Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

TenkoFX Crypto Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

+ Reply to Thread
Page 1 of 4 1 2 3 ... LastLast
Results 1 to 10 of 31
  1. #1
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [21/10/2009] : Utusan Malaysia | Berita2 Semasa

    NASA lancar roket Ares
    21/10/2009 2:48am

    CAPE CANAVERAL, Florida 20 Okt. - Roket baru NASA kini berada di landasan untuk dilancarkan.

    Perjalanan percubaan roket Ares dari landasan pelancaran akan berlepas pagi ini (Selasa). Perjalanan sejauh 6.4 kilometer itu akan berlangsung sepanjang malam.

    Ini adalah kali pertama dalam tempoh 34 tahun, bukan roket angkasa dilancarkan pelepasannya di Landasan Pelancaran 39-B NASA yang telah diubahsuai bagi tujuan tersebut. - AP
    PAMM 120x600
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  2. #2
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Britain mula beri suntikan pencegahan H1N1
    21/10/2009 2:48am

    LONDON 21 Okt. - Britian mula memberikan suntikan pencegahan selesema babi (H1N1) kepada kumpulan sasar termasuk pekerja kesihatan dan wanita mengandung mulai hari ini, kata jabatan kesihatannya.

    Negara berkenaan berharap akan dapat memberi suntikan kepada kira-kira 11 juta rakyatnya terutama mereka yang terdedah kepada masalah penyakit HIV, barah dan jantung, dalam beberapa minggu ini. - AP
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  3. #3
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    FIFA perkenal Anugerah Puskas untuk gol terbaik
    21/10/2009 2:49am

    BUDAPEST 21 Okt. - FIFA memperkenalkan Anugerah Puskas yang mengambil nama pemain legenda Hungary Ferenc Puskas, untuk diberikan kepada pemain yang menjaringkan gol tercantik setiap tahun, kata Presidennya Sepp Blatter.

    Blatter membuat pengumuman itu dalam satu majlis di Felcsut, sebuah kampung berhampiran ibu negara itu yang juga terletaknya Akademi Bola Sepak Ferenc Puskas.

    Erzsebet Puskas, balu pemain yang meninggal dunia tiga tahun lalu pada usia 79 tahun, turut hadir.

    “Ferenc Puskas bukan hanya pemain berbakat yang telah memenangi banyak pengiktirafan tetapi juga seorang yang amat bermakna. Atas sumbangan tersebut, FIFA membuat keputusan memperkenalkan anugerah ini sebagai kenangan,” kata Blatter.

    Puskas, salah seorang pemain yang menyertai ‘Pasukan Emas’ Hungary pada tahun 1950-an merupakan seorang hadapan yang prolifik sepanjang zaman yang telah menjaringkan 83 gol dalam 84 perlawanan bagi negaranya. - Reuters
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  4. #4
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Israel dan Amerika uji teknologi perang bersama
    21/10/2009 3:00am

    BAITUL MAQDIS 21 Okt. - Tentera Israel dan Amerika Syarikat akan mengadakan latihan pertahanan udara bersama secara besar-besaran esok (Rabu), bagi menyoroti keakraban hubungan ketenteraan kedua sekutu rapat itu dalam usaha meningkatkan tekanan ke atas program nuklear Iran.

    Latihan bagi menguji kecanggihan teknologi peralatan yang akan diguna oleh tentera Israel menghadapi serangan Iran dalam wilayah rejim yahudi itu sengaja diadakan bagi meningkatkan lagi implikasi politik ke atas wilayah-wilayah seterunya. - AP
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  5. #5
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Bajet 2010 perlu fokus jadikan Malaysia ekonomi berpendapatan tinggi

    21/10/2009 10:55am

    IPOH 21 Okt — Pembentangan Bajet 2010 sepatutnya digunakan oleh kerajaan untuk membentangkan pelan dan strategi Malaysia untuk menjadikan negara ini sebuah negara berpendapatan tinggi, kata Setiausaha Agung Bersama Majlis Perniagaan Malaysia-China Datuk Dr Michael O.K. Yeoh. Katanya ini penting untuk meningkatkan lagi daya saingnya.
    "Kita juga berharap, jika boleh, kerajaan akan mengurangkan lagi kos melakukan perniagaan,” katanya kepada Bernama.
    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual membentangkan Bajet 2010 di Parliamen Jumaat ini.
    Menyentuh tentang jangkaan mengenai defisit bajet, Yeoh, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Institut Strategi dan Kepimpinan Asia, berkata:
    “Walau pun kerajaan berhadapan bajet defisit, adalah diharapkan cukai pendapatan korporat dan individu akan dikurangkan.” "Kerajaan tidak sepatutnya bimbang mengenai saiz defisit jika ia tidak melebihi 6.0 hingga 6.5 peratus. Apa yang lebih penting ialah usaha pemulihan ekonomi tidak terbantut,” katanya.
    Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan sebagai berkata bahawa negara tidak akan berhadapan masalah defisit bajet asalkan “bajet kita distrukturkan dengan baik.” Katanya Amerika Syarikat mencatatkan defisit bajet 100 peratus tetapi mereka masih dapat menguruskannya.
    Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia menyatakan bahawa Bajet 2010 dijangka mencatatkan defisit yang lebih besar daripada keluaran dalam dalam negara kasar (KDNK) 7.6 peratus yang diunjurkan oleh kerajaan.
    Pengarah Eksekutifnya, Datuk Dr Mohammed Ariff Abdul Kareem berkata defisit itu kemungkinan melebihi unjuran disebabkan “kutipan cukai tahun ini akan terkurang daripada sasaran kerajaan.” Menurutnya, kerajaan perlu menyelaraskan perbelanjaannya berbanding keperluan melakukan penyelarasan pada perolehan bagi mengekang defisit bajet.
    “Unjuran perolehan kerajaan yang kurang untuk menampung perbelanjaan operasi adalah satu tanda yang berbahaya,” katanya.
    Secara andaiannya, Mohammed Ariff berkata defisit itu boleh berkembang hingga 15.2 peratus pada 2015 jika kerajaan tidak melakukan sesuatu untuk mengekang perblanjaannya.
    -— Bernama

  6. #6
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    PPP cadang bonus dikecualikan daripada cukai pendapatan

    21/10/2009 12:26pm

    KUALA KRAI, 21 Okt — Parti Progresif Penduduk (PPP) mencadangkan bonus kepada penjawat awam dikecualikan daripada cukai pendapatan bagi mengurangkan beban mereka.
    "Kalau wang yang sedikit itu dikenakan cukai pendapatan, bermakna matlamat kerajaanmembantu golongan terbabit tidak tercapai,” kata Naib Presiden PPP Datuk Nik Sapeia Nik Yusof kepada Bernama di sini hari ini.
    Katanya sebahagian besar penjawat awam berpendapatan rendah yang perlu menanggung perbelanjaan harian yang tinggi terutama yang tinggal di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur.
    — BERNAMA

  7. #7
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Jurutera Malaysia hilang di pergunungan utara India

    21/10/2009 12:27pm

    UTTRANCHAL, 21 Okt — Seorang rakyat Malaysia yang berkunjung ke kawasan pergunungan Tapovan dalam daerah Uttarkasi di utara India untuk melakukan kerja ibadah, hilang sejak akhir September lepas.
    Vicnesvaren Murugesu, seorang jurutera yang bekerja di New York, tiba di Gangotri pada 18 Sept lepas, kawasan yang popular bagi penganut agama Hindu untuk beribadat yang terletak di kawasan Banjaran Himalaya.
    Vicnesvaren, 30, berasal dari Kuala Lumpur bersama dengan seorang lagi penunjuk arah rakyat India, mengambil keputusan ke Tapovan yang terletak 25km dari Gangotri dan sepatutnya pulang ke Gangotri dua minggu kemudian.
    "Dia seorang yang cenderung kepada aktiviti kerohanian dan datang ke sini untuk melawat seorang guru spiritual India dan kemudian mengunjungi seorang lagi guru, Muni Babji, yang hanya 200 meter dari kawasan itu.
    "Beliau pergi seorang diri ketika mengunjungi Muni Babji selepas meminta penunjuk arahnya pulang. Dia sepatutnya pulang ke rumah penginapannya akhir September tetapi sampai sekarang beliau tidak dapat dikesan,” kata iparnya Steven Nathan kepada Bernama hari ini. - Bernama

  8. #8
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Belum ada keperluan sertai UMNO - Ibrahim

    21/10/2009 1:26pm

    Oleh NIZAM YATIM
    KUALA LUMPUR 21 Okt. – Ahli Parlimen Bebas, Datuk Ibrahim Ali berkata, belum terdapat sebarang keperluan untuk beliau menyertai semula UMNO dalam masa terdekat ini.
    Menurutnya, terdapat beberapa sebab beliau tidak berbuat demikian termasuk tidak mahu dipandang serong oleh mana-mana pihak termasuk kononnya beliau kembali menyertai parti itu kerana ia semakin kuat.
    ``Saya suka membuat penjelasan muktamad iaitu walaupun saya menyambut baik kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin, saya berpendapat atas beberapa sebab ia belum ada keperluan untuk saya menyertai UMNO,'' katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.
    Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden UMNO itu semalam bahawa parti itu tidak pernah menyekat sesiapa yang berhasrat menyertai parti termasuk Ibrahim.
    Bagaimanapun, kata Muhyiddin, kemasukan itu masih tertakluk kepada prosedur, syarat serta peraturan terutama melibatkan permohonan daripada bekas ahli.
    Menurut Ibrahim, pada waktu ini beliau cenderung untuk bekerjasama dengan UMNO kerana parti itu kini bersikap lebih terbuka untuk dikritik berbanding Pas. - Utusan

  9. #9
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Rasul Melayu dihukum penjara 10 tahun

    21/10/2009 1:35pm

    KUALA LUMPUR 21 Okt. - Lelaki yang mendakwa dirinya ‘Rasul Melayu’, Abdul Kahar Ahmad, 59, dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan enam kali sebatan serta denda RM16,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini.
    Beliau dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas lima tuduhan membabitkan penyebaran ajaran sesat yang diasaskannya.
    Hakim, Abu Zaky Mohammad turut memerintahkan Abdul Kahar, ditahan di Pusat Pemulihan Akidah Baitul Iman pada enam bulan terakhir hukuman penjara tersebut.
    Hukuman penjara itu diarahkan berkuatkuasa dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 16 September lalu. - Utusan

  10. #10
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Cucu didakwa bunuh nenek

    21/10/2009 1:59pm

    DUNGUN, 21 Okt — Seorang bekas komando, Mohd Nassir Abdul Manan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh neneknya yang pernah menjaga beliau semasa kecil dalam kejadian di Kampung Bukit Pak Sabah, di sini 12 Okt lalu.
    Mohd Nassir, 42, yang tidak diwakili peguam hanya mengangguk dan berkata faham ketika pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Mohd Yusoff Yunus.
    Mengikut pertuduhan, beliau antara pukul 9 pagi hingga pukul 7.30 petang 12 Okt lepas, didakwa membunuh Muda Mat Zin, 80, di rumah bernombor 225, Jalan Baru Bukit Pak Sabah, di sini.
    Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
    Tiada pengakuan direkodkan dan mahkamah menetapkan sebutan semula kes 21 Disember ini. - Bernama


  11. The Best Spread 468x60ms

 
+ Reply to Thread
Page 1 of 4 1 2 3 ... LastLast

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts