Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60 The Best Spread 468x60ms

+ Reply to Thread
Page 1 of 2 1 2 LastLast
Results 1 to 10 of 13
  1. #1
    kruleznickzam
    Guest

    Gempar 35 sejadah berdiri di surau

    Gempar 35 sejadah berdiri di surau

    Warga SK Tok Sangkut di Pasir Mas gempar apabila 35 helai sejadah di dalam surau didakwa berdiri secara misteri dengan sebahagiannya menyerupai individu sedang menunaikan solat.

    Kejadian itu disedari seorang murid yang kemudiannya memaklumkan kepada gurunya Adnan Abdullah, 37, ketika sesi pembelajaran dijalankan berhampiran surau berkenaan.

    "Kejadian berlaku pukul 10.40 pagi, ketika saya menjalankan sesi pembelajaran di luar kelas disebabkan kelas sedang diubahsuai, seorang murid yang terpandang ke arah surau memberitahu sejadah kelihatan berdiri," katanya kepada pemberita di Pasir Mas hari ini.

    Adnan berkata beliau kemudiannya membuka pintu surau dan amat terkejut melihat sebanyak 35 helai sejadah dalam keadaan berdiri iaitu 16 helai di bahagian lelaki dan 19 lagi di bahagian perempuan.

    "Lebih aneh lagi apabila satu helai lagi berada di bahagian hadapan sekali iaitu di tempat imam dalam keadaan yang sama menunjukkan seolah-seolah sedang melakukan solat secara berjemaah," katanya yang telah mengajar di sekolah berkenaan sejak tujuh tahun lalu.

    Menurut Adnan, beliau percaya kejadian itu membuktikan keagungan Allah yang mahu umatnya bermuhasabah diri.

    "Bagaimanapun ia terpulang kepada tafsiran individu, bagi saya tak mungkin perkara ini dilakukan oleh manusia kerana tempoh semua sejadah dalam keadaan demikian lama," katanya.

    Beliau berkata pada bulan Ramadhan yang lepas perkara yang sama turut berlaku di rumah penduduk kampung berkenaan apabila sehelai sejadahnya turut berdiri sendiri.

    Manakala bagi pembantu penguasa pejabat agama Pasir Mas, Kamarudin Zakaria yang ditemui di situ berkata beliau tidak menolak kemungkinan perkara itu dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk menggemparkan penduduk setempat.

    "Ia terpulang kepada tafsiran setiap individu untuk menganggap ia perkara ajaib atau sebagainya, tetapi bagi saya perkara-perkara sebegini boleh memesongkan akidah seseorang," katanya.

    Kamarudin berkata pihaknya akan memaklumkan perkara berkenaan kepada jabatan agama dan jika sejadah masih dalam keadaan demikian sehingga esok, pihaknya akan mengambil tindakan yang perlu.

    Sementara itu, kawasan sekolah berkenaan sesak dengan orang ramai yang ingin melihat kejadian itu dari dekat. BERNAMA


    Sumber berita : Malaysiakini @ Bernama

    subhanALLAH !

    p/s: harap ditempat yg betol aku post nie.. :003:


    update: gambar kejadian..




    Estonian Forex 160x600en
    Last edited by kruleznickzam; 20 Oct 2009 at 07:38 PM.

  2. #2
    DiSc
    Guest
    huhu...ader gambar tak...mesti gempar nie kalau ada gambar...

  3. #3
    kruleznickzam
    Guest
    Quote Originally Posted by DiSc View Post
    huhu...ader gambar tak...mesti gempar nie kalau ada gambar...
    ini dah second kes dalam bulan ini..

    first kes suami isteri jumpa sejadah berdiri..

    nie gambar2 die..





    untuk yg kes terbaru nie.. sori xder gambar la buat masa sekarang.. :002:

  4. #4
    DiSc
    Guest
    oh..nie yang lama ek...tapi mmg menakjubkan....subhanallah....

  5. #5
    kruleznickzam
    Guest
    Quote Originally Posted by DiSc View Post
    oh..nie yang lama ek...tapi mmg menakjubkan....subhanallah....
    aha selepas surf internet.. aku dapat da byk kes berlaku sepanjang tahun 2009 dan 2008.. da satu kes berlaku kat masjid kristal.. tapi yg pasti sudah 2 kes kat pasir mas..

  6. #6
    DiSc
    Guest
    ishh...apa la maksud nyer yer???

  7. #7
    kruleznickzam
    Guest
    Quote Originally Posted by DiSc View Post
    ishh...apa la maksud nyer yer???
    mungkin Allah nak menunjukkan kekuasaanNya kepada yg terlupa..

  8. #8
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Ada kuar kat tv3 tadi. Pastu pengetua kot cakap tak nak alihkan sebab nak tgk dia jadi cam asal ke tak. Abis tu camna org nak sembahyang :034:
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  9. #9
    ~ Aktifkan Dirimu!!! ~
    Join Date
    Apr 2008
    Location
    cheraxz
    Posts
    13,808
    alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold
    My Mood
    Happy
    Post Thanks / Like
    ni nape tak ikut format brita ni??:011:



    aku pon tgk tv3 td
    da mcm tgh solat bramai2 aku tgk
    fuh..tak tahu la tol ke tak tu
    wallahuallam

  10. #10
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    kot2 budak yg buat. Aku ingat berdiri tegak tadi

    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  11. TenkoFX Crypto

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts