Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

TenkoFX Crypto The Best Spread 468x60ms

+ Reply to Thread
Page 1 of 4 1 2 3 ... LastLast
Results 1 to 10 of 32
  1. #1
    Banned
    Join Date
    Jan 2008
    Location
    masjidtanah,melaka-gemas,n9-rajachulan,KL-Kajang
    Posts
    2,920
    akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [20/10/2009] : Mstar | Berita2 Semasa

    Tiga premis perniagaan disamun dua lelaki dalam tempoh tiga jam

    KUALA LUMPUR: Dua lelaki bersenjatakan sepucuk pistol melarikan barangan dan wang tunai yang kesemuanya dianggar RM100,000 dari tiga premis perniagaan di sekitar ibu negara dalam tempoh tiga jam, semalam.

    Dalam kejadian pada kira-kira pukul 9.15 pagi, kedua-dua suspek berusia dalam lingkungan 30-an dan menaiki kereta Proton Waja berwarna perak yang menggunakan nombor pendaftaran palsu menyamun sebuah sekolah memandu di Jalan Pudu di sini dan melarikan RM400.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi berkata sebelum menyamun, suspek mengacukan pistol dan mengarahkan kerani di sekolah itu menyerahkan wang kepada mereka.

    Lima belas minit kemudian kedua-dua suspek menyamun pula sebuah premis pengurup wang di Jalan Tun Tan Cheng Lock dan melarikan kira-kira RM70,000.

    Kira-kira pukul 12 tengah hari mereka melarikan sebuah motosikal dan beberapa barangan lain dari sebuah kedai menjual motosikal di Taman Seri Sinar, Kepong, katanya. BERNAMA
    bitcoin 160x600

  2. #2
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    USM menang lima Anugerah Reka Cipta Britain

    PULAU PINANG: Universiti Sains Malaysia (USM) meraih lima anugerah pada Pameran Reka Cipta Britain 2009 apabila ketiga-tiga projek yang dikemukakan pelajar peringkat ijazah lanjutannya memenangi tiga pingat emas dan dua daripadanya turut meraih anugerah lain.

    Produk berkenaan ialah sejenis komposit sintetik yang boleh digunakan sebagai bahan gantian tulang ciptaan Chew Kuan Khoon, satu kaedah unik bagi menukar polimer buangan kepada bahan bakar dan penghasilan makanan haiwan ciptaan Steven Lim serta penghasilan bahan yang berpotensi untuk dijadikan vaksin malaria oleh Seah Tiong Chai.

    Pemangku Naib Canselor USM Prof Omar Osman berkata produk ciptaan Chew juga memenangi anugerah reka cipta dunia, manakala ciptaan Lim pula meraih anugerah khas dari Romania.

    "Kami yakin tentang manfaat yang akan diperoleh apabila membiayai penyelidik muda menjalankan penyelidikan dan inilah hasilnya, tambahan pula di peringkat antarabangsa," kata Omar kepada pemberita selepas menyambut kepulangan pelajar berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas di sini hari ini.

    Ini merupakan julung kalinya USM menyertai ekspo inovasi dan teknologi terbesar di United Kingdom itu dan merupakan satu-satunya universiti yang mengambil bahagian. Ia berlangsung dari 14 hingga 17 Okt dan disertai lebih 300 penyelidik dari 15 negara.

    Ketiga-tiga produk itu juga memenangi anugerah pada Pertandingan Penyelidikan dan Inovasi Kebangsaan (NRIC) Mei lepas. BERNAMA

  3. #3
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Jawatankuasa Pusat MCA bincang kekosongan Naib Presiden - Liow


    KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai semalam berkata kekosongan jawatan naib presiden hanya akan dibincangkan oleh Jawatankuasa Pusat MCA pada mesyuarat akan datang.
    "Ia (jawatan naib presiden) perlu dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Pusat. Kita tak tahu bila Jawatankuasa MCA akan bermesyuarat dan kita tunggulah dalam mesyuarat yang akan datang," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.
    Liow, yang juga Menteri Kesihatan, dilantik oleh jawatankuasa itu bagi menggantikan penyandangnya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek selepas perwakilan yang bersidang pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) 10 Okt lepas menolak usul mengembalikan jawatan Dr Chua sebagai Timbalan Presiden dan hanya meluluskan usul menerima kembali Dr Chua dalam MCA.
    Mengenai jalan penyelesaian MCA mengatasi kemelut parti itu, Liow berkata beliau dan Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat kini sering mengadakan siri perbincangan menerusi telefon ekoran daripada kesibukan kedua-dua pemimpin itu bagi mencari jalan penyelesaian secepat mungkin.
    "Saya dah usahakan dengan bercakap menerusi telefon dan kita sedia untuk duduk berbincang untuk masa depan parti, kepentingan parti, perpaduan parti. Saya tak boleh bagi tempoh masa (penyelesaian dapat dicapai) tapi kita tahu rakyat memberikan harapan tinggi pada kita, pada MCA dan kita kena cepat kembali bekerja dan selesaikan masalah kita.
    "Kita sedia duduk berbincang untuk mencari jalan penyelesaian yang besar kepada parti. Jadi dengan ini kita boleh menstabilkan parti seperti mana yang dimahukan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) supaya parti komponen menjadi kuat," katanya.
    Liow berkata tugasnya selaku timbalan presiden bukan hanya untuk membantu memperkuatkan parti malah untuk memastikan perpaduan parti kembali kukuh.
    "Saya nak semua anggota kembali bekerjasama dan pastikan parti ini dihormati oleh masyarakat Cina dan juga rakyat. Kita kena cepat turun bekerja kerana kita banyak agenda yang perlu dilakukan," katanya.
    Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Anggota Parlimen Segambut Lim Lip Eng dari DAP berhubung isterinya Datin Seri Lee Su Loo, yang dihadiahkan sebuah Toyota Alphard berharga hampir RM600,000 pada hari jadinya pada Januari lepas daripada syarikat binaan Axis Construction Sdn Bhd (ACSB), Liow berkata dakwaan itu bertujuan untuk membunuh karektor politiknya.
    "Semua itu tidak berasas. Ini permainan politik dan saya nak katakan yang mereka cuba nak tarik keluarga saya ke dalam (kemelut politik). Semua tahu parti saya ada sedikit masalah dan kita sekarang banyak kerja yang perlu dilakukan. Jadi saya harap janganlah gunakan taktik sebegini," katanya.
    Liow bagaimanapun menegaskan akan memberikan kerjasama penuh kepada polis terhadap tuduhan yang dibuat oleh anggota parlimen pembangkang itu.
    "Saya akan beri kerjasama penuh kepada polis. Saya pun nak tahu juga yang sebenarnya kerana ia satu yang boleh dikatakan bertujuan untuk membunuh karektor politik seseorang. Kita rasa perkara ini amat jahat tujuannya," katanya. BERNAMA

  4. #4
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Cuti 16 Sept sempena "Hari Malaysia" disambut baik

    KOTA KINABALU: Pengumuman cuti umum bagi seluruh negara sempena Hari Malaysia yang diraikan pada 16 Sept setiap tahun disambut baik oleh kalangan pemimpin serta masyarakat di Sabah dan Sarawak.

    Ketika mengumumkan perkara itu di Dewan Rakyat semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat merupakan satu titik sejarah yang amat penting.

    Hari Malaysia akan dirayakan dengan acaraacara bersifat mengeratkan perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat menerusi bidang sukan, sosiobudaya, kesenian dan lain-lain yang akan menyemarakkan semangat 1Malaysia, kata Najib.

    Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata pengiktirafan tinggi oleh Perdana Menteri yang mengisytiharkan 16 Sept sebagai cuti umum amat signifikan bagi menggambarkan bahawa gagasan 1Malaysia telah lama dihayati dan menjadi amalan rakyat Sabah selama ini.

    "Sesungguhnya, 16 Sept merupakan peristiwa yang amat bersejarah bagi rakyat negeri ini. Ini kerana, pada tarikh keramat tersebut, rakyat Sabah daripada pelbagai kaum dan etnik bersatu dan sepakat mencapai kemerdekaan menerusi pembentukan Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.

    Musa berkata pengumuman itu pasti akan mencetuskan semangat dan iltizam kerajaan negeri dan rakyat Sabah untuk terus mengukuhkan perpaduan dan rasa kekitaan sebagai pemangkin bagi memacu kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat, sesuai dengan aspirasi gagasan 1Malaysia.

    Timbalan Ketua Menteri dan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBs) Datuk Joseph Pairin Kitingan pula berkata pengumuman Najib itu menunjukkan kesungguhan Perdana Menteri untuk merealisasikan aspirasi gagasan 1Malaysia iaitu perpaduan nasional.

    "Beliau (Najib) benar-benar ingin mewujudkan satu keluarga Malaysia dengan slogan 1Malaysia, sekali gus mengikis perasaan adanya keadaan 'neokolonialisasi' selama ini," katanya.

    Pairin berkata pengumuman Perdana Menteri itu telah menyelesaikan satu perkara yang amat penting iaitu mewujudkan patriotisme dan semangat cinta kasih sayang di kalangan rakyat kepada Malaysia.

    "Setelah pengumuman ini dibuat sebagai satu ketetapan, kita dalam PBS dan sebagai anggota dalam Barisan Nasional akan lebih bersemangat lagi berusaha ke arah mencapai Wawasan 2020, dan ke arah pengwujudan satu keluarga yang merasakan bahawa negara Malaysia adalah negara kita bersama," katanya.

    Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk VK Liew berkata pengisytiharan cuti umum itu merupakan penghargaan yang sangat besar kepada Sabah dan Sarawak.

    "Topik ini telah menjadi perbahasan hangat sejak pembentukan Malaysia pada 16 Sept, 1963. Malaysia barat dan timur kini menjadi satu dan ini menggambarkan kesungguhan serta keikhlasan Perdana Menteri dalam menjalin keharmonian hubungan antara kita tanpa melihat perbezaan warna kulit," katanya.

    Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRs) Tan Sri Joseph Kurup berkata parti itu menyambut baik pengisytiharan 16 Sept sebagai cuti umum sempena Hari Malaysia.

    "Langkah ini sesungguhnya memberikan pengiktirafan kepada hakikat bahawa 16 Sept merupakan hari pembentukan Malaysia dengan turut disertai oleh Sabah dan Sarawak. Ini sememangnya dinanti-nantikan oleh Sabah dan Sarawak selama hampir 46 tahun," katanya.

    Kurup berkata dengan pengumuman itu, penduduk di Sabah dan Sarawak digesa supaya benar-benar menerapkan perasaan sebagai rakyat Malaysia nan satu, meskipun jauh dipisahkan oleh Laut China Selatan.

    Sementara itu, Menteri Pembangunan Tanah Sarawak Datuk Seri Dr James Masing berkata telah tiba masanya 16 Sept diiktiraf sebagai cuti umum memandangkan tarikh itu sama pentingnya dengan Hari Kemerdekaan, yang diraikan pada 31 Ogos setiap tahun.

    "Saya amat berterima kasih kepada Perdana Menteri memandangkan 16 Sept merupakan hari yang sangat penting bagi penduduk Sarawak dan Sabah serta Semenanjung sejak 46 tahun lepas," katanya kepada pemberita di sini.

    Beliau berkata ketika merasmikan sambutan Hari Malaysia di sini pada 10 Okt lepas, Najib memberi penekanan bahawa Sarawak dan Sabah berada pada taraf yang sama dengan Malaya apabila ketigatiga wilayah ini memutuskan untuk bersatu dan membentuk negara yang kini dikenali sebagai Malaysia pada 16 Sept 1963.

    Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Umum Sarawak Datuk Seri Wong Soon Koh berkata Najib mempunyai kebijaksanaan dalam menyatakan fakta sejarah.

    "Ini adalah keputusan yang bijaksana dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana memberi pengiktirafan yang sewajarnya," katanya kepada pemberita di sini.

    Di KUCHING, Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri Fatimah Abdullah menyambut baik pengumuman itu kerana Hari Malaysia merupakan hari bersejarah kepada pembentukan Malaysia.

    Beliau berkata rakyat khasnya generasi baru perlu mengetahui tarikh penting tersebut selain mengingati tarikh kemerdekaan negara yang disambut pada setiap 31 Ogos.

    "Ini sejajar dengan semangat 1Malaysia, kerana 16 Sept merupakan tarikh penting kepada pembentukan Malaysia dan kita berterima kasih kepada Perdana Menteri," katanya di sini.

    Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Karim Abdul Rahman Hamzah berkata pengumuman tersebut merupakan satu penghormatan kepada Sarawak dan Sabah yang bersama-sama membentuk Malaysia.

    Katanya tarikh tersebut cukup signifikan kepada rakyat Malaysia khasnya di Sarawak dan Sabah walaupun Semenanjung Malaysia lebih awal mencapai kemerdekaan.

    "Kita di Sarawak dan Sabah memang amat menyokong pemilihan 16 Sept sebagai hari cuti umum dan ia merupakan satu tindakan yang bijak daripada Perdana Menteri," katanya.

    Seorang ahli perniagaan Ahmad Dikoh berkata 16 Sept merupakan tarikh keramat kepada rakyat di Sarawak dan pengumuman cuti pada hari tersebut merupakan satu penghargaan besar kepada rakyat di Sarawak selain Sabah.

    Katanya bagi generasi lama, tarikh tersebut pastinya menyimpan memori yang paling manis dengan tertubuhnya negara Malaysia pada 16 Sept 1963.

    "Saya berharap selepas ini 16 Sept juga diraikan sebagaimana kita meraikan 31 Ogos kerana 16 Sept adalah Hari Malaysia," katanya. BERNAMA

  5. #5
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Sambutan Hari Malaysia memperkukuhkan lagi konsep 1Malaysia - Rais

    KUALA LUMPUR: Pengisytiharan sambutan Hari Malaysia yang diraikan pada 16 Sept setiap tahun sebagai cuti awam mulai tahun depan dilihat dapat memperkukuhkan lagi konsep 1Malaysia dan gagasannya.

    Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata dengan adanya sambutan yang diraikan di seluruh negara itu bererti Malaysia lebih integral dengan perjuangan kebangsaan dan pengiktirafan hari cuti itu menyatukan antara Sabah, Sarawak dan persekutuan.

    "Dengan pengumuman itu satu lagi segmen pencantuman wilayah dalam erti kata perjuangan bersama direalisasikan oleh semua pihak.

    "Ia direalisasikan dalam bentuk kepercayaan kepada satunya kita dalam Malaysia. Ini boleh kita anggap sesuatu perjuangan nasional yang mantap," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program "Rentas Kampus RTM" di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini semalam.

    Rais berkata sambutan Hari Malaysia bukan sahaja selaras dengan konsep 1Malaysia malah ia memberi cantuman yang lebih hebat dan memberi pengertian sebenar daripada segi amali khususnya di Sabah dan Sarawak. Ditanya apakah bentuk sambutan yang akan diadakan sempena Hari Malaysia, Rais berkata kementerian akan memikirkan bagaimana sambutan itu berbeza dengan sambutan Hari Kemerdekaan.

    "Tahun depan kita akan terjemahkan tetapi ia akan lebih melibatkan pelbagai aspek budaya, citarasa dan aspirasi kebangsaan," katanya.

    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada persidangan Dewan Rakyat semalam mengumumkan sambutan Hari Malaysia yang diraikan 16 Sept setiap tahun sebagai cuti awam untuk seluruh negara mulai tahun depan.

    Najib berkata pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat merupakan satu titik sejarah yang amat penting.

    Hari Malaysia diraikan pada 16 Sept setiap tahun untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia di mana Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia pada 1963. BERNAMA

  6. #6
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Anggota Parlimen Sabah dan Sarawak sambut baik Hari Malaysia

    KUALA LUMPUR: Rata-rata anggota Parlimen khususnya bagi Sabah dan Sarawak menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang hari ini mengisytiharkan 16 September sebagai cuti umum sempena Hari Malaysia.

    Bagi anggota Parlimen Beaufort yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin, beliau menyifatkan keputusan itu akan memberikan kegembiraan kepada rakyat Sabah dan Sarawak.

    "Memang itu adalah satu pengiktirafan dan sebagai satu penghargaan kepada pemimpinpemimpin Sabah dan Sarawak yang terlibat dalam rundingan penyertaan Sabah dan Sarawak dalam pembentukan Malaysia," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini semalam.

    Hari Malaysia adalah untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 Sept 1963 dianggotai Semenanjung Tanah Melayu (Malaya), Sabah, Sarawak dan Singapura.

    Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin juga menyifatkan bahawa ia satu penghormatan kepada Sabah dan Sarawak.

    "Maka sempena dengan kewujudan 1Malaysia itu, wajarlah kita menerima baik keputusan daripada Perdana Menteri iaitu mengiktiraf 16 September itu sebagai hari yang bersejarah bagi negara kita.

    "Sebenarnya semuanya ini memerlukan mekanisme yang baik sebab kita terlalu banyak cuti awam. Walaupun lambat, tetapi memadailah kerana sekurang-kurangnya kerajaan telah membuat keputusan," katanya.

    Anggota Parlimen Batang Sadong Nancy Shukri berkata kerajaan telah mengambil satu keputusan yang mengira kepentingan dan suara rakyat.

    "Saya ucapkan tahniah kepada Perdana Menteri kerana mengumumkan cuti umum untuk Hari Malaysia iaitu 16 September," katanya.

    Anggota Parlimen Petra Jaya yang juga Timbalan Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi Fadillah Yusof pula menyifatkan pengumuman Najib itu sebagai satu hadiah yang besar buat Sabah dan Sarawak

    "Selama ini telah dikemukakan dan disuarakan kepada kerajaan untuk kita mengingati sejarah penubuhan Malaysia. Ini akan mengingatkan kita kewujudan tiga wilayah iaitu Sabah, Sarawak dan Semenanjung bergabung membentuk Malaysia.

    "Kita bersyukur di bawah kepimpinan Perdana Menteri telah membuktikan bahawa beliau mendengar dan melaksanakan apa yang dijanjikan sesuai dengan gagasan 1Malaysia," katanya.

    Timbalan Yang DiPertua Dewan Rakyat yang juga anggota Parlimen Santubong Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ia satu penghormatan yang besar kepada Sabah dan Sarawak.

    "Hari ini telah dilupakan kerana kita hanya mengingat hari kemerdekaan Tanah Melayu. Kita di Sabah dan Sarawak menyanjung tinggi penghormatan yang diberikan oleh Perdana Menteri," katanya.

    Sementara itu, Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen berkata beliau turut menyambut baik keputusan itu.

    Beliau meminta semua majikan menghormati keputusan itu.

    Katanya, mana-mana majikan yang enggan memberikan cuti kepada pekerjanya atau enggan membayar kadar bayaran yang setimpal apabila diminta bekerja pada hari tersebut akan dikenakan tindakan.

    "Pekerja yang tidak menerima bayaran yang setimpal boleh melaporkan kepada kementerian mengenai hal itu," katanya. BERNAMA

  7. #7
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Najib rai empat penerima Anugerah Merdeka

    KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meraikan empat penerima Anugerah Merdeka pada satu majlis penyampaian anugerah itu di Dewan Filharmonik Petronas di sini semalam.

    Para penerima anugerah yang dipilih sebagai mengiktiraf sumbangan mereka dalam empat kategori ialah Tun Dr Fatimah Hashim dan Datuk Lim Phaik Gan (kategori pendidikan dan komuniti); Prof Ir Dr Zaini Ujang (kategori Pencapaian Akademik Cemerlang) dan Prof Dr Halimaton Hamdan (kategori Kesihatan, Sains dan Teknologi).

    Dr Fatimah, 85, adalah wanita pertama dilantik menganggotai jemaah menteri Malaysia manakala Lim, 91, adalah wanita pertama Malaysia yang dilantik ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

    Kedua-dua mereka dipilih berikutan tugas serta pencapaian cemerlang mereka yang mewakili kemajuan wanita di negara ini.

    Prof Ir Dr Zaini, 44, yang juga Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dipilih kerana sumbangan pengajian dan akademik dalam pelbagai inisiatif alam sekitar berkaitan bekalan air, kumbahan, pemulihan sungai dan ekologi perindustrian.

    Dr Halimaton, 53, seorang Profesor Kimia UTM, dipilih kerana sumbangan beliau dalam pembangunan serta aplikasi maerogel sebagai material serba guna yang berdaya maju daripada segi komersial.

    Penerima setiap kategori menerima hadiah wang tunai RM500,000, sebuah piala dan sijil daripada Perdana Menteri yang juga penaung kepada anugerah itu.

    Anugerah Merdeka diberikan bagi mengiktiraf sumbangan cemerlang individu dan organisasi yang hasil kerja dan pencapaiannya memberikan kesan cemerlang kepada Malaysia dan rakyatnya.

    Anugerah Merdeka, adalah inisiatif bersama Petronas, Exxonmobil dan Shell, dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 27 Ogos 2007, sempena sambutan Jubli Emas kemerdekaan negara. BERNAMA

  8. #8
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Liow buat laporan polis berhubung dakwaan di Internet

    KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai semalam membuat laporan polis terhadap dakwaan yang kononnya isterinya Datin Seri Lee Su Loo menerima kenderaan pelbagai guna (MPV) daripada sebuah syarikat yang sentiasa terbabit dalam projek kementerian itu.

    Liow yang menafikan dakwaan tersebut berkata laporan yang disiarkan di internet itu tidak berasas dan disiarkan oleh mereka yang mempunyai niat jahat untuk memburukkan nama baik beliau dan keluarganya.

    Timbalan Presiden MCA itu dalam satu kenyataan di sini berkata beliau juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap yang mereka yang bertindak untuk memburukkan nama baiknya.

    Beliau berharap pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat laporan itu secara menyeluruh dan dengan secepat mungkin.

    "Saya akan memberikan kerjasama yang sepenuhnya mengenai perkara ini," katanya yang turut melahirkan rasa dukacita mengenai perkara tersebut.

    Kelmarin satu laporan polis dibuat oleh Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul berhubung satu artikel yang disiarkan dalam satu laman web yang mendakwa pembelian sebuah MPV mewah bernilai RM574,884.10 untuk isteri seorang menteri.

    Artikel yang bertarikh 14 Okt itu menyebut, pembiayaan pembelian MPV itu dibuat oleh sebuah syarikat dengan menggunakan dua cek bernilai RM324,884.10 dan RM9,299.90 kepada pengedar dan penjual kenderaan tersebut.

    Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya SPRM Datuk Abu Kassim Mohamed semalam mengesahkan polis telah merujuk kes itu kepada SPRM dan suruhanjaya itu sedang mengkajinya. BERNAMA

  9. #9
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Kerajaan tidak akan kembali kepada PPSMI, kata Muhyiddin

    KUALA LUMPUR: Kerajaan komited tidak akan kembali kepada dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris(PPSMI) kerana dasar baru iaitu Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) adalah selaras dengan keperluan negara untuk martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

    Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ke arah usaha itu, kementerian tidak lagi menoleh ke belakang meskipun terdapat rayuan dan desakan supaya PPSMI diteruskan, namun kerajaan tidak mampu memenuhi permintaan semua pihak.

    "Sebaliknya pandangan yang disuarakan diambil kira dalam perancangan dan pelaksanaan dasar (MBMMBI) berkenaan," katanya menjawab soalan tambahan Mohd Nor Othman (BN - Hulu Terengganu) yang ingin tahu apakah jaminan kerajaan untuk memastikan dasar baru tidak berubah kepada dasar lama.

    Selain itu, Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata bagi mengelakkan timbulnya permasalahan kepada dasar MBMMBI sepertimana yang terjadi kepada PPSMI, kementerian menetapkan tahun 2012 sebagai tahun pelaksanaan selepas segala persiapan disediakan.

    "Tujuan kita untuk dilaksanakan pada 2012 ialah untuk membuat persiapan penting kerana pengalaman waktu kita melaksanakan PPSMI dulu, tempoh untuk pihak kementerian buat persiapan ialah enam bulan. Oleh sebab itulah pelbagai masalah timbul antaranya menyediakan sejumlah guru yang mencukupi.

    "Untuk tujuan kita ini pun... sebagai contoh, daripada keperluan tenaga pengajar, kita perlu sediakan kirakira 13,000 orang guru tambahan untuk melengkapkan kesemua sekolah-sekolah.

    "Kedua untuk memantapkan Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah kita memerlukan ramai guru yang pakar dan mahir dalam Bahasa Inggeris," katanya.

    Muhyiddin, yang juga Anggota Parlimen Pagoh, berkata ke arah persiapan bagi dasar baru itu, kementerian merancang untuk mengambil 1,000 guru Bahasa Inggeris baru mulai tahun depan.

    Menjawab soalan tambahan Mohamed Azmin Ali (PKRGombak) yang ingin tahu sama ada ketegasan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menolak cadangan kerajaan untuk membatalkan PPSMI memberi kesan kepada pentadbiran negara, Muhyiddin berkata walaupun kenyataan Tun Dr Mahathir tegas tapi tidak bermaksud menyuruh kerajaan berpatah balik.

    "Dia (Dr Mahathir) faham. Ini satu keputusan yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dan dia penyokong BN dan Umno... nampak dia tidak beri kenyataan keras seolah-olah kita kena patah balik kerana saya telah nyatakan ini bukan sahaja soal bahasa kebangsaan, Bahasa Inggeris bagaimana? Saya minat Bahasa Inggeris, Dr Mahathir pun minat Bahasa Inggeris. Jadi ia mesti diperkukuhkan," katanya. BERNAMA

  10. #10
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Majoriti pelajar Universiti Andalas setuju teruskan pengajian di IPTS

    Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN

    SERDANG: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata sebahagian besar daripada 313 pelajar perubatan Malaysia yang menuntut di Universiti Andalas (Unand) bersedia untuk menyambung pengajian mereka di Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di negara ini.

    "Sebahagian besar daripada mereka (pelajar di Unand) memang ingin menyambung pengajian mereka di negara ini.

    "Walaupun kita berpendapat bagi pelajar yang sedang membuat latihan amali (klinikal) sepatutnya tidak ada masalah untuk mereka meyambung pengajian di sana namun semua perkara itu terserah kepada para pelajar tersebut untuk membuat penilaian masing-masing. Mereka sendiri tahu implikasi keputusan yang dibuat itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri pelancaran program ‘Rentas Kampus RTM’ di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini pada Isnin.

    Khaled berkata, pihak kerajaan sedia menjadi pemudahcara dalam menyelesaikan masalah tersebut dengan menyediakan tempat dan pinjaman bagi memudahkan pelajar-pelajar terbabit menyambung pengajian masing-masing di negara ini.

    "Saya difahamkan bahawa semua pelajar yang menuntut di Unand mereka telah membayar yuran sebanyak 50 peratus.

    "Ini bermakna mereka (pelajar) telah membayar separuh daripada yuran pengajian. Perkara ini tentunya perlu diambilkira apabila mereka membuat keputusan," katanya.

    Jelasnya, bagi pelajar yang sedang menuntut di tahun 4 dan 5 mereka sepatutnya tidak mempunyai sebarang masalah kerana mereka hanya menjalani latihan klinikal di hospital.

    "Tapi nampaknya mereka mempunyai pandangan yang berbeza dan mereka tidak mahu meneruskan pengajian di sana (Unand).

    "Kita juga telah maklumkan bahawa kerajaan telah membenarkan mereka mendapatkan pinjaman RM150,00 maksimum.

    "Perkara sebegini (yuran) sudah semestinya membuatkan mereka berada di dalam dilema untuk membuat keputusan segera kerana pihak Unand memberi mereka masa yang suntuk," ujarnya.

    Khaled yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang berkata, pihak IPTS dalam negara memerlukan sedikit masa untuk membuat keputusan berhubung penempatan pelajar-pelajar tersebut.

    "Pihak IPTS di sini perlukan masa seminggu dua untuk menilai setiap seorang daripada pelajar ini kerana ketiadaan keputusan peperiksaan pelajar tersebut. Ini kerana pihak kementerian belum mendapat maklumat tersebut (keputusan peperiksaan) daripada pihak Unand.

    Ketika ditanya mengenai kedudukan pelajar yang mendapat penajaan daripada agensi lain, Khaled berkata: "Pihak kementerian menyerahkan keputusan tersebut kepada agensi masing-masing.

    "Saya difahamkan bahawa skim pinjaman JPA hanya untuk mereka yang menuntut di luar negara maka jika pelajar itu ingin melanjutkan pengajian dalam negara, mereka tidak menyediakan pinjaman tersebut."

    "Pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak ada masalah untuk menyediakan pinjaman tersebut dan kita juga bersetuju untuk memberi pinjaman tersebut secara fleksibel. Kita sanggup membiayai apa sahaja kos yang dikenakan oleh IPTS terhadap mereka, tiada had," katanya.

    Jelas Khaled, pada kebiasaannya PTPTN hanya memperuntukkan pinjaman sebanyak RM30,000 setahun bagi setiap pelajar perubatan namun dalam konteks ini, jika sesebuah IPTS menuntut lebih daripada jumlah yang diperuntukkan itu maka kementerian akan arahkan PTPTN membayar mengikut amaun yang ditetapkan oleh IPTS terbabit.

    Mengenai pemilihan IPTS untuk pelajar-pelajar ini, Khaled berkata pelajar tersebut diberi kelonggaran untuk memilih IPTS yang dikehendaki oleh mereka.

    Kabinet Rabu lalu telah membuat keputusan untuk menasihati pelajar-pelajar tahun satu, dua dan tiga pengajian perubatan di Unand supaya meneruskan pengajian mereka di IPTS tempatan. Manakala pelajar-pelajar tahun empat dan lima dan mereka yang sedang menjalani latihan klinikal pula dinasihati supaya menamatkan pengajian mereka di Unand.

    Keseluruhannya terdapat 313 pelajar perubatan Malaysia di Unand. Daripada jumlah itu, 16 penuntut sedang mengikuti kursus asasi, tahun pertama (45), tahun kedua (44), tahun ketiga (65), tahun keempat (53), tahun kelima (55) dan klinikal (35).

    Sesi temuduga telah pun diadakan pagi tadi dengan kelolaan Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia (JPT) dengan kerjasama IPTS.

    Di antara IPTS yang bersetuju untuk menerima pelajar-pelajar Malaysia di Unand ialah International Medical University (IMU), Allianze College of Medical Sciences, University College Sedaya International (USCI), UniKL-Perak Royal College of Medicine, Kolej Universiti Mahsa, Management and Science University (MSU), Melaka Manipal Medical College dan Asian Institute of Medicine, Science and Technology (AIMST).

    Rabu lalu, Khaled berkata, pasukan kementerian yang dihantar ke Unand untuk memantau situasi di situ telah mengemukakan laporan penilaian teknikal dan pembelajaran fizikal kepada pihak kementerian.

    Tambahnya, pihak JPT juga bersedia membantu pelajar membuat permohonan untuk mendapatkan pinjaman PTPTN.

    Bagaimanapun, pinjaman PTPTN itu adalah maksimum sehingga RM150,000 bagi setiap penuntut.


  11. Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

 
+ Reply to Thread
Page 1 of 4 1 2 3 ... LastLast

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts