Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

TenkoFX Crypto Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

+ Reply to Thread
Results 1 to 1 of 1
  1. #1
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [18/10/2009] : MStar Online | Berita2 Semasa

    [18/10/2009] : MStar Online | Berita2 Semasa

    Sabtu Oktober 17, 2009

    MCA tidak perlu adakan EGM kedua - Liow

    KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden MCA yang baru Datuk Seri Liow Tiong Lai pada Sabtu berkata parti itu tidak perlu mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) kali kedua untuk menentukan kedudukan presiden Datuk Seri Ong Tee Kiat.

    Beliau berkata MCA mempunyai kaedah tersendiri untuk menyelesaikan kemelut yang berbangkit dalam parti itu termasuk perbincangan di peringkat Jawatankuasa Pusat (CC).

    Katanya sehubungan itu Jawatankuasa Pusat MCA akan bertemu dengan Ong untuk menasihati beliau supaya tidak mengadakan EGM kedua kerana ia tidak dapat menyelesaikan masalah MCA.

    "Perwakilan MCA sudah memberi pandangan mereka (pada EGM lepas) dan oleh itu, kami rasa mereka akan menghormati keputusan EGM, dan mahu melihat CC menghormati keputusan itu.

    "Kami akan mencari jalan yang paling baik untuk menyelesaikan masalah ini. Bagi kami di CC, parti masih ada ruang untuk menyelesaikan masalah," katanya kepada pemberita semasa menghadiri rumah terbuka Deepavali MIC di Pusat Dagangan Dunia Putra , Sabtu.

    Ditanya mengenai dakwaan bahawa ada pihak yang memungut tanda tangan untuk mendesak Ong berundur, Liow menafikan perkara itu.

    "Tanda tangan itu bukan mendesak dia (Ong) meletak jawatan. Mereka cuma mahukan saya berbincang dengan presiden dan mewakili pandangan mereka. Kami sebenarnya merayu kepada presiden untuk mendengar beberapa pandangan anggota CC," katanya.

    "Saya rasa apa yang paling penting ketika ini ialah supaya parti bersatu padu dan tetapkan hala tuju parti," katanya.

    Sementara itu Liow turut memuji ucapan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak pada akhir perhimpunan agung Umno semalam, yang menurutnya dapat membangkitkan semangat anggota Umno dan parti komponen Barisan Nasional lain. BERNAMA
    Trade_on_STP_accounts-ENG_160x600

  2. The Best Spread 468x60ms

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts