Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

TenkoFX Crypto Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

+ Reply to Thread
Page 1 of 4 1 2 3 ... LastLast
Results 1 to 10 of 33
  1. #1
    Banned
    Join Date
    Jan 2008
    Location
    masjidtanah,melaka-gemas,n9-rajachulan,KL-Kajang
    Posts
    2,920
    akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [17/10/2009] : BERITA HARIAN | Berita2 Semasa

    Jakarta digoncang gempa, tiada ancaman tsunami ke atas Malaysia

    JAKARTA: Puluhan ribu pekerja di bangunan tinggi di Jakarta panik dan lari bertempiaran ke jalan-jalan raya selepas merasakan gegaran gempa bumi kuat selama beberapa saat yang didapati berukuran 6.4 skala Richter di Banten, Pulau Jawa.

    Mereka yang masih trauma dengan pelbagai berita mengenai kemungkinan gempa berkekuatan sehingga 8.8 skala Richter yang dikatakan akan berlaku selepas gempa 7.9 skala Richter di Sumatera Barat pada 30 September lalu, mengaku sangat khuatir.

    "Kita lagi trauma dan takut gempa yang besar itu tiba-tiba terasa gempa lagi. Saya bergegas turun tangga selepas melihat almari di pejabat saya jatuh dan saya juga tiba-tiba jatuh terduduk," kata Abrizal ketika ditemui sedang berkumpul dengan ratusan pekerja lain di bawah Wisma Antara di sini.


    Ramai pekerja lain juga mengakui mereka terjatuh terutama yang berada di tingkat lima ke atas sebelum sempat bangun dan lari menyelamatkan diri.

    Maklumat sebenar gempa belum diperoleh.

    Di Kuala Lumpur, Jabatan Perkhidmatan Meteorologi menyatakan satu gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter melanda Selat Sunda pada jam 5.52 petang, hari ini.

    Pusat gempa bumi ialah pada 176 kilometer (km) Barat daya Bandar Lampung, Indonesia dan 942 km tenggara Johor Bahru, menurut jabatan itu dalam kenyataan di sini hari ini.

    Bagaimanapun, gempa bumi itu tidak mewujudkan ancaman tsunami kepada Malaysia.
    Professional_PAMM_Service-ENG_160x600

  2. #2
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Kedudukan Presiden, Timbalan Presiden MCA ditentu Khamis ini

    KUALA LUMPUR: Kedudukan Presiden dan Timbalan Presiden MCA akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pusat (CC) parti Khamis ini berikutan keputusan mesyuarat agung luar biasa parti itu hari ini yang menolak Datuk Seri Ong Tee Keat dan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memegang jawatan berkenaan.

    Setiausaha Agung MCA, Datuk Wong Foon Meng, berkata Jawatankuasa Pusat akan bermesyuarat pada Khamis ini di Wisma MCA pada jam 1 tengah hari bagi membincangkan keputusan EGM itu.

    Katanya, mesyuarat itu juga akan membincangkan hala tuju parti itu pada masa depan selain usaha untuk menstabilkan parti itu.

    "Saya menggesa semua anggota parti dan orang ramai supaya tidak membuat kenyataan atau komen atau sebarang spekulasi sebelum mesyuarat CC," katanya dalam satu kenyataan, selepas perbincangan dengan pemimpin tertinggi parti sebaik sahaja keputusan EGM itu diumumkan hari ini.

    Mesyuarat EGM hari ini menerima usul tidak percaya terhadap kepimpinan Ong sebagai presiden parti yang dimenanginya pada pemilihan parti itu Oktober 2008, dan Dr Chua pula gagal mendapat sokongan untuk diterima semula sebagai timbalan presiden.

    Sementara itu, salah seorang yang mendesak EGM itu diadakan, Loh Seng Kok, berkata keputusan EGM hari ini menunjukkan bahawa perwakilan pusat telah menggunakan kuasa mereka dengan cara yang demokratik dan menolak presiden yang menggunakan kuasanya untuk memecat Dr Chua pada Ogos lalu.

    "Perwakilan telah mengambil balik kuasa mereka yang telah diabaikan oleh pucuk pimpinan kerana keputusan untuk melucutkan keanggotaan Dr Chua adalah satu kesilapan.

    "Undi tidak percaya kepada presiden ini menyampaikan satu mesej cukup jelas tentang apa yang dilakukan beliau tidak mendapat sokongan daripada pimpinan akar umbi dan beliau perlu menghormati keputusan ini," katanya.

    Loh berkata, dengan keputusan itu, beliau berharap ahli parti dapat bergerak ke depan untuk berhadapan dengan cabaran yang lebih sukar terutama dalam pilihan raya umum dan bersatu semula sebagai satu parti buat Barisan Nasional.

    Ditanyakan mengenai kegagalan Dr Chua untuk mendapatkan undi yang cukup bagi mengekalkan jawatan Timbalan Presiden parti, Loh berkata:

    "Jika anda lihat kepada undi yang diperolehi bagi resolusi ketiga, ia masih tinggi, ia hampir sama dengan undi yang Dr Chua perolehi ketika beliau menang jawatan Timbalan Presiden."

    Dalam pemilihan parti itu pada 18 Oktober tahun lalu, Dr Chua memperoleh 1,115 undi berbanding bekas Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan yang mendapat 1,001 undi.

    Dalam EGM hari ini, bagi resolusi supaya Dr Chua dikembalikan jawatan sebagai Timbalan Presiden MCA, 1,184 delegasi menolaknya dan 1,110 mengundi supaya ia dilaksanakan. - Bernama
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  3. #3
    ~ Aktifkan Dirimu!!! ~
    Join Date
    Apr 2008
    Location
    cheraxz
    Posts
    13,808
    alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold
    My Mood
    Happy
    Post Thanks / Like
    jgn la malaysia kene gempa lg...huhu

  4. #4
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Budak dilarikan penyamun

    Oleh Wan Faizal Ismayatim
    [email protected]


    KHADIJAH Awang memeluk cucunya Wan Zainidah. - Foto Fathil Asri

    KOTA BHARU: Seorang budak perempuan berusia lima tahun menempuh saat cemas apabila dilarikan dan disamun dua lelaki bermotosikal sebelum ditinggalkan bersendirian di kawasan sunyi, kira-kira lima kilometer dari rumahnya di Kampung Kadok di sini, petang kelmarin.

    Kejadian jam 4.15 petang itu berlaku ketika mangsa, Wan Zainidah Wan Badrulsham sedang mewarna buku bersama sepupunya, Alia Maisarah Mohamad Khir, 4, di depan pintu rumahnya, manakala nenek kanak-kanak itu menganyam ketupat di ruang tamu.

    Bagaimanapun, mangsa ditemui semula di kawasan Chekeli dua jam selepas itu dalam keadaan selamat, tetapi rantai, subang dan gelang emas bernilai lebih RM900 yang dihadiahkan neneknya sebelum Aidilfitri lalu, dilarikan dua lelaki berusia 30-an itu.


    Menceritakan kejadian itu, nenek mangsa, Khadijah Awang, 64, berkata lelaki terbabit sebelum itu menemui cucunya dan bertanyakan bapa Wan Zainidah yang ketika itu tiada di rumah.

    "Tidak lama selepas itu, saya ke dapur dan dalam sekelip saya mendengar jeritan Alia Maisarah memberitahu Wan Zainidah dilarikan.

    "Seorang jiran pula memberitahu dia nampak dua lelaki menekup mulut cucu saya dan melarikannya dengan sebuah motosikal," katanya.

    Khadijah yang cemas dengan kehilangan cucu yang dijaganya sejak lebih tiga tahun lalu selepas ibu bapanya berpisah, kemudian meminta bantuan penduduk kampung dan membuat laporan di Balai Polis Ketereh, kira-kira jam 5.30 petang.

    Sementara itu, Pengerusi Skim Rondaan Sukarela (SRS) Kadok yang juga jiran mangsa, Ramli Zakaria, berkata sebaik dimaklumkan mengenai kehilangan kanak-kanak itu, beliau segera menyebarkan berita itu melalui radio SRS.

    Beliau berkata, kanak-kanak itu ditemui dua jam selepas itu oleh anggota SRS dari Batu 4, Kota Bharu, Tumpat dan Pasir Mas.

    Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu tetapi enggan mengulas kerana siasatan masih dijalankan.

  5. #5
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Kebakaran KD Sri Inderapura mula di geladak kereta kebal



    IPOH: Kebakaran yang berlaku di atas Kapal Diraja (KD) Sri Inderapura ketika berlabuh di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malayasia (TLDM) Lumut pada 8 Oktober lalu dipercayai bermula dari kawasan geladak kereta kebal di tingkat tiga kapal berkenaan.

    Pemangku Penolong Penguasa Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Nadzri Zakaria, berkata TLDM masih menjalankan siasatan dan sebaik selesai barulah pihak bomba dipanggil untuk menyiasat punca kebakaran.

    "Kapal tersebut kini berada kira kira 1.5 batu nautika daripada jeti Pulau Pangkor dan telah 70 peratus tenggelam pada bahagian belakang manakala kebakaran telah dipadamkan sepenuhnya," katanya kepada pemberita selepas majlis Aidilfitri di ibu pejabat Bomba dan Penyelamat Perak di sini.


    Beliau berkata, sebuah syarikat swasta sedang menjalankan kerja-kerja mengapungkan bahagian kapal yang tenggelam tersebut.

    Beliau berkata, berlaku tumpahan diesel daripada kapal KD Sri Inderapura namun ianya tidak serius dan berjaya dikawal oleh agensi kerajaan yang berkaitan.

    Katanya, ketika kebakaran kapal berkenaan membawa 2.5 juta liter diesel bagi pelayarannya ke Kota Kinabalu, Sabah.

    Kapal tersebut dilaporkan terbakar pada 8 Oktober lalu pada jam 6.30 pagi ketika sedang berlabuh di Pangkalan TLDM Lumut.

    Kapal tersebut mengalami kebakaran kali kedua sehari kemudian dan ditunda keluar dari jeti Pangkalan TLDM ke Tanjung Hantu berhampiran perairan Pulau Pangkor untuk kerja-kerja memadamkan api serta untuk mengelak kejadian tidak diingini. - Bernama

  6. #6
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Menteri Palestin gesa ICC siasat jenayah perang Israel



    THE HAGUE: Pendakwaraya Mahkamah Jenayah Antarabangsa menerima lebih banyak maklumat daripada pegawai Palestin yang menggesa beliau melancarkan siasatan berhubung jenayah perang Israel.

    “Pendakwaraya... Luis Moreno-Ocampo menerima delegasi Palestin yang diketuai Dr Ali Khashan, Menteri Perundangan Pihak Berkuasa Kebangsaan Palestin (PNA),” menurut satu kenyataan mahkamah itu.

    Delegasi itu mengemukakan hujah perundangan yang menyokong usaha PNA menerima bidang kuasa mahkamah itu berhubung jenayah yang dilakukan ketika Israel menggempur Hamas di Gaza Januari lalu.


    Pejabat Pendakwaraya akan "meneliti semua hujah sokongan yang dikemukakan, bermula dengan isu asas sama ada perisytiharan oleh PNA untuk menerima bidang kuasa ICC memenuhi tuntutan berkanun," menurut kenyataan itu. - AFP

  7. #7
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    San Lorenzo di puncak liga bola sepak Argentina



    BUENOS AIRES, Argentina: San Lorenzo naik ke puncak liga bola sepak Argentina dengan kemenangan 1-0 ke atas Rosario Central.

    Bekas penyerang Hamburg, Bernardo Romeo, menjaringkan gol tunggal itu pada minit ke-43.

    Keputusan itu membolehkan San Lorenzo mengatasi pesaing Buenos Aires, Velez Sarsfield, yang sekadar seri 1-1 dengan Lanus.


    Pemain pertahanan, Maximiliano Velasquez meletakkan Lanus didepan sebelum pemain tengah, Leandro Somoza menyamakan kedudukan untuk Velez lapan minit sebelum tamat perlawanan.

    Juara bertahan Copa Libertadores, Estudiantes boleh merampas tempat teratas Apertura dengan kemenangan di Newell’s Old Boys Ahad.

    Hari ini, Gimnasia akan bertemu Colon; Arsenal bertemu Banfield; Argentinos Juniors bertemu Racing Club; dan Tucuman bertemu Godoy Cruz.

    Esok, Independiente akan bertemu Chacarita Juniors; Huracan bertemu River Plate; Boca Juniors bertemu Tigre; dan Newell’s bertemu Estudiantes. - AP

  8. #8
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Tentera Taiwan siasat kegagalan pelancaran peluru berpandu



    TAIPEI: Tentera Taiwan sedang menyiasat kegagalan latihan terbesar membabitkan peluru berpandu yang diadakan kurang dua minggu selepas China mempamerkan kecanggihan persenjataan balistiknya.

    United Daily News melaporkan peluru berpandu itu gagal berfungsi selepas ujian di pangkalan Chiupeng di selatan Taiwan pada Selasa lalu yang memaksa pelacarannya dibatalkan.

    Ujian itu membabitkan peluru berpandu Hsiungfeng 2E yang secara teorinya mampu mengena Shanghai di tengah China.


    Pegawai tentera dipetik sebagai berkata mereka kini menyiasat punca kegagalan itu tetapi menambah masalah seumpama itu tidak boleh dielak semasa fasa kajian dan pembangunan sebarang persenjataan. - AFP

  9. #9
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Suami temui isteri mati ditekup bantal ketika tidur



    KUANTAN: Seorang pemilik kedai makan ditemui mati dipercayai dibunuh di rumahnya di Taman Sungai Isap, dekat sini, hari ini.

    Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusof berkata Fatimah Zaharah Sulong, 53, dipercayai mati akibat ditekup dengan bantal ketika sedang tidur di atas katil di bilik rumahnya itu.

    "Pembunuhan itu dipercayai dilakuakan antara jam 2 pagi hingga 4 pagi," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


    Beliau berkata, mangsa ditemui mati oleh suaminya yang baru pulang daripada berniaga di kedai makan milik mereka di Kemunting di sini.

    "Berdasarkan siasatan awal, katanya rumah mangsa dipecah masuk dan beg tangan mangsa didapati telah hilang," katanya.

    Jenazah mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat.

    Sementara itu, suami mangsa, Sallehuddin Mohd Yatim, 59, berkata, ketika kejadian isterinya tinggal bersendirian di rumah itu kerana mereka bergilir-gilir menguruskan kedai makan mereka.

    "Saya menjaga di waktu malam manakala isteri saya pula jaga waktu siang. Awal pagi tadi saya cuba menghubungi dia (isteri) tapi tak jawab dan saya cuba banyak kali sebelum ambil keputusan balik ke rumah," katanya.

    Katanya, apabila sampai di rumah dia mendapati isterinya dalam keadaan tertiarap di atas katil dan sudah tidak bernyawa. - Bernama

  10. #10
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    32 maut dalam kebakaran di gudang mercun India



    CHENNAI, India: Sekurang-kurangnya 32 orang terbunuh dalam kebakaran di sebuah gundang mercun di selatan India.

    Mangsa sebelum itu berkumpul untuk membeli mercun sempena sambutan Deepavali.

    "Mayat mereka terbakar teruk dan hanya 23 mayat dikenali setakat ini," kata pegawai kerajaan tempatan, V Palanikumar.


    Dua orang termasuk pemilik gudang itu ditahan. - Reuters


  11. The Best Spread 468x60ms

 
+ Reply to Thread
Page 1 of 4 1 2 3 ... LastLast

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts