Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60 TenkoFX Crypto

+ Reply to Thread
Page 1 of 3 1 2 3 LastLast
Results 1 to 10 of 27
  1. #1
    Banned
    Join Date
    Jan 2008
    Location
    masjidtanah,melaka-gemas,n9-rajachulan,KL-Kajang
    Posts
    2,920
    akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [18/10/2009] : UTUSAN | Berita2 Semasa

    Tak perlu jambatan hubungi Langkawi

    LANGKAWI 17 Okt. — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan tidak perlu membina jambatan untuk menghubungkan Pulau Langkawi dengan tanah besar kerana ia akan menyebabkan kesesakan kenderaan di pulau itu.

    Katanya, jika terlalu banyak kenderaan masuk ke Langkawi akan menimbul kesesakan lalu lintas dan menjejaskan usaha menjadikan pulau itu sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa.

    "Tak perlu ada jambatan ke Langkawi kerana ia akan menyebabkan kesesakan,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

    Beliau berkata demikian sebagai mengulas permintaan Ketua UMNO Bahagian Langkawi Datuk Nawawi Ahmad yang menggesa agar kerajaan membina jambatan antara Pulau Langkawi dengan tanah besar melalui Kuala Perlis sebagai satu kemudahan untuk penduduk di pulau itu berulang alik ke tanah besar.

    Nawawi berkata pembinaan jambatan itu adalah atas permintaan penduduk di pulau pelancongan itu kerana ia dapat menjimatkan masa dan kos pengangkutan.

    Dr Mahathir berkata Langkawi akan membangun pesat sebagai sebuah destinasi pelancongan menarik kerana beberapa buah kampung seperti Kampung Perancis, Itali dan British telah diwujudkan.

    — BERNAMA
    Professional_PAMM_Service-ENG_160x600

  2. #2
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Madonna disaman jiran ekoran muzik bingit
    18/10/2009 3:35am

    NEW YORK 18 Okt. - Salah seorang jiran Madonna di Bandar New York berkata bunyi muzik kuat dan sesi tarian yang kerap dari bintang tersebut menimbulkan kekecohan.

    Karen George dari Manhattan tinggal di atas Madonna di sebuah bangunan di Central Park.

    Dalam satu tuntutan mahkamah yang difailkannya semalam, dia berkata Madonna menggunakan apartmennya sebagai studio latihan dan memaksa jiran-jiran mendengar ‘muzik bingit, dinding yang bergegar dan terhentak-hentak’ selama sehingga tiga jam setiap hari.

    George mengadu mengenai ‘bunyi yang dikuatkan dengan desibel tinggi yang tidak munasabah’ dan gegaran keluar melalui dinding, siling dan radiator.

    Badan bangunan berkenaan berkata ia telahpun memberi amaran untuk mengusir Madonna.

    Jurucakap Madonna bagaimanapun belum mengulas. - AP
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  3. #3
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Gedung bunga api meletup, 30 maut

    NEW DELHI 17 Okt. – Sebuah gudang menyimpan bunga api di tapak utama festival Hindu di selatan India terbakar dan meletup malam tadi menyebabkan 30 orang terbunuh serta mencederakan 10 yang lain.

    Kejadian berlaku sewaktu orang ramai berpusu-pusu membanjiri pusat perniagaan tersebut bagi mendapatkan bunga api menjelang sambutan Hari Deepavali hari ini, yang diraikan oleh berjuta-juta masyarakat Hindu sempena pesta cahaya itu, lapor agensi berita Press Trust India (PTI).

    PTI yang memetik kenyataan polis melaporkan, 30 mayat mangsa dari dalam gudang bunga api di Pallipat, dekat ibu kota Chennai di negeri Tamil Nadu, selatan India itu telah dikeluarkan oleh pihak polis, manakala mereka yang cedera telah dihantar ke hospital. Punca kebakaran, belum diketahui.

    Di India, terdapat banyak kilang bunga api yang beroperasi secara haram bagi menampung keperluan masyarakat terutama sepanjang festival keagamaan dan majlis perkahwinan.

    Sebahagian besar kilang ini beroperasi secara sulit ini dan mempunyai standard keselamatan yang sangat rendah menyebabkan sering berlaku letupan yang membawa kematian. – AP
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  4. #4
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Ucapan Perdana Menteri ada sakhti - Samy Vellu

    KUALA LUMPUR 17 Okt. - Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu menyifatkan ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung UMNO 2009 sebagai memiliki sakhti atau kuasa dan kekuatan yang tersendiri.

    Menurutnya, apa yang nyata daripada ucapan Najib itu ialah beliau telah memberikan kuasa kepada rakyat.

    "Ucapan itu ada sakhti, ada kuasa atau kekuatan. Perdana Menteri memberi kuasa itu kepada rakyat di mana mereka boleh bersatu padu untuk sokong kerajaan yang sebenarnya berkhidmat untuk rakyat," ujarnya.

    Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menganjurkan Rumah Terbuka Deepavali MIC di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

    Ucapan Najib pada perhimpunan agung parti itu yang berakhir semalam berkisar tentang kepentingan bersatu, bersedia untuk berubah, berkhidmat sepenuh hati kepada rakyat dan pengorbanan seseorang pemimpin.

    Kata Samy Vellu, beliau hadir pada hari pertama Najib berucap pada perhimpunan tersebut dan mengambil nota terhadap apa yang diucapkan.

    "Ada beberapa perkara baru dalam ucapan beliau," katanya.

    Menurutnya, MIC akan mengambil pengajaran daripada kandungan ucapan Najib kepada ahli-ahli UMNO.

    Tambah Samy Vellu, sakhti atau kekuatan yang dipertontonkan Perdana Menteri itu menjelaskan satu perkara iaitu negara kini berada di jalan yang lebih elok.

    Dalam konteks yang sama beliau berkata, mana-mana pemimpin MIC yang tidak mahu berkerja kuat diminta meninggalkan parti berkenaan.

    "Sesiapa yang tidak buat kerja, maka dia tidak ada tugas di dalam parti, boleh duduk jaga rumah sendiri sahajalah," katanya.
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  5. #5
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Pengumuman besar budak dalam belon gagal berlaku

    18/10/2009 3:43am

    FORT COLLINS, Colorado 18 Okt. - ‘Pengumuman besar’ daripada bapa kepada budak yang dikhuatiri hilang di dalam belon helium gagal berlaku.
    Richard Heene memberitahu pihak media pagi Sabtu bahawa dia akan membuat satu pengumuman pagi itu.
    Bagaimanapun, apabila dia keluar dari rumah dan menuju ke arah mikrofon yang tersedia, dia berkata, dia akan meletakkan kotak di luar pintunya untuk mengambil soalan bertulis sahaja.
    Katanya dia akan menjawab soalan tersebut pada petang itu.
    Kanak-kanak berkenaan ditemui menyorok di loteng garaj selepas ibubapanya melaporkan dia berada di dalam belon yang terlepas.
    Penyiasat polis bercadang untuk menyoal Richard dan Mayumi sekali lagi bagi menyelesaikan persoalan sama ada drama tersebut mungkin sengaja dilakukan. - AP

  6. #6
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Tiga rentung dalam kemalangan
    18/10/2009 9:59am

    KOTA BHARU 18 Okt. – Tiga sahabat termasuk seorang warga Amerika Syarikat (AS) rentung selepas kenderaan dinaiki terbakar dalam kemalangan di Kampung Bunut Payung Jalan Kota Bharu Kuala Krai di sini awal pagi ini.

    Dalam kejadian kira-kira pukul lima pagi itu, Proton Persona yang dinaiki empat lelaki dipercayai terbabas lalu merempuh tembok jalan sebelum terbakar.

    Pemandu kereta terbabit yang melecur di bahagian badan bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri dan sedang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II. - Utusan
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  7. #7
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Uniten sertai perlumbaan kereta solar di Australia

    18/10/2009 12:18pm

    KUALA LUMPUR 18 Okt. — Pasukan Universiti Tenaga Nasional (Uniten) dengan 16 anggota berlepas ke Australia hari ini bagi menyertai Cabaran Solar Dunia 2009 dari 25 hingga 31 Oktober ini.
    Pasukan dikenali sebagai “Solar Ranger” itu diketuai naib canselor universiti berkenaan, Prof. Datuk Dr. Mashkuri Yaacob.
    Kereta solar ciptaan Uniten, “Solar Ranger 1”, yang menggunakan logo
    “1Malaysia” itu diangkut dengan kapal terbang ke Darwin pada 8 Oktober lalu bagi menyertai perlumbaan tersebut yang meliputi jarak 3,021 kilometer; antara Darwin di Wilayah Utara dan Adelaide, Australia Selatan.
    Kereta berkenaan mengambil masa dua tahun untuk disiapkan dan telah menjalani beberapa siri pandu uji sejak April lepas.
    Pengurus pasukan, Prof. Madya Halil Hussain berkata, perlumbaan itu bertujuan mempromosikan penggunaan tenaga lestari adalah yang pertama seumpamanya ciptaan Uniten selepas menjuarai Cabaran Basikal Solar Dunia enam tahun lepas.
    Katanya, pasukan itu menyasarkan dinobatkan antara 10 pasukan teratas pada perlumbaan berkenaan. - Bernama

  8. #8
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Empat kawasan rekod IPU sederhana
    18/10/2009 2:33pm

    KUALA LUMPUR 18 Okt. — Empat kawasan merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana manakala 46 kawasan lagi adalah baik.

    Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar, sehingga pukul 11 pagi ini, empat kawasan yang mencatatkan IPU sederhana adalah di Kota Tinggi, Johor (51); Kuantan, Pahang (54); Samarahan (51) dan Sri Aman (51) di Sarawak.

    Antara kawasan yang menikmati kualiti udara yang baik termasuk di Alor Setar, Kedah (22); Tanah Merah, Kelantan (33); Bandaraya Melaka (30); Port Dickson, Negeri Sembilan (42); Taiping, Perak (32); Perai, Pulau Pinang (28) dan Limbang, Sarawak (22).

    Selain itu, Kuala Selangor, Pelabuhan Kelang dan Petaling Jaya di Selangor turut merekodkan bacaan IPU baik dengan masing-masing mencatat 42, 36 dan 26.

    Klasifikasi bacaan IPU ialah seperti berikut: 0-50 (baik), 51-10 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya). - Bernama
    Add to Google
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  9. #9
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Buang bayi sikap kaum jahiliyyah
    18/10/2009 2:38pm

    KOTA BAHARU 18 Okt. — Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan perbuatan mereka yang membuang bayi adalah sama dengan sikap kaum Jahiliyyah di Mekah iaitu kaum yang terkenal dengan keruntuhan akhlak dan moralnya.

    Mursyidul Am PAS itu berkata, beliau bimbang dengan sikap golongan itu yang menjadi penyakit kepada masalah sosial di negeri itu.

    "Golongan ini, mereka menolak agama. Mereka suka kepada dunia dan wang tanpa memikirkan agama. Mereka sanggup terlibat dalam zina, dadah dan jenayah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis sambutan Aidilfitri di sini hari ini.

    Beliau berkata demikian sebagai mengulas kes pembuangan dua bayi dalam tempoh kurang seminggu dengan penemuan bayi pertama di Masjid Al-Sultan Yahya Petra diikuti kes kedua di Masjid Telipot, di sini semalam.

    Ketika ditemui kira-kira pukul 8 pagi, bayi lelaki yang sihat dan masih bertali pusat itu dipercayai baru tiga jam dilahirkan dan hanya dibalut dengan sehelai kain tudung. - Bernama
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  10. #10
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Najib lancar 1Malaysia bersama rakyat di Ipoh
    18/10/2009 3:48pm

    IPOH 18 Okt.— Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) hari ini bagi melancarkan program ''1Malaysia Bersama Rakyat” peringkat negeri Perak yang akan berlangsung di Stadium Perak di sini malam ini.

    Ketibaan beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor pada pukul 2.20 petang disambut oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, barisan Exco Negeri serta pemimpin UMNO dan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) negeri.

    Perdana Menteri dan isteri kemudiannya menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Kinta di sini.

    Najib dijadual menghadiri perjumpaan tertutup dengan pemimpin UMNO negeri di Bangunan UMNO Perak di sini petang ini manakala Rosmah pula dijangka menghadiri jamuan teh petang bersama anggota badan bukan kerajaan (NGO) di sebuah hotel di sini.

    Perdana Menteri dan isteri akan diraikan dalam satu jamuan makan malam di kediaman rasmi Menteri Besar Perak pada 7.30 malam sebelum menghadiri majlis pelancaran itu. - Benama

    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  11. The Best Spread 468x60ms

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts