Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60 The Best Spread 468x60ms

+ Reply to Thread
Results 1 to 1 of 1
  1. #1
    Banned
    Join Date
    Jan 2008
    Location
    masjidtanah,melaka-gemas,n9-rajachulan,KL-Kajang
    Posts
    2,920
    akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [16/10/2009] : MStar Online | Berita2 Semasa

    Status pembantu rumah perlu diklasifikasikan ikut gred

    KUALA LUMPUR: Wakil pergerakan Wanita Umno, Noraslina Zainal Abidin berkata isu pembantu rumah boleh diselesaikan jika kajian spesifik dilakukan.

    Ketua Wanita Umno Bahagian Sembrong mewakili sayapnya berpendapat pembantu rumah perlu mempunyai kelayakan.

    "Wanita mencadangkan agar pembantu rumah dijadikan satu profesion yang standard.

    "Wujudkan satu badan yang mengawal selia berterusan urusan pembantu rumah ini di bawah kerajaan dari soal memilih, melatih, menempatkan dan mengklasifikasikan status pembantu rumah iaitu gred A, B dan C atau sebagainya," katanya ketika menyampaikan usul ucapan dasar Presiden dalam Perhimpunan Agung Umno 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.

    Jelas mengenai cara mengklasifikasikan status pembantu rumah itu, dia memberikan contoh di mana gred A adalah pembantu rumah yang memiliki diploma atau sijil dalam profesion baru ini.

    "Selain mengurus hal ehwal rumah, membasuh, mengemas, memasak dan menjaga anak.

    "Pembantu rumah gred A juga mampu memberi tuisyen kepada anak-anak manakala gred B adalah pembantu rumah yang mampu melaksanakan kesemua tugasan pembantu rumah gred A tetapi tidak mampu memberi tuisyen.

    "Sementara Gred C adalah pembantu rumah yang tidak sepenuh masa. Ketiga-tiga gred pembantu rumah ini pula ditetapkan gaji minimum dan kenaikan-kenaikan yang wajar dan tertentu berdasarkan aspek-aspek peningkatan tertentu," tambahnya lagi.

    Selain itu, Wanita juga mencadangkan agar kerajaan mencari sumber modal subsidi baru dari industri tertentu negara.

    "Kita lihat sekarang bagaimana melalui Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM), cukai khas dapat diambil dari semua syarikat pengendali telekomunikasi 6 peratus setahun yang mengumpul dana terkumpul sehingga RM4 bilion dan digunakan untuk program Merapatkan Jurang Digital kawasan bandar dengan luar bandar.

    "Modus operandi yang sama juga boleh kita gunakan dari cukai industri-industri tertentu," tuturnya.
    The Best Spread 160x600ms

  2. TenkoFX Crypto

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts