAH ALAM – Veteran UMNO, Datuk Aziz Shamsuddin menggesa pemimpin UMNO bersatu-padu melakukan proses pemutihan semula parti dalam memastikan gejala-gejala ‘tidak bersih’ termasuk mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin yang terlibat dalam gejala politik wang.

    Katanya, tindakan itu bagi memastikan parti terus kukuh dan diterima rakyat.

    Menurutnya, pemimpin ‘tidak bersih’ harus menerima hukuman dan bukannya diberi peluang untuk bersama dengan pemimpin yang lain.

    “Setiap pemimpin yang ‘buruk’ mesti dihapuskan segera demi masa depan UMNO. Saya yakin, parti ini mampu mencapai kejayaan besar jika semua ahli mengutamakan apa yang perlu ada pada seorang pemimpin,” katanya, semalam.

    Menurutnya, jika pemimpin ‘tidak bersih’ itu terus dibiarkan bebas tanpa hukuman, UMNO harus bertanggungjawab terhadap apa akan berlaku kepada parti itu pada masa depan.

    “Kita tidak boleh biarkan kerana ini akan menggalakkan lebih ramai pemimpin lain menimbulkan masalah.

    “Kalau kita buat tak tahu, kita sengaja cari penyakit dan penyakit bukan senang untuk diubati jika tidak sesuai dengan ubat,” katanya.

    Mengulas mengenai pindaan Perlembagaan UMNO, Aziz berkata: “Sikap yang tulus ikhlas dalam kalangan ahli UMNO untuk menerima pindaan perlembagaan parti dengan hati terbuka adalah penting.

    “Jangan jadikan pindaan sebagai peraturan kerana ia tidak akan bagi erti apa-apa jika ada kekotoran dalam jiwa setiap ahli.”

    Sementara itu, penganalisis politik, Asri Salleh berkata, pemutihan parti perlu dilakukan dalam situasi berpada-pada supaya tidak menjejaskan parti UMNO.

    “Saya melihat proses pemutihan ini wajar dipertingkatkan dan diberi perhatian serius oleh semua pihak terutama menangani isu gejala politik wang yang kian berleluasa.

    “Kita tidak mahu rakyat terus menerus membuat penilaian bahawa UMNO adalah sebuah parti memiliki pemimpin yang terbukti tegar dengan politik wang,” katanya.

    Selain proses pemutihan, Asri yang juga pensyarah di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM, Dungun berkata, UMNO juga perlu berusaha menuntut perubahan daripada segi sikap pemimpin itu sendiri.

    “Memang diakui, ubah sikap pemimpin adalah satu perkara sensitif dan sukar dibuktikan. Apa yang dilihat, sikap positif pemimpin mungkin mampu diterjemahkan melalui Indeks Petunjuk Prestasi (KPI).

    “Melalui KPI, pemimpin itu mampu mempamerkan sikap terpuji sekali gus kemahuan rakyat yang inginkan pemimpin bersih, bebas rasuah dan sebagainya akan tercapai,” katanya.

    Asri berkata, bukan mudah untuk melihat pemimpin berubah personaliti, sikap dan kelakuan mengikut apa yang dikehendaki rakyat.
    Estonian Forex 160x600en
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  2. #2
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Laporan Audit dedah penyelewengan BN

    KUALA LUMPUR – Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan laporan audit yang dikeluarkan Jabatan Audit Negara baru-baru ini, jelas menunjukkan negeri-negeri yang ditadbir PR jauh lebih baik daripada yang diperintah Barisan Nasional (BN).

    Menurutnya, Selangor dan Pulau Pinang menunjukkan laporan positif dari segi pengurusan kewangan dan ini menjadi bukti pentadbiran PR telus di negeri bawah pemerintahan mereka.

    “Kita bangga kerana laporan ini memberi petunjuk bahawa negeri di bawah pemerintahan BN penuh dengan penyelewengan, berbanding negeri di bawah PR,” katanya kepada media di lobi Parlimen, semalam.

    Katanya, PR akan menubuhkan pasukan untuk meneliti laporan audit itu sebelum mengambil langkah seterusnya.

    “Kita telah bermesyuarat dua hari lepas dengan semua Ahli Parlimen PR dan seperti kenyataan pemimpin PR semalam (kelmarin), kita akan ambil langkah seterusnya,” katanya.

    Kelmarin, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Phua, meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kes penyalahgunaan peruntukan seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Audit Negara.

    Sementara itu, mengulas kenyataan Pakar Patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand, yang mengatakan bekas Setiausaha Politik seorang Exco Kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock, mungkin dicekik sebelum jatuh, Anwar menegaskan kenyataan itu berdasarkan fakta dan bukan isu politik.

    Katanya, kenyataan tersebut tidak boleh diperlekehkan kerana beliau adalah pakar forensik terkemuka di Asia dan kenyataan tersebut berdasarkan kajian yang mendalam mengenai kes kematian tersebut.

    “Saya berharap pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan yang wajar dan adil berkenaan inkues kematian ini. Saya juga berasa dukacita kepada keluarga mendiang kerana isu ini terus membelenggu mereka,” katanya.

    Semalam, Dr Pornthip membuat kesimpulan bahawa kemungkinan 80 peratus Beng Hock dibunuh dan 20 peratus dia membunuh diri.
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  3. #3
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Seorang anggota polis maut

    TAPAH- Tiga anggota polis yang dalam perjalanan untuk menghadiri taklimat misi ke Timor-Leste di Briged Tenggara Kuantan, terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di KM310.9 Lebuhraya Utara-Selatan awal pagi ini, menyebabkan seorang maut.

    Dua lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang berasal dari Kedah itu cedera, termasuk seorang parah.

    Timbalan Ketua Polis Daerah Tapah DSP Abdullah Arshad berkata mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada pukul 2.30 pagi itu ialah Azrul Fazli Ahmad yang bertugas di Batalion 8, PGA Pengkalan Chepa, Kelantan.

    Azrul Fazli yang cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya di hantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

    Beliau berkata dua yang cedera ialah Mohd Zulkefli Rasdi, 22, dari Batalion 7 PGA Kuantan dan pemandu kereta itu Mohd Ishak Mohd Saharuddin, 24, dari Batalion 9 PGA Terengganu.

    "Mohd Zulkefli yang ketika kejadian duduk di kerusi belakang cedera parah di kepala dan dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, manakala Mohd Ishak hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar hospital yang sama," katanya.

    Abdullah berkata dalam kejadian itu kereta Toyota Avanza yang dinaiki tiga anggota PGA itu dikatakan merempuh belakang sebuah treler yang ketika itu bergerak ke arah yang sama.

    Akibat kejadian itu, hadapan kereta berkenaan remuk menyebabkan kesemua mangsa tersepit dan terpaksa dikeluarkan oleh anggota Bomba dan Penyelamat, katanya.

    Beliau berkata pemandu treler tidak cedera dan telah membuat laporan polis.- BERNAMA
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  4. #4
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Hukuman Tian Chua ditangguhkan

    KUALA LUMPUR- Mahkamah Majistret di sini membenarkan penangguhan hukuman penjara 6 bulandan denda RM 3,00 yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

    Majistret Mohd Faizi Che Abu membenarkan permohonan tersebutsetelah kedua-dua peguam Tian CHua, Amir Hamzah Arshad dan Ranjit Singh membuat permohonan penangguhan tersebut.

    Terdahulu mahkamah menjatuhkan hukuman tersebut kepada Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu setelah mendapati peihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah di akhir kes bela diri.

    Tian Chua didapati bersalah mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan terhadap seorang konstabel polis di jalan masuk ke Parlimen dua tahun lepas.
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  5. #5
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Tiket perlawanan Selangor -Terngganu dijual pagi Sabtu

    KUALA TERENGGANU- Tiket-tiket untuk menyaksikan saingan suku akhir kedua Piala Malaysia di antara Terengganu dan Selangor di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada malam Sabtu ini akan mula dijual pada pukul 10 pagi pada hari yang sama.

    Setiausaha Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) Abdullah Salleh berkata pihaknya akan menjual 10,000 tiket berharga RM10 untuk tempat duduk terbuka dan 300 tiket berharga RM15 untuk tempat duduk berbumbung.

    "Tujuan kita jual tiket awal supaya peminat-peminat dapat membeli tiket dengan selesa, di samping mengelak kesesakan di stadium pada malam perlawanan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

    Beliau berkata harga tiket tempat berbumbung dan tempat terbuka dikekalkan sebagai penghargaan kepada peminat-peminat yang sentiasa memberi sokongan kepada pasukan Terengganu.

    Abdullah berkata kawalan keselamatan pada malam perlawanan juga akan diperketatkan bagi mengelak barang-barang terlarang di bawa masuk oleh penonton ke dalam stadium, selain tambahan anggota keselamatan yang bertugas sama ada di kawasan pinggir padang mahupun di pentas terbuka stadium.

    Pada perlawanan suku akhir pertama di Stadium Shah Alam, Selangor, Selasa lepas, kedua-dua pasukan terikat 1-1.
    -- BERNAMA

    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  6. TenkoFX Crypto

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts