Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

The Best Spread 468x60ms Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

+ Reply to Thread
Page 1 of 4 1 2 3 ... LastLast
Results 1 to 10 of 32
  1. #1
    Banned
    Join Date
    Jan 2008
    Location
    masjidtanah,melaka-gemas,n9-rajachulan,KL-Kajang
    Posts
    2,920
    akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [20/10/2009] : Berita Harian | Berita2 Semasa

    Sejuta undi diperoleh Karzai tidak sah

    KABUL: Kira-kira sejuta undi yang diperoleh oleh Presiden Afghanistan, Hamid Karzai pada pilihan raya umum baru-baru ini dilaporkan tidak sah kerana dikatakan wujud unsur penipuan.

    Pemerhati bebas pilihan raya Amerika Syarikat dalam laporannya semalam berkata, sejumlah 954,526 undi atau hampir satu pertiga daripada keseluruhan undi diperoleh Karzai adalah tidak sah.

    Ini menyaksikan penyusutan undi lebih 50 peratus yang diperlukan untuk kemenangan presiden itu, menurut badan pemerhati bebas, Democracy International di sini.

    Keputusan itu diperoleh badan bebas itu berdasarkan penyiasatan penipuan yang dilakukan Suruhanjaya Pengaduan Pilihan Raya Afghanistan (ECC) yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). - AFP
    The Best Spread 160x600ms

  2. #2
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Pengeluaran wang di Tanah Suci bagi jemaah dipermudah

    MADINAH: Jemaah haji Malaysia tidak perlu risau mengenai pengeluaran wang semasa berada di Tanah Suci kerana Tabung Haji memudahkan cara untuk berbuat demikian menerusi kaunter yang dikendalikan petugas kewangan Tabung Haji.

    Pengarah Operasi Kewangan Tabung Haji, Muhamad Rani Saidali, berkata jemaah haji hanya perlu mengemukakan tag nama masing-masing setiap kali membuat transaksi daripada akaun Tabung Haji mereka.

    Beliau berkata semua kaunter dibuka dari 8 pagi hingga 12 tengah hari dan 4 petang hingga 10 malam setiap hari.

    Bercakap kepada petugas media yang membuat liputan musim haji tahun ini, beliau berkata, kaunter pengeluaran disediakan di setiap hotel penginapan jemaah haji di Mekah dan Madinah.

    "Setiap pengeluaran adalah dalam bentuk mata wang riyal Arab Saudi bagi memudahkan jemaah haji membuat perbelanjaan yang diperlukan tanpa perlu membuat pertukaran di syarikat pengurup wang," katanya.

    Muhamad Rani berkata pihaknya tidak menetapkan had bagi setiap transaksi namun beliau menasihati jemaah haji supaya jangan mengeluarkan wang yang terlalu banyak pada satu-satu masa.

    "Seelok-eloknya pengeluaran wang hendaklah mengikut keperluan pada hari-hari tertentu bagi mengelak daripada berlakunya pelbagai masalah seperti wang hilang dan sebagainya," katanya. - Bernama
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  3. #3
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Kandungan bahan asing dalam air terawat di Perlis, Kelantan tinggi

    KUALA LUMPUR: Kandungan bahan asing seperti klorin, bakteria e.coli, aluminium dan ferum (besi) didapati tinggi dalam air terawat di Kelantan dan Perlis.

    Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2008, ujian makmal yang dijalankan di Loji Rawatan Air (LRA) Pintu Geng, Kota Bharu mendapati kandungan ferum dalam air terawat di loji itu adalah sangat ketara iaitu melebihi 0.3 miligram per liter.

    Sebagai contoh, pada bulan Februari 2009, sebanyak 20 kali sehari ujian yang dilakukan mendapati kandungan ferum dalam air dirawat ialah antara 1.5 hingga 1.8 miligram per liter setiap hari.

    Ujian yang dijalankan Kementerian Kesihatan terhadap kualiti air minum di Perlis pula menunjukkan terdapat 7.1 peratus klorin, 6.8 peratus e.coli dan 4.1 peratus aluminium di dalam air itu.

    "Kekerapan ujian di loji yang dijalankan hanyalah antara lima dan enam kali sehari tidak memadai bagi memastikan tahap kualiti air yang dibekalkan pada pengguna adalah selamat," kata laporan itu.

    Selain itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis tidak membuat ujian di stesen pensampelan yang menyebabkan keputusan pensampelan hanya bergantung kepada ujian yang dijalankan Jabatan Kesihatan.

    Menurut laporan itu, bagi meningkatkan kualiti air minum yang dibekalkan, pihak terbabit disyor supaya menyegerakan perwartaan kawasan tadahan, muka sauk, medan telaga dan LRA sebagai kawasan larangan, selain menaiktaraf LRA.

    Tindakan penambahbaikan dari segi kekerapan ujian dan membaiki stesen pensampelan yang rosak dengan segera, turut menjamin tahap kualiti air yang dibekalkan. - Bernama
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  4. #4
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Harga minyak lonjak AS$80 setong

    NEW YORK: Harga minyak mentah melonjak kepada AS$80 setong, sekali gus petanda bahawa krisis kewangan global mulai pulih, ditambah dengan kedudukan mata wang dollar Amerika Syarikat yang lemah.

    Sejak lapan bulan dagangan, harga minyak meningkat kepada AS$10 setong berikutan permintaan tinggi pasaran global, terutama pemulihan yang berlaku di Amerika yang menjadi pembeli terbesar minyak dunia.

    Kontrak hadapan New York bagi minyak mentah 'light sweet crude' bagi pengagihan bekalan November ditutup AS$1.08 lebih tinggi kepada AS$79.61 setong, semalam.

    Paras paling tinggi diniagakan semalam ialah AS$79.69 setong, harga tertinggi sejak pertengahan Oktober 2008 lalu.

    Di pasaran minyak mentah London Brent North Sea, pengagihan bekalan bagi Disember pula menokok 78 sen untuk ditutup kepada AS$77.77 setong. - AFP
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  5. #5
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Fulham terkeluar daripada zon penyingkiran

    LONDON: Fulham meraikan sambutan 130 tahun penubuhan kelab itu dengan lebih bermakna apabila menewaskan Hull City 2-0, sekali gus terkeluar dari zon penyingkiran, di Craven Cottage, awal pagi tadi.

    Gol awal Fulham diperoleh menerusi tandukan Bobby Zamora manakala gol kedua oleh Diomansy Kamara.

    Kemenangan itu melonjakkan Fulham di tempat ke-12 liga dengan Hull pula berada di zon penyingkiran.

    "Pada perlawanan sebelum ini kami bekerja keras tetapi tidak mendapat keputusan baik, tapi malam ini kami berhak memperoleh tiga mata penuh," kata Zamora.

    Gol Zamora muncul sebaik dua minit perlawanan bermula hasil hantaran pemain sayap antarabangsa Ireland, Damien Duff, dengan penjaga gol Hull, Boaz Myhill gagal menampan bola dengan kemas.

    Duff juga cemerlang untuk mencipta gol kedua dengan hantaran bola kepada Kamara sebelum menyumbat bola ke jaring lawan. - AFP
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  6. #6
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Projek binaan Jalan Sapulut-Kalabalakan tidak capai objektif

    KUALA LUMPUR: Projek Pembinaan Jalan Sapulut-Kalabalakan didapati tidak mencapai objektifnya iaitu membina jalan bertar atau berturap yang menghubungkan pekan Sapulut di Keningau dengan Kalabalakan di Tawau, Sabah.

    Sebaliknya, menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2008 yang dikeluarkan hari ini, hanya jalan "gravel" yang dibina dalam projek yang membabitkan peruntukan RM565 juta itu.

    "Audit mendapati kerja penyiasatan tanah tidak dilaksanakan dengan sempurna mengakibatkan banyak bahan yang tidak sesuai seperti batang balak digunakan untuk membuat jalan oleh syarikat konsensi pembalakan tidak dapat dikesan.

    "Hal ini menyebabkan perubahan skop kerja dengan tidak membina jalan berturap terpaksa dilakukan bagi memastikan kos projek tidak melebihi nilai kontrak yang dipersetujui," kata laporan itu.

    Laporan itu juga berpendapat, pembinaan jalan di kawasan berkenaan adalah tidak praktikal kerana ia melalui jalan yang aktif dengan aktiviti pembalakan, membabitkan dua syarikat konsesi balak.

    "Lori balak kerap menggunakan jalan itu, walaupun jalan basah, dengan muatan 42.54 tan sehingga 62.08 tan yang melebihi kapasiti reka bentuk jalan yang dibina, iaitu setakat 30 tan saja.

    "Kekerapan lori balak menggunakan jalan itu juga adalah faktor yang melambatkan proses pembinaan dan menyebabkan kerosakan kepada jalan yang baru dibina seperti kerosakan terhadap "embankment", longkang serta cerun," kata laporan itu.

    Selain itu, penyiasatan audit turut menemui kerosakan seperti lubang pada permukaan jalan, permukaan jalan mendap, bahu jalan ternaik, longkang rosak, perlindungan tebing sungai terhakis dan penahan tembok di sepanjang jalan itu akibat kualiti pembinaan dan penyenggaraan jalan yang tidak memuaskan.

    "Pada pandangan audit, Jabatan Kerja Raya (JKR) sepatutnya memastikan kerja penyiasatan tanah dijalankan dengan sempurna sebelum projek pembinaan jalan dimulakan," kata laporan itu.

    Laporan Ketua Audit Negara itu, mengesyorkan supaya JKR memastikan kontraktor membaiki segera kerosakan itu bagi mengelakkan keadaan menjadi bertambah serius sehingga menjejaskan keselamatan pengguna.

    Tahap pemantauan juga perlu ditingkatkan untuk memastikan kontraktor menjalankan kerja penyenggaraan yang berkualiti serta mengikut jadual dan syarat yang ditetapkan, selain memohon peruntukan kewangan yang mencukupi di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 untuk menyambung kerja penurapan aspal jalan, kata laporan itu. - Bernama
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  7. #7
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Jurulatih bola sepak Afrika Selatan letak jawatan

    JOHANNESBURG: Jurulatih bola sepak Afrika Selatan, Joel Santana, hari ini melepaskan jawatannya selepas gagal mengubah nasib pasukan bola sepak negara itu yang akan menjadi tuan rumah kejohanan Piala Dunia 2010.

    Persatuan Bola sepak Afrika Selatan, berkata jawatankuasa pengurusan dan Santana sudah bersetuju sebulat suara bahawa jurulatih daripada Brazil itu akan melepaskan tugasnya serta merta.

    Pengganti beliau hanya akan diketahui Jumaat ini selepas eksekutif persatuan mengadakan mesyuarat.

    Peminat dan pengulas sukan bola sepak kerap mengkritik jurulatih berusia 60 tahun itu selepas Afrika Selatan kalah kepada Iceland minggu lalu.

    Ia juga adalah kekalahan kelapan dalam sembilan perlawanan sejak Jun lalu.

    Santana yang dilaporkan memperoleh pendapatan AS$200,000 sebulan, dilantik pada April tahun lalu bagi menggantikan rakan senegaranya, Carlos Alberto Parreira, yang meletakkan jawatan kerana mahu bersama isterinya yang sakit. - AP
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  8. #8
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Dampingi anak Kelantan di luar antara strategi Umno negeri: Mustapa

    MACHANG: Gerakan mendampingi anak Kelantan yang bekerja di luar negeri itu adalah satu daripada tiga strategi penting Badan Perhubungan Umno Kelantan untuk menawan semula negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

    Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamad, berkata kira-kira 15 peratus pengundi di Kelantan berada di luar negeri itu untuk mencari rezeki berikutan ketiadaan peluang pekerjaan di negeri sendiri.

    "Dua lagi agenda iaitu mendaftar ahli baru sebagai pemilih dan penerangan yang membabit isu semasa dan masa depan orang Melayu dan agama Islam akan turut diberi keutamaan," katanya selepas merasmikan Fiesta Aidilfitri Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kelantan di sini, malam tadi.

    Pada pilihan raya umum lalu, isu pengundi luar dikatakan satu daripada sebab kegagalan Barisan Nasional (BN) menguasai semula Kelantan.

    Mustapa yang juga Menteri Perdangangan Antarabangsa dan Industri berkata, semua ketua bahagian di Kelantan diarah menjayakan tiga misi itu dalam tempoh terdekat.

    "Saya sendiri akan mengetuai gerakan mendekati pengundi luar itu dari semasa ke semasa dengan bantuan tokoh-tokoh ternama yang berasal dari Kelantan," katanya. - Bernama
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  9. #9
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Selangor diminta segera warta sumber air mentah

    KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor perlu menyediakan peruntukan kewangan yang mencukupi kepada Lembaga Urus Air Selangor (Luas) supaya kawasan sumber air mentah diwartakan dengan segera untuk melindunginya daripada pencerobohan yang masih berlaku, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2008.

    Laporan itu menyatakan, pengurusan kualiti air minum di negeri itu adalah memuaskan tetapi pengurusan kualiti air mentah pula perlu dipertingkatkan.

    "Status pewartaan adalah tidak memuaskan kerana kawasan lembangan sungai, kawasan tadahan air, tanah perairan atau badan air masih belum diwartakan walaupun Luas telah ditubuhkan sejak tahun 1999," kata laporan itu.

    Kelewatan untuk melindungi kawasan tadahan air mengakibatkan pencerobohan seperti aktiviti pengorekan pasir di Sungai Beranang antara 2006 dan 2008 yang mencemari air sungai itu dan pencemaran di muka sauk Sungai Semenyih untuk loji rawatan air Sungai Semenyih.

    Berdasarkan, purata Indeks Kualiti Negara, pihak audit berpendapat purata indeks bagi Sungai Tengi di Kuala Selangor dan Sungai Semenyih di Hulu Langat, tidak memuaskan kerana berlaku trend penurunan setiap tahun bermula dari tahun 2006.

    Laporan itu juga menyebut, tangki dan kolam imbangan loji pembersihan air Sungai Sireh tidak pernah dicuci melebihi 10 tahun dan mendapati Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) kerana tidak melaksanakan urusan cuci kolam dan tangki air pada tahun 2008.

    Ia mengesyorkan supaya kerajaan negeri mewujudkan jawatankuasa terdiri daripada semua pihak yang terbabit dalam pengurusan kualiti air seperti Luas, Syabas, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan loji rawatan air untuk meningkatkan komunikasi dan koordinasi.

    Menurut laporan itu juga, semakan audit terhadap projek tebatan banjir di Shah Alam menunjukkan pengurusan projek itu adalah tidak memuaskan kerana banjir masih berlaku dan memberi kesan negatif kepada penduduk tempatan.

    Antara sebabnya adalah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor tidak membuat perancangan secara menyeluruh termasuk kajian lembangan sungai, peruntukan kewangan yang tidak mencukupi dan tiada pemantauan atau koordinasi dengan agensi dan jabatan kerajaan yang lain selain pelantikan kontraktor yang tidak menepati syarat.

    Mengulas Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS), laporan Ketua Audit Negara itu mendapati berlaku kelemahan daripada segi penguatkuasaan sehingga terdapat pencemaran air dan udara dan kepupusan flora dan fauna.

    Kawasan hutan simpanan kekal juga digunakan secara haram untuk binaan penempatan perumahan, bangunan komersial, rumah ibadat, penternakan burung walet dan rusa, dan pemberian hak milik sementara tanah yang belum diwarta.

    Pemantauan JPNS terhadap aktiviti pembiakan benih udang di kawasan hutan simpan kekal Sungai Kapar yang menjejaskan kualiti alam sekitar di kawasan itu juga tidak memuaskan kerana kekurangan pegawai penguatkuasa dan peruntukan kewangan yang terhad.

    Laporan itu juga menyentuh mengenai populasi kelip-kelip di Sungai Selangor di sekitar Kampung Kuantan dan mendapati ia terancam kerana hutang pinggir ditebang untuk pertanian oleh pemilik tanah persendirian.

    "Sekiranya kawasan ini tidak dipulihkan, industri pelancongan di sini akan terhapus bersama-sama kepupusan kelip-kelip di kawasan tersebut," menurut laporan itu.

    Laporan itu mengesyorkan JPNS mengkaji semula permit penggunaan hutan simpan kekal, menambah pegawai penguatkuasa dan memohon peruntukan khas untuk membaik pulih kawasan yang telah dicerobohi. - Bernama
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  10. #10
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Mesir berminat bangun bandar bermodelkan Putrajaya, Iskandar Malaysia

    MACHANG: Malaysia bersetuju untuk membantu Mesir yang berminat membangunkan negara itu berasaskan model pembangunan Putrajaya dan Iskandar Malaysia terutama dalam bidang kepakaran penyediaan pelan induk pembangunan.

    Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed, berkata perjanjian persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak sudah diadakan ketika beliau dan rombongan melakukan lawatan ke Timur Tengah, minggu lalu.

    "Malaysia diwakili sebuah syarikat perumahan yang mempunyai pengalaman membangunkan kedua-dua projek berkenaan," katanya selepas merasmikan Fiesta Aidilfitri Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kelantan di sini, malam tadi.

    Lebih 3,000 siswa UITM itu termasuk Pengarah Kampusnya, Profesor Datuk Dr [email protected] Abdul Rahman menghadiri majlis itu.

    Mustapa, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, berkata kerajaan Mesir bercadang membangunkan sebuah bandar baru berasaskan model bandar berkenaan.

    Beliau berkata, dalam lawatan itu, Malaysia turut mendapat manfaat apabila dipelawa menyertai projek pembinaan lapangan terbang Doha, Qatar bernilai lebih RM3.3 bilion.

    Katanya, ia termasuk melaksanakan kerja-kerja sampingan yang berkaitan sekali gus membuka banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

    Mustapa berkata, kejayaan itu berdasarkan keupayaan negara membangunkan projek-projek mega di negara ini yang mengkagumkan dan meyakinkan mereka.

    "Ini terutama projek pembangunan Putrajaya dan Iskandar Malaysia yang membanggakan mereka dan dijadikan sebagai contoh pembangunan negara Islam moden," katanya. - Bernama

    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  11. TenkoFX Crypto

 
+ Reply to Thread
Page 1 of 4 1 2 3 ... LastLast

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts