Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

The Best Spread 468x60ms Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

+ Reply to Thread
Results 1 to 1 of 1
  1. #1
    ~ Aktifkan Dirimu!!! ~
    Join Date
    Apr 2008
    Location
    cheraxz
    Posts
    13,808
    alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold
    My Mood
    Happy
    Post Thanks / Like

    Watak Qistina Spa Q sesuai untuk Siti Nurhaliza

    WATAK Qistina yang 'dikosongkan' oleh aktres Norish Karman, dalam drama bersiri Spa Q masih menjadi teka-teki. Pihak produksi juga masih merahsiakan perkara ini hinggakan aktres handalan Azizah Mahzan sendiri turut terkesan dengan persoalan siapakah yang akan membawa watak Qistina pada musim baru ini.

    "Semuanya begitu rahsia. Saya pun teruja nak tau tapi setakat ini masih kabur lagi," jelas aktres versatil yang membawa watak bernama Marlia selama 2 musim. Menurut firasat Azizah, besar kemungkinan watak itu akan diberikan kepada pelakon Sofea Jane. "Tetapi kalau tanya saya, saya rasa watak Qistina itu sesuai dibawa oleh Datuk Siti Nurhaliza kerana dia ada kekuatan yang diperlukan oleh watak itu," kata janda anak satu ini.

    Dua aktres yang pernah dilanda kontroversi, Fasha Sandha dan Nora Danish dilaporkan akan membintangi drama Spa Q musim baru yang akan diarahkan oleh Zul Arshad. Namun apa pun tarikan yang akan diberi musim ini, aktres yang selalu vokal dengan pandangannya ini, mengaku yang dia masih belum membuat sebarang keputusan untuk menerima atau menolak tawaran Spa Q. Skrip mendatar dan tidak berwarna menjadikan dia berada dalam keadaan yang serba salah. "Saya sudahpun diberikan skrip Spa Q 3.

    Sekarang ni saya buntu nak terima atau tidak. Kalau saya terima, saya kena fikir cara bagaimana untuk memberi feel kepada karektor saya Marlia yang sungguh mendatar dan boring itu," jelas Azizah yang pernah berbincang dengan penulis skrip Rina Khan. Namun, kata Azizah, penerimaan Rina setelah diberikan idea, tidak begitu memberangsangkan.

    Azizah akui, sebelum ini memang dia pernah cakap yang dia tidak mahu terima lagi tawaran Spa Q untuk musim baru. "Bukannya saya jual mahal tapi saya macam dah tawar hati hendak teruskan dengan watak Marlia ini. "Masalahnya, saya ni jenis tak sampai hati. Bila produser Global Station Sdn Bhd, Kak Ton (Zaiton Mohd Jiwa) pujuk, saya jadi lemah....," kata aktres yang selalu diberi watak berkarektor. Jelas aktres yang pernah berkahwin dengan aktor Nasir Bilal Khan selama 3 bulan sahaja, dia menjadi hairan kenapa perkembangan watak Marlia begitu bodoh sekali dan ada ketika langsung tidak masuk akal.

    "Ini membuat kerja saya bertambah sukar. Saya perlu bekerja dengan lebih keras untuk keluarkan karektor Marlia. "Yang kelakar tu, sepatutnya membawa watak yang berusia dalam lingkungan 47 atau 48 tahun. Saya jadi hairan bila watak saya ada baby kononnya selepas dirogol oleh suami saya (lakonan Zaefrul)," kata Azizah. Keputusan untuk menerima tawaran menjadi Marlia buat musim ketiga ternyata adalah sukar untuk Azizah.

    "I dont want to look stupid on screen (Saya tidak mahu kelihatan bodoh di layar TV). Sebenarnya saya tidak kisah pun kalau saya disingkir kerana watak saya sudah tidak relevan itu," kata aktres kelahiran Johor Baharu. Azizah dengan jujurnya mengaku yang dia berasa sedikit bersalah kerana disebabkan kenyataannya yang tidak mahu berlakon dengan Zaefrul, aktor itu digugurkan. Dan kini, dia pula hendak menarik diri.

    Drama Spa Q musim baru akan disiarkan di Astro tidak lama lagi dan bukan di TV3 seperti dua musim dulu. "Saya berterima kasih kerana pihak produser dan Astro masih memberi pilihan kepada saya untuk berlakon atau tidak dalam drama ini. Tengoklah macam mana nanti," kata Azizah.
    Trade_on_STP_accounts-ENG_160x600

  2. TenkoFX Crypto

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts