Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

TenkoFX Crypto The Best Spread 468x60ms

+ Reply to Thread
Results 1 to 1 of 1
  1. #1
    ~ Aktifkan Dirimu!!! ~
    Join Date
    Apr 2008
    Location
    cheraxz
    Posts
    13,808
    alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold
    My Mood
    Happy
    Post Thanks / Like

    Wabak Tiga 'L' Mampu Hancurkan Umno

    KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Anggota Umno hari ini diingatkan supaya segera membanteras wabak tiga "L" -- Lagak, Laga dan Leka yang menyelubungi parti itu bagi memastikan Umno tidak rebah.

    Ketua Umno Bahagian Putatan Datuk Seri Yahya Hussin berkata perbuatan "lagak" membuatkan Umno tidak dapat menyelami hati nurani rakyat apatah lagi memahami denyutan hati mereka.

    "Laga pula memberikan ruang dan peluang kepada musuh untuk kucar-kacirkan parti, dan, Leka pula akan menyebabkan kita angkuh dengan merasakan yang kita tidak pernah kalah dan tidak akan kalah," katanya selaku pencadang usul Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno di sini Khamis.

    Wakil Pemuda Umno Muhammad Suffian Awang mencadangkan agar syarikat-syarikat telekomunikasi membantu menyebar maklumat tentang usaha murni kerajaan membantu rakyat kepada masyarakat khususnya golongan muda menerusi SMS.



    Beliau berkata telefon bimbit yang sudah menjadi nadi kehidupan generasi muda sekarang adalah alat penyebaran maklumat yang cukup mustajab khususnya melalui SMS.

    Wakil Pahang Datuk Mohamad Sahfri Abdul Aziz berkata anak-anak syarikat kerajaan perlu turut membantu orang Melayu dan menjayakan gagasan 1Malaysia sebagai usaha membangunkan negara.

    "Kita ada anak-anak syarikat dalam negara yang cukup hebat, yang untungnya berjuta dan duit yang banyak, bantu orang Melayu, bantu menjayakan gagasan 1Malaysia.

    "Yayasan Pahang yang diasaskan oleh Presiden (Datuk Seri Najib Tun Razak) ketika menjadi Menteri Besar Pahang, memberi bantuan kepada anak-anak bangsa kita tanpa mengira warna kulit, latar belakang untuk memastikan mereka masuk universiti," katanya.



    Wakil Wanita Umno Johor, Noraslina Zainal Abidin, pula mencadangkan penubuhan sebuah badan yang mengawal selia urusan pembantu rumah agar pekerjaan itu dapat dijadikan satu profesion yang standard.



    Noraslina, yang juga Ketua Wanita Umno Sembrong, berkata walaupun pekerjaan sebagai pembantu rumah mungkin dilihat berstatus rendah tetapi ia amat mustahak kepada pembangunan negara dan keluarga.

    "Isu pembantu rumah amat meruncing, tanpa kaedah penyelesaian yang baik kehidupan golongan menengah akan menjadi susah. Wanita melihat isu ini boleh diselesaikan jika ada kajian spesifik dibuat," katanya.



    Noraslina berkata badan yang dicadangkan itu juga akan bertanggungjawab dalam proses memilih, melatih, menempatkan dan mengklasifikasikan status pembantu rumah.



    "Mungkin ada gred A, B dan C. Kalau gred A mungkin boleh bagi tuisyen kepada anak-anak kita, gred B pula bekerja sepenuh masa tetapi tidak boleh bagi tuisyen dan gred C mungkin hanya sekali-sekala datang ke rumah untuk membantu kita," katanya.
    The Best Spread 160x600ms

  2. Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts