Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60 The Best Spread 468x60ms

+ Reply to Thread
Results 1 to 8 of 8
  1. #1
    Banned
    Join Date
    Jan 2008
    Location
    masjidtanah,melaka-gemas,n9-rajachulan,KL-Kajang
    Posts
    2,920
    akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [20/10/2009] : Sinar Harian | Berita2 Semasa

    Bahan asing dalam air terawat tinggi

    KUALA LUMPUR - Kandungan bahan asing seperti klorin, bakteria e.coli, aluminium dan ferum (besi) didapati tinggi dalam air terawat di Kelantan dan Perlis.

    Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2008, ujian makmal yang dijalankan di Loji Rawatan Air (LRA) Pintu Geng, Kota Bharu mendapati kandungan ferum dalam air terawat di loji itu adalah sangat ketara iaitu melebihi 0.3 miligram per liter.

    Sebagai contoh, pada bulan Februari 2009, sebanyak 20 kali sehari ujian yang dilakukan mendapati kandungan ferum dalam air dirawat ialah antara 1.5 hingga 1.8 miligram per liter setiap hari.

    Ujian yang dijalankan Kementerian Kesihatan terhadap kualiti air minum di Perlis pula menunjukkan terdapat 7.1 peratus klorin, 6.8 peratus e.coli dan 4.1 peratus aluminium di dalam air itu.

    "Kekerapan ujian di loji yang dijalankan hanyalah antara lima dan enam kali sehari tidak memadai bagi memastikan tahap kualiti air yang dibekalkan pada pengguna adalah selamat," kata laporan itu. - Bernama
    Trade_on_STP_accounts-ENG_160x600

  2. #2
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Pengeluaran wang di tanah suci dipermudah

    MADINAH - Jemaah haji Malaysia tidak perlu risau mengenai pengeluaran wang semasa berada di tanah suci kerana Tabung Haji telah memudahkan cara untuk berbuat demikian menerusi kaunter yang dikendalikan petugas kewangan Tabung Haji.

    Pengarah Operasi Kewangan Muhamad Rani Saidali berkata jemaah haji hanya perlu mengemukakan tag nama masing-masing setiap kali membuat transaksi daripada akaun Tabung Haji mereka.

    Beliau berkata semua kaunter dibuka dari jan 8 pagi hingga 12 tengah hari dan 4 petang hingga 10 malam setiap hari.

    Bercakap kepada petugas media yang membuat liputan musim haji tahun ini, beliau berkata kaunter pengeluaran disediakan di setiap hotel penginapan jemaah haji di Mekah dan Madinah.

    "Setiap pengeluaran adalah dalam bentuk mata wang riyal Arab Saudi bagi memudahkan jemaah haji membuat perbelanjaan yang diperlukan tanpa perlu membuat pertukaran di syarikat pengurup wang," katanya. - Bernama
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  3. #3
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Niat jahat bunuh politik

    KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyifatkan dakwaan yang mengaitkan isterinya menerima hadiah daripada individu tertentu dilihat sebagai satu perbuatan berniat jahat untuk membunuh karier politiknya.

    Naib Presiden MCA itu berkata, beliau akan memberikan kerjasama penuh kepada polis terhadap tuduhan yang dibuat oleh Ahli Parlimen pembangkang itu kerana mahu tahu perkara yang sebenarnya.

    “Semua itu tidak berasas. Ini permainan politik dan saya nak katakan yang mereka cuba nak tarik keluarga saya ke dalam (kemelut politik). Semua tahu parti saya ada sedikit masalah dan kita sekarang banyak kerja yang perlu dilakukan.

    “Jadi saya harap janganlah gunakan taktik sebegini. Kita rasa perkara ini amat jahat tujuannya,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, semalam.

    Semalam akhbar ini melaporkan Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul berhubung berita dalam internet mengenai dakwaan ‘hadiah’ kereta dari Axis Construction Sdn Bhd (ACSB) kepada isteri Tiong Lai, Datin Seri Lee Su Loo.

    Artikel tersebut, ‘To The Health Minister YB Dato Liow’ mendakwa Su Loo menerima Toyota Alphard (dengan nombor pendaftaran WSB 15) yang berharga hampir RM600,000 pada hari jadinya pada bulan Januari.

    Artikel itu seterusnya mendakwa bahawa ACSB membayar wang pendahuluan kereta tersebut berjumlah lebih RM300,000 melalui cek Bank Hong Leong bernombor HLB 373727.

    Sementara itu, polis telah merujuk laporan terhadap isteri Tiong Lai berkaitan dakwaan yang terkandung dalam: surat yang disiarkan dalam Internet kepada (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

    Timbalan Pesuruhjaya SPRM Datuk Abu Kassim Mohamed mengesahkan semalam bahawa polis telah merujuk kes itu kepada SPRM dan suruhanjaya itu sedang mengkajinya.

    “Kita telah menerima maklumat itu daripada polis. Kita sedang mengkaji laporan itu dan akan menyiasat perkara tersebut,” katanya pada sidang media di sini.

    Beliau enggan mengulas lanjut mengenai isu itu, dengan mengatakan kerahsiaan dalam siasatan tersebut perlu dijaga.

    “Sabarlah dan jangan buat spekulasi mengenai apa-apa. Biarlah kita jalankan kerja kita,” katanya.
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  4. #4
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Lelaki mati ditetak sekumpulan remaja bersenjatakan parang

    MIRI - Seorang lelaki ditetak sehingga mati manakala anak lelakinya parah apabila diserang oleh sekumpulan remaja bersenjatakan parang di sebuah restoran di Pujut di sini malam semalam.

    Mayat lelaki berusia 49 tahun, itu dihantar ke rumah mayat Hospital Miri untuk bedah siasat.

    Anak lelakinya yang berumur 20 tahun, dimasukkan ke wad hospital berkenaan kerana cedera di kepala dan badan.

    Ketua Polis Miri, Asisten Komisioner Jamaludin Ibrahim berkata, identiti mangsa dan anak lelakinya tidak dapat didedahkan bagi memudahkan siasatan kes pembunuhan itu.

    “Ketika ini, mendedahkan nama mereka mungkin menjejaskan siasatan kami,” katanya sambil menambah polis mengetahui motif di sebalik serangan itu dan sedang mengesa beberapa suspek.

    Jamaludin berkata, kedua-dua beranak itu sedang menikmati makan lewat malam di restoran berkenaan kira-kira 11.30 malam apabila mereka diserang. - Bernama
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  5. #5
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Tiga maut kereta bertembung treler

    PORT DICKSON - Tiga maut dalam kemalangan ngeri membabitkan sebuah kereta, treler dan sebuah lori sampah di Kilometer 9, Jalan Port Dickson-Seremban, Lukut di sini, hari ini.

    Mereka yang terbunuh dalam kejadian pada kira-kira jam 7 pagi itu ialah pemandu dan penumpang kereta A. Krishnan, 22, dan K. Indran, 23, serta pemandu treler M. Ravi, 39.

    Kesemua mereka mati di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat.

    Jurucakap polis berkata, kejadian berlaku ketika kereta terbabit dalam perjalanan dari Siliau ke Lukut manakala lori itu dari arah bertentangan.

    “Kereta terbabit bertembung dengan treler tanpa muatan menyebabkan treler itu kemudiannya merempuh tepi lori sampah yang diletakkan di tepi jalan berkenaan,” katanya.

    Jurucakap itu berkata, rempuhan yang kuat itu mengakibatkan bahagian hadapan kereta dan treler remuk dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit. - Bernama
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  6. #6
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Syed Abdull Hafiz tidak akan perbaharui kontrak dengan Produa

    PETALING JAYA - Pengarah Urusan Perodua Datuk Syed Abdull Hafiz Syed Abu Bakar, mengesahkan beliau tidak akan memperbaharui kontrak dengan syarikat itu.

    Kontraknya akan berakhir Disember ini.

    Beliau berkata, UMW Holdings Bhd, yang mengawal 38 peratus pegangan dalam Perodua, telah menawarkan lanjutan kontrak kepadanya tetapi telah menolaknya untuk menumpukan perhatian terhadap kerja amal.

    “Kerja ini menyeronokkan, tetapi ketika berusia 27 tahun, saya telah memberitahu diri saya bahawa saya hanya akan bekerja hingga berumur 50 tahun.

    “Saya telah melakukan yang terbaik dan sudah sampai masanya untuk saya beredar dan menumpukan kepada kehidupan peribadi,” kata Syed Abdull Hafiz, 51, kepada pemberita selepas merasmikan hab "Body and Paint" bernilai RM6 juta di sini, hari ini. - Bernama
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  7. #7
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Rombongan pertama jemaah haji Malaysia tiba di Madinah

    MADINAH - Rombongan pertama jemaah haji Malaysia seramai 450 orang selamat tiba di sini pada pukul 11.45 pagi waktu tempatan (4.45 petang waktu Malaysia) Selasa.

    Ketibaan mereka di Terminal Haji di sini disambut oleh Duta Malaysia ke Arab Saudi Prof Madya Datuk Syed Omar Syed Mohamad Al-Saggaf dan Ketua Pegawai Operasi Tabung Haji Datuk Kamaruddin Mat Ali.

    Syed Omar menasihati jemaah haji supaya sentiasa menjaga kesihatan dan jangan terlalu memaksa diri melakukan ibadah sunat sehingga tidak berupaya melakukan ibadah wajib.

    "Ada sesetengah jemaah haji melakukan umrah berkali-kali sehingga apabila tiba musim haji mereka tidak berupaya melakukan yang wajib kerana sakit," katanya.

    Beliau berkata jemaah haji hendaklah berpada-pada dalam melakukan ibadah dan mengikut kemampuan masing-masing, serta sentiasa mematuhi nasihat yang dikeluarkan oleh para petugas Tabung Haji.

    Setelah selesai pemeriksaan Imigresen, para jemaah haji itu dibawa dengan bas khas ke hotel penginapan mereka tidak jauh dari Masjid Nabawi. - Bernama
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  8. #8
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Empat pegawai Jabatan Perhutanan Kedah ditahan

    KUALA LUMPUR - Empat pegawai Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) ditangkap dalam tempoh dua hari ini kerana disyaki menerima wang rasuah lebih daripada RM100,000.

    Menurut satu kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, mereka yang ditangkap semalam dan hari ini terdiri daripada seorang pegawai kanan JPNK, seorang pegawai jabatan perhutanan daerah dan dua renjer hutan.

    Kesemua mereka ditangkap kerana disyaki menerima wang rasuah berkenaan sebagai balasan meluluskan kompartmen pembalakan.

    Kesemua mereka ditahan reman selama empat hari mulai hari ini dan disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. - Bernama

    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  9. TenkoFX Crypto

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts