Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

TenkoFX Crypto The Best Spread 468x60ms

+ Reply to Thread
Results 1 to 7 of 7
  1. #1
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [18/10/2009] : HARIAN METRO | Berita2 Semasa

    Bayi ditinggalkan di wakaf masjid



    KOTA BAHARU: Penduduk kariah Masjid Telipot di sini gempar dengan penemuan seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan, yang ditinggalkan di wakaf (tempat rehat) perkarangan masjid itu pagi ini.

    Bayi yang hanya berselimutkan tudung wanita itu ditemui masih bertali pusat
    dengan keadaan badannya menjadi biru dipercayai akibat kesejukan.

    "Bayi perempuan itu ditemui sepasang suami isteri yang sedang berehat di wakaf itu kira-kira jam 8 pagi," kata seorang petugas masjid, Khadijah Yazid, 51, kepada pemberita di sini.

    "Ketika itu puluhan kariah masjid yang lain sedang khusyuk mendengar kuliah
    agama, saya kemudiannya ambil tuala mandi saya dan selimutkan bayi itu,"
    tambahnya.

    Katanya ketika ditemui bayi itu dalam keadaan merengek dipercayai sedang
    kelaparan, dan pihak masjid terus menghubungi polis yang datang setengah jam kemudian untuk menghantar bayi itu ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.

    Jurucakap hospital itu ketika dihubungi berkata bayi berkenaan yang hanya
    seberat 1 kilogram dipercayai dilahirkan tidak cukup bulan dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

    Sementara itu, seorang lagi pekerja masjid, Ali Abdullah, 65, berkata tiada
    siapa pun anggota kariah masjid itu yang perasan siapa yang meletakkan bayi
    berkenaan di situ pada kira-kira jam 8 pagi.-Bernama
    Professional_PAMM_Service-ENG_160x600

  2. #2
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Pemilik kedai makan mati dibunuh


    KUANTAN: Seorang pemilik kedai makan ditemui mati dipercayai dibunuh di rumahnya di Taman Sungai Isap, dekat sini, hari ini.

    Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusof, berkata Fatimah Zaharah

    Sulong, 53, dipercayai mati akibat ditekup dengan bantal ketika sedang

    tidur di atas katil di bilik rumahnya itu.

    "Kejadian dipercayai berlaku antara jam 2 pagi hingga 4 pagi," katanya

    kepada pemberita di sini, hari ini.

    Katanya, mangsa ditemui mati oleh suaminya yang baru pulang daripada berniaga di kedai makan milik mereka di Kemunting di sini.

    Berdasarkan siasatan awal, katanya rumah mangsa dipecah masuk dan beg tangan mangsa didapati telah hilang, katanya.

    Katanya, jenazah mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan

    untuk bedah siasat.

    Sementara itu, suami mangsa, Sallehuddin Mohd Yatim, 59, berkata, ketika

    kejadian isterinya tinggal bersendirian di rumah itu kerana mereka

    bergilir-gilir menguruskan kedai makan mereka.

    "Saya menjaga di waktu malam, manakala isteri saya pula jaga waktu siang.

    Awal pagi tadi saya cuba menghubungi dia (isteri) tapi tak jawab dan saya cuba banyak kali sebelum ambil keputusan balik ke rumah," katanya.

    Katanya, apabila sampai di rumah dia mendapati isterinya dalam keadaan

    tertiarap di atas katil dan sudah tidak bernyawa.-Bernama
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  3. #3
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    35 kawasan di Cheras alami gangguan elektrik 22 Oktober ini


    KUALA LUMPUR: Sebanyak 35 kawasan di sekitar Cheras akan mengalami gangguan elektrik selama 12 jam mulai pukul 8 pagi pada 22 Oktober.

    Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam kenyataannya hari ini berkata, antara

    kawasan yang akan mengalami gangguan ialah Taman Connaught, Taman Marikh, Taman Bukit Cheras dan Taman Len Seng.

    Turut terjejas ialah Kelab Sukan DBKL Taman Bukit Cheras, IWK Taman Desa

    Cheras, Petronas Taman Len Seng, loji kumbahan Tayton View dan loji kumbahan Taman Koperasi Maju Jaya.

    Menurut TNB, gangguan itu berikutan kerja-kerja penyelenggaraan perkakas

    suis di pencawang pembahagian utama (PPU) Plaza Pheonix, Cheras sebagai langkah memastikan bekalan elektrik berkualiti dan berterusan di kawasan itu.

    Orang ramai yang inginkan maklumat lanjut boleh menghubungi talian khidmat

    TNB di 15454.- Bernama
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  4. #4
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Kapal Sri Inderapura terbakar bermula daru geladak kereta kebal


    IPOH: Kejadian kebakaran yang berlaku di Kapal Diraja (KD) Sri Inderapura ketika berlabuh di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malayasia (TLDM) Lumut pada 8 Oktober lalu dipercayai bermula dari kawasan geladak kereta

    kebal di tingkat tiga kapal berkenaan.

    Pemangku Penolong Penguasa Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak,

    Nadzri Zakaria berkata, TLDM masih menjalankan siasatan dan sebaik selesai

    barulah pihak bomba dipanggil untuk menyiasat punca kebakaran.

    Kapal itu kini berada kira kira 1.5 batu nautika daripada jeti Pulau

    Pangkor dan sudah 70 peratus tenggelam pada bahagian belakang manakala kebakaran dipadamkan sepenuhnya, katanya kepada pemberita selepas majlis Aidilfitri di ibu pejabat Bomba dan Penyelamat Perak di sini.

    Beliau berkata, sebuah syarikat swasta sedang menjalankan kerja-kerja

    mengapungkan bahagian kapal yang tenggelam itu.

    Beliau berkata, berlaku tumpahan diesel daripada kapal KD Sri Inderapura

    namun ia tidak serius dan berjaya dikawal oleh agensi kerajaan yang

    berkaitan.

    Katanya, ketika kebakaran kapal berkenaan membawa 2.5 juta liter diesel bagi pelayarannya ke Kota Kinabalu, Sabah.

    Kapal itu dilaporkan terbakar pada 8 Oktober lalu pada pukul 6.30 pagi

    ketika sedang berlabuh di Pangkalan TLDM Lumut.

    Kapal itu mengalami kebakaran kali kedua sehari kemudian dan ditunda

    keluar dari jeti Pangkalan TLDM ke Tanjung Hantu berhampiran perairan Pulau

    Pangkor untuk kerja-kerja memadamkan api serta untuk mengelak kejadian tidak diingini.-Bernama
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  5. #5
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Rombak akta dadah
    Oleh MOHD AZAM SHAH YAACOB
    [email protected]

    KUALA LUMPUR: “Bagi saya, akta dadah sedia ada kini tidak relevan berikutan terhad kepada beberapa jenis dadah saja dan sepatutnya ia dirombak semula,” kata Presiden Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), Mohd Yunus Pathi.

    Menurutnya, ini kerana ada pelbagai jenis dadah baru serta pelbagai kaedah digunakan golongan penagih, termasuk penggunaan gam oleh segelintir remaja bagi tujuan penagihan.

    “Sebenarnya banyak perlu dikaji semula kerana bila merujuk kepada penggunaan akta ini, ia lebih kepada penggunaan beberapa jenis dadah saja sedangkan kini banyak cara lain digunakan penagih bagi melayan ketagihan mereka.

    “Jika dulu penagih menggunakan dadah seperti ganja atau candu, tetapi kini ramai menggunakan gam atau menghidu najis lembu untuk melayan ketagihan mereka. Sebab itu kita mahu akta ini dikaji semula,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pengasih, semalam.

    Yunus berkata, kerajaan perlu melihat penagihan ini daripada sudut berbeza berikutan ia kini merangkumi pelbagai cara serta unsur, termasuk dengan pengenalan pelbagai jenis dadah baru.

    Menurutnya, jika kerajaan lewat menilai segera penggunaan akta dadah sedia, jumlah penagih akan terus meningkat kerana kesan ketagihan dialami terhadap penagihan unsur baru itu lebih berbahaya daripada penggunaan dadah sedia ada.

    Katanya, selain itu unsur digunakan yang lebih mudah didapati selain dijual secara terbuka bakal mengundang kepada peningkatan jumlah penagih dadah jenis baru.

    Sementara itu, kira-kira 3,000 bekas penagih serta ahli Pengasih hadir dalam majlis Aidilfitri yang turut dihadiri Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin serta penyanyi, Jamal Abdillah dan Saleem.
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  6. #6
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    ‘Ubat kuat’
    Oleh MOHD SABRAN MD SANI
    [email protected]

    KOTA BHARU: Dianggarkan kira-kira lima hingga enam juta lelaki berusia 40 tahun di negara ini terdedah untuk mengambil ‘ubat kuat’ berikutan mengalami tahap keghairahan seks yang semakin menurun.

    Pakar sakit tuan, Dr Ismail Thamby, berkata senario itu berlaku disebabkan penurunan tahap hormon testeron lelaki antara satu hingga dua peratus setahun sehingga golongan berkenaan kerap lesu dan tidak bermaya.

    Katanya, proses penuaan golongan berkenaan menyebabkan mereka terdesak untuk mencari bahan alternatif, termasuk ubat perangsang seks, bagi memenuhi kesejahteraan berumah tangga.

    “Banyak faktor menjadi pendorong kepada penurunan ghairah seks lelaki berusia 40 tahun, termasuk kurang melakukan aktiviti fizikal, kerap tidur, makan dan merokok sehingga menghadapi penurunan hormon ketara.

    “Cabaran ‘endropose’, apabila penurunan hormon testeron berlaku pada awal 40-an dan keadaan itu menyebabkan mereka mengalami keletihan, kelesuan, perasaan muram, beremosi, tidak mudah terangsang dan kurang berminat kepada hubungan seks,” katanya.

    Dr Ismail berkata demikian sejurus menyampaikan taklimat kepada lebih 50 peruncit sekitar negeri ini mengenai khasiat herba Tongkat Ali yang mempunyai khasiat tinggi dalam memulihkan tenaga lelaki.

    Program anjuran Biotropics Malaysia Berhad (Biotropic) yang juga anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk memperkenalkan produk makanan tambahan ekstrak larut air Tongkat Ali ‘Nu Prep 75’ kepada peruncit di hotel, di sini.

    Pada majlis itu yang dihadiri Pengurus Produk Antarabangsanya, Loke Wai Kong, empat produk ekstrak larut air Tongkat Ali diperkenalkan seperti ‘Nu Prep 75 (60 kapsul), Nu Prep 100 (60 kapsul), Nu Maxx dan Blister Nu Prep 75 (10 kapsul).

    Selain itu, peruncit juga didedahkan mengenai produk ekstrak larut air Tongkat Ali yang mendapat hak paten dari Amerika Syarikat dan Eropah hasil kajian saintis tempatan menerusi pembangunan dan penyelidikan.

    Dr Ismail Thamby berkata, kajian klinikal terhadap 300 responden lelaki yang sukar mendapat zuriat mendapati 17 peratus daripada isteri mereka mengandung selepas suami mereka mengamalkan pengambil ekstrak Tongkat Ali selama tiga bulan.

    Katanya, kajian pada 2005 itu membuktikan herba Tongkat Ali berkeupayaan meningkatkan kesuburan lelaki, selain menambah isi padu air mani serta peningkatan jumlah benih.

    Pada masa sama golongan lelaki juga diminta mengelak mengambil peria dan lada hitam kerana kajian membuktikan bahan makanan terbabit mampu mengancam dan mengurangkan kesuburan lelaki.
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  7. #7
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Anak haram bercambah
    Oleh NAZARALI SAERIL dan ASMIZAN MOHD SAMIRAN
    [email protected]

    KUALA LUMPUR: Amalan seks bebas di kalangan remaja pada masa ini boleh dianggap memasuki zon kritikal apabila data dikumpul daripada dua rumah perlindungan wanita di Lembah Klang mencatatkan 2,701 kes kehamilan luar nikah sejak 1996 sehingga September lalu.

    Jika diambil kira statistik rumah perlindungan lain di seluruh negara, kes yang tidak dilaporkan dan kejadian buang bayi yang berlaku hampir setiap hari, angka sebenar remaja hamil luar nikah pasti meningkat berlipat kali ganda.

    Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahya Mohamed Yusof, berkata sejak beliau membuka rumah perlindungan itu 21 tahun lalu yang secara khusus menguruskan kebajikan wanita hamil luar nikah, secara purata 191 bayi tak sah taraf dilahirkan di Kewaja setiap tahun atau 16 bayi sebulan.

    “Lebih membimbangkan, ketika jumlah kes yang saya kendalikan meningkat, usia wanita hamil luar nikah itu makin menurun kerana ada yang baru berusia 15 tahun,” katanya.

    Bagi Yang Dipertua Baitul Fiqh, Juhaidi Yean Abdullah, secara purata pihaknya menguruskan lapan hingga 10 wanita hamil luar nikah setiap bulan dan sepanjang lima tahun kewujudannya rumah perlindungan itu menguruskan 220 kes wanita hamil luar nikah.

    “Yang dikesalkan, ketika kami beri bantuan kepada wanita hamil luar nikah dengan matlamat utama bagi mengelak mereka menggugurkan kandungan atau membuang bayi, ada yang cuba ambil kesempatan.

    “Ini terbukti apabila seorang wanita berulang kali datang kepada kami apabila hamil luar nikah enam kali. Dia akhirnya kami serahkan kepada pusat pemulihan akhlak untuk tindakan lanjut. Ia kes kronik, tetapi kami tidak boleh berbuat apa-apa jika empunya diri tidak mahu mengubah sikap,” katanya.

    Juhaidi berkata, bukan mudah menjaga sekumpulan hamil luar nikah dalam satu masa tetapi pihaknya sanggup memikul tanggungjawab itu demi kepentingan anak yang bakal lahir.

    Menurutnya, antara bantuan Baitul Fiqh kepada wanita hamil luar nikah ialah mengurus proses kelahiran di hospital dan pendaftaran kelahiran bayi.

    “Kami turut membantu mencari ibu bapa angkat untuk bayi itu dengan prosedur ketat. Setiap permohonan disaring dengan mengambil kira latar belakang, pendapatan dan pengetahuan agama,” katanya.

    Sementara itu, Yahya menekankan kerjasama seluruh anggota masyarakat bermula daripada pemimpin, guru, agensi penguat kuasa dan ibu bapa untuk menghentikan percambahan anak luar nikah di kalangan masyarakat negara ini.

    “Trend wanita lahir anak luar nikah kini sangat membimbangkan kerana ia dianggap perkara biasa dan bukan lagi hal besar. Bayangkan, hampir setiap hari secara purata saya terima dua panggilan telefon berkaitan masalah hamil luar nikah.

    “Sampai satu tahap Kewaja terpaksa tolak permintaan mereka untuk mendapatkan bantuan dan perlindungan kerana kami tidak lagi mampu. Namun mereka tetap mendesak dan ada yang merayu,” katanya.

    Ditanya punca meningkatnya kes kehamilan luar nikah, Yahya, 45, merumuskan masalah keluarga menjadi penyebab utama.

    “Ibu, ayah, adik beradik dan keluarga hidup dalam penuh kejahilan. Penghayatan agama entah ke mana dan ada ibu bapa menyalahkan anak kerana ‘tidak pandai jaga’ yang bermaksud boleh melakukan hubungan terlarang tetapi jangan sampai mengandung.

    “Kesudahannya, walaupun bertaubat dan menyesal, suasana kehidupan seperti itu menyebabkan mereka kembali terjebak. Apa pun, kes berulang seperti ini tidak banyak, ” katanya.

    Beliau mencadangkan satu peraturan yang membuatkan sesiapa saja takut untuk terbabit dengan seks bebas sehingga mengandung anak luar nikah diwujudkan.

    “Sebagai contoh, mana-mana pasangan yang dikesan melakukan hubungan seks selain suami isteri, tidak kira sama ada yang beragama Islam atau dengan pasangan berbeza agama, mereka perlu dihukum.

    “Operasi seperti mencegah lumba haram atau dadah juga perlu diselitkan dengan siasatan sama ada yang terbabit dengan gejala negatif itu melakukan seks bebas. Tangkap dan hukum mereka, baru timbul perasaan takut,” katanya yang kini menguruskan 61 wanita hamil luar nikah di pusat perlindungan kelolaannya.

    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  8. Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts