Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

The Best Spread 468x60ms Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

+ Reply to Thread
Page 1 of 2 1 2 LastLast
Results 1 to 10 of 14
  1. #1
    Banned
    Join Date
    Jan 2008
    Location
    masjidtanah,melaka-gemas,n9-rajachulan,KL-Kajang
    Posts
    2,920
    akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [20/10/2009] : Harian Metro | Berita2 Semasa

    3 mati ditetak

    KUALA LUMPUR: Hanya kerana menegur bunyi ekzos bising, dua sahabat mati manakala seorang lagi cedera parah akibat ditetak sekumpulan Mat Motor yang bengang dengan teguran itu di kawasan flet Desa Puteri, Seri Petaling di sini, awal pagi semalam.

    Kejadian berlaku jam 1 pagi ketika kedua-dua lelaki berkenaan bersama tiga lagi rakan mereka sedang minum di bawah pokok berhadapan flet berkenaan.

    Mangsa, S Chaudry, 32, ditemui mati di persimpangan jalan kira-kira 500 meter dari tempat kejadian, manakala rakannya, B Gunalan, 23, mati di sebuah bilik milik saudaranya di flet berkenaan dan seorang lagi mangsa yang cedera parah kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

    Lebih mengerikan apabila Chaudry yang mempunyai kemahiran taekwondo dengan memiliki tali pinggang coklat, ditetak bertalu-talu, ketika cuba menyelamatkan rakannya yang diserang sebelum itu.

    Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ahmad Amir Mohd Hashim, berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku selepas rakan mangsa yang mabuk, menegur seorang daripada suspek yang menaiki motosikal dan membuat bising di kawasan berkenaan.

    Kumpulan tiga suspek terbabit yang menaiki tiga motosikal sengaja membuat bising dengan memulas alat pengawal minyak motosikal masing-masing sehingga mengganggu Chaudry bersama rakannya yang ketika itu sedang duduk di bawah pokok berhampiran sambil menikmati hidangan.

    Katanya, selepas ditegur dan berlaku pertengkaran sesama mereka, suspek meninggalkan kawasan berkenaan, tetapi muncul kembali tidak lama selepas itu bersama dua rakannya.

    “Kumpulan suspek terus meluru dan menyerang ketiga-tiga mangsa dengan menggunakan parang menyebabkan dua daripada mangsa terbunuh dan seorang lagi cedera parah.

    “Ada kemungkinan Chaudry dan rakannya cuba melarikan diri selepas ditetak untuk mendapat bantuan, namun kecederaan parah yang dialami menyebabkan kedua-dua mereka gagal diselamatkan,” katanya.

    Amir berkata, seorang lagi rakan mangsa yang cedera parah kini dilaporkan kritikal di PPUKM.

    “Berikutan kejadian itu, polis yang menjalankan siasatan menemui sebuah motosikal dipercayai milik suspek di kawasan berdekatan dan susulan itu, polis menahan seorang daripada mereka yang berusia 20 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

    Menurutnya, polis yang melakukan siasatan di lokasi kejadian turut menemui bukti kesan pergaduhan seperti botol minuman keras yang pecah dan tompokan darah mangsa di sekelilingnya.

    Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian berkenaan supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan polis.

    Sementara itu, adik mendiang Choudry, Visa Letchumy, 31, yang ditemui di Bilik Mayat PPUKM berkata, abangnya ke flet itu bukan saja untuk menghadiri rumah terbuka Deepavali diadakan seorang rakan, malah mahu menjemput rakannya itu ke rumah terbuka keluarga mereka di Jalan Cochrane di sini, yang sepatutnya diadakan semalam.

    Menurutnya, dia terkilan dengan kejadian itu berikutan abangnya tidak mungkin sempat menatap wajah anak ketiganya yang bakal lahir beberapa hari lagi.

    “Isteri abang saya sedang sarat mengandung dan kami sekeluarga baru saja menyambut Deepavali. Kejadian ini tidak seharusnya berlaku hanya kerana perselisihan faham kecil,” katanya.

    Menurutnya, mereka sekeluarga sangat terkejut apabila menerima berita sedih kematian abangnya itu kira-kira jam 3 pagi.

    “Abang saya sudah berkahwin dan mempunyai dua anak. Malah, isterinya dijangka melahirkan anak ketiga mereka minggu ini. Setahu saya abang tidak suka bergaduh dan gemar membantu orang dalam kesusahan” katanya.

    Visa Letchumy berkata, seorang bapa saudara memberitahu abangnya yang tinggal serumah dengan mereka ditetak ketika cuba menghalang suspek menetak rakannya.
    PAMM 120x600

  2. #2
    Banned
    Join Date
    Jan 2008
    Location
    masjidtanah,melaka-gemas,n9-rajachulan,KL-Kajang
    Posts
    2,920
    akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    Wanita lembik dibelasah penyamun kerana RM40

    KUALA LUMPUR: Hanya kerana RM40, seorang wanita diperlakukan dengan kejam apabila dibelasah hingga lembik oleh penyamun yang menceroboh rumahnya di sebuah kondominium di Setapak, di sini, semalam.

    Difahamkan, penyamun berkenaan langsung tidak bersimpati terhadap wanita yang berusia 20-an terbabit apabila tanpa belas kasihan terus memukulnya berikutan lebih teruja untuk menyamun barang berharga milik mangsa sebelum melarikan diri.

    Ketika kejadian kira-kira jam 7 pagi semalam itu, mangsa yang tinggal bersendirian sedang bersiap untuk ke tempat kerjanya.

    Menurut sumber, mangsa bagaimanapun terkejut selepas terdengar bunyi bising yang mencurigakan di luar biliknya menyebabkan dia yang ketakutan cuba mengintai dari bawah pintu biliknya untuk melihat apa yang berlaku.

    “Wanita terbabit dikatakan mengintai untuk melihat siapa yang berada di luar namun hampa.

    “Mangsa yang berdebar-debar kemudian benar-benar terperanjat selepas tombol pintu biliknya ditolak seseorang dengan kuat, namun tidak dapat dibuka disebabkan berkunci,” katanya di sini, semalam.

    Dalam keadaan kelam-kabut itu, mangsa dikatakan memberanikan diri dengan bertanya jika ada sesiapa di luar sebelum membuka pintu bilik.

    Sumber itu berkata, mangsa kemudian terkejut apabila diserang seorang lelaki tidak dikenali yang kepalanya berbalut dengan tuala dan hanya menampakkan matanya.

    “Lelaki terbabit dikatakan menerpa ke arah mangsa yang baru membuka pintu bilik sebelum menarik rambut mangsa dengan kuat.

    “Suspek kemudian menumbuk muka mangsa bertubi-tubi menyebabkannya terjatuh ke lantai. Mangsa yang ketakutan bertindak melarikan diri keluar dari rumahnya untuk meminta pertolongan,” katanya.

    Dalam masa sama, lelaki itu dikatakan turut keluar dari rumah mangsa untuk melarikan diri.

    Menurut sumber, mangsa yang masuk semula ke rumahnya kemudian mendapati dompetnya ‘lesap’ bersama wang berjumlah RM40 dan dokumen penting lain.

    “Mangsa yang mengalami patah tangan kiri, lebam di pipi selain sakit belakang pinggang kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut,” katanya.

    Mangsa juga membuat laporan polis di balai berhampiran.

  3. #3
    Banned
    Join Date
    Jan 2008
    Location
    masjidtanah,melaka-gemas,n9-rajachulan,KL-Kajang
    Posts
    2,920
    akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    Wanita nekad kelar tangan

    AMPANG: Jeritan kuat seorang wanita yang bercakap dalam telefon membuatkan beberapa jirannya pelik sebelum mereka menghubungi polis kerana khuatir kemungkinan berlakunya perkara buruk di Kondominium Bukit Pandan Mewa, di sini, semalam.

    Telahan jiran wanita itu ternyata benar kerana dia dikatakan cuba membunuh diri dengan mengkelar tangannya dipercayai kerana mempunyai masalah kewangan.

    Difahamkan, ketika kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu, wanita berusia lingkungan 40-an terbabit tinggal berseorangan di rumahnya sebelum dia bercakap dengan seseorang yang dipercayai ahli keluarganya melalui telefon bimbit.

    Menurut sumber, ketika itu wanita itu dikatakan bertengkar dengan individu yang bercakap dengannya dan menjerit dengan begitu kuat hingga didengari jiran.

    “Wanita itu memarahi individu terbabit dan difahamkan ia berkaitan hutang. Wanita itu juga menjerit dan meraung dengan kuat menyebabkan jirannya terkejut sebelum menghubungi polis dan bomba,” katanya.

    Sejurus tiba, bomba terpaksa memecahkan pintu rumah wanita itu kerana dikunci dari dalam selain mangsa yang ketika itu dikatakan dalam keadaan lemah dan tidak berdaya membuka pintu kerana dia sudah mengkelar kedua-dua tangan menggunakan senjata tajam.

    “Sebaik berjaya masuk, wanita berkenaan kemudian diselamatkan dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

    “Tindakan pantas jirannya yang menghubungi polis dan bomba ternyata menyelamatkan mangsa daripada maut atau mengalami kecederaan lebih parah,” katanya.

    Difahamkan, wanita terbabit tinggal di tingkat empat kondominium berkenaan.

    Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hasan ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.

  4. #4
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Ditangkap lepas menyamun


    KUALA LUMPUR: Polis menyelesaikan satu kes samun bersenjatakan parang kurang sejam selepas ia dilaporkan apabila berjaya menahan seorang dari dua suspek di Pandan Indah di sini hari ini.

    Polis percaya dengan kejayaan itu dapat menyelesaikan beberapa kes samun yang biasa dilakukan awal pagi di sekitar Ampang Jaya dan Cheras.

    Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Abdul Jalil Hassan berkata dalam kejadian 8 pagi ini, polis menerima maklumat mengenai sebuah kereta Toyota Camry yang dinaiki suspek berlegar-legar di kawasan Pandan Indah itu.

    "Mereka dipercayai akan melakukan satu lagi samun selepas menyamun sebuah rumah dua tingkat di Taman Cempaka, Ampang.

    "Kereta peronda yang kebetulan berada berdekatan lokasi terus mengejar kereta suspek sehingga ke Persimpangan Ampang Campuran dan berjaya menahan seorang lelaki berusia 27 tahun, manakala seorang lagi melarikan diri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  5. #5
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    26 Oktober hari kelepas am di NS


    SEREMBAN: Sempena pertabalan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, 26 Oktober ini ditetapkan sebagai hari kelepasan am untuk Negeri Sembilan.

    Menurut laman web rasmi kerajaan Negeri Sembilan, istiadat pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 akan berlangsung di Balairong Seri Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah pada hari berkenaan.

    Tuanku Muhriz dimasyhurkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan pada 29 Disember 2008 berikutan kemangkatan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja'afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada 27 Disember 2008.

    Laman web rasmi kerajaan Negeri Sembilan turut memaparkan hari kelepasan am bagi negeri ini pada 14 Januari 2010 sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. - Bernama
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  6. #6
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    MCA: Campur tangan PM jika diminta


    KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan campur tangan dalam kemelut kepimpinan MCA kecuali jika diminta berbuat demikian oleh semua anggota jawatankuasa pusat parti itu.

    Timbalan Perdana Menteri berkata hanya jika jawatankuasa pusat sebulat suara berpendapat bahawa nasihat Perdana Menteri diperlukan untuk menyelesaikan krisis itu, baru Najib selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) akan campur tangan.

    "Beliau (Najib) telahpun menyatakan bahawa kita ingin melihat bagaimana MCA menangani isu itu, dan jika mereka berjaya, pujian harus diberikan kepada mereka.

    "Jika kita masuk campur dan berkata ini dan itu, orang akan menganggap kita ini campur tangan, kecuali jika semua anggota CC (jawatankuasa pusat MCA) merasakan orang yang dapat membantu ialah Perdana Menteri ataupun saya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

    Muhyiddin berkata sekiranya permintaan itu dibuat oleh anggota jawatankuasa pusat, Perdana Menteri akan mempunyai "locus standi" untuk membuat keputusan.
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  7. #7
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Pekebun ugut buang kubis


    IPOH: Lebih 300 pengusaha ladang sayur di Cameron Highlands akan mengulangi tindakan untuk membuang dan melonggokkan kubis bulat di hadapan pejabat Fama Cameron Highlands sebagai protes terhadap harga rendah sayur berkenaan.

    Setiausaha Pertubuhan Pekebun Sayur-Sayuran Cameron Highlands, Chay Ee Mong berkata harga sayur itu merosot sejak Ogos lalu hingga sekarang dan merugikan pekebun.

    Beliau berkata pihaknya sudah meminta Fama dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) supaya mengurangkan import sayur berkenaan bagi membantu pekebun tapi tiada maklum balas.

    "Harga borong sebiji kubis sekarang antara 30 sen hingga 40 sen sekilogram berbanding sebelum ini harga sebiji 60 hingga 80 sen sekilogram," katanya di sini hari ini.

    Chay berkata pekebun kubis bulat menanggung harga kos pengeluaran sebanyak 80 sen sekilogram. - Bernama
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  8. #8
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    3 maut nahas kereta-treler


    PORT DICKSON: Tiga maut dalam kemalangan ngeri membabitkan sebuah kereta, sebuah treler dan sebuah lori sampah di KM 9, Jalan Port Dickson-Seremban, Lukut di sini, hari ini.

    Mereka yang terbunuh dalam kejadian pada 7 pagi itu ialah pemandu dan penumpang kereta A Krishnan, 22, dan K Indran, 23, serta pemandu treler M Ravi, 39.

    Kesemua mereka mati di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat.

    Jurucakap polis berkata kejadian berlaku ketika kereta terbabit dalam perjalanan dari Siliau ke Lukut manakala lori itu dari arah bertentangan.

    Kereta terbabit bertembung dengan treler tanpa muatan menyebabkan treler itu kemudiannya merempuh tepi lori sampah yang diletakkan di tepi jalan berkenaan.

    Polis berkata rempuhan yang kuat itu mengakibatkan bahagian hadapan kereta dan treler remuk dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit. - Bernama
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  9. #9
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Jel 12 tahun bunuh kekasih isteri


    TEMERLOH: Mahkamah Tinggi Temerloh hari ini menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap seorang lelaki Orang Asli selepas mengaku bersalah membunuh seorang penyelia keselamatan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang mempunyai hubungan sulit dengan isterinya tiga tahun lalu.

    Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Akhtar Tahir menjatuhkan hukuman itu terhadap Mad Noh Ali, 50, selepas tertuduh mengaku bersalah membunuh mangsa Mohamed Dari Abas dengan mencekik dan memukul mangsa sehingga menyebabkan kematian pada 2006.

    Pendakwaan dilakukan Penolong Pendakwaraya Mohd Najmi Daud manakala tertuduh diwakili peguam Ikmal Hisam Idris.

    Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan dengan hukuman maksimum 20 tahun penjara.

    Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara 7.45 pagi, 22 Oktober 2006 hingga 7.30 pagi, 4 November 2006 menyebabkan kematian mangsa, 58 tahun, di Ladang Chuan Leng, di km133 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur.
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  10. #10
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Adun terima SMS dakwa liwat bekas isteri


    PULAU PINANG: Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang kawasan Batu Uban, S Raveentharan, membuat laporan polis di sini malam tadi selepas menerima SMS yang menuduh beliau meliwat dan memukul bekas isterinya.

    Raveentharan, yang juga peguam, berkata SMS berkenaan daripada nombor telefon bimbit tidak dikenali diterima pagi semalam ketika beliau sedang menghadiri satu perbicaraan di mahkamah di sini.

    Beliau menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak masuk akal kerana perceraiannya berlaku pada tahun 2001.

    "SMS cuba menjatuhkan maruah saya sebagai seorang peguam dan ADUN di negeri ini," katanya.

    Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob berkata siasatan sedang dijalankan.

    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  11. TenkoFX Crypto

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts