Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

The Best Spread 468x60ms Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

+ Reply to Thread
Page 1 of 4 1 2 3 ... LastLast
Results 1 to 10 of 32
  1. #1
    Banned
    Join Date
    Jan 2008
    Location
    masjidtanah,melaka-gemas,n9-rajachulan,KL-Kajang
    Posts
    2,920
    akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [21/10/2009] : Berita Harian | Berita2 Semasa

    Rogol: 2 sahabat dipenjara 16 tahun, 12 sebatan

    KUANTAN: Dua sahabat masing-masing dijatuhkan hukuman penjara 16 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas didapati bersalah merogol seorang gadis bawah umur, empat tahun lalu.

    Tertuduh pertama, Shaiful Abd Rahim, 29, dari Felda Lepar Utara 2, Bandar Jengka dituduh merogol mangsa di dalam tandas bangunan Koperasi Felda Utara 2 antara jam 2.30 pagi dan 3 pagi, pada 19 Mac 2005.

    Tertuduh kedua, Mohd Sobri Abd Rahman, 24, dari Felda Lepar Utara 4, Bandar Jengka dituduh merogol mangsa yang sama di tempat dan masa yang sama.

    Mereka didakwa bersama mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan.

    Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendawa Raya, Kalmizah Salleh dan peguam tertuduh, Che Ariffin Mohd Ali selesai menggulung hujah masing-masing.

    Terdahulu, dalam rayuannya peguam tertuduh pertama dan kedua memberi alasan anak guam masing-masing menjadi tulang belakang keluarga selain mempunyai ibu bapa yang berpenyakit kronik.

    Bagaimanapun, Kalmizah memohon mahkamah mengenakan hukuman lebih berat terhadap kedua-dua tertuduh kerana perbuatan mereka disifatkan amat keji dan tidak berperikemanusiaan yang dilakukannya.

    Katanya, mahkamah perlu mengutamakan kepentingan awam melebihi kepentingan individu dalam membuat keputusan dalam kes itu.

    Beliau berkata, pihak pendakwaan mahukan hukuman yang dapat memberi kesedaran dan pengajaran terutama kepada tertuduh dan masyarakat.
    PAMM 120x600

  2. #2
    Banned
    Join Date
    Jan 2008
    Location
    masjidtanah,melaka-gemas,n9-rajachulan,KL-Kajang
    Posts
    2,920
    akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    Amah dakwa dibotakkan kepala, diikat dalam tandas

    KLANG: Seorang pembantu rumah warga Indonesia mendakwa kepalanya dibotakkan oleh majikan, pasangan suami isteri dan terpaksa menjadikan tandas sebagai tempat tidur sebelum diselamatkan polis di sebuah rumah di Jalan Datuk Yusuf Shahbudin 6, Taman Sentosa, di sini, petang semalam.

    Malah ketika diselamatkan, wanita dikenali sebagai Mantik Hani, 36, ditemui dalam keadaan tangan serta kaki terikat dan tidak bermaya dengan kecederaan teruk di beberapa bahagian badan.

    Kecederaan itu termasuk luka hampir lima sentimeter sehingga menampakkan tulang pada kakinya, dipercayai dipukul dengan batang besi.

    Peguam, Gerald Lazarus, berkata dia dimaklumkan mengenai penemuan wanita tidak bermaya dalam tandas di rumah itu oleh seorang wanita yang kemudian menghubunginya.

    "Bagaimanapun setiba di rumah itu, saya tak berani masuk selepas melihat seorang lelaki berdiri di luar pintu sebelum bergegas ke Balai Polis Sentosa memaklumkan kejadian itu," katanya ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, malam tadi.

    Gerald berkata, sebaik menerima laporan, dua pegawai dan tiga anggota bergegas ke rumah itu sebelum menemui mangsa terbaring di dalam tandas berkenaan.

    Mangsa kemudian dihantar ke HTAR dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

    Difahamkan mangsa bekerja di rumah berkenaan sejak dua bulan lalu. Majikannya dipercayai melarikan diri sebaik perbuatan mereka terbongkar.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu membabitkan kes mendatangkan kecederaan.

    Katanya, polis sudah menahan isteri lelaki itu dan akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini, untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

    Bagaimanapun, polis masih meneruskan gerakan mencari lelaki itu dan percaya dapat menahannya dalam masa terdekat.

  3. #3
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Barcelona, Liverpool rebah di saingan Liga Juara-Juara Eropah

    PARIS: Juara bertahan, Barcelona tumpas di tempat sendiri kepada juara liga Russia, Rubin Kazan 1-2 pada saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi.

    Liverpool pula terus menyaksikan peristiwa kekalahan keempat berturut-turut dan kali ini kepada kelab Perancis, Lyon 1-2, juga di tempat sendiri.

    Meskipun mendahuli 1-0 sebelum masa pertama, Lyon bangkit dengan gol kemenangan menerusi Cesar Delgado.

    Sementara itu, musuh ketat Barca dalam saingan liga domestik Sepanyol - Sevilla pula menang 3-1 ke atas kelab Jerman, Stuttgart, sekali gus layak ke pusingan kalah mati.

    Kelab Inggeris, Arsenal juga layak ke pusingan kalah mati apabila seri 1-1 dengan kelab Belanda, AZ Alkmaar.

    Arsenal kini mendahului Kumpulan H dengan mengumpul tujuh mata daripada tiga perlawanan dengan Olympiakos di tempat kedua selepas menewaskan Standard Liege 2-1.

    Sementara itu, kelab Itali Inter Milan juga seri 2-2 dengan Dynamo Kiev. - AFP
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  4. #4
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Afghanistan adakan semula pilihan raya presiden

    KABUL: Afghanistan akan mengadakan pusingan kedua pilihan raya presiden pada 7 November ini selepas penyandang jawatan, Hamid Karzai gagal mendapatkan majoriti selepas pilihan raya pertama diselubungi kontroversi penipuan undi.

    Selepas genap dua bulan pilihan raya dijalankan, Karzai kini berdepan dengan masalah untuk mendapatkan 50 peratus tambahan undi bagi memastikan beliau boleh bersaing dengan pencabarnya,

    Abdullah Abdullah.

    Keputusan mengadakan pilihan raya semula itu disokong oleh negara luar, diketuai Amerika Syarikat yang menyifatkan ia langkah terbaik untuk menangani masalah kestabilan politik di Afghanistan.

    “Pilihan raya untuk pusingan kedua akan diadakan 7 November ini," kata jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya Afghanistan,

    Noor Mohammad Noor, semalam.

    Karzai kemudian dalam sidang akhbarnya mengesahkan akan bertanding pada pusingan kedua pilihan raya berkenaan dengan menyifatkan "ia langkah terbaik ke arah demokrasi."

    Beliau juga meminta masyarakat dunia agar membantu Afghanistan memastikan pilihan raya itu dapat dilaksanakan dalam keadaan aman.

    “Rakyat perlu membuang undi secara bebas dan tiada ancaman keselamatan terhadap mereka. Ini kerana setiap undi mereka penting untuk membina semula Afghanistan," katanya. - AFP
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  5. #5
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    4 kanak-kanak maut, bas mini terhumban ke dalam tasik

    BEIJING: Empat kanak-kanak maut manakala 26 yang lain cedera apabila bas mini membawa kanak-kanak tadika terbabas ke dalam tasik di tengah China, kelmarin.

    Nahas berlaku jam 5.20 petang waktu tempatan (0920 GMT) pada Isnin di Bandar Loudi di Wilayah Hunan apabila bas berkenaan gagal dikawal, lapor agensi berita Xinhua hari ini.

    Penyiasatan awal menunjukkan ketika kemalangan, bas berkenaan membawa 32 penumpang termasuk 30 kanak-kanak tetapi muatan bas itu hanya untuk 11 penumpang sahaja.

    Pengetua tadika dan pemandu bas yang juga suami pengetua berkenaan sudah ditahan untuk siasatan. - AFP
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  6. #6
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Justine Henin kembali di gelanggang tenis tahun depan

    SYDNEY: Bekas pemain tenis wanita nombor satu dunia dan pemenang tujuh gelaran Grand Slam, Justine Henin dari Belgium akan melakukan kemunculan semula dalam sukan tenis pada kejohanan antarabangsa Brisbane, Januari tahun depan.

    “Selepas 15 bulan bersara, saya akan sertai semula kerjaya tenis bermula di Kejohanan Antarabangsa Brisbane," katanya dalam satu kenyataan.

    “Ia sesuatu yang amat ditunggu-tunggu untuk bermain dalam kejohanan tenis dengan gelanggang dan cuaca yang sama dengan Melbourne.

    "Ia adalah persiapan yang penting untuk saya beraksi di Terbuka Australia selepas itu," katanya.

    Kemunculan Henin, 27, di Brisbane jangka menjadi tumpuan apabila rakan senegaranya, Kim Clijsters, yang juga bersara sebelum ini, kembali bermain dan menang di Terbuka Amerika Syarikat turut menyertai kejohanan berkenaan.

    “Pasti ia saat yang paling ditunggu-tunggu untuk melihat Justine kembali semula di gelanggang tenis antarabangsa dan menentang rakannya, Kim Clijsters,” kata pengarah pertandingan Brisbane, Steve Ayles. - AFP
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  7. #7
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    15 maut kereta api tergelincir di Utara India

    NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 15 maut manakala 50 yang lain terperangkap selepas dua kereta api bertembung di Mathura, Utara India, awal pagi ini.

    Stesen tv CNN-IBN melaporkan, sekurang-kurangnya 15 mayat sudah dibawa keluar dari gerabak yang remuk.

    Pasukan penyelamat dilihat menggunakan alat pemotong besi untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap.

    Stesen NDTV pula melaporkan nahas itu mengakibatkan antara 10 hingga 12 orang maut manakala antara 40 dan 50 orang masih terperangkap. - AFP
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  8. #8
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Jurutera Malaysia hilang di pergunungan utara India

    UTTRANCHAL: Seorang rakyat Malaysia yang berkunjung ke kawasan pergunungan Tapovan dalam daerah Uttarkasi di utara India untuk melakukan kerja ibadah, hilang sejak akhir September lalu.

    Vicnesvaren Murugesu, seorang jurutera yang bekerja di New York, tiba di Gangotri pada 18 September lalu, kawasan yang popular bagi penganut agama Hindu untuk beribadat yang terletak di kawasan Banjaran Himalaya.

    Vicnesvaren, 30, berasal dari Kuala Lumpur bersama dengan seorang lagi penunjuk arah rakyat India, mengambil keputusan ke Tapovan yang terletak 25 kilometer (km) dari Gangotri dan sepatutnya pulang ke Gangotri dua minggu kemudian.

    "Dia seorang yang cenderung kepada aktiviti kerohanian dan datang ke sini untuk melawat seorang guru spiritual India dan kemudian mengunjungi seorang lagi guru, Muni Babji, yang hanya 200 meter dari kawasan itu.

    "Beliau pergi seorang diri ketika mengunjungi Muni Babji selepas meminta penunjuk arahnya pulang. Dia sepatutnya pulang ke rumah penginapannya akhir September tetapi sampai sekarang beliau tidak dapat dikesan," kata iparnya Steven Nathan hari ini.

    Setiap tahun, ramai penganut, pengikut dan guru agama Hindu bermeditasi di kawasan pergunungan dan mula meninggalkan Tapovan apabila musim sejuk tiba di kawasan utara India itu bermula pada Oktober.

    Kawasan Tapovan yang terkenal dengan aktiviti kerohanian terletak 4,450 meter dari paras laut.

    "Tiada siapa yang mengetahui ke mana Vicnesvaran pergi. Maklumat awal yang kami terima pasukan menyelamat menemui khemah dan barang-barangnya berhampiran tempat Muni Babji.

    "Namun operasi mencari agak perlahan kerana kebanyakan daripada penunjuk arah dan pegawai masih bercuti sempena Deepavali," kata Steven yang kini berada di Gangotri.

    Katanya operasi mencari akan disambung hari ini dengan melibatkan 20 pencari profesional dan penunjuk arah ke Tapovan dalam keadaan cuaca yang semakin dingin iaitu negatif 10 darjah Celsius.

    Di New Delhi, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia sedang menyelaras usaha mencari Vicnesvaren dengan pihak berkuasa India. - Bernama
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  9. #9
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    KDN perkenal KPI agensinya bulan depan

    KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memperkenalkan Indeks Prestasi Utama (KPI) terhadap agensi di bawahnya menjelang November depan.

    Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussin, berkata ia selaras dengan gagasan 1Malaysia yang memberikan penekanan terhadap konsep pencapaian diutamakan.

    Beliau berkata demikian pada sidang medianyadi lobi Parlimen sebentar tadi.

    Sejak mengambil alih kementerian itu, katanya, beliau berpuas hati dengan perubahan yang dilakukan, selaras dengan hala tuju yang ditetapkan untuk KDN.
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  10. #10
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Rasul Melayu dihukum 10 tahun penjara, denda dan enam sebatan

    SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam sebentar tadi menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun, denda RM16,500 dan enam sebatan terhadap lelaki yang mendakwa dirinya Rasul Melayu,

    terhadap Abdul Kahar Ahmad, 59.

    Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie Abu Zaky Mohamad.

    Abdul Kahar dituduh mengikut Seksyen 7, 8(a), 10(b), 12 dan 13 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Selangor kerana menyebarkan doktrin palsu, mengaku diri seorang rasul, mempersendakan agama, menyebarkan pendapat bertentangan dengan fatwa dan mengingkari dan melanggar arahan mufti, empat tahun lalu.

    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  11. TenkoFX Crypto

 
+ Reply to Thread
Page 1 of 4 1 2 3 ... LastLast

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts