Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

TenkoFX Crypto Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

+ Reply to Thread
Results 1 to 5 of 5
  1. #1
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [21/10/2009] : Sinar Harian | Berita2 Semasa

    Pembangkang tidak sepatutnya tabur fitnah wakil rakyat BN sakit

    SEREMBAN - Pembangkang tidak sepatutnya menyebarkan fitnah terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun)Johol dari Barisan Nasional (BN) Datuk Roslan Md Yusof yang kini sedang bercuti sakit.

    Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pembangkang terlalu seronok supaya pilihan raya kecil diadakan sehingga tergamak menyebarkan fitnah bahawa Roslan sudah meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Singapura.

    "Saya baru sahaja bertemu beliau dan betul dia sedang sakit tulang belakang. Beliau sedang mendapat rawatan daripada pakar tulang di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan keadaannya stabil," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco hari ini.

    Mohamad berkata, keadaan kecederaan Roslan adalah stabil dan wakil rakyat itu diberi cuti sebulan lebih untuk menjalani rawatan fisioterapi.

    "Dia kena buat fisioterapi hari-hari pasal dia tak boleh bergerak sangat, tulang belakang dia itu lari sikit dan doktor beri nasihat jangan bergerak sangat," katanya. - Bernama
    The Best Spread 160x600ms
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  2. #2
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Mendiang Chong Yik Sheng warganegara Malaysia

    KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein melahirkan rasa sedih dan terkilan kerana pihaknya tidak sempat menyerahkan dokumen pengesahan status warganegara kepada Chong Yik Sheng, 99, yang meninggal dunia semalam.

    Hishammuddin berkata, beliau tetap berpuas hati kerana hasrat mendiang untuk meninggal dunia sebagai rakyat Malaysia termakbul kerana dokumen diri Chong termasuk sijil kelahiran dan MyKadnya sempat disiapkan.

    "Wakil kementerian dijadualkan menyerahkan semua dokumen diri mendiang semalam, tetapi sebagai manusia kita hanya merancang... kita tidak sempat menyerahkannya kepada mendiang.

    Namun, dia (Chong) tahu kita ikhlas untuk menunaikan harapannya sebelum meninggal dunia dan kita sudah tunaikan hasrat itu," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

    Kisah Chong untuk mendapatkan permohonan MyKad sebelum umurnya mencapai 100 tahun disiarkan oleh akhbar Sin Chew Daily 3 Oktober lepas.

    Chong mendakwa beliau kembali ke negara ini pada usia 58 tahun selepas dihantar ke Siam (Thailand) oleh tentera Jepun dan tidak sempat memohon taraf kerakyatan kerana sibuk mencari rezeki. - Bernama
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  3. #3
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    80 peratus kemungkinan homisid dalam kes Teoh: Ahli Patologi

    SHAH ALAM - Seorang ahli patologi terkenal Thai Dr Porntip Rojanasunan memberitahu mahkamah koroner di sini hari ini bahawa terdapat 80 peratus kemungkinan homisid dan 20 peratus kemungkinan bunuh diri dalam kes kematian pembantu politik Teoh Beng Hock.

    Ketika memberi keterangan dalam Bahasa Inggeris wanita itu berkata, Teoh mengalami beberapa kecederaan sebelum jatuh dan mati selepas disoalsiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) Selangor.

    Beliau berkata kecederaan ke atas Teoh termasuk tusukan di bahagian dubur, kesan melelas di paha dan lebam cekek di leher, dan ini tidak sejajar dengan keadaan jatuh dari tempat tinggi. - Bernama

  4. #4
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    11 kes didakwa mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

    CYBERJAYA - Sebanyak 11 kes didakwa mengikut Seksyen 211 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membabitkan jumlah denda sebanyak RM24,500 bagi tempoh tahun lalu sehingga kini.

    Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, jumlah itu membabitkan enam kes membabitkan lapan individu kerana kesalahan menghantar komen menghina Sultan Perak, (tiga) SMS sumbang/lucah, dan masing-masing satu kes e-mel sumbang dan menghantar komen sumbang/lucah.

    Bagi kes menghina Sultan Perak, beliau berkata seorang mengaku bersalah dan didenda RM10,000 manakala lima kes membabitkan tujuh individu sedang menunggu perbicaraan.

    Bagi kes SMS sumbang/lucah, e-mel sumbang dan komen sumbang/lucah, semua mengaku bersalah dan jumlah denda dikenakan ialah antara RM1,800 dan RM8,500, katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat dan memperkenalkan Pengerusi SKMM yang baru dilantik Tan Sri Khalid Ramli, pada 16 Okt lalu, di sini hari ini. - Bernama

  5. #5
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Peragut mati ditembak

    JOHOR BAHARU - Polis menembak mati seorang peragut remaja berusia 20 tahun manakala rakannya yang cuba melibas parang panjang ke arah anggota polis bermotosikal berjaya melepaskan diri ketika dikejar di Taman Johor Jaya, di sini, pada malam Isnin.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Amer Awal berkata, atas maklumat awam, tiga anggota polis, yang menaiki motosikal masing-masing, berjaya mengesan kedua-dua peragut itu menaiki sebuah motosikal di Jalan Dedap 9 di sini pada kira-kira 12 tengah malam.

    Bagaimanapun, peragut tersebut enggan berhenti lalu anggota polis mengejar mereka sejauh kira-kira 15 kilometer sebelum berjaya menghimpit motosikal lelaki berkenaan.

    "Tindakan itu menyebabkan pembonceng motosikal berkenaan melibaskan parang panjang ke anggota polis terbabit," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini. - Bernama


  6. The Best Spread 468x60ms

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts