Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60 The Best Spread 468x60ms

+ Reply to Thread
Results 1 to 3 of 3
  1. #1
    ~ Aktifkan Dirimu!!! ~
    Join Date
    Apr 2008
    Location
    cheraxz
    Posts
    13,808
    alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold
    My Mood
    Happy
    Post Thanks / Like

    Jangan harap kerja kerajaan

    Pelajar perlu ubah mentaliti dengan berani untuk menerokai bidang lain: KM

    MUKAH: Pelajar masa kini perlu mengubah mentaliti yang hanya menumpu kepada sektor kerajaan sebagai pilihan kerjaya selepas tamat pengajian sebaliknya perlu berani menerokai bidang lain terutama yang ditawarkan pihak swasta.

    Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang ketika menyatakan demikian, berkata perubahan minda juga perlu dilakukan sama ada oleh ibu bapa mahupun pelajar agar jangan bergantung harap kepada sektor kerajaan semata-mata.

    Ini kerana, pada hakikatnya bilangan pekerjaan di sektor itu terhad berbanding sektor swasta, jelasnya.

    Sebagai pelajar era moden katanya, mereka harus berani bertindak dan bukannya sentiasa berada dalam kedudukan selesa.

    “Pelajar harus membuktikan kepada masyarakat bahawa me-reka merupakan produk yang berkualiti tinggi, mampu menghadapi persaingan, mempunyai daya tahan yang kuat dan mempunyai pengetahuan serta kemahiran yang tinggi,” katanya.

    Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah dalam Majlis Konvokesyen Kedua Politeknik Mu-kah di dewan serba guna Politeknik Mukah, di sini, semalam.

    Hadir sama, Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Mukah Wan Muhamad Nasir Wan Mos.

    Dalam pada itu, Taib berharap para graduan membina kerjaya masing-masing dengan mengutamakan nilai etika dan moral yang tinggi.

    Menyentuh tentang SCORE, beliau menjelaskan bahawa program pembangunan kerajaan itu akan menyediakan sebanyak 1.5 juta peluang pekerjaan berbentuk perkhidmatan, pembuatan, perlombongan, pembinaan, pelancongan, perikanan dan pertanian pada tahun 2030.

    Justeru katanya, ia memerlukan tenaga kerja di peringkat pengurusan dan profesional sebanyak 69,000, pekerja separuh mahir (337,000), kejuru-teraan (143,000) dan juga tenaga kerja yang tidak mahir (946,000) dalam 10 jenis industri yang telah diberi keutamaan iaitu industri berasaskan mi-nyak, aluminium, besi, kayu, kejuruteraan marin, kaca, pelancongan, ternakan, per-ikanan dan akuakultur.

    “Sehubungan itu, amat penting bagi ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak untuk melanjutkan pelajaran selepas tingkatan lima dan enam sama ada di institusi pengajian tinggi (IPT) atau di institiut latihan kemahiran.

    Sehubungan itu Taib mahu golongan belia menumpukan lebih perhatian kepada bidang pengajian sains, kejuruteraan dan teknologi bagi membantu Sarawak menjadi negeri perindustrian menjelang 2030.

    Ujarnya, dalam fasa kedua pembangunan Sarawak, kerajaan negeri akan mengeksploi-tasi sumber-sumbernya ke tahap maksimum dengan menggunakan teknologi canggih.

    “Kita memerlukan lebih banyak penyelidik dan penjana dalam teknologi tinggi, sekira-nya kita mahu mencapai hasrat dan menempatkan diri kita da-lam pasaran dunia,” katanya.
    Professional_PAMM_Service-ENG_160x600

  2. #2
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    ni keratan akhbar ke? Folow lah format yang telah diberitahu. Karang tak pasal2 kena infrac. Sia2 je NG$ banyak kalau kena auto ban :011:
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  3. #3
    ~ Aktifkan Dirimu!!! ~
    Join Date
    Apr 2008
    Location
    cheraxz
    Posts
    13,808
    alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold
    My Mood
    Happy
    Post Thanks / Like
    Quote Originally Posted by tennoajak View Post
    ni keratan akhbar ke? Folow lah format yang telah diberitahu. Karang tak pasal2 kena infrac. Sia2 je NG$ banyak kalau kena auto ban :011:
    mana aku tahu ni dari paper mana
    ni pon cedok dari forum lain jer
    :006::006::006:


  4. TenkoFX Crypto

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts