Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60 The Best Spread 468x60ms

+ Reply to Thread
Results 1 to 2 of 2
  1. #1
    ~ Aktifkan Dirimu!!! ~
    Join Date
    Apr 2008
    Location
    cheraxz
    Posts
    13,808
    alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold
    My Mood
    Happy
    Post Thanks / Like

    faktor kecelaruan mental Tan beng hock terjawap akhirnya

    Ada hubungan sulit dengan esther lew swee yoong rupanya....di sana menanti di sini menunggu....ku tunggu kamu berdua di pintu NERAKA
    :011::011::011:

    SHAH ALAM 16 Okt — Peguam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mempersoalkan mengapa wanita yang tinggal serumah dan berkemungkinan menjalin hubungan istimewa dengan Teoh Beng Hock, tidak dipanggil memberi keterangan dalam prosiding inkues bagi menyiasat kematian setiausaha politik itu.

    Datuk Abdul Razak Musa mendakwa wanita itu, Esther Lew Swee Yoong, mungkin mempunyai hubungan rapat dengan Teoh dan keterangannya dapat membantu mahkamah bagi menentukan keadaan mental Teoh, yang meninggal dunia sebelum melangsungkan perkahwinannya dengan tunang beliau, Soh Cher Wei.

    Abdul Razak membangkitkan perkara itu setelah koroner Azmil Muntapha Abas memutuskan supaya Esther, yang sepatutnya memberikan keterangannya hari ini, tidak dipanggil ke mahkamah kerana berpendapat keterangan beliau adalah tidak relevan kepada prosiding itu.

    "Saya cuma pentingkan faktor Teoh mungkin mengalami kerunsingan sebelum dia meninggal dunia. Mungkin kerunsingannya disebabkan dia ada hubungan dengan wanita lain (Esther). Ini hanya teori saya,” katanya.

    Teoh, setiausaha politik kepada ahli dewan undangan negeri kawasan Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima bangunan Plaza Masalam di sini pada 16 Julai lalu, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor di pejabat SPRM di tingkat 14 bangunan yang sama.

    "Saya tertanya-tanya, kenapa Teoh tinggal serumah dengan wanita ini, sedangkan abangnya yang bujang juga menetap di Shah Alam di mana Teoh bekerja.

    "Jadi terpulanglah kepada mahkamah menentukan relevan atau tidak bahawa Teoh mungkin mempunyai teman wanita lain dan perkara ini mungkin menjadi perkara yang merunsingkannya,” kata Abdul Razak lagi.

    Peguam Gobind Singh Deo, bagi pihak keluarga Teoh, bangun dan memberitahu mahkamah kenyataan Abdul Razak itu adalah tidak adil kepada Esther dan meminta peguam itu untuk menarik balik dakwaannya bahawa Teoh mungkin menjalin hubungan istimewa dengan wanita lain.

    Koroner Azmil Muntapha Abas kemudian menjelaskan Esther tidak perlu dipanggil sebagai saksi kerana keterangannya tidak relevan dan hanya akan menjadi keterangan sebelah pihak sahaja.

    "Beliau hanyalah rakan si mati semasa belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia dan telah menyewakan sebuah bilik dalam rumahnya kepada Teoh.
    "Menurut kenyataan percakapan Esther, kali terakhir beliau melihat Teoh ialah pukul 7 pagi 15 Julai dan hanya menghubungi Teoh pukul 5 petang hari yang sama, dan Teoh memaklumkan dia dalam perjalanan ke pejabat SPRM.

    "Bagi saya keterangannya tidak membantu jika hendak membuktikan keadaan mental si mati. Oleh itu mahkamah akan mendengar keterangan pakar psikiatri yang telah menemubual pelbagai pihak bagi mendapatkan pandangan tentang isu keadaan mental Teoh,” tegas koroner.

    Pada 2 Okt lalu, koroner telah membenarkan pakar psikiatri dari Hospital Permai Johor, Dr Bada”iah Yahya dan pakar perunding psikiatri Kementerian Kesihatan Dr Nor Hayati Ali untuk menemubual anggota keluarga serta beberapa pegawai SPRM bagi menentukan tahap mental Teoh.

    Dalam prosiding hari ini, penolong penguasa SPRM Arman Alias, dipanggil memberi keterangan dan memberitahu mahkamah bahawa tiada sebarang bentuk paksaan, tekanan mahupun kekerasan digunakan terhadap Teoh bagi mendapatkan pengakuannya ketika proses penyemakan dokumen dan fail dilakukan di pejabat SPRM pukul 10.30 malam, 15 Julai lalu.

    Arman, 34, yang ditugaskan untuk menyemak empat fail berhubung tuntutan peruntukan ahli dewan undangan negeri Selangor Ean, juga menafikan bahawa Teoh telah didesak dan dipaksa secara berterusan selama dua jam bagi mencari maklumat dalam fail-fail tersebut.

    "Saya cuma minta dia tunjukkan samada empat dokumen sebutharga yang dicetak dari komputer ribanya itu berada dalam fail berkaitan tuntutan peruntukan ahli DUN Seri Kembangan.

    "Tetapi dia tidak menemui dokumen itu dalam fail tersebut. Teoh kemudian membelek-belek dokumen itu berulang kali seolah-olah cuba mengingati bagaimana dokumen sebutharga itu boleh berada dalam komputer ribanya,” jelas Arman yang memberi keterangan sebagai saksi ke-29 hari ini.

    Arman juga berkata Teoh memberikan kerjasama kepada pegawai SPRM sepanjang proses itu dan tidak ada membuat sebarang aduan ataupun meminta untuk pulang ke rumah.

    Prosiding bersambung Rabu depan.

    :011::011:
    Professional_PAMM_Service-ENG_160x600

  2. #2
    NG Rookie
    Join Date
    Oct 2006
    Location
    Credit Suisse HQ
    Posts
    1,609
    kni will become famous soon enough kni will become famous soon enough
    Post Thanks / Like
    Quote Originally Posted by alonso14 View Post

    dia sewa bilik jer la... bukan sewa hati tuan rumah tu... hehehe

  3. TenkoFX Crypto

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts