Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60 TenkoFX Crypto

+ Reply to Thread
Results 1 to 10 of 10
  1. #1
    Banned
    Join Date
    Jan 2008
    Location
    masjidtanah,melaka-gemas,n9-rajachulan,KL-Kajang
    Posts
    2,920
    akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [19/10/2009] : Berita Harian | Berita2 Semasa

    Dua akta akan dipinda elak penggunaan bahasa Melayu diperlekeh

    KUALA LUMPUR: Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan Akta Pendidikan 1996 mungkin dipinda bagi memberi kuasa kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mendenda sektor awam dan agensinya yang tidak menggunakan bahasa Melayu dalam urusan mereka.

    Pejabat Peguam Negara sedang meneliti cadangan pindaan berkenaan yang akan membolehkan tindakan diambil jika pihak terbabit tidak menggunakan bahasa Melayu termasuk ketika mengendalikan mesyuarat, penyediaan minit mesyuarat dan majlis rasmi.

    Kertas cadangan pindaan akta itu sudah dibincangkan di Kementerian Pelajaran dan akan dibentangkan di Parlimen bagi membolehkan penguatkuasaan hukuman denda dilaksanakan.

    Ketua Pengarah DBP, Datuk Termuzi Abdul Aziz, berkata sudah tiba masanya kerajaan memberi kuasa kepada agensi itu berbuat demikian sebagai tindakan terakhir terhadap pihak yang gagal memartabatkan bahasa Melayu dalam pelbagai urusan mereka.

    Katanya, sebelum ini, pihaknya tidak ada kuasa berbuat demikian, sebaliknya hanya memberi nasihat kepada sektor awam dan agensinya supaya menggunakan bahasa Melayu.

    Beliau berkata, jika DBP ada kuasa mendenda dan pelbagai pihak bersedia mematuhi peraturan yang keluarkan, martabat bahasa Melayu dapat diangkat dan diletakkan pada tahap tertinggi.

    "Ada segelintir pihak terlalu degil untuk patuh walaupun sudah diberi nasihat berkali-kali," katanya kepada Berita Harian.

    Termuzi berkata, surat pekeliling sudah dikeluarkan sejak 2006 yang mewajibkan majlis rasmi dikendali dalam bahasa Melayu di semua jabatan kerajaan.

    Katanya, ada beberapa negara sudah menguatkuasakan hukuman denda terhadap pelbagai pihak yang memperlekehkan bahasa ibunda mereka.

    "Slovakia mengenakan denda sebanyak 5,000 Euro terhadap pihak yang gagal menggunakan bahasa rasmi mereka dalam majlis dan urusan tertentu," katanya.

    Beliau berkata, Malaysia perlu bangga dengan bahasa Melayu yang menduduki kedudukan kelima di dunia dari segi jumlah penutur.
    PAMM 120x600

  2. #2
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    PM isytihar 16 September cuti umum Hari Malaysia mulai tahun depan

    KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan 16 September sebagai cuti umum Hari Malaysia di seluruh negara mulai tahun depan.

    Ini bermakna rakyat Malaysia akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar.
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  3. #3
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    3 pelari mati semasa sertai maraton Detroit

    DETROIT: Tiga pelari meninggal dunia selepas rebah ketika menyertai maraton Detroit, kata penganjur.

    Rich Harshbarger, Naib Presiden Pemasaran Pelanggan Detroit Media Partnership, berkata Daniel Langdon, 36, dari Laingsburg, rebah pada jam 9.02 pagi di antara KM17 dan KM19.

    Rick Brown, 65, dari Marietta, Ohio, rebah pada 9.17 pagi berhampiran tempat Langdon rebah manakala Jon Fenlon, 26, dari Waterford rebah pada 9.18 pagi sejurus menamatkan perlumbaan dalam masa 1:53:37. - AP
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  4. #4
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    PM isytihar 16 September cuti umum Hari Malaysia mulai tahun depan

    KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan 16 September sebagai cuti umum Hari Malaysia di seluruh negara mulai tahun depan.

    Mengumumkannya pada sidang Dewan Rakyat pagi ini, Perdana Menteri berkata pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat adalah satu titik sejarah yang amat penting.

    "Dengan demikian rakyat Malaysia akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar. Hari Merdeka pada 31 Ogos mengingatkan kita akan perjuangan mencapai kemerdekaan dari penjajahan, yang akan dirayakan dengan pelbagai acara rasmi seperti perarakan dan sebagainya untuk mengingati detik sejarah itu.

    "Hari Malaysia pula akan dirayakan dengan acara bersifat mengeratkan perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat menerusi bidang sukan, sosio-budaya, kesenian dan lain-lain yang akan menyemarakkan semangat 1Malaysia," katanya.

    Hari Malaysia diraikan setiap tahun untuk memperingati pembentukan Persekutuan Malaysia membaitkan penyertaan Sabah dan Sarawak 16 September 1963.
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  5. #5
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Kerajaan utama keselesaan rakyat berbanding defisit: PM

    KUALA LUMPUR: Kerajaan berpendapat adalah lebih penting untuk memastikan rakyat sentiasa selamat dan dalam keadaan selesa serta tidak terbeban dengan masalah ekonomi berbanding menumpukan usaha untuk membendung defisit tambahan yang dialami negara, kata Datuk Seri Najib Razak.

    Perdana Menteri berkata, ini kerana defisit adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan dalam jangka pendek dan semua negara akan mengalami defisit tambahan.

    "Kalau kita hendak buat suntikan pakej rangsangan yang besar, kita kena terima tambahan defisit. Mana lebih penting defisit lebih besar atau rakyat selamat dan selesa.

    "Kerajaan pilih untuk selamatkan rakyat, tetapi bila sampai masa nanti kita akan bendung dan kurang defisit negara," katanya menjawab soalan tambahan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) yang ingin tahu langkah yang diambil kerajaan bagi membendung peningkatan defisit tambahan negara yang kini mencapai 7.6 peratus.

    Perdana Menteri juga meminta Dr Tan menunggu ucapan Bajet beliau Jumaat ini bagi mendapatkan gambaran mengenai langkah yang diambil kerajaan dalam menangani isu defisit tambahan.

    Terdahulu, ketika menjawab soalan asal Dr Tan, Najib berkata Malaysia sebagai negara anggota Asean dan pemerhati tetap persidangan berkenaan berpeluang menyuarakan pendirian negara berkaitan isu ekonomi dan kewangan antarabangsa untuk mengembalikan kestabilan ekonomi global dan mengelakkan krisis itu daripada berulang.

    Beliau berkata, Malaysia juga bersetuju dengan pendirian Kumpulan G20 bahawa institusi serta kerangka kewangan antarabangsa perlu diperbaharui, malah Malaysia mahukan reformasi tersebut dipercepatkan.

    "Sebenarnya Malaysia telah mendahului langkah yang diambil oleh masyarakat antarabangsa semasa kita menangani krisis kewangan Asia 1997-1998 melalui beberapa dasar menangani kemelesetan ekonomi yang tidak konvensional.

    "Pada masa ini pendekatan Malaysia untuk keluar dari kemelut ekonomi akhir 90-an telah dijadikan pendekatan Kumpulan G20 itu," katanya.

    Najib juga berkata, Malaysia mahu Sidang Kemuncak G-20 untuk membendung krisis ekonomi dan kewangan global, menstabilkan sektor kewangan antarabangsa serta mengembalikan pertumbuhan ekonomi dunia dengan segera.

    Kumpulan G-20 adalah sebuah kumpulan tidak rasmi beberapa negara, termasuk negara maju dan membangun secara sistematik, ditubuhkan sebagai respons kepada krisis ekonomi yang melanda dunia lewat 90-an untuk membincangkan kestabilan ekonomi dan penstrukturan isu-isu kewangan global.

    Sebelumnya, isu ekonomi hanya dibincangkan di peringkat Kumpulan G-7 negara-negara maju. - Bernama
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  6. #6
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Kadar faedah Malaysia pada paras berpatutan: Zeti

    KUALA LUMPUR: Kadar faedah Malaysia telah menyokong pemulihan ekonomi negara ini dan kekal pada paras berpatutan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, hari ini.

    Katanya, sebarang keputusan mengenai kadar faedah akan hanya diumumkan selepas satu lagi Mesyuarat Dasar Monetari lewat bulan ini.

    "Kami menyaksikan kadar faedah kini menyokong pemberian pinjaman dan ia tidak menjadi penghalang. Faktor yang memberi kesan pemberian pinjaman sebenarnya adalah keadaan permintaan dari luar dan domestik," katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar Persidangan Bersama ADB-BNM-EC bertemakan "Melangkaui Krisis Global: Satu Model Pertumbuhan Baharu Asia" di sini.

    Zeti juga menyatakan bahawa sektor swasta akan kekal menjadi penjana pertumbuhan di negara ini sebaik sahaja rangsangan kerajaan ditarik balik perlahan-lahan.

    Ketika ditanya sama ada ringgit tidak boleh dibenarkan meningkat terlalu tinggi kerana ia boleh memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi, beliau berkata paras semasa mata wang itu sebenarnya menunjukkan asas ekonomi negara ini.

    "Saya mahu menekankan bahawa sektor eksport kita berdaya tahan walau pun berlaku kenaikan ringgit," katanya.

    Katanya, kadar pertukaran ringgit sebelum ini dicatatkan lebih tinggi daripada paras semasa, malah mencecah sehingga 3.13 pada 2008.

    Ringgit merosot berbanding dolar AS semasa dibuka hari ini pada paras 3.3850/3890 daripada 3.3690/3730 Jumaat lalu. - Bernama
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  7. #7
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Laluan baru Seremban-Kuala Pilah dibuka sehala



    SEREMBAN; Laluan baru, Jalan Seremban-Kuala Pilah di Bukit Putus di sini dibuka secara rasmi kepada orang ramai mulai hari ini.

    Pengarah Jabatan Kerja Raya negeri, Ir Dr Roslan Mohd Taha, berkata laluan baru sepanjang 7 kilometer yang mempunyai dua lorong dua hala itu dibuka secara sehala dahulu bermula hari ini hingga 31 Oktober ini.

    "Bagi tempoh tersebut, laluan ini hanya akan dibuka secara sehala iaitu kenderaan yang ingin ke Kuala Pilah akan menggunakan laluan baru, manakala kenderaan yang datang dari Kuala Pilah menuju ke Seremban perlu menggunakan laluan lama.

    "Ini hanya untuk tempoh sementara sahaja kerana laluan ini akan ditutup semula bermula 1 hingga 24 November depan bagi tujuan pengemaskinian laluan tersebut," katanya di sini, hari ini.

    Katanya penutupan sementara itu bertujuan menjalankan kerja-kerja penambahbaikan terhadap laluan tersebut.

    Katanya, selepas selesai kerja itu, laluan itu akan dibuka selama-lamanya kepada orang ramai bermula 25 November depan.
    Roslan berkata, inisiatif membuka laluan itu juga adalah bagi mengatasi kesesakan trafik pada laluan lama malah bersempena hari pertabalan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, pada 26 Oktober ini.

    "Pembukaan laluan alternatif ini akan memberi kelancaran kepada pengguna jalan raya yang datang dari Seremban dan Kuala Pilah. Secara purata, setiap hari sebanyak 20,000 kenderaan menggunakan laluan ini dan bilangannya akan bertambah menjadi 22,000 pada hujung minggu dan hari perayaan.

    "Maka bagi mengelakkan kesesakan sepanjang tempoh pertabalan Tuanku Muhriz bermula 22 hingga 28 Oktober ini, pembukaan laluan ini pada tempoh berkenaan adalah amat selari dengan matlamat itu," katanya.

  8. #8
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Pengurusan sistem perangkap lampu merah kurang memuaskan: Ketua Audit Negara



    KUALA LUMPUR: Pengurusan dan pemantauan terhadap Sistem Perangkap Lampu Merah Berkamera (sistem perangkap) yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya supaya mematuhi isyarat lampu merah serta mengurangkan kadar kemalangan jalan raya adalah kurang memuaskan.

    Laporan Ketua Audit Negara 2008 menunjukkan terdapat beberapa kelemahan seperti kelewatan pelantikan kontraktor untuk kerja penyelenggaraan, ketiadaan koordinasi antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kontraktor serta pihak berkuasa tempatan, kesukaran mendapatkan alat ganti, kekurangan anggota polis dan kurang peruntukan kewangan.

    Laporan itu menyatakan sistem itu wajar diperluaskan pemasangannya di seluruh negara kerana mendatangkan faedah kepada anggota polis dan orang awam dengan syarat PDRM meningkatkan keupayaannya dari segi pengurusan dan penyelenggaraan peralatan.

    Bagi meningkatkan kelemahan itu, Kementerian Dalam Negeri dan PDRM perlu mengambil tindakan penambahbaikan seperti mewujudkan mekanisme untuk mengumpul data mengenai jumlah pelanggaran isyarat lampu merah dan kemalangan di setiap persimpangan jalan yang dipasang dengan sistem tersebut.

    Selain itu, sistem perangkap itu perlu dipasang di lokasi yang sesuai dan sentiasa berfungsi dengan baik serta pemantauan yang berterusan hendaklah dibuat bagi memastikan sistem diselenggara mengikut jadual yang ditetapkan.

    PDRM juga perlu bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk memastikan aktiviti pembinaan, pelebaran jalan dan pembangunan kawasan tidak menjejaskan keberkesanan sistem itu.
    PDRM disarankan untuk menyediakan anggota polis yang khusus bagi menguruskan sistem perangkap dan seterusnya melatih mereka untuk mengendalikan sistem khususnya dalam penggunaan filem bagi memastikan tidak berlaku kerosakan rakaman yang akan menjejaskan pengeluaran saman.

    Mereka juga perlu menentukan norma masa bagi setiap proses yang terbabit dari tarikh kesalahan dilakukan sehingga saman dikeluarkan bagi memastikan tidak ada sebarang kelewatan dalam pengeluaran saman kepada pesalah.

    Sistem perangkap itu sepatutnya dipasang di 56 persimpangan jalan di enam bandar utama iaitu Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Ipoh, Georgetown, Melaka dan Johor Bahru.

    Sistem yang dibangunkan ROBOT Visual System GmbH dari Jerman itu telah dibeli antara tahun 1993 dan 1995, bernilai RM8.98 juta.
    - Bernama

  9. #9
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Saya tidak berniat jatuhkan Tee Keat: Liow



    PUTRAJAYA: Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata beliau tidak berniat menjatuhkan Datuk Seri Ong Tee Keat sebagai presiden parti.

    Beliau berkata, spekulasi bahawa terdapat rancangan daripada anggota Jawatankuasa Pusat (CC) MCA untuk menjatuhkan Tee Keat berpunca daripada pesanan beliau selepas berlangsungnya mesyuarat agung luar biasa (EGM) 10 Oktober lalu.

    "Sebelum berlepas ke luar negara (selepas EGM), Tee Keat memberitahu kami (CC) tentang hasratnya untuk meletak jawatan. Jadi kami telah berbincang dan membuat perancangan yang sepatutnya.

    "Keadaan ini menyebabkan banyak perkara berlaku dan memberi gambaran seakan-akan terdapat usaha untuk menjatuhkan presiden," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri dan Deepavali anjuran Kementerian Kesihatan di sini hari ini.

    Hubungan Tee Keat dengan Liow, yang juga Menteri Kesihatan, dilaporkan renggang selepas masing-masing bercanggah pendirian berhubung keperluan untuk mengadakan EGM kedua bagi menyelesaikan kemelut dalam MCA.

    Khamis lalu, Tee Keat menyatakan hasrat untuk mengadakan EGM kali kedua dan hasratnya itu tidak direstui sebahagian anggota CC MCA termasuk Liow.
    Sehubungan itu, Liow berkata beliau sedih apabila terdapat pihak lain yang menuduhnya derhaka kepada Tee Keat yang juga kawan baik dan rakan seperjuangannya.

    "Hubungan kami baik dan saya selalu menghubungi beliau menerusi telefon," katanya. - Bernama

  10. #10
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Berlaku salah guna kereta kerajaan di 3 negeri: Ketua Audit Negara



    KUALA LUMPUR: Laporan Ketua Audit Negara 2008 mendapati berlaku penyalahgunaan kenderaan milik kerajaan negeri di tiga negeri iaitu Pahang, Perak dan Pulau Pinang tahun lalu.

    Penyelewengan itu membabitkan pelbagai masalah termasuk penggunaan bahan api berlebihan, penyenggaraan kenderaan di bengkel yang tidak dikhususkan dan kekerapan penggantian tayar yang tidak munasabah.

    Menurut Laporan Ketua Audit Negara, terdapat penyelewengan penggunaan bahan api yang berlebihan dalam tempoh masa yang singkat oleh kenderaan kerajaan negeri Pahang.

    "Kenderaan yang didapati kerap mengisi bahan api adalah kereta jenis Proton Perdana nombor pendaftaran CBD 88 yang dilakukan sebanyak enam kali dalam tempoh sebulan pada Disember 2008.

    "Semakan audit juga mendapati pengisian sebanyak 743.39 liter berjumlah RM1,350 itu dilakukan dalam tempoh yang singkat iaitu antara satu hingga dua minit berbanding dengan kuantiti yang diisi," menurut laporan itu.

    Bagaimanapun tiada tindakan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab dan menyebabkan pejabat setiausaha kerajaan menanggung kos penggunaan bahan api yang tinggi pada bulan itu.
    Di Perak pula didapati kos penyenggaraan kenderaan kerajaan negeri adalah tinggi kerana tidak dihantar ke pusat servis yang dikhususkan.

    Ini kerana kerajaan negeri tidak menetapkan bengkel khusus untuk menyenggara kenderaan sebaliknya ia dilakukan berdasarkan permohonan yang diterima daripada syarikat berkaitan.

    "Menerusi semakan audit terdapat sampel baucar bayaran yang dipilih mendapati kos penyenggaraan berjumlah RM262,256 atau 69.4 peratus untuk kereta Proton Perdana di Syarikat Kinta Tyres Sdn Bhd, berbanding di Syarikat EON Service Sdn Bhd iaitu hanya RM15,197 atau 4 peratus sahaja untuk tempoh 2004 hingga 2008," katanya.

    Laporan itu juga mendapati syarikat tersebut dimiliki oleh bukan Bumiputera dan kebanyakan alat ganti yang digunakan adalah diimport dari luar negara berbanding Syarikat EON Sdn Bhd daripada keluaran tempatan.
    Alasan pejabat SUK mengapa kereta tersebut dihantar ke syarikat itu adalah kerana kenderaan Exco memerlukan penyenggaraan segera sedangkan Syarikat EON Services Sdn Bhd tidak dapat memberikan servis dengan segera.

    Masalah kekerapan penggantian tayar dikesan berlaku di Pulau Pinang iaitu pada tiga kenderaan dengan nombor pendaftaran PED 21, PBF 1 dan PAF 1.

    Penyiasatan audit itu juga melaporkan semua penggantian tayar adalah disebabkan keadaan bunga tayar yang telah haus atau tayar pecah, tayar haus sebelah, tayar tidak mencengkam dan tayar keras.

    Katanya, penggantian tayar yang terlalu kerap bagi tempoh tiga hingga 34 bulan dan penggunaan pada jarak perbatuan antara 1,700 kilometer hingga 21,900 kilometer untuk tiga kenderaan itu juga adalah meragukan.

    Sehubungan itu, Pejabat SUK telah menetapkan setiap penggantian tayar perlu mendapat kelulusan Ketua Penolong Setiausaha (Kewangan) dan tayar yang telah digantikan akan disimpan bagi tempoh tertentu mulai 20 Mei 2009.

    Secara keseluruhan didapati kebanyakan proses penyenggaraan kenderaan milik kerajaan negeri adalah tidak memuaskan dan tidak mengikut peraturan dan prosedur pejabat SUK.

    "Pejabat SUK perlu mengawal perbelanjaan penyenggaraan kenderaan dengan meneliti kos pembaikan terbabit dan memilih pusat servis yang menawarkan harga yang munasabah supaya tujuan penjimatan dapat dicapai di samping memastikan hanya penyenggaraan yang perlu sahaja dilakukan," menurut laporan itu. - Bernama


  11. The Best Spread 468x60ms

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts