Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

TenkoFX Crypto Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

+ Reply to Thread
Page 1 of 3 1 2 3 LastLast
Results 1 to 10 of 29
  1. #1
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [22/10/2009] : Utusan Malaysia | Berita2 Semasa

    Kematian pertama H1NI di Serbia
    22/10/2009 2:40am

    BELGRADE 22 Okt. - Seorang wanita berusia 46 tahun menjadi mangsa pertama di Serbia yang mati akibat selesema babi setelah dua minggu melawan jangkitan di tengah bandar Kragujevac, Beta.

    “Wanita berkenaan mati di Hospital Kragujevac hari ini ialah mangsa pertama jangkitan virus influenza A (H1N1) di Serbia,” kata doktor hospital berkenaan, Zoran Todorovic kepada agensi.

    Mangsa dimasukkan ke hospital setelah sah dijangkiti virus H1N1 pada 5 Oktober. Kenyataan institut kesihatan awam Serbia sebelum ini melaporkan seramai 134 orang dijangkiti virus H1N1. - AFP
    Trade_on_STP_accounts-ENG_160x600
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  2. #2
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    20 cedera terkena lontaran bom

    22/10/2009 2:40am

    DHAKA 22 Okt. - Berpuluh orang cedera apabila sebutir bom yang dibaling penyerang tidak dikenali ke arah ahli Parlimen Bangladesh yang sedang menuju ke kereta meletup di luar pejabat mereka petang semalam, kata para saksi.

    Fazle Noor TapasTapas, penggubal undang-undang dari Parti Liga Awami di bawah pimpinan Perdana Menteri, Sheikh Hasina yang menjadi sasaran dalam serangan di tengah bandaraya itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

    “Kira-kira 20 orang cedera,” kata para saksi di tempat kejadian dan menurut polis, lapan orang dimasukkan ke hospital. - REUTERS

  3. #3
    NG Ace
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    kelana jaya
    Posts
    7,884
    zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Quote Originally Posted by tennoajak View Post
    Kematian pertama H1NI di Serbia
    22/10/2009 2:40am

    BELGRADE 22 Okt. - Seorang wanita berusia 46 tahun menjadi mangsa pertama di Serbia yang mati akibat selesema babi setelah dua minggu melawan jangkitan di tengah bandar Kragujevac, Beta.

    “Wanita berkenaan mati di Hospital Kragujevac hari ini ialah mangsa pertama jangkitan virus influenza A (H1N1) di Serbia,” kata doktor hospital berkenaan, Zoran Todorovic kepada agensi.

    Mangsa dimasukkan ke hospital setelah sah dijangkiti virus H1N1 pada 5 Oktober. Kenyataan institut kesihatan awam Serbia sebelum ini melaporkan seramai 134 orang dijangkiti virus H1N1. - AFP

    1 serbia mati pun xper.........:031::031::031:

  4. #4
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Quote Originally Posted by zCk View Post
    1 serbia mati pun xper.........:031::031::031:
    tak payah nak perang. Kena kat kem tentera diaorang lagi bagus. Pastu kena kat Israel lak
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  5. #5
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Jaringan Valencia berikan United tiga mata

    22/10/2009 3:01am

    MOSCOW, 22 Okt - Jaringan minit-minit akhir pemain sayap, Antonio Valencia memberikan kemenangan tipis 1-0 buat Manchester United mengalahkan CSKA Moscow dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah Kumpulan B awal pagi tadi.
    Valencua merembat masuk dari sudut sukar selepas menerima hantaran ke belakang Dimitar Berbatov empat minit sebelum perlawanan tamat sekali gus memberikan kemenangan ketiga dari tiga perlawanan peringkat kumpulan. - REUTERS

  6. #6
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    MPV terbabas punca laluan komuter tergendala

    22/10/2009 11:35am

    SUBANG JAYA 22 Okt. – Sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Naza Ria terbabas ke laluan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di sini pagi ini, menyebabkan laluan komuter menghubungkan Pelabuhan Klang ke ibu negara terkandas.
    Dalam kejadian pukul 8 pagi itu, dua lelaki yang menaiki kenderaan tersebut hanya mengalami cedera ringan. – Utusan.

  7. #7
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Istiadat menurun, memasang alat kebesaran diraja hari ini

    22/10/2009 11:40am

    KUALA PILAH 22 Okt. — Upacara sambutan pertabalan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 pada 26 Oktober ini dimulakan dengan istiadat menurunkan dan memasang alat kebesaran diraja di halaman Istana Besar Seri Menanti dekat sini hari ini.
    Tugas membawa keluar alat kebesaran diraja itu dari Balairong Seri ke dalam Istana Besar Seri Menanti bermula pada 9 pagi dan dilaksanakan oleh Pegawai 99 yang diketuai oleh Datuk Seri Amar Diraja Ahmad Minar, setelah mendapat perkenan Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz.
    Alat-alat kebesaran itu yang terdiri daripada lapan kaki payung kuning, lapan bilah tombak berambu, lapan bilah keris panjang, lapan bilah pedang panjang dan lapan tonggol kuning, hitam dan merah, kemudian diletakkan di atas meja khas sebelum ditepung tawar diikuti bacaan doa oleh Datuk Johan Abdullah Yusof.
    Alat-alat kebesaran itu kemudian dibawa keluar dari Istana Besar Seri Menanti dan dipasang di tempat khas di halaman Istana Besar Seri Menanti.
    Istiadat diakhiri dengan tembakan dua das meriam.
    Alat-alat kebesaran diraja ini akan kekal terpasang di halaman Istana selama tujuh hari sehingga istiadat menyimpan dilakukan pada 28 Oktober.
    — BERNAMA

  8. #8
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Mohon penjawat awam hampir bersara dikecualikan PTK

    22/10/2009 11:42am

    KUANTAN 22 Okt. — Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu penjawat awam yang hampir bersara diberi peluang kenaikan gred tanpa perlu lulus peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).
    Presidennya, Omar Osman berkata, mereka sebaliknya perlu dinilai berdasarkan prestasi dan produktiviti sepanjang perkhidmatan.
    "Mereka yang nak bersara lagi tiga tahun sudah agak susah nak menghadapi peperiksaan ini, bagilah pengecualian dari lulus PTK, cukup dengan prestasi yang baik,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Seminar Presiden-presiden Kesatuan Gabungan Cuepacs di sini.
    Seminar itu dirasmikan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.
    Beliau berkata, perkara itu telah dibawa ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk dipertimbangkan.
    - BERNAMA

  9. #9
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Universiti perlu tumpu tingkat kecemerlangan graduan

    22/10/2009 12:00pm

    SINTOK 22 Okt. — Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mahu semua universiti di negara ini memberikan tumpuan kepada usaha meningkatkan kecemerlangan bagi melahirkan graduan yang cemerlang dan berkeperibadian tinggi.
    "Proses pengajian di universiti adalah fasa terpenting yang membentuk graduan untuk menguasai ilmu pengetahuan, berusahalah mencapai tahap maksimum supaya graduan yang dilahirkan dapat menguasai ilmu dan kemahiran dengan baik,” katanya pada majlis suai-mesra dengan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini, malam tadi. Katanya, UUM sebagai universiti yang memberi pengkhususan dalam bidang pengurusan telah mengambil langkah yang betul dalam melaksanakan program-program pengajiannya bagi mencapai wawasan universiti itu untuk menjadi universiti terkenal dalam bidang pengurusan di peringkat global. Mohamed Khaled berkata, beliau bersedia menyertai program anjuran universiti bagi mendekatkan diri dengan para graduan untuk mengetahui dengan lebih jelas keperluan mereka.
    "Saya rasa tidak lengkap jika tidak melihat dari dekat. Sebab itu saya mengambil pendekatan akan sentiasa melawat bagi mengetahui kekangan yang dihadapi pentadbiran universiti dan pelajar,” katanya.
    Katanya, beliau akan memantau dasar-dasar universiti agar sentiasa relevan dengan pelajar dan keadaan semasa serta dilaksanakan dengan berkesan bagi mencapai matlamat yang diharapkan kerajaan. - Bernama

  10. #10
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Anggota polis maut kemalangan di lebuhraya

    22/10/2009 12:18pm

    TAPAH 22 Okt. — Tiga anggota polis yang dalam perjalanan untuk menghadiri taklimat misi ke Timor-Leste di Briged Tenggara Kuantan, terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 310.9 Lebuhraya Utara-Selatan awal pagi ini, menyebabkan seorang maut.
    Dua lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang berasal dari Kedah itu cedera termasuk seorang parah.
    Timbalan Ketua Polis Daerah Tapah, Deputi Supritenden Abdullah Arshad berkata, mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada pukul 2.30 pagi itu ialah Azrul Fazli Ahmad yang bertugas di Batalion 8, PGA Pengkalan Chepa, Kelantan.
    Azrul Fazli yang cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya di hantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
    Beliau berkata, dua yang cedera ialah Mohd. Zulkefli Rasdi, 22, dari Batalion 7 PGA Kuantan dan pemandu kereta itu Mohd. Ishak Mohd. Saharuddin, 24, dari Batalion 9 PGA Terengganu. - Bernama


  11. The Best Spread 468x60ms

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts