Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

TenkoFX Crypto Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

+ Reply to Thread
Page 1 of 3 1 2 3 LastLast
Results 1 to 10 of 21
  1. #1
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [21/10/2009] : Harian Metro | Berita2 Semasa

    DIdera, dirogol, diliwat
    Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
    [email protected]

    KAJANG: Kejam dan tidak berperikemanusiaan apabila seorang lelaki Afrika didakwa sanggup mendera, merogol dan meliwat anak kekasihnya yang baru berusia tiga tahun sehingga kanak-kanak itu menemui ajal.

    Malah, kekasih wanita terbabit yang juga seorang janda berusia 24 tahun tergamak bersekongkol dengan warga asing itu apabila sanggup berbohong dengan mereka cerita kononnya anaknya mati akibat didera pembantu rumah.

    Bagaimanapun, siasatan polis mendapati fakta dalam keterangan diberikan wanita yang bekerja sebagai setiausaha itu meragukan sebelum merumuskannya sebagai pembohongan apabila mendapati wanita terbabit tidak pernah menggaji pembantu rumah yang didakwa melarikan diri sejurus selepas tragedi menyayat hati itu.

    Sumber polis berkata, wanita rakyat tempatan itu dikesan menjalinkan hubungan dengan lelaki Sudan terbabit sejak beberapa bulan lalu.

    Menurutnya, lelaki warga asing itu sebelum ini memasuki Malaysia menggunakan visa pelajar dan menuntut di sebuah kolej swasta di ibu kota.

    “Bagaimanapun, lelaki berusia 24 tahun itu hanya belajar sebulan sebelum tinggal bersama kekasihnya iaitu wanita warga tempatan di sebuah kondominium di Batu 9, Kajang.

    “Difahamkan, lelaki Afrika terbabit tinggal serumah dengan wanita tempatan itu yang mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun hasil perkahwinannya sebelum ini,” katanya.

    Menurutnya, lelaki terbabit yang kerap diminta menjaga kanak-kanak terbabit dipercayai sering memukul selain merogol dan meliwat mangsa terutama ketika ibunya tiada di rumah kerana keluar bekerja pada waktu siang.

    “Namun, pada 12 Oktober lalu, ibu mangsa yang pulang ke rumah jam 9 malam terkejut apabila mendapati anak perempuannya koma dengan keadaan tubuh tidak bermaya.

    “Wanita terbabit segera membawa anaknya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kajang, namun mangsa dilaporkan mati akibat kecederaan serius terutama di kepala,” katanya.

    Menurutnya, wanita terbabit yang membuat laporan polis susulan kematian anaknya, mendakwa kanak-kanak perempuan itu mati akibat didera pembantu rumahnya.

    “Menurut wanita itu, pembantu rumahnya bagaimanapun melarikan diri sebaik dia pulang ke rumah sejurus kejadian. Namun, polis mula mengesyaki sesuatu tidak kena apabila siasatan mendapati suspek tidak pernah menggunakan khidmat pembantu rumah asing.

    “Malah, rasa curiga semakin kuat apabila hasil bedah siasat pihak hospital menemui kesan kecederaan pada kemaluan mangsa selain kesan sama pada dubur dipercayai akibat diliwat. Malah, tubuh dan muka mangsa dipenuhi kesan luka lama dan baru dipercayai akibat dipukul dengan teruk,” katanya.

    Menurutnya, polis yang menyedari berlaku kes pembunuhan kejam terhadap mangsa bergegas ke kediaman suspek pada 13 Oktober lalu bagi melakukan pemeriksaan lanjut.

    “Hasil beberapa bukti diperoleh, polis menahan pasangan kekasih terbabit sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk siasatan lanjut.

    “Setakat ini, kedua-dua suspek mengaku melakukan penderaan terhadap kanak-kanak terbabit yang membawa kepada kematiannya,” katanya.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Sakaruddin Che Mood mengesahkan kejadian pembunuhan itu namun enggan mengulas lanjut.

    “Perbuatan berkenaan amat kejam dan tidak berhati perut terutama terhadap kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa. Pihak polis akan melakukan siasatan secepat mungkin bagi memastikan individu yang melakukan jenayah itu mendapat hukuman setimpal,” katanya.

    Menurutnya, kedua-dua suspek ditahan reman sehingga Ahad ini dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.
    bitcoin 160x600
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  2. #2
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    ‘Sah dulu lafaz cerai talak tiga’
    Oleh Murni Wan Omar
    [email protected]

    PETALING JAYA: Walaupun bersetuju bercerai secara baik, namun penyanyi dan pelakon, Radhi OAG serta isterinya, Shazlin Sharif perlu membuat pengesahan lafaz cerai talak tiga melalui telefon yang didakwa dilakukan pada hujung Februari lalu.

    Ketika prosiding di Mahkamah Syariah Petaling Jaya di sini semalam, Hakim Syarie Ghazali Ahmad berkata mahkamah perlu menentukan sama ada talak yang didakwa dilafazkan Radhi Razali, 32, terhadap isterinya Shazlin, 31, disabitkan atau tidak.

    Terdahulu, peguam syarie Rubiah Jaffar yang mewakili Shazlin memaklumkan kepada mahkamah bahawa kedua-dua pihak menandatangani persetujuan bersama dan oleh itu pihaknya mahu menarik balik permohonan pengesahan lafaz cerai itu.

    Bagaimanapun, Ghazali dalam keputusannya berkata, Radhi sebelum ini ada melafazkan sumpah syarie menafikan bahawa berlaku lafaz talak itu, tetapi belum mengemukakan penyata pembelaan sehingga hari ini.

    Shazlin mendakwa Radhi ada melakukan lafaz talak kali kedua pada 25 Februari lalu yang berbunyi ‘aku ceraikan kau (Shazlin) dengan talak tiga terus’ menerusi telefon pada jam 11.40 pagi.

    Pada 27 Julai lalu, mahkamah yang sama memutuskan bahawa mereka masih lagi pasangan suami isteri apabila Radhi melakukan sumpah syarie bagi menafikan lafaz talak yang berbunyi ‘Oklah, I (saya) ceraikan you (awak), talak tiga, dua, satu?’.

    Lafaz itu didakwa berlaku pada jam 8.30 pagi, 15 September 2008 di rumah keluarga Shazlin yang juga pelakon dan bekas penyanyi kumpulan Girls In Music (GIM) di Petaling Jaya.

    Prosiding semalam diteruskan dengan Shazlin yang ditemani ahli keluarganya hadir beberapa minit sebelum kes itu berakhir. Dia yang sebelum ini memberi kerjasama apabila gambar dirakamkan kali ini berlari ke kereta dan beredar dengan cepat.

    Radhi juga hadir selepas semua pihak termasuk peguam sudah pulang.

    Mahkamah menetapkan 3 November ini untuk perbicaraan.
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  3. #3
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Amuk pelajar cemerlang



    JEMPOL: Bagaikan dirasuk syaitan, seorang pelajar tingkatan dua dengan tidak semena-mena menetak ibu dan adiknya di rumah mereka di Felda Palong 4, Gemas, dekat sini, Jumaat lalu.

    Pelajar terbabit dikatakan mengamuk menggunakan sebilah parang menyebabkan adik lelakinya yang berusia 10 tahun putus jari manis tangan kanan ketika cuba mempertahankan diri daripada diserang.

    Selain cedera di tangan, kanak-kanak terbabit ditetak di kepala dan kini mendapatkan rawatan di sebuah hospital kerana kecederaan dialami.

    Ibu pelajar itu berusia 38 tahun yang turut diserang menerima beberapa jahitan di tapak tangan dan kepala.

    Harian Metro difahamkan adik lelaki mangsa yang putus jari bernasib baik kerana doktor berjaya menyambungnya semula.

    Remaja yang hilang pertimbangan itu sebelum ini antara pelajar cemerlang di sekolah dan tidak pernah berkelakuan sedemikian.

    Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Mohd Sabri Muhamad, berkata sepasukan anggota polis yang menerima maklumat kejadian itu kira-kira jam 6 pagi bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan siasatan.

    “Remaja lelaki terbabit dipercayai tidak dapat mengawal diri dan mengamuk menggunakan sebilah parang dengan mencederakan adik dan ibunya.

    “Polis bagaimanapun berjaya memberkas pelajar terbabit dan dibawa ke balai untuk siasatan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

    Beliau berkata, ketika kejadian, bapa mangsa tiada di rumah kerana keluar menunaikan solat Subuh di surau berhampiran.

    Katanya, ibu mangsa bagaimanapun hanya mendapatkan rawatan pesakit luar di hospital, manakala adiknya masih menerima rawatan.

    “Polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar pelajar itu mengamuk, selain turut merampas parang yang digunakan dalam kejadian berkenaan,” katanya.

    Katanya, pelajar terbabit masih ditahan untuk membantu siasatan kes terbabit.

  4. #4
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Tiada niat sorok majlis nikah



    KUALA LUMPUR: “Bukan saya tidak ingin berkongsi hari bahagia ini dengan pihak media dan peminat sebaliknya demi menghormati permintaan ibu bapa yang inginkan majlis pernikahan yang ringkas dan dihadiri kira-kira 50 anggota keluarga terdekat membabitkan kedua-dua belah pihak saja.

    “Selain pihak media, saya juga tidak mengundang rakan artis pada majlis itu. Justeru, saya berharap, pihak media dan peminat memahami keadaan saya ini,” kata pelakon dan pengacara Sasha Bashir, 29, ketika diminta mengulas lanjut mengenai majlis pernikahannya yang berlangsung Ahad lalu.

    Sasha dan pasangannya, ahli perniagaan berdarah kacukan Melayu-Australia, Yani Hijjaz, 49, sah bergelar suami isteri dalam satu majlis yang hanya dihadiri saudara mara terdekat di kediaman keluarganya di Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

    Pihak media hanya dapat menghidu berita majlis pernikahannya menerusi beberapa keping gambar yang disiarkan dalam laman blognya http://Sashabashir.blogspot.com/.

    Anak pasangan Tan Sri Bashir dan Puan Sri Annette Bashir dari Kuala Lumpur ini berkata, dia juga tidak merancang untuk menganjurkan majlis resepsi bersama media dan artis selepas ini.

    “Pada majlis pernikahan juga tidak ada wang hantaran, tetapi saya hanya menerima senaskhah al-Quran, sebentuk cincin dan mas kahwin pula adalah 100 gram emas dari pihak lelaki. Buat masa ini, kami belum memutuskan destinasi bulan madu lagi.

    “Buat peminat yang ingin melihat gambar majlis pernikahan kami itu, mereka bolehlah melayari blog saya itu,” katanya.

  5. #5
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Keputusan tuntutan ganti rugi Roslin Disember ini.



    KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menetapkan 21 Disember ini untuk putuskan sama ada pemain badminton negara, Roslin Hashim layak menuntut ganti rugi perkahwinan sebanyak RM54,460 daripada bekas isterinya.

    Mahkamah juga menetapkan pada 20 November ini untuk mendengar notis bantahan awal dan hujahan dari pihak defenden, Faizah Mohamad terhadap tuntutan ganti rugi itu.

  6. #6
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Ako diarah fail hujah rayuan hukuman penjara kerana khalwat



    SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menetapkan 16 Disember ini untuk pelakon Ako Mustafa memfailkan hujah berhubung rayuan terhadap hukuman penjara tiga bulan yg dikenakan terhadapnya atas tuduhan berkhalwat dengan wanita bukan Islam, beberapa tahun lalu.

  7. #7
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Rakyat Malaysia hilang di pergunungan Tapovan


    UTTRANCHAL: Seorang rakyat Malaysia yang berkunjung ke kawasan pergunungan Tapovan dalam daerah Uttarkasi di utara India untuk melakukan kerja ibadah, hilang sejak akhir September lalu.

    Vicnesvaren Murugesu, seorang jurutera yang bekerja di New York, tiba di
    Gangotri pada 18 September lalu, kawasan yang popular bagi penganut agama Hindu untuk beribadat yang terletak di kawasan Banjaran Himalaya.

    Vicnesvaren, 30, berasal dari Kuala Lumpur bersama dengan seorang lagi
    penunjuk arah rakyat India, mengambil keputusan ke Tapovan yang terletak
    25 kilometer dari Gangotri dan sepatutnya pulang ke Gangotri dua minggu kemudian.

    "Dia seorang yang cenderung kepada aktiviti kerohanian dan datang ke sini
    untuk melawat seorang guru spiritual India dan kemudian mengunjungi
    seorang lagi guru, Muni Babji, yang hanya 200 meter dari kawasan itu.

    "Beliau pergi seorang diri ketika mengunjungi Muni Babji selepas meminta
    penunjuk arahnya pulang. Dia sepatutnya pulang ke rumah penginapannya akhir September tetapi sampai sekarang beliau tidak dapat dikesan," kata iparnya Steven Nathan kepada Bernama hari ini.

    Setiap tahun, ramai penganut, pengikut dan guru agama Hindu bermeditasi di
    kawasan pergunungan dan mula meninggalkan Tapovan apabila musim sejuk tiba di kawasan utara India itu bermula pada Oktober.

    Kawasan Tapovan yang terkenal dengan aktiviti kerohanian terletak 4,450
    meter dari paras laut.

    "Tiada siapa yang mengetahui ke mana Vicnesvaran pergi. Maklumat awal yang kami terima pasukan menyelamat menemui khemah dan barang-barangnya berhampiran tempat Muni Babji.

    "Namun operasi mencari agak perlahan kerana kebanyakan daripada penunjuk
    arah dan pegawai masih bercuti sempena Deepavali," kata Steven yang kini berada di Gangotri.

    Katanya, operasi mencari akan disambung hari ini dengan melibatkan 20 pencari profesional dan penunjuk arah ke Tapovan dalam keadaan cuaca yang semakin dingin iaitu negatif 10 darjah Celsius.

    Di New Delhi, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia sedang menyelaras usaha mencari
    Vicnesvaren dengan pihak berkuasa India. -Bernama

  8. #8
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Kapal Singapura ditahan pindah minyak secara haram



    KOTA TINGGI: Dua kapal yang didaftarkan di Singapura ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan kerana melakukan pemindahan minyak secara haram, semalam.

    Kapal berkenaan di tahan pada jam 4.15 pagi pada kedudukan 2.8 batu nautika di tenggara Tanjung Stapa di sini.

  9. #9
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Lelaki curi motosikal nyaris maut rempuh bas



    GEORGETOWN: Seorang lelaki berusia 25 tahun yang baru dua jam mencuri motosikal nyaris maut selepas merempuh sebuah bas Rapid Penang di Tanjung Tokong di sini, kira-kira jam 11 malam tadi.

  10. #10
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    12 ditahan kerana aktiviti judi komputer



    GEORGETOWN: Seramai 10 lelaki dan dua wanita dicekup kerana dipercayai menjalankan kegiatan mesin permainan komputer berunsur perjudian di dua tempat berasingan, kira-kira jam 9 malam tadi.


  11. The Best Spread 468x60ms

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts