Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60 TenkoFX Crypto

+ Reply to Thread
Page 1 of 2 1 2 LastLast
Results 1 to 10 of 12
  1. #1
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [20/10/2009] : Utusan Malaysia | Berita2 Semasa

    Jangah ghairah kerjakan umrah
    20/10/2009 3:34am

    MADINAH 19 Okt. _ Pasukan perubatan Tabung Haji melakukan persiapan yang perlu bagi memastikan lebih 26,000 jemaah Malaysia terhindar daripada ancaman virus selesema babi atau H1N1 ketika melaksanakan ibadat haji di Mekah.

    Pengarah Operasi Perubatan di Madinah Dr. Wan Mansor Wan Hamzah berkata, walaupun ancaman virus itu sudah semakin reda namun bakal jemaah tidak boleh memandang mudah sehingga mengingkari nasihat dan peringatan yang dikeluarkan ketika berada di tanah suci.

    Sebagai langkah pencegahan, katanya, mereka tidak perlu malu untuk memakai penutup hidung dan mulut sama ada semasa melaksanakan ibadat haji atau umrah.

    Selain itu, beliau turut mengingatkan bakal jemaah supaya tidak terlalu ghairah mengerjakan terlalu banyak umrah sehingga hilang stamina, terlalu lesu dan akhirnya jatuh sakit.

    ``Keghairahan menunaikan seberapa banyak ibadat umrah memang kerap berlaku. Bagi jemaah yang tiba awal, mereka mungkin tidak menghadapi masalah tetapi bagi jemaah yang lewat tiba, ada antara mereka mahu mengerjakan sebanyak mungkin umrah sebelum wukuf.

    ``Akibat terlalu ghairah mengerjakan umrah, akhirnya mereka hilang stamina, terlalu lesu dan ada jatuh sakit sehingga sukar mengerjakan haji dengan sempurna. Perkara ini memang biasa berlaku akibat keghairahan mengerjakan umrah,'' katanya kepada pasukan media Tabung Haji di klinik kesihatan lembaga itu di sini hari ini.

    Rombongan pertama jemaah Malaysia akan tiba ke terminal haji di sini, esok dan mereka akan berada di Madinah antara lapan hingga sembilan hari sebelum dibawa ke Mekah. Tarikh mengerjakan haji tahun ini bermula 25 hingga 29 November ini.

    Selain pasukan perubatan di Mekah, Tabung Haji setakat ini mempunyai 36 petugas perubatan di Madinah termasuk tujuh doktor.

    Mengulas lanjut, Dr. Mansor berkata, jemaah haji juga perlu bijak menyesuaikan dengan perubahan cuaca yang berlaku.

    Kata beliau, jika dalam keadaan biasa, ada ramai yang terdedah dengan penyakit berkaitan paru-paru ekoran terhidu debu, tentunya perkembangan semasa melibatkan ancaman H1N1 memerlukan setiap jemaah meningkatkan tahap kewaspadaan.

    `` Sebab itu, kita perlu berpada-pada sebelum wukuf agar tenaga dan stamina mereka dapat dijaga untuk kegunaan masa kemuncak dan mengelak ibadat mereka diwakilkan kepada sesiapa,'' katanya.

    Sebagai persediaan menghadapi kemungkinan yang berlaku, bakal jemaah haji Malaysia wajib mengambil suntikan vaksin Meningoccoccal Quadrivalent, selain suntikan Influenza tambahan bagi menghadapi H1N1.

    Dr. Mansor berharap melalui langkah-langkah pencegahan awal yang dilakukan, jemaah haji Malaysia tidak terlalu terdedah kepada ancaman H1N1 termasuk ketika melakukan ibadat di masjid-masjid bersejarah di sini termasuk Masjid Nabawi dan menziarahi Makam Nabi Muhammad SAW. - Utusan
    bitcoin 160x600
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  2. #2
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Hampir sejuta undi Karzai didakwa tidak sah
    20/10/2009 3:38am

    KABUL 20 Okt. Hampir satu juta undi untuk Presiden Hamid Karzai dalam pilihan raya kontroversi Afghanistan dianggap tidak sah disebabkan penipuan.

    Menurut pemerhati pilihan raya bebas dari Amerika Syarikat, Demokrasi Antarabangsa, sejumlah 954,526 atau hampir satu per tiga daripada jumlah undi Karzai tidak sah.

    Ini sekali gus menyebabkan jumlah undi Karzai adalah di bawah daripada 50 peratus yang diperlukan untuk memenangi pilihan raya tersebut.

    Perkiraan ini berdasarkan keputusan siasatan yang diperolehi oleh Suruhanjaya Aduan Pilihan Raya (ECC) Afghanistan yang mendapat sokongan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dikeluarkan semalam. AFP
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  3. #3
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Kanak-kanak jatuh apartmen terselamat
    20/10/2009 3:38am

    ANTIOCH, California 20 Okt. Seorang kanak-kanak berusia 22 bulan dilaporkan masih bernyawa setelah jatuh dari tingkap apartmen rumahnya setinggi sembilan meter, kelmarin.

    Jurucakap bomba daerah Contra Costa, Kapten Charles Thomas berkata, kanak-kanak itu jatuh di kawasan konkrit dan berbatu dari tingkat tiga kediamannya di Antioch.

    Kanak-kanak itu bagaimanapun hanya mengalami luka di bahagian abdomen, paru-paru lebam dan benjol di kepala. AP
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  4. #4
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Korban pertama taufan Rick
    20/10/2009 3:39am

    LA PAZ 20 Okt. Taufan Rick mengorbankan mangsa pertamanya semalam apabila membadai sepanjang perairan Pasifik Mexico dengan membawa ombak besar.

    Miguel Barraza, 38, telah dihanyutkan ombak besar di resort pelancongan Los Cabos, kata ketua pasukan keselamatan tempatan, Francisco Cota Marquez.

    Menurut Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat, taufan Rick turut membawa angin selaju 185 kilometer sejam semalam.

    Sementara itu, perkhidmatan kaji cuaca Mexico memberi amaran hujan lebat dan angin kuat akan berlaku di bahagian utara dan barat laut negara.
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  5. #5
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Perdana Menteri adakan pertemuan dua hala dengan Australia
    20/10/2009 9:01am


    JAKARTA 20 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tiba di sini malam tadi, akan mengadakan pertemuan dua hala dengan Australia petang ini.

    Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya, Kevin Rudd.

    Pada sebelah pagi Najib menghadiri istiadat pelantikan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono untuk penggal kedua di Gedung Parlimen Indonesia

    pagi ini.

    Najib yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor menjadi tetamu kerajaan Indonesia menyaksikan istiadat pelantikan Presiden Susilo dan Naib Presiden Boediono. - Utusan
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  6. #6
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Kandungan bahan asing dalam air terawat tinggi
    20/10/2009 9:49am

    KUALA LUMPUR 20 Okt. Kandungan bahan asing seperti klorin, bakteria e-coli, aluminium dan ferum (besi) didapati tinggi dalam air terawat di Kelantan dan Perlis.

    Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2008, ujian makmal yang dijalankan di Loji Rawatan Air (LRA) Pintu Geng, Kota Baharu mendapati kandungan ferum dalam air terawat di loji itu adalah sangat ketara iaitu melebihi 0.3 miligram per liter.

    Sebagai contoh, pada bulan Februari 2009, sebanyak 20 kali sehari ujian yang dilakukan mendapati kandungan ferum dalam air dirawat ialah antara 1.5 hingga 1.8 miligram per liter setiap hari.

    Ujian yang dijalankan Kementerian Kesihatan terhadap kualiti air minum di Perlis pula menunjukkan terdapat 7.1 peratus klorin, 6.8 peratus e.coli dan 4.1 peratus aluminium di dalam air itu.

    "Kekerapan ujian di loji yang dijalankan hanyalah antara lima dan enam kali sehari tidak memadai bagi memastikan tahap kualiti air yang dibekalkan pada pengguna adalah selamat, kata laporan itu. - Bernama
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  7. #7
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Keluar duit melalui Tabung Haji
    20/10/2009 1:39pm

    MADINAH 20 Okt. - Jemaah haji dinasihatkan supaya menyimpan wang yang hendak dibelanjakan di Mekah dan Madinah ke dalam akaun Tabung Haji bagi mengelak sebarang masalah termasuk kehilangan dan kecurian.

    Pengarah Operasi Kewangan Tabung Haji, Muhamad Rani Saidali berkata, jemaah haji boleh menggunakan perkhidmatan pengeluaran wang yang disediakan di beberapa kaunter sama ada di Madinah atau Mekah.

    Menurut beliau, kesemua operasi di zon-zon yang ditetapkan telah sedia membuat transaksi pengeluaran wang dari mata wang ringgit kepada mata wang Arab Saudi iaitu riyal.

    ``Tidak perlu bawa wang tunai yang banyak dalam tangan dan sebaiknya dimasukkan ke dalam akaun Tabung Haji untuk dikeluarkan berdasarkan keperluan semasa ketika berada di kedua-dua tanah suci itu,'' katanya kepada pasukan media Tabung Haji di sini, hari ini.

    Selain kaunter di ibu pejabatnya di sini, Tabung Haji turut membuka kaunter penyimpanan dan pengeluaran di Hotel Al-Haram dan Hotel Movenpick.

    Muhamad Rani memberitahu, tiada had minimun untuk pengeluaran wang melalui kaunter-kaunter dan maksimun sebanyak 10,000 riyal bagi satu transaksi.

    Bagi mengelakkan kesukaran, jemaah juga tidak perlu membawa akaun Tabung Haji untuk urusan penyimpanan dan pengeluaran di kaunter-kaunter terbabit.

    Keluarga jemaah haji Malaysia boleh memasukan wang ke dalam akaun di mana mana kaunter cawangan Tabung Haji di tanah air di mana pengeluaran boleh dilakukan di tanah suci.

    ``Apa yang mereka perlu bawa hanyalah pas haji,'' ujarnya.

    Beliau berkata, kemudahan yang disediakan itu adalah bagi mengelak jemaah dari terdedah kepada kecurian atau kehilangan wang sehingga menghilangkan tumpuan mereka untuk beribadat.

    Mengenai jumlah petugas, katanya, pihaknya mempunyai 45 kakitangan yang menguruskan kaunter-kaunter berkenaan dan sebahagian besarnya ditempatkan di Mekah.

    Apabila tiba waktu wukuf, jelas beliau, kesemua kakitangan kaunter di Madinah akan dibawa ke Mekah. - Utusan
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  8. #8
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Misi Dikir Barat atas tren tercapai
    20/10/2009 11:08am

    TUMPAT 20 Okt. - Misi membuat persembahan dikir barat tanpa henti di atas tren dari Singapura ke Tumpat di sini berakhir tepat pukul 10 pagi tadi apabila tren nombor 14 Ekspres Timuran yang membawa mereka selamat sampai ke stesen keretapi Tumpat.

    Ia bermakna, misi yang mengambil jarak lebih 700 kilometer itu ditamatkan dalam masa 15 jam 10 minit. - Utusan
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  9. #9
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Sarawak lantik konsultan sediakan pelan induk pertanian
    20/10/2009 11:10am

    MIRI 20 Okt. Kementerian Permodenan Pertanian Sarawak melantik juruperunding bagi menyediakan pelan induk pertanian untuk negeri itu.

    Menteri Permodenan Pertanian negeri, Tan Sri Dr George Chan berkata, pelan induk itu dijangka siap dalam tempoh enam bulan dan akan digunakan sebagai asas untuk merangka garis panduan dasar dalam membangunkan bidang itu.

    Bercakap pada majlis penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang Jabatan Pertanian Sarawak, beliau berkata, kerajaan negeri perlu memberikan tumpuan terhadap beberapa bidang atau produk tertentu bagi mengekalkan persaingan dalam pasaran eksport.

    Chan yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, jabatan dan kementerian berkenaan kini bekerjasama dengan dua syarikat swasta untuk membangunkan beras hibrid dan industri benih padi di Sarawak.

    Beliau berkata, pengeluaran beras Sarawak kini hanya boleh menampung permintaan 53 peratus daripada penduduk negeri manakala kos import makanan tahunan negeri meningkat kepada RM2.7 bilion tahun lepas berbanding RM1.3 bilion pada tahun-tahun sebelum itu. - Bernama
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  10. #10
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Pengawal keselamatan dipenjara 12 tahun bunuh penyelia
    20/10/2009 6:07pm

    TEMERLOH 20 Okt. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap seorang pengawal keselamatan selepas mengaku bersalah membunuh ketuanya di sebuah ladang getah dekat sini tiga tahun lalu.

    Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Akhtar Tahir menjatuhkan hukuman itu terhadap Mad Noh Ali, 50, selepas tertuduh mengaku bersalah membunuh penyelia keselamatan Tenaga Nasional Berhad (TNB), Mohamed Dari Abas, 58, dengan mencekik dan memukul mangsa sehingga menyebabkan kematian pada 2006. - Utusan

    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  11. The Best Spread 468x60ms

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts