Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

TenkoFX Crypto The Best Spread 468x60ms

+ Reply to Thread
Page 1 of 6 1 2 3 ... LastLast
Results 1 to 10 of 51
  1. #1
    DiSc
    Guest

    Tips untuk menyediakan masakan harian

    TIPS UNTUK MENYEDIAKAN MASAKAN HARIAN

    1. Selalu fikirkan masakan apa yang hendak dihidangkan untuk keluarga untuk esok hari. Plan in advance , ini dapat elakkan kita dari keadaan yang kelam kabut keesokkan hari. Kalau boleh sesuaikan masakan dengan lauk-lauk sampingan lain yang ingin disediakan. Sebagai contoh, Sup Sayur, Daging Goreng Sambal/ Kicap, Ikan Goreng, Sambal Belacan ataupun Sambal Tumis Sardin, Kentang Goreng Sempoi, Telur Dadar/ Telur Mata Lembu dll.

    2. Kisar bahan-bahan seperti bawang putih, bawang besar, cili kering dan simpan dalam Tupperware dan disejukkan dalam peti sejuk. Ini selalu dilakukan untuk masak dalam seminggu. Insyallah buat masa ini tidak pernah bahan-bahan yang telah dikisar rosak sewaktu ia disimpan dan tidak perlu untuk kita letak bahan pengawet. Jika anda tidak suka menyimpan bahan yang telah dikisar, boleh anda kupas kulit bawang putih dan bawang merah dan cuci bersih keringkan sedikit dan simpan dalam Tupperware dalam peti sejuk. Bila anda pulang dari bekerja boleh anda terus kisar bahan-bahan tersebut untuk digunakan.

    3. Jika ada masa terluang sewaktu menonton tv akan gunting cili kering dan buang bijinya dan kemudian simpan dalam plastik yang kering. Bila ingin gunakan , ambil secukupnya dan rendam dengan air panas.

    4. Ketumbar biji, jintan semuanya disediakan. Sesudah disangrai (goreng tanpa minyak)kisar dan simpan dalam Tupperware dalam peti sejuk. Ini memang dapat mengekalkan aromanya.

    5. Even kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih akan disimpan dalam Tupperware dan masukkan dalam peti sejuk. Selain itu rempah kari ikan dan daging pun akan disimpan dalam Tupperware masuk dalam peti sejuk. Even buah keras, udang kering, ikan bilis pun semua letak dalam peti sejuk. Jadi peti sejuk memang banyak mengandungi Tupperware yang mengandungi bahan-bahan ini.

    6. Untuk memudahkan anda mengetahui bahan yang terkandung dalam Tupperware tersebut boleh anda label jadi mudah untuk anda mencarinya. Boleh anda semua minta Cik Abang belikan Tupperware untuk digunakan hehe.

    7. Bahan basah pula, jika anda ke pasar gunakan gunting untuk siang ikan. Ia lebih mudah dan cepat dari gunakan pisau, gunakan gunting potong zap zap tepi sisik ikan, ekor ikan dan juga insang ikan. Kemudian anda bersihkan ikan tersebut dan toskan kasi kering. Kemudian bahagikan ikan tersebut mengikut banyak mana yang akan anda gunakan. Boleh juga gunakan Tupperware untuk simpan ikan atau jika tidak gunakan plastik bersih.

    8. Udang juga digunting dan bersihkan rambu-rambunya dan terus simpan dalam Tupperware. Kalau nak masak nanti cungkil udang yang dah keras tu dengan pisau tup terus dia terkeluar tak payah defrost atau rendam dalam air nanti hilang manisnya.

    9. Ayam pun boleh dipotong 4 dan bersihkan simpan dalam plastik. Bila hendak gunakan baru boleh potong lebih kecil untuk masak.

    10. Untuk sayur-sayuran,tidak galakkan anda membersihkannya terlebih dahulu. Ini kerana sayur perlu dibersihkan sewaktu hendak dimasak untuk mengekalkan sumber vitamin yang ada. Selalunya kalau kesuntukkan masa, bersikan sawi, kalian malam sebelum memasak dan simpan dalam plastic yang bersih. Esok bila hendak masak barula cuci dengan air.

    11. Stok yang perlu ada dalam peti sejuk anda adalah nugget, hotdog, crabfish, french fries, tempura fish fillet, burger ramly. Ini dapat anda sediakan untuk finger foods. Keluarkan stok ini dan anda boleh goreng dan sediakan dengan cepat dan mudah. Untuk seimbangkan bahan yang telah digoreng, sediakan juga salad yang mudah seperti lettuce, hirisan karot, sayur campur dan gaulkan dengan sos thousand island. Selain ini boleh juga anda amalkan untuk rebus broccoli dan karot dan berikan keluarga anda makan finger foods ini bersama sos cili dan mayonnaise. Makanan yang sihat dan cepat disediakan.

    12. Perkara yang sering dilakukan untuk goreng ikan/ ayam. Setelah dikeluarkan ikan atau ayam, gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam kemudian perapkan. Ini sesuai untuk ibu-ibu yang bekerja kemudian simpan dalam peti sejuk (bukan freezer). Bila anda pulang dari kerja, keluarkan ikan/ ayam tersebut dan sudah tentu ia tidak keras tapi masih segar dan telah sebati rempah yang telah kita gaulkan. Kemudian bolehlah anda goreng ikan/ ayam tersebut. Ini banyak menjimatkan masa dari kita tunggu ikan/ ayam tersebut lembut kemudian nak gaul dengan rempah baru hendak menggoreng.

    D harap tips yang telah diberikan dapat menolong anda untuk membantu jadual seharian anda.
    Estonian Forex 160x600en

  2. #2
    ☆.:*:.The Bluesmania.:*:.☆
    Join Date
    Jun 2008
    Location
    K.L- PeNaNG-KLanTaN-KeDah-SelaMa- LuMut PeRAK- Kota DaManSara #
    Posts
    2,274
    Nard Wawa has a spectacular aura about Nard Wawa has a spectacular aura about Nard Wawa has a spectacular aura about
    My Mood
    Angelic
    Post Thanks / Like
    waa.. pandai nye disc..
    Ada gak yg Nard duk wat dlm ni..
    Yang cili kering tu kan dr alang2 potong..
    baik trus rebus dia sampai lembik.. pahtu blender..
    jgn lupa letak minyak sikit..
    letak dalam botol kaca ke tupperware kalo still ada..
    memandangkan tupperware dah banyak guna..
    :005::005:
    cili tu boleh guna untuk sebulan tau..
    tayah beli cili giling ke boh.. Jimat dan mudah..
    :048::048:
    "Today is the great mental mental cleansing day. Throw away all that binds you to the past; all that hurts you. Discard everything in garbage;clean your heart; prepare it for a new life"

  3. #3
    DiSc
    Guest
    Quote Originally Posted by Nard Wawa View Post
    waa.. pandai nye disc..
    Ada gak yg Nard duk wat dlm ni..
    Yang cili kering tu kan dr alang2 potong..
    baik trus rebus dia sampai lembik.. pahtu blender..
    jgn lupa letak minyak sikit..
    letak dalam botol kaca ke tupperware kalo still ada..
    memandangkan tupperware dah banyak guna..
    :005::005:
    cili tu boleh guna untuk sebulan tau..
    tayah beli cili giling ke boh.. Jimat dan mudah..
    :048::048:
    info amik dari sumber terbuka la nard...
    tak penah try lagi gak nie...
    tapi mak aku mmg selalu wat pasal cili tue...
    mmg confirm lagi sedap dari beli kat kedai yang cili boh tue..
    tapi problemnya,masa jer takder nak wat semua tue....:102:

  4. #4
    ☆.:*:.The Bluesmania.:*:.☆
    Join Date
    Jun 2008
    Location
    K.L- PeNaNG-KLanTaN-KeDah-SelaMa- LuMut PeRAK- Kota DaManSara #
    Posts
    2,274
    Nard Wawa has a spectacular aura about Nard Wawa has a spectacular aura about Nard Wawa has a spectacular aura about
    My Mood
    Angelic
    Post Thanks / Like
    Quote Originally Posted by DiSc View Post
    info amik dari sumber terbuka la nard...
    tak penah try lagi gak nie...
    tapi mak aku mmg selalu wat pasal cili tue...
    mmg confirm lagi sedap dari beli kat kedai yang cili boh tue..
    tapi problemnya,masa jer takder nak wat semua tue....:102:
    La.. igt dah wat..
    :005::005:
    senang je wat cili tu.. tak sampai 10 min..
    :005::005:
    yang penting jimat dan sedap.. hihi
    "Today is the great mental mental cleansing day. Throw away all that binds you to the past; all that hurts you. Discard everything in garbage;clean your heart; prepare it for a new life"

  5. #5
    NG Ace
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    kelana jaya
    Posts
    7,884
    zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    wah...tips baik dari chef disc.........

  6. #6
    DiSc
    Guest
    Quote Originally Posted by zCk View Post
    wah...tips baik dari chef disc.........
    cit...bila masa lak aku jadi cef...:10:...takat masak nasi leh ah...:21:

  7. #7
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Quote Originally Posted by Nard Wawa View Post
    waa.. pandai nye disc..
    Ada gak yg Nard duk wat dlm ni..
    Yang cili kering tu kan dr alang2 potong..
    baik trus rebus dia sampai lembik.. pahtu blender..
    jgn lupa letak minyak sikit..
    letak dalam botol kaca ke tupperware kalo still ada..
    memandangkan tupperware dah banyak guna..
    :005::005:
    cili tu boleh guna untuk sebulan tau..
    tayah beli cili giling ke boh.. Jimat dan mudah..
    :048::048:
    cili boh tu tak elok utk yang ada resdung
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  8. #8
    NG Dr. Love
    Join Date
    Nov 2008
    Location
    berpijak dibumi nyata...
    Posts
    6,036
    mariahassan is a glorious beacon of light mariahassan is a glorious beacon of light mariahassan is a glorious beacon of light mariahassan is a glorious beacon of light mariahassan is a glorious beacon of light mariahassan is a glorious beacon of light
    My Mood
    Bored
    Post Thanks / Like
    susah nk cari org laki yg mau ambik tau benda2 cani....
    syabas Disc,..:045:
    .teruskan..demi keluarga bahagiamu...:011:

  9. #9
    DiSc
    Guest
    Quote Originally Posted by mariahassan View Post
    susah nk cari org laki yg mau ambik tau benda2 cani....
    syabas Disc,..:045:
    .teruskan..demi keluarga bahagiamu...:011:
    huhu....mekasih maria....maria taknak try ker tips nie??

  10. #10
    NG Dr. Love
    Join Date
    Nov 2008
    Location
    berpijak dibumi nyata...
    Posts
    6,036
    mariahassan is a glorious beacon of light mariahassan is a glorious beacon of light mariahassan is a glorious beacon of light mariahassan is a glorious beacon of light mariahassan is a glorious beacon of light mariahassan is a glorious beacon of light
    My Mood
    Bored
    Post Thanks / Like
    Quote Originally Posted by DiSc View Post
    huhu....mekasih maria....maria taknak try ker tips nie??
    yg baik elok diamalkan..:045:.
    sy selalu gak potong cili kering & buang biji
    pastu rendam lam air panas...baru blend tapi
    campur bwg besar...sebelum simpan dlm petiais...


  11. Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

 
+ Reply to Thread
Page 1 of 6 1 2 3 ... LastLast

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts