Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60 The Best Spread 468x60ms

+ Reply to Thread
Page 1 of 3 1 2 3 LastLast
Results 1 to 10 of 23
  1. #1
    Banned
    Join Date
    Jan 2008
    Location
    masjidtanah,melaka-gemas,n9-rajachulan,KL-Kajang
    Posts
    2,920
    akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [17/10/2009] : UTUSAN | Berita2 Semasa

    Cuepacs tuntut 2 bulan bonus

    KUALA LUMPUR 16 Okt — Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memutuskan untuk menuntut dua bulan bonus bagi 1.2 juta penjawat awam.

    Presidennya Omar Osman meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertimbangkan perkara ini semasa mengumumkan pembentangan belanjawan bagi 2010 pada 23 Okt depan.

    Keputusan Cuepacs itu dicapai pada mesyuarat Kongres Cuepacs yang dihadiri oleh kira-kira 120 ahlinya hari ini.

    Omar berkata Cuepacs banyak mendapat laporan dan aduan ketidakpuasan hati selepas kerajaan mengumumkan bantuan khas bulan lepas sebanyak RM500 hanya untuk penjawat sokongan sahaja dan bukan semua.

    "Kita berharap pengumuman pembentangan bajet pada Oktober ini memberikan berita yang baik kepada anggota perkhidmatan awam,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Jamuan Hari Raya anjuran Cuepacs di Bangunan Puspanita di Jalan Hose, di sini.
    Professional_PAMM_Service-ENG_160x600

  2. #2
    NG Newbies
    Join Date
    Sep 2005
    Location
    Pekan 'n' Kuantan
    Posts
    0
    mohdligat is on a distinguished road
    My Mood
    Bored
    Post Thanks / Like
    pegawai sokongan la banyak buat keje..
    kekekee.. pegawai atasan sign je tau..
    gaji beriban pon tak cukup lagi ke pegawai atasan..

  3. #3
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    15 terbunuh ditembak ketika solat Jumaat
    17/10/2009 3:03am

    BAGHDAD 17 Okt. – Seorang pengebom berani mati bertindak melepaskan tembakan ke arah para jemaah yang sedang mengerjakan solat Jumaat di sebuah masjid di utara Iraq semalam sebelum meletupkan dirinya dan menyebabkan 15 orang terbunuh.

    Mangsa yang terbunuh termasuklah ulama Sunni, Abdul-Satar Hassan iaitu anggota parti politik terbesar Sunni yang mengetuai solat Jumaat tersebut di masjid di Tal Afar.

    Menurut polis, lelaki itu meletupkan dirinya selepas senjata AK-47 yang digunakannya kehabisan peluru.

    Seramai 95 orang turut dilaporkan cedera dalam serangan itu, kata doktor di Hospital Tal Afar, Ismail Majeed. – AP
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  4. #4
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Bunuh penduduk Islam Bosnia, pegawai Serbia dipenjara 30 tahun
    17/10/2009 3:01am

    SARAJEVO 17 Okt. – Mahkamah Jenayah Perang Bosnia menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun ke atas seorang pegawai Serbia kerana membunuh berpuluh-puluh orang dan terlibat dalam penindasan serta penahanan beribu-ribu penduduk Islam ketika pembunuhan beramai-ramai Srebrenica 1995.

    Mahkamah bagaimana pun telah membebaskan bekas kapten, Milorad Trbic, 51, itu dari tuduhan melakukan penghapusan etnik ekoran kekurangan bukti, kata ketua juri Davorin Jukic.

    Trbic didapati bersalah terlibat melakukan penindasan terhadap penduduk Islam Bosnia di wilayah Srebrenica, melaksanakan hukuman mati dan pengkebumian beramai-ramai.

    Lebih 8,000 penduduk Islam Bosnia yang terdiri daripada lelaki dan kanak-kanak terbunuh dalam pembunuhan beramai-ramai Srebrenica selepas tentera Serbia menawan wilayah itu pada Julai 1995. – Reuters
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  5. #5
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Lukisan pelukis Jepun bernilai RM2 juta
    17/10/2009 2:58am

    PARIS 17 Okt. – Lukisan abad ke-18 oleh Toshusai Sharaku berjaya mencatat rekod baru apabila berjaya di lelong pada harga AS$589,000 (RM2 juta) pada satu lelongan di Paris, semalam.

    Lukisan berwarna itu dilukis dalam tempoh 10 bulan antara tahun 1794 hingga 1795 dan memaparkan gambar seorang pelakon Jepun, Arashi Ryuzo.

    Pada awalnya, ia hanya dijangkakan akan dilelong pada harga sekitar AS$74,400 ke AS$89,400 (RM250,468 ke RM300,965). – AFP
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  6. #6
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Piala Dunia U20: Hungary tempat ketiga
    17/10/2009 2:48am

    KAHERAH 17 Okt. - Penjaga gol Peter Gulacsi menyelamatkan tiga sepakan penalti sekaligus membantu Hungary menewaskan Costa Rica pada perlawanan tempat ketiga Piala Dunia bawah 20 tahun yang berakhir sehingga sepakan penalti.

    Penjaga gol Hungary itu menyelamatkan sepakan Cristian Gamboa, Esteban Luna dan Carlos Hernandez untuk membolehkan pasukannya menang selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat permainan. - AP
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  7. #7
    ~ Aktifkan Dirimu!!! ~
    Join Date
    Apr 2008
    Location
    cheraxz
    Posts
    13,808
    alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold
    My Mood
    Happy
    Post Thanks / Like
    Quote Originally Posted by akay View Post
    Cuepacs tuntut 2 bulan bonus

    KUALA LUMPUR 16 Okt — Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memutuskan untuk menuntut dua bulan bonus bagi 1.2 juta penjawat awam.

    Presidennya Omar Osman meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertimbangkan perkara ini semasa mengumumkan pembentangan belanjawan bagi 2010 pada 23 Okt depan.

    Keputusan Cuepacs itu dicapai pada mesyuarat Kongres Cuepacs yang dihadiri oleh kira-kira 120 ahlinya hari ini.

    Omar berkata Cuepacs banyak mendapat laporan dan aduan ketidakpuasan hati selepas kerajaan mengumumkan bantuan khas bulan lepas sebanyak RM500 hanya untuk penjawat sokongan sahaja dan bukan semua.

    "Kita berharap pengumuman pembentangan bajet pada Oktober ini memberikan berita yang baik kepada anggota perkhidmatan awam,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Jamuan Hari Raya anjuran Cuepacs di Bangunan Puspanita di Jalan Hose, di sini.
    kaya la sape yg keje gomen
    rege brg pon naik:011::011:

  8. #8
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Kapal Sri Inderapura terbakar bermula dari geladak kereta kebal

    17/10/2009 12:23pm

    IPOH 17 Okt — Kejadian kebakaran yang berlaku di Kapal Diraja (KD) Sri Inderapura ketika berlabuh di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malayasia (TLDM) Lumut pada 8 Oktober lepas dipercayai bermula dari kawasan geladak kereta kebal di tingkat tiga kapal berkenaan.

    Pemangku Penolong Penguasa Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Nadzri Zakaria berkata TLDM masih menjalankan siasatan dan sebaik selesai barulah pihak bomba dipanggil untuk menyiasat punca kebakaran.

    Kapal tersebut kini berada kira kira 1.5 batu nautika daripada jeti Pulau Pangkor dan telah 70 peratus tenggelam pada bahagian belakang manakala kebakaran telah dipadamkan sepenuhnya, katanya kepada pemberita selepas majlis Aidilfitri di ibu pejabat Bomba dan Penyelamat Perak di sini.

    Beliau berkata sebuah syarikat swasta sedang menjalankan kerja-kerja mengapungkan bahagian kapal yang tenggelam tersebut.

    Beliau berkata berlaku tumpahan diesel daripada kapal KD Sri Inderapura namun ianya tidak serius dan berjaya dikawal oleh agensi kerajaan yang berkaitan.

    Katanya ketika kebakaran kapal berkenaan membawa 2.5 juta liter diesel bagi pelayarannya ke Kota Kinabalu, Sabah.

    Kapal tersebut dilaporkan terbakar pada 8 Oktober lalu pada pukul 6.30 pagi ketika sedang berlabuh di Pangkalan TLDM Lumut.

    Kapal tersebut mengalami kebakaran kali kedua sehari kemudian dan ditunda keluar dari jeti Pangkalan TLDM ke Tanjung Hantu berhampiran perairan Pulau Pangkor untuk kerja-kerja memadamkan api serta untuk mengelak kejadian tidak diingini. - Bernama

  9. #9
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Pemilik kedai makan ditemui mati dibunuh di rumahnya

    17/10/2009 1:03pm

    KUANTAN 17 Okt — Seorang pemilik kedai makan ditemui mati dipercayai dibunuh di rumahnya di Taman Sungai Isap, dekat sini, hari ini.

    Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusof berkata Fatimah Zaharah Sulong, 53, dipercayai mati akibat ditekup dengan bantal ketika sedang tidur di atas katil di bilik rumahnya itu.

    "Kejadian dipercayai berlaku antara jam 2 pagi hingga 4 pagi,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

    Katanya mangsa ditemui mati oleh suaminya yang baru pulang daripada berniaga di kedai makan milik mereka di Kemunting di sini.

    Berdasarkan siasatan awal, katanya rumah mangsa dipecah masuk dan beg tangan mangsa didapati telah hilang, katanya. - Bernama

  10. #10
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Pindaan UMNO tidak bermakna jika ahli UMNO tidak mahu berubah

    17/10/2009 1:59pm

    TEMERLOH 17 Okt — Pindaan Perlembagaan Umno, khususnya berkaitan menentukan pucuk pimpinan tidak akan memberi sebarang makna sekiranya ahli Umno itu sendiri tidak mahu berubah dan berusaha memartabatkan parti lebih dari kepentingan diri sendiri.

    Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah berkata semua pihak perlu berubah dari peringkat atas hinggalah ke bawah dalam usaha mengembalikan keyakinan penuh rakyat kepada parti yang banyak berjasa kepada bangsa, agama dan negara itu.

    "Antara perubahan yang perlu dilakukan ialah jangan memfitnah sesama sendiri, mengadu-domba, sikap terburu-buru mendapatkan jawatan, mudah merajuk apabila tidak dapat hajat dan cita-cita dan sikap dengki serta iri-hati.

    “Jika sikap demikian masih berada di hati dan sanubari ahli Umno, maka perubahan perlembagaan yang dibuat pada Perhimpunan Agung yang berakhir semalam tidak memberi makna.

    “Ahli Umno perlu berani dan mengutamakan kepentingan parti jika mahukan Umno terus unggul dan perkasa sepertimana yang ditegaskan Presiden Parti Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka dan pelancaran Kopi Jenama Tongkat Ali “Perwira” Persatuan Bekas Tentera Daerah Temerloh di sini, hari ini. - Bernama


  11. TenkoFX Crypto

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts