Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

TenkoFX Crypto The Best Spread 468x60ms

+ Reply to Thread
Results 1 to 1 of 1
  1. #1
    ~ Aktifkan Dirimu!!! ~
    Join Date
    Apr 2008
    Location
    cheraxz
    Posts
    13,808
    alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold
    My Mood
    Happy
    Post Thanks / Like

    Semangat Baru Untuk Berubah

    KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Perhimpunan Agung Umno 2009 yang tamat hari Jumaat berakhir dengan semangat baru ke arah perubahan budaya dan sikap anggotanya untuk memenangi hati dan fikiran rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

    Meskipun Umno melakukan pindaan perlembagaan, terutama berhubung proses pemilihan parti semasa Perhimpunan Agung Khasnya semalam, pemikiran anggota dan pemimpinnya bukanlah ke arah pemilihan parti pada 2012.

    Umno, yang menjadi tunjang parti pemerintah Barisan Nasional (BN), sedang menyiapkan diri untuk menghadapi percaturan politik lebih besar iaitu pilihan raya umum ke-13 yang mesti diadakan sebelum Mac 2013, mengambil iktibar pengalaman pilihan raya umum tahun lepas yang menyaksikan BN kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen, empat negeri dan gagal menawan Kelantan.

    Umno dan BN, pada Februari lepas bagaimanapun mengambilalih pentadbiran Perak selepas tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) pakatan pembangkang mengisytiharkan diri sebagai Adun Bebas dan mengikrarkan sokongan kepada BN.

    Umno mendengar dan memahami kehendak rakyat: Berubah atau Ditukar.

    Justeru, perhimpunan agung selama dua hari itu fokus kepada membetulkan keadaan parti sendiri daripada menyerang parti-parti lawan.



    Isu-isu berkaitan orang Melayu tidak dibangkitkan pada perhimpunan ini, berbeza dengan perhimpunan sebelum ini yang begitu jelas diperdebatkan.

    Para anggota perwakilan jelas kelihatan faham mesej penting Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Umno mesti menjadi parti yang memperjuangkan kepentingan dan kebajikan rakyat keseluruhan dan bukan anggota parti dan orang Melayu sahaja.

    Umno menyedari bahawa parti dan BN tidak mungkin memenangi pertarungan lebih besar dengan selesa tanpa sokongan bukan Melayu dan bukan anggota yang menunjukkan trend sokongan yang merosot pada pilihan raya umum lepas.

    Najib telah memberikan arahan tegas iaitu melakukan perubahan sikap dan budaya dengan meletakkan perjuangan dan kepentingan parti melebihi kepentingan peribadi.

    Zaman sudah berlalu bagi anggota untuk berjuang mengisi poket sendiri dan menjadikan Umno sebagai landasan untuk kaya.

    Umno mengubah sistem pemilihannya dengan meminda perlembagaan parti termasuk menghapuskan sistem kuota bagi menjadikan parti itu lebih demokratik, telus, bersih dan berintegriti.



    Umno mengubah sistemnya untuk mengubah sikap para anggota terutamanya ketika pemilihan parti bagi menghapuskan tanggapan bahawa Umno tidak lagi dicemari dengan politik wang.

    Sikap para anggota juga akan berubah daripada malas kepada rajin, angkuh kepada merendah diri, lebih bekerja dan kurang bercakap dan akhirnya bekerja keras untuk memperjuangkan kepentingan.

    Tiada peruntukan bagi melakukan perubahan itu kerana kesemuanya boleh dibuat dengan kesungguhan diri.

    Wang tidak diperlukan untuk menggerakkan para anggota ke arah perubahan sikap dan budaya.

    Umno mesti menambah keanggotaannya yang kini berjumlah 3.5 juta dan menarik pengundi baru.

    "Adakah tuan-tuan sedia untuk berubah, bekerja, mendekati rakyat, jadi parti yang kuat, berkhidmat untuk rakyat," kata Najib.

    Rakyat akan menilai perubahan sama ada Umno mengotakan kata-katanya.

    "Rakyat lebih mementingkan hasilnya," kata Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff, penganalisis politik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia.
    PAMM 120x600

  2. Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts