Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

The Best Spread 468x60ms TenkoFX Crypto

+ Reply to Thread
Results 1 to 1 of 1
  1. #1
    ~ Aktifkan Dirimu!!! ~
    Join Date
    Apr 2008
    Location
    cheraxz
    Posts
    13,808
    alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold
    My Mood
    Happy
    Post Thanks / Like

    Pas pertikai penubuhan sekretariat kerjasama BN dan CYLC

    SHAH ALAM – Pas mempertikaikan tindakan Barisan Nasional (BN) apabila menubuhkan sekretariat tetap di antara Pemuda BN dengan Liga Pemuda Komunis China (CYLC).

    Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad berkata, tindakan itu dianggap sebagai pengkhianat negara kerana mengadakan hubungan diplomatik dengan sebuah parti berideologi komunis.

    “Kalau diplomatik di antara negara bolehlah di ambil kira. Apakah komunis sudah halal untuk bergerak. Apakah komunis tidak lagi menjadi ancaman negara. Apakah komunis tidak mengancam negara apabila berbaik dengan BN,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

    Idris berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin sebelum ini berhubung penubuhan sekretariat tetap BN dan CYLC itu.

    Khaity yang juga Ketua Pemuda UMNO berkata, sekretariat tetap itu bertujuan menentukan program dua hala antara organisasi itu dapat dilakukan secara tetap dan berterusan.

    Sebelum ini, ketika pimpinan Hishammuddin sebagai Ketua Pemuda BN wujud hubungan dengan CYLC dan keputusan dibuat untuk menyambung usaha itu. Hubungan strategik kerajaan Malaysia dan China adalah amat penting dari segi pelaburan dan perdagangan

    Idris berkata, tindakan itu membuktikan sikap talam dua muka BN memandangkan pernah 'menyingsing lengan' apabila Chin Peng mahu dibawa pulang kerana kononnya menganggap ia satu penghinaan kepada rakyat dan anggota tentera yang berkorban menentang komunis.

    “Kenapa BN tidak dianggap sebagai pengkhianat negara dengan mengadakan hubungan diplomatik dengan parti komunis? Datuk Seri Hishammuddin Hussein adalah orang yang memulakan hubungan dengan Liga pemuda Komunis China . Apakah beliau sekarang menjadi pelindung kepada ideologi komunis?” katanya.

    Idris menyifatkan kenyataan Khairy melalui sebuah akhbar sebagai kenyataan ‘pak pandir’ apabila mengatakan parti komunis itu mengalami banyak perubahan dan bukannya ekonomi komunis sebaliknya ekonomi pemasaran.
    bitcoin 160x600

  2. Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts