Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60 The Best Spread 468x60ms

+ Reply to Thread
Results 1 to 4 of 4
  1. #1
    ~ Aktifkan Dirimu!!! ~
    Join Date
    Apr 2008
    Location
    cheraxz
    Posts
    13,808
    alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold
    My Mood
    Happy
    Post Thanks / Like

    Hari Ini Dalam Sejarah-17/10

    MAJLIS RAJA-RAJA BERSETUJU MENUBUHKAN MAJLIS BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA-Tarikh Peristiwa pada 17-10-1968


    Pada hari ini 17.10.1968, Majlis Raja-Raja telah bersetuju untuk menubuhkan satu badan bagi menyelaraskan pentadbiran agama Islam di seluruh negara. Badan ini telah dirasmikan penubuhannya pada 1hb . Julai, 1969 dengan nama Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Semenanjung, Malaysia. Setelah negeri Sabah dan Sarawak diterima menjadi ahli majlis ini pada 17 Jun 1971 nama badan ini telah ditukar kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam, Malaysia. Tujuan utama Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam ialah untuk mengendalikan pentadbiran agama Islam dari peringkat pusat supaya tidak ada perbezaan dan perselisihan dengan Majlis Agama Islam ditiap-tiap negeri. Untuk melaksanakan tujuan ini majlis ini bertanggungjawab:-

    Membincang, menimbang dan menguruskan apa-apa perkara yang dirujukan kepada majlis oleh Majlis Raja-raja, mana-mana Kerajaan-kerajaan Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri atau seseorang Ahli Majlis, dengan tujuan hendak memberi nasihat atau saranan.

    Memberi nasihat kepada Majlis Raja-raja, Kerajaan Negeri atau majlis Agama Islam Negeri atau apa-apa perkara berkenaan dengan perundangan atau pentadbiran Agama Islam dan pelajaran Agama Islam dengan tujuan hendak memperbaiki, menyemak atau menggalakkan persamaan undang-undang atau pentadbiran.

    Majlis ini mempunyai 21 orang ahli; 2 orang dilantik oleh Perdana Menteri, wakil-wakil negeri kecuali Negeri Pahang dan Kedah, 5 orang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dengan persetujuan Majlis Raja-raja dan seorang setiausaha yang dilantik oleh Majlis Raja-raja. Pengerusi Majlis ini dilantik oleh Majlis Raja-raja dan atas saranan Perdana Menteri dan sehingga kini Perdana Menteri telah dilantik menjadi Pengerusi. Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam diuruskan oleh Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri, yang bertindak sebagai urusetia kepada majlis.

    Kini majlis ini mengendalikan beberapa institusi seperti Institiut Dakwah dan Latihan Islam, Pusat Penyelidikan Islam, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Maktab Perguruan Islam, Sekolah Menengah Ugama di Sarawak, dan Maahad Kafiz Wal-Qiraat di Masjid Negara. Majlis ini juga bertanggungjawab atas beberapa perkara seperti penggunaan perkataan dan tanda halal, azan di televisyen dan pengharaman Ajaran Qadiyani atau Ahmadiyah. Dengan adanya majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, kerajaan berharap hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam di seluruh negara akan dapat diseragamkan.
    Trade_on_STP_accounts-ENG_160x600

  2. #2
    ~ Aktifkan Dirimu!!! ~
    Join Date
    Apr 2008
    Location
    cheraxz
    Posts
    13,808
    alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold
    My Mood
    Happy
    Post Thanks / Like

    Penubuhan kor wanita kota (kwk) - bantu atasi masalah keluarga termiskin di ibu kota-

    Sememangnya tidak dapat dinafikan lagi kaum wanita Malaysia telah memainkan peranan penting dalam segala bidang kehidupan sama ada dalam arena politik, ekonomi, pentadbiran, sosial dan sebagainya. Pelbagai pertubuhan sosial telah ditubuhkan untuk kaum wanita, di antaranya ialah Pertubuhan Kor Wanita Kota (KWK). Pada hari ini 17.10.1990, Timbalan Perdana Menteri Malaysia Y.B. Encik Ghafar Baba telah merasmikan pelancaran Kor Wanita Kota (KWK), bertempat di Desa Pandan, Kuala Lumpur. Turut hadir di Majlis itu ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Drs. Sulaiman Mohamad dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Elyas Omar. Penubuhan KWK yang menggabungkan beberapa Pertubuhan Wanita mempunyai matlamat utama penubuhannya, di antaranya ialah:-

    Membantu mengatasi masalah kemiskinan wanita kota dan membela kebajikan mereka ke arah matlamat kelurga bahagia.

    Membina serta membela tenaga kerja wanita serta mengenalpasti projek-projek kebajikan untuk wanita kota di samping meningkatkan perpaduan di kalangan wanita kota yang berbilang kaum.

    Dalam majlis tersebut Dato’ Dr. Sulaiman Mohamad berkata bahawa penubuhan KWK akan membantu mengatasi masalah keluarga termiskin di Ibu Kota dan akan menjadi penyelamat kepada wanita-wanita kota dari terperangkap terus dalam kancah kemiskinan. Sementara itu dalam majlis yang sama, Bahagian Kemajuan Wilayah Persekutuan JPM, telah menyumbangkan basikal kepada 300 pelajar miskin. Sumbangan wang RM 1000 setiap satu juga telah diberikan kepada 3 keluarga yang memerlukan bantuan KWK. Sumbangan-sumbangan tersebut telah disampaikan oleh YB. Encik Ghafar Baba. Sesungguhnya dengan penubuhan KWK diharap akan mengurangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh para wanita kota khasnya, dalam membina rakyat yang berwawasan.

  3. #3
    ~ Aktifkan Dirimu!!! ~
    Join Date
    Apr 2008
    Location
    cheraxz
    Posts
    13,808
    alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold
    My Mood
    Happy
    Post Thanks / Like

    Kapal tunda yang pertama buatan persekutuan tanah melayu dilancarkan dengan rasminya.

    Sejak negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, usaha-usaha membangun dan memajukan negara telah berjalan dengan pesatnya. Usaha-usaha ini tidak sahaja melibatkan sektor pertanian semata-mata tetapi juga sektor perbuatan. Pada hari ini, 17.10.1958, Kapal Tunda yang pertama buatan Persekutuan Tanah Melayu telah dilancarkan dengan rasminya. Upacara ini telah disempurnakan oleh isteri Menteri Pengangkutan Tuan Haji Rahman Talib.

    Kapal Tunda ini telah dibuat di limbungan kapal Sungai Nyok, Butterworth, Pulau Pinang oleh Syarikat Straits Steamship. Kapal Tunda yang diberi nama `Klang' ini milik Malayan Railway akan digunakan untuk kegiatan-kegiatan syarikat Malayan Railway di Pelabuhan Port Swettenham, Selangor. Pembangunan kemudahan asas untuk pembinaan kapal di Pelabuhan Sungai Nyok ini semakin pesat dengan adanya 30 orang jurutera pelatih dalam bidang perkapalan. Kegiatan syarikat-syarikat tempatan dalam industri perkapalan ini sudah pasti akan meneruskan kemajuan negara dalam industri berat yang berasaskan kemahiran dan kepakaran tinggi.

  4. #4
    ~ Aktifkan Dirimu!!! ~
    Join Date
    Apr 2008
    Location
    cheraxz
    Posts
    13,808
    alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold
    My Mood
    Happy
    Post Thanks / Like

    PEMBENTUKAN PARTI KEBANGSAAN MELAYU MALAYA-Tarikh Peristiwa pada 17-10-1945

    Pada hari ini dalam tahun 1945, parti politik Melayu yang pertama iaitu Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) telah ditubuhkan di Ipoh, Perak. Parti ini ditubuhkan hasil persetujuan dua kumpulan pemuda iaitu golongan Ahmad Boestaman yang berfahaman kebangsaan dan golongan Mokhtarudian Lasso yang terdiri daripada kumpulan MPAJA yang berfahaman komunis. PKMM yang dipimpin oleh Mokhtarudin Lasso telah mengadakan Kongres pertamanya di Ipoh pada 30 November hingga 3 Disember 1945. Ketika Kongres ketiganya di Johor, PKMM melalui wakilnya Dr. Burhanuddin al-Helmy bersetuju dengan penubuhan UMNO. Namun kerana perbezaan dari segi kepimpinan dan ideologi serta kecenderungan untuk bergabung dengan Indonesia bagi mencapai kemerdekaan, PKMM bertindak keluar dari UMNO. PKMM kemudiannya membentuk PUTERA yang menggabungkan parti-parti kiri Melayu. Bersama-sama AMCJA, PUTERA menentang UMNO. Usaha PKM mengindoktrinasi fahaman komunis dikalangan orang Melayu melalui PKMM telah menemui kegagalan. Pergerakan PKMM mulai lemah berikutan penangkapan ahli-ahlinya dalam pertubuhan-pertubuhan yang dinaunginya oleh pihak berkuasa. Parti ini telah diharamkan kerana terlibat dalam pemberontakan-pemberontakan Komunis ketika darurat.


  5. TenkoFX Crypto

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts