Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

TenkoFX Crypto Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

+ Reply to Thread
Results 1 to 1 of 1
  1. #1
    Banned
    Join Date
    Jan 2008
    Location
    masjidtanah,melaka-gemas,n9-rajachulan,KL-Kajang
    Posts
    2,920
    akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    Pengarah Syarikat Buluhmas didakwa terima deposit tanpa lesen

    KLANG - Pengarah Syarikat Buluhmas Enterprise Sdn Bhd, Ame Hamzah Mat Atar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan menerima deposit daripada orang ramai tanpa memegang lesen yang sah mengikut Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989.

    Dia didakwa melakukan kesalahan itu di premis bernombor 35 & 35A, Jalan 1, Taman Raden Jaya, Tanjung Karang, Kuala Selangor, antara 14 April dan 13 Okt tahun lepas.

    Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 25 (1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (Akta 372) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 103 (1)(a) Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

    Di mahkamah yang sama, syarikat agensi pengiklanan itu turut didakwa melakukan kesalahan yang serupa di tempat dan tarikh yang sama.

    Ame Hamzah selaku pengarah syarikat itu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.

    Hakim Yong Zarida Sazali kemudian membenarkan Ame Hamzah dibebaskan dengan ikat jamin RM50,000. Mahkamah turut menetapkan 26 Nov ini untuk sebutan semula kedua-dua kes.

    Pegawai Pendakwa dari Bank Negara Malaysia, Stanley Clement Augustin, sebelum itu membantah jaminan diberikan kepada Ame Hamzah dengan alasan kes itu tidak menawarkan ikat jamin.

    Peguam Yunus Sharif, yang mewakili Ame Hamzah, bagaimanapun berkata walaupun kes itu tidak menawarkan jaminan, mahkamah boleh menggunakan budi bicara untuk membenarkan tertuduh diikat jamin.

    "Pertuduhan juga tidak menyatakan jumlah wang yang dikatakan diterima daripada pendeposit. Anak guam saya telah memberikan sepenuh kerjasama sejak penyiasatan dimulakan oleh Bank Negara pada 13 Okt tahun lepas sehingga pendakwaan hari ini," katanya. - Bernama
    Trade_on_STP_accounts-ENG_160x600

  2. The Best Spread 468x60ms

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts