Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

The Best Spread 468x60ms TenkoFX Crypto

+ Reply to Thread
Page 1 of 4 1 2 3 ... LastLast
Results 1 to 10 of 31

Thread: Manjakan Suami

  1. #1
    ☆.:*:.The Bluesmania.:*:.☆
    Join Date
    Jun 2008
    Location
    K.L- PeNaNG-KLanTaN-KeDah-SelaMa- LuMut PeRAK- Kota DaManSara #
    Posts
    2,274
    Nard Wawa has a spectacular aura about Nard Wawa has a spectacular aura about Nard Wawa has a spectacular aura about
    My Mood
    Angelic
    Post Thanks / Like

    Manjakan Suami

    Memanjakan suami ialah satu strategi penting dalam menjaga keharmonian perhubungan dalam rumahtangga. Strategi ini perlu diambil perhatian oleh newlyweds dan harus dipraktikkan oleh mereka yang sudah lama melayari bahtera perkahwinan. Manja yang dimaksudkan ini bukan sinikal, bukan memanjakan? dengan membenarkan suami melakukan apa sahaja yang dihajatkan.

    Strategi ini tujuannya ringkas sahaja, untuk membuatkan para suami merasa istimewa tatkala berada di samping isteri tersayang tetapi impaknya dalam perkahwinan cukup menakjubkan. Mudah sahaja untuk memanjakan suami kerana yang diperlukan ialah keikhlasan dan kasih sayang seorang isteri yang tidak berbelah bagi. Lakukannya ke suamimu!

    Senyum Di bibir dan Manis Tutur Kata
    Secalit senyuman di bibir menyejukkan hati suami yang memandang. Iringi kepergian suami ke pejabat dengan muka yang manis, salam dan kucupan. Ketika pulang dari kerja disambut pula dengan senyuman manis dari isteri tersayang. Hati suami mana yang tidak gembira melihat si isteri teruja dengan kehadirannya, lantas di hati tercetus he happy to see me!? dan mood terus akan jadi ceria.

    Apabila berbicara dengan suami, gunakan perkataan yang baik-baik disertakan nada yang lembut. Jadikan kebiasaan memanggil suami dengan panggilan bang? ayang? baby? honey? papa? atau panggilan yang digemari oleh suami. Apa yang ingin dimalukan, bukankah sudah menjadi suami isteri sebutkan I love you!? atau are you ok honey? Abang nak apa2 tak??untuk memberitahu suami yang anda mengambil tahu tentang dia dan sering mengambil peluang memanjakannya. Ini langkah pertama dalam strategi memanjakan suami, menjadikan beliau seorang yang istimewa di dalam keluarga.

    Hidangan Kegemaran
    A way to a man heart is through his stomach! Jangan sesekali ambil mudah dalam menyediakan makanan untuk suami. Ketika membujang sudah puas makan di kedai, tak mungkin selepas berkahwin ingin merasa air tangan makcik kedai lagi. Ambil tahu makanan kegemaran suami dan surprisekan beliau dengan hidangan istimewa yang akan membuat beliau rasa dihargai oleh isteri.

    Prihatin kepada citarasa suami, apa yang beliau gemari dan sebaliknya serta lakukan tanpa diminta. Jika tidak mampu setiap hari, seminggu sekali dua pun memadai. Jangan hanya menyediakan masakan yang sesuai dengan selera sendiri tanpa memikirkan keinginan suami tersayang. Kalau ayah dan datuk kita sering dihidangkan kopi atau teh selepas makan, lakukan perkara yang sama kerana suami menggemarinya. Tetapi lebih bagus kalau bertanya dahulu, bang nak minum apa?? papa nak coffee, sayang??

    Jangan pula sudah pukul 11 malam dihidangkan kopi panas pekat, takut mata terbuka hingga ke 3 pagi. Perkara kecil yang dilakukan untuk suami akan membuat suami terasa istimewa dan in turn, beliau akan membalas dengan kasih sayang yang melimpah ruah. Sesekali suapkan suamimu aiskrim atau dessert kegemarannya. Bukan kes suami tak pandai suap sendiri tetapi sekadar memanjakan suami tersayang, tidak salahkan?

    Urutan Mesra

    Suami sentiasa mengidamkan belaian isteri. Tangan isteri mengurut manja kaki yang lenguh atau sekadar mengusap belakang atau lengan ketika menonton televisyen sudah membuatkan suami merasa sangat disayangi. Belai rambut suami ketika dia sedang beristirehat, atau jika rajin carikan uban yang ada, tentu lembut hati suami dan akan timbul rasa kasih sayang yang mendalam terhadap isteri.

    Tengok-tengokkan jari jemari suami, adakah kukunya bersih dan sudah dipotong rapi? Bagaimana keadaan kulit suami; kalau kering sapukan losyen, kalau pening urutkan kepala. Pastikan suami dijaga rapi dari hujung rambut hingga hujung kaki. Jangan menganggap dengan melakukan perkara begini akan menjatuhkan taraf isteri atau merasakan si suami perlu tahu menjaga diri sendiri. Tentu sekali mereka tahu menjaga diri tetapi dengan memanjakan suami cara ini akan menjadikan beliau terasa seperti seorang yang sangat istimewa dan percayalah, dia akan begitu menghargainya!

    Pakaian
    Memang ramai isteri yang sibuk dengan anak-anak dan tugasan lain dalam hidup sehingga merasakan bahawa suami perlu tahu mengurus sendiri keperluan hariannya. Logik memang ada di situ tetapi apa salahnya memanjakan suami dengan menyediakan pakaian yang rapi untuk beliau memulakan esok hari dengan bergaya.

    Tanya suami apa yang ingin dipakai esok hari dan cadangkan pakaian yang membuat suami rasa hebat! Lelaki memang begitu, suka dipuji, lebih-lebih lagi dari isteri tersayang. Gosokkan baju dan seluar beliau supaya dia dapat memulakan hari esok dengan sempurna. Di samping membuat suami gembira, anda juga boleh berseronok ketika melakukannya kerana anda boleh menentukan gaya suamimu! Pahala dari Tuhan melimpah ruah dengan kasih saying yang diberi kepada suami tersayang.

    B]Layanan Istimewa[/B]
    Suami mana yang menolak jika ingin diberikan layanan istimewa? Seseorang isteri harus peka, mengambil tahu trend terbaru dan mencuba untuk melakukan sesuatu yang exciting di ranjang! Setiap hari hidup ini demanding dan semakin banyak kerja yang perlu dilakukan dari celik mata sehingga malam hari. Namun, dalam kesibukan harian, layanan untuk suami tidak boleh diambil mudah.

    Buangkan perasaan malas dan letih dan jangan lupa untuk berfikiran positif selalu! Sentiasa ingat rule pertama dalam kehidupan berumahtangga, layan kehendak suamimu. Untuk mengekalkan chemistry dan keinginan untuk bersama, isteri perlu memainkan peranan merangsang suami. Explore tubuh suami, make his body your wonderland! Buat suami merasakan bahawa beliaulah lelaki paling seksi dan yang paling kamu inginkan dalam dunia ini. Dress up for him, make him feel wanted. Lakukan segala yang mungkin untuk memanjakan dia sebagai suamimu.

    Beri Hadiah Istimewa
    Bukan wanita sahaja perlu dimanja denga juga begitu. Tidak perlu yang mahal selalu tetapi sekadar memberitahu yang kamu mengingati dirinya! Perhatikan apa yang digemari suamimu dan dapatkan untuknya sekali sekala. Katakan dia menggemari buku tulisan Stephen King, dapatkan senaskah untuknya dan balut pembelian ini sebagai surprise! CD penyanyi kegemaran juga idea yang baik sebagai hadiah menarik untuk suami.

    Jika beliau mengenakan tali leher ke pejabat, sesekali pilihkan seutas yang bersesuaian dengan kemeja yang beliau ada. Belikan suamimu seluar dalam seksi atau wangian berahi, agar dia tahu bahawa isterinya menyayangi dan sentiasa mengingatinya.

    Memanjakan suamimu tidak menjadikan kamu seorang isteri yang lemah, tetapi seorang isteri prihatin yang menyayangi suaminya sepenuh hati dari segala segi. At the end of the day, dia suamimu yang tersayang, insan yang ingin kau habiskan hidupmu bersamanya. Dalam perhubungan suami isteri, jangan terlalu berkira kerana segala usaha yang dilaburkan ke dalam perhubungan pasti akan ada ganjarannya. Lakukan dengan ikhlas kerana dia suamimu.

    Jangan lakukan atas dasar tanggungjawab, lakukan kerana cinta yang mendalam terhadapnya. Manjakan suami anda dengan ikhlas, jadikan dia raja dalam hidupmu kerana dia kekasih yang kau pilih untuk melayari bahtera kehidupan bersama, insyaallah untuk selama-lamanya
    :011::011:
    Trade_on_STP_accounts-ENG_160x600
    Last edited by Nard Wawa; 16 Oct 2009 at 08:42 PM.
    "Today is the great mental mental cleansing day. Throw away all that binds you to the past; all that hurts you. Discard everything in garbage;clean your heart; prepare it for a new life"

  2. #2
    Jom Terjah
    Join Date
    Jun 2009
    Posts
    278
    eddie88 will become famous soon enough
    Post Thanks / Like
    Quote Originally Posted by Nard Wawa View Post

    Layanan Istimewa

    untungnye dapat isteri yang memahami camnie
    bahgie seumur hidup:043:

  3. #3
    NG Rookie
    Join Date
    Jul 2009
    Posts
    770
    IcedTea will become famous soon enough
    My Mood
    Cheeky
    Post Thanks / Like
    sapala nard nak manja kan tuh.. :011::011:

  4. #4
    kingnorth
    Guest
    panjangnyer.. leh tak ringkaskan?

  5. #5
    AbuPhowwer!
    Guest
    Alaaaa ko baca jer perenggan yang last sekali. Pastu tgk post2 org kt bawah. Tau ler citenya......:011:

  6. #6
    ☆.:*:.The Bluesmania.:*:.☆
    Join Date
    Jun 2008
    Location
    K.L- PeNaNG-KLanTaN-KeDah-SelaMa- LuMut PeRAK- Kota DaManSara #
    Posts
    2,274
    Nard Wawa has a spectacular aura about Nard Wawa has a spectacular aura about Nard Wawa has a spectacular aura about
    My Mood
    Angelic
    Post Thanks / Like
    Quote Originally Posted by eddie88 View Post
    untungnye dapat isteri yang memahami camnie
    bahgie seumur hidup:043:
    suhla isteri baca.. musti lg2 bahagia.. :011::011:

    Quote Originally Posted by IcedTea View Post
    sapala nard nak manja kan tuh.. :011:
    Nard tak kawin lg.. :021::021:
    Nak manjakan bakal suami Nardla.. :011::011:

    Quote Originally Posted by kingnorth View Post
    panjangnyer.. leh tak ringkaskan?
    adoi.. dah bg kena wat summary lak..
    susah aa cani.. :011::011:
    "Today is the great mental mental cleansing day. Throw away all that binds you to the past; all that hurts you. Discard everything in garbage;clean your heart; prepare it for a new life"

  7. #7
    kingnorth
    Guest
    Quote Originally Posted by Nard Wawa View Post
    suhla isteri baca.. musti lg2 bahagia.. :011::011:

    Nard tak kawin lg.. :021::021:
    Nak manjakan bakal suami Nardla.. :011::011:

    adoi.. dah bg kena wat summary lak..
    susah aa cani.. :011::011:
    nard tolong ler manjakan saya.. kasi ler summarynyer:011::011:

  8. #8
    Jom Terjah
    Join Date
    Jun 2009
    Posts
    278
    eddie88 will become famous soon enough
    Post Thanks / Like
    Quote Originally Posted by kingnorth View Post
    nard tolong ler manjakan saya.. kasi ler summarynyer:011::011:
    suhla isteri baca.. musti lg2 bahagia.. :011::011:
    camne ler nak isteri nak memahami kalau awek pun xde :035::035::035:

  9. #9
    AbuPhowwer!
    Guest
    Quote Originally Posted by kingnorth View Post
    nard tolong ler manjakan saya.. kasi ler summarynyer:011::011:
    Uik, boleh ek cam tu. Aku pun nak le.

    Boleh laaa boleh laaa nard...:011:

  10. #10
    kingnorth
    Guest
    Quote Originally Posted by eddie88 View Post
    suhla isteri baca.. musti lg2 bahagia.. :011::011:
    camne ler nak isteri nak memahami kalau awek pun xde :035::035::035:
    siot jer.. aku ada awek cam kat abatar ko tu yg better:011::011:

  11. Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

+ Reply to Thread
Page 1 of 4 1 2 3 ... LastLast

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts