Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

TenkoFX Crypto Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

+ Reply to Thread
Results 1 to 1 of 1
  1. #1
    ~ Aktifkan Dirimu!!! ~
    Join Date
    Apr 2008
    Location
    cheraxz
    Posts
    13,808
    alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold
    My Mood
    Happy
    Post Thanks / Like

    Menteri Perlu Lebih Kerap Turun Padang

    KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Menteri-menteri Kabinet diminta supaya lebih kerap turun padang dan beramah mesra dengan rakyat bagi mendengar rintihan dan permasalahan rakyat.

    Ketua Umno Bahagian Seremban Datuk Ishak Ismail berkata dengan cara demikian, mereka bukan sahaja dapat bertindak menyelesaikan masalah rakyat, malah rakyat akan sentiasa mengenang jasa mereka dan mengekalkan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum nanti.

    "Daripada laporan yang saya terima semasa berkempen di (pilihan raya kecil) Bagan Pinang, Port Dickson baru-baru ini, orang ramai cukup seronok bersalam dan ambil gambar dengan menteri.

    "Kalau dengan saya mereka kata 'tak mahu', mereka kata saya bukan menteri," katanya semasa membahaskan usul ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

    Ucapan beliau yang disulami dengan cerita jenaka dan sindiran itu telah menarik perhatian para perwakilan dan membuatkan mereka ketawa besar termasuk barisan pucuk pimpinan parti yang berada di atas pentas dalam Dewan Merdeka, tempat persidangan itu diadakan.

    Ishak, yang berucap mewakili Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, juga meminta para anggota parti supaya menyokong seseorang calon BN dengan mengutamakan kemenangan parti dan bukan berdasarkan kepentingan peribadi bagi memastikan parti itu terus dipilih rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

    Menggunakan contoh diri sendiri, beliau berkata pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang yang lepas, beliau telah menyokong pencalonan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad walaupun beliau pernah berselisih faham dengan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu.

    "Semasa Presiden pilih Tan Sri Isa sebagai calon, saya beritahu orang saya sokong penuh dia, walaupun dulu saya yang menggasak dia habis-habisan.

    "Apasal saya sokong Tan Sri Isa habis-habisan? Kerana ketika beliau digantung oleh Jawatankuasa Disiplin beliau tak pernah 'meragam', dia tak pernah mengugut nak keluar parti, dia masih jaga kawasan dia di Teluk Kemang, saya cakap ini hebat punya manusia," katanya.

    Ishak juga memuji keberanian presiden parti yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak kerana membuat keputusan memilih Mohd Isa sebagai calon selaras dengan kehendak Umno bahagian dan kehendak akar umbi, biarpun ada beberapa pandangan yang bertentangan mengenai Mohd Isa.

    Ketua Umno Bahagian Seremban itu turut menegur beberapa setiausaha politik menteri yang beliau sifatkan sebagai kadang kalanya lebih 'besar kepala' daripada menteri sendiri sehingga menyukarkan pihak bawahan untuk berkomunikasi dengan menteri terbabit.

    Kepada Pemuda dan Puteri Umno, beliau menyarankan mereka menggunakan pendekatan yang lebih kreatif untuk mendekati golongan pelajar dan mendapatkan sokongan mereka kepada Umno dan BN
    Trade_on_STP_accounts-ENG_160x600

  2. The Best Spread 468x60ms

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts