Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

The Best Spread 468x60ms TenkoFX Crypto

+ Reply to Thread
Results 1 to 1 of 1
  1. #1
    NG Newbies
    Join Date
    May 2006
    Posts
    0
    ransom is on a distinguished road
    My Mood
    Amused
    Post Thanks / Like

    URGENT-Jawatan Kosong Juruteknik Komputer

    Unit Teknologi Maklumat Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang Selangor sedang mencari kakitangan sambilan sebagai Juruteknik Komputer sambilan untuk tempoh 1 tahun. Calon yang berminat haruslah berfikiran kreatif , proaktif dan juga syarat dibawah. Anda boleh melayari www.htar.moh.gov.my untuk mengetahui tentang Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang Selangor.

    Antara Tugas

    1. Membantu tugas-tugas pengurusan aset ICT
    2. Menyelenggara kemudahan & perkhidmatan ICT, perisian, perkakasan dan aplikasi yang dibekalkan serta menyelesaikan masalah teknikal.
    3. Pemeriksaan dan penyenggaraan kelengkapan ICT yang rosak seperti kerosakan perkakasan utama, komponen-komponen dan aksesori ICT.
    4. Membantu, memantau dan menyelia Rangkaian LAN dan WAN serta menyelaras server-server utama dan peralatan seperti Firewall, Proxy, DNS bagi Internet Access, Pusat Akses dan sebagainya.
    5. Menyelaras Meja Bantuan Teknikal ICT.
    6. Sebagai pegawai urusan bagi aktiviti penyelenggaraan termasuk mencatat log, memantau kerja yang dilakukan oleh pembekal, membuat tindakan susulan kepada pihak berkaitan.
    7. Menyediakan keperluan perolehan ICT untuk pengurusan sekolah.
    8. Mengawasi isu-isu keselamatan ICT diperingkat hospital serta mematuhi kawalan dan prosedur keselamatan yang berkesan selaras dengan dasar-dasar keselamatan yang telah ditetapkan oleh KKM serta MAMPU
    9. Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan peralatan ICT yang di arahkan dari semasa ke semasa.

    Syarat-syarat

    1. Lepasan Kolej dan Universiti digalakan.
    2. Mempunyai pengetahuan luas tentang penyelenggaraan PC merupakan satu keutamaan pemilihan.
    3. Mempunyai pengetahuan dalam bidang rangkaian
    4. Mempunyai pengetahuan dalam antivirus seperti Panda Antivirus , Kapersky dan free version antivirus.
    5. Mempunyai pengalaman sekurang-kurang pernah berkerja atau menjalani kursus latihan industri (sila sertakan salinan laporan latihan industri atau contoh-contoh kerja yang pernah dilakukan semasa temuduga).
    6. Mempunyai fikiran yang kreatif , proaktif dan sanggup berkerja lebihmasa

    Kepada yang berminat sila emailkan resume kepada kami di [email protected] sebelum pukul 12.00 tengahari ISNIN 19/10/2009. Calon yang berjaya akan dihubungi melalui email dan tarikh temuduga akan diberitahu dalam email tersebut.
    PAMM 120x600
    Buah Cempedak Diluar Pagar
    Ambil Galah Tolong Jolokan
    Saya Budak Baru Belajar
    Kalau Boleh Tolong Ajarkan

  2. Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts