Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60 TenkoFX Crypto

+ Reply to Thread
Results 1 to 5 of 5
  1. #1
    ssrtrade
    Guest

    Kenapa Orang Melayu gagal berniaga?

    Tajuk yang dibincangkan di sini bukanlah untuk menakutkan atau menyalahkan sesiapa. Golongan Melayu dipilih kerana penulis sendiri adalah orang Melayu. Oleh itu, tidak menjadi permasalahan untuk menulis mengenai topik ini kerana sebahagiannya adalah berdasarkan pengalaman dari penulis sendiri.

    Sebaliknya, penulis berpendapat, adalah sangat wajar tajuk ini dibahaskan secara berterusan bagi memastikan isu yang dipaparkan sentiasa mendapat tempat di hati masyarakat dan pihak berkenaan, seterusnya disusuli dengan tindakan yang produktif bagi memastikan kepentingan seluruh rakyat, terutamanya mereka yang berada dalam bidang perniagaan di negara ini terpelihara.

    Persoalan pertama, apakah yang menyebabkan kebanyakan orang Melayu gagal dalam perniagaan? Gagal dalam konteks ini membawa maksud tidak berjaya membawa perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi.

    Kita sering melihat kelibat orang-orang Melayu yang berniaga di tepi jalan, membuka gerai atau mempunyai kedai sendiri. Sewaktu kita masih kecil, adakah kita masih teringat gerai nasi lemak yang biasa kita kunjungi?

    Adakah kita masih ingat sewaktu kita sentiasa mendapat arahan dari ibu untuk pergi ke kedai runcit dan membeli barangan keperluan rumah? Adakah kita masih ingat selepas kita bermain dengan rakan-rakan, kita akan mengunjungi kedai Pak Mat di hujung kampung untuk melepaskan dahaga atau membeli makanan ringan, barang sebungkus dua?

    Memori sebegini sebahagiannya masih segar dalam ingatan kita, tidak kira sama ada kita berada di luar bandar atau dalam kawasan bandar sendiri. Tetapi adakah kita sedar bahawa setelah sekian lama kita meninggalkan memori tersebut, apabila kita balik semula ke kampung halaman ataupun tempat kita dibesarkan dahulu, gerai-gerai atau kedai-kedai yang kita kunjungi dahulu masih ada lagi dan keadaannya masih sama?

    Kepada mereka yang masih lagi teringatkan kisah lama, ianya pasti menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan kerana tiada apa yang berubah. Memori masih terpahat di ingatan, dan di lokasi yang sama!

    Akan tetapi, cuba kita fikirkan dari segi perkembangan ekonomi negara. Apa yang terjadi kepada peniaga-peniaga ini? Mengapa perniagaan mereka tidak dikembangkan? Adakah tiada sesiapa yang menghulurkan bantuan? Atau adakah ini sikap peniaga sendiri yang masih suka kekal dengan status quo?

    Pertimbangkan pula situasi ini. Ahmad (bukan nama sebenar) telah lama bekerja di sektor swasta. Hampir 10 tahun. Dia inginkan perubahan dalam hidupnya. Setelah mendapatkan maklumbalas dari beberapa orang ahli keluarga dan sahabat handai, dia memilih untuk memulakan perniagaan. Akan tetapi, dia tidak mempunyai simpanan yang banyak. Bagaimana hendak mendapatkan modal?

    Setelah berusaha untuk mendapatkan modal daripada keluarga dan rakan-rakan, jumlah yang diinginkan masih belum mencukupi. Angan-angannya besar iaitu ingin membuka sebuah kedai runcit. Dia menemui jalan buntu. Tidak tahu apa yang hendak dibuat lagi. Akhirnya, dia kembali pada pekerjaan lama.

    Rakan Ahmad, Faizal, pun mempunyai cita-cita yang sama. Dia lebih bernasib baik kerana telah berjaya mendapatkan modal yang dikehendaki. Akan tetapi, apa yang hendak diniagakan masih menjadi tanda tanya kerana tiada pengalaman. Hendak membuka gerai menjual kuih muih? Hendak menjual air? Hendak menjual burger? Atau terus membuka kedai runcit?

    Seorang rakan yang terlibat dalam peniagaan jualan langsung telah mendekati Faizal dan cuba berbincang mengenai peluang untuk meraih pendapatan yang lumayan melalui pelan pemasaran yang terhebat. Tidak perlu susah-susah hendak memikirkan modal permulaan, modal pusingan atau mencari premis perniagaan. Hanya perlu ‘mencari orang’ dan bawa ke pejabat urusan syarikat.

    Di sana nanti, terdapat ramai ‘pakar’ pemasaran yang akan menerangkan tentang betapa beruntungnya memasuki perniagaan terhebat di abad ini! Setelah semua modal dilaburkan, baru disedari bahawa ‘mencari orang’ bukan perkara yang mudah. Lama kelamaan, wang perbelanjaan habis diguna untuk aktiviti ‘mencari orang’. Akhirnya, Faizal dan Ahmad berjumpa kembali di tempat kerja lama!

    Bagaimana hal-hal seperti contoh yang diberikan tadi boleh terjadi? Sebenarnya, tidak perlu memeningkan kepala mencari penyelesaian kepada permasalahan tersebut. Semuanya berpunca daripada SIKAP.

    Dalam kes Ahmad, sebenarnya dari mula lagi dia sudah tidak serius untuk memulakan perniagaan. Oleh itu, semangat yang berkobar-kobar pada permulaannya lama kelamaan menjadi luntur. Apalah salahnya sekiranya dia menemui pihak-pihak berkenaan yang dapat membantu.

    Contohnya institusi kewangan seperti bank dan institusi perniagaan bumiputera seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) atau TEKUN Nasional. Selain mendapat khidmat nasihat, institusi-institusi tersebut turut menawarkan khidmat latihan dan kemudahan pinjaman perniagaan. Angan-angan yang besar sahaja tidak mencukupi untuk memulakan perjalanan dalam bidang perniagaan. Semangat yang kental perlu ada.

    Dalam kes Faizal, hasrat untuk mendapatkan keuntungan cepat tanpa perlu banyak berusaha telah memadamkan keinginan untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan tadi. Kita perlu ingat; ‘There’s no such thing as free lunch’. Sekiranya kita menginginkan sesuatu, kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.

    Dalam bidang perniagaan, usaha yang dimulakan dari peringkat bawah akan membekalkan kita dengan pengalaman yang berguna untuk diaplikasikan dalam perniagaan yang kita jalankan. Dalam kes ini, bukan niat penulis untuk memperkecilkan industri jualan langsung. Cuma, apa yang penulis ingin ingatkan adalah berwaspada dengan sebarang tawaran yang anda terima.

    Oleh kerana industri jualan langsung adalah industri yang semakin pesat membangun di negara kita, sudah tentu akan muncul pihak-pihak tertentu yang ingin memanipulasi pelanggan bagi mendapatkan keuntungan segera. Mungkin penulis akan menyiarkan komen mengenai industri ini dalam penulisan akan datang.

    Kebanyakan peniaga yang sudah berada dalam perniagaan masing-masing sejak bertahun-tahun dahulu dan masih berada pada takuk lama sebenarnya berasa takut untuk memajukan perniagaan. Mengapa?

    Ini jawapan mereka: “Kalau nak besarkan perniagaan, modal besar sangat”; “Setelah saya mengeluarkan modal yang sebegitu besar, bagaimana kalau saya tidak berjaya?”; “Tidak apalah. Saya selesa dengan keadaan begini. Asalkan lepas makan minum dan keperluan keluarga, itu sudah memadai”.

    Pelik bukan? Mengapa mereka tidak memikirkan sebaliknya? Mengapa takut mengeluarkan modal sedangkan belum dicuba? Mengapa takut kegagalan sedangkan perkara itu belum pasti? Mengapa tidak ingin menaikkan ekonomi bangsa sendiri dan seterusnya memacu pertumbuhan ekonomi negara?

    Sekiranya peniaga-peniaga ini mengembangkan perniagaan dan menjadi bertambah maju, bukankah itu sudah meletakkan kita setaraf dengan bangsa lain yang aktif berniaga? Bukan soal perkauman yang ingin dibangkitkan di sini. Sebaliknya, ini adalah soal persaingan yang sihat.

    Dalam perniagaan, sudah tentu wujud persaingan. Sekiranya persaingan sihat berlaku, bukankah ianya akan menjana lebih banyak aktiviti dalam membantu perkembangan ekonomi?

    Sekiranya semua pihak menjalankan peranan masing-masing, bukankah matlamat Dasar Ekonomi Baru untuk bumiputra akan lebih cepat terlaksana. Kita tidak mahu berada dalam situasi di mana kerajaan terpaksa mengkaji semula dasar ini hanya kerana kurangnya kompetensi bumiputra dalam memenuhi matlamat tersebut.

    Sebenarnya, telah banyak yang diperkatakan mengenai industri-industri besar dan juga perniagaan-perniagaan yang telahpun mencapai tahap penyenaraian di bursa saham mahupun di peringkat antarabangsa. Akan tetapi, semuanya bermula dari peringkat bawah bukan?

    Bukankah lebih baik sekiranya wujud lebih banyak perniagaan yang mempunyai potensi untuk mencapai tahap-tahap yang telah disenaraikan tadi?


    Sama-sama kita fikirkan.

    * Renungi Dan Fikiranlah Bersama Demi Masa Depan Kita Sebagai Bangsa Melayu


    http://arenanusantara.blogspot.com/
    Estonian Forex 160x600en

  2. #2
    kak_chik
    Guest
    bukan nak kata apalah
    sesetangah peniaga melayu
    suka bergaya mewah dulu
    soal untung pk kemudian!

  3. #3
    shadowclone09
    Guest
    erm.. kbnykan org melayu bila meniaga kawan2 sume dtg.. pas2 bile nk bayar x mau.. konon nk jge hati kwn la.. last2 die lak yg lingkup.

  4. #4
    NG Superstar
    Join Date
    Dec 2008
    Location
    Near Puchong
    Posts
    3,540
    qree is a jewel in the rough qree is a jewel in the rough qree is a jewel in the rough
    My Mood
    Asleep
    Post Thanks / Like
    Quote Originally Posted by kak_chik View Post
    bukan nak kata apalah
    sesetangah peniaga melayu
    suka bergaya mewah dulu
    soal untung pk kemudian!
    btul2.
    compared dgn peniaga kaum satu lg tu sanggup mkn ala kadar je pd saat2 awal meniaga utk tarik customer.
    pastu aku tgk mcm ada trend dikalangan peniaga melayu yg nk untung cepat dgn letak harga leh thn tinggi pd barangan mereka.
    xsanggup nk rugi dlu.

    Quote Originally Posted by shadowclone09 View Post
    erm.. kbnykan org melayu bila meniaga kawan2 sume dtg.. pas2 bile nk bayar x mau.. konon nk jge hati kwn la.. last2 die lak yg lingkup.
    ni pon ada btul gak.
    tgk ada certain case mcm nih.
    org melayu terlalu baik pada sesetgh part.
    walau bagaimanapun xramai yg mcm ni skrg.
    byk jenis yg berkira kaw2 skrg.
    xreti nk amik ati customer lgsg.
    |huh|

  5. #5
    kingnorth
    Guest
    apabila anda komplen ttg cara org melayu .. ingat .. anda sebenarnya berkata pada diri sendiri.. sbb kita adalah org melayu... macamana yg diperkatakan , macam tuleh perangai kita.. jadi ambik iktibar...
    aku pernah ada member2 yg kuat komplen pasal bisnes org melayu nie.. itu takbetul.. ini tak betul.. tapibila dorang sendirik wat bisness.. sama jugak..last2 lagi teruk..
    aku cuma takut aku pun cenggitu gak nanti.. harap2 takler:010::010:


  6. The Best Spread 468x60ms

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts