Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60 The Best Spread 468x60ms

+ Reply to Thread
Results 1 to 6 of 6
  1. #1
    Banned
    Join Date
    Jan 2008
    Location
    masjidtanah,melaka-gemas,n9-rajachulan,KL-Kajang
    Posts
    2,920
    akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [16/10/2009] : Sinar Harian | Berita2 Semasa

    Kes TBH : Baki akaun tinggal RM3,611.36

    SHAH ALAM - Walaupun merancang untuk mengadakan majlis resepsi beberapa bulan sebelum maut, baki wang dalam dua akaun simpanan milik Setiausaha Politik Exco Selangor Teoh Beng Hock hanya berbaki RM3,611.36.

    Penyata: akaun yang dikemukakan wakil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa menunjukkan baki akaun Beng Hock pada tarikh 13 Julai lalu ialah sebanyak RM2,569.30 manakala satu lagi akaun berbaki RM1,042.06.

    :Berdasarkan penyata itu juga, didapati terdapat kemasukan tetap sebanyak RM1,865.85 setiap bulan bermula pada Jun 2008 sebelum ia menjadi RM2,167.85 pada April lalu.

    Abdul Razak mengemukakan penyata akaun itu semasa menyoal Ketua Unit Siasatan SPRM Selangor Pemangku Pesuruhjaya Hairul Ilham Hamzah pada prosiding inkues di sini, semalam.

    Tindakan mengemukakan penyata bank itu dibantah peguam Gobind Singh Deo yang mewakili keluarga Beng Hock.

    “Penyata kewangan seseorang adalah sangat sulit. Polis dan SPRM dibenarkan tetapi hanya untuk tujuan tertentu. Bagaimana ia relevan untuk menunjukkan fikiran seseorang?

    “Ia seperti mengatakan orang miskin terjun bangunan manakala orang kaya tidak,” katanya.

    Bagaimanapun, Abdul Razak menjelaskan perkara itu relevan bagi menjelaskan pendapatan bulanan Beng Hock, selain menyokong teori mendiang memerlukan wang untuk mengadakan majlis perkahwinan yang disifatkan terdesak.

    Isu masalah kewangan pernah dibangkitkan Abdul Razak semasa menyoal abang Beng Hock, Teoh Meng Kee, 33, dengan menyatakan mendiang mempunyai masalah bagi menyegerakan perkahwinan selepas tunangnya hamil.

    Sementara itu, Hairul Ilham yang dipanggil sebagai saksi inkues ke-27 mengakui reaksi pertamanya bila diberitahu mengenai penemuan mayat Beng Hock di tingkat lima, Plaza Masalam, di sini pada 16 Julai lalu sebagai blank (kosong).

    “Saya blank. Saya tidak tahu apa perlu dibuat,” katanya.

    Beliau juga tidak bersetuju dengan cadangan Gobind bahawa tindakannya tidak menghubungi Beng Hock meskipun menemui beg dan telefon bimbit mendiang di pejabat SPRM ialah disebabkan dia tahu apa yang berlaku.

    Hairul Ilham juga memberitahu, dia bersama Pegawai Penyiasat kes melibatkan Beng Hock, Mohd Anuar Ismail meronda sekitar pejabat SPRM untuk mencari Beng Hock selepas beg itu dijumpai.

    Prosiding inkues bersambung Jumaat ini.
    Professional_PAMM_Service-ENG_160x600

  2. #2
    Banned
    Join Date
    Jan 2008
    Location
    masjidtanah,melaka-gemas,n9-rajachulan,KL-Kajang
    Posts
    2,920
    akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    Masjid kedua gabung seni Beijing

    BANDARAYA MELAKA - Melaka akan menjadi negeri kedua memiliki masjid mualaf yang menggabungkan seni bina masjid di Beijing, China bakal dibina berhampiran Stadium Hang Jebat, Krubong, di sini.

    Masjid Cina diletakkan pengurusan Persatuan Tionghoa Muslim Melaka (Pertim) itu dijangka mula pembinaan awal tahun depan dan bakal siap dalam tempoh 18 bulan.

    Pengerusi Pertim, Mohd Mansor Yap Abdullah berkata, masjid dibina khusus untuk kemudahan golongan mualaf itu membabitkan kos pembinaan RM9 juta di kawasan seluas kira-kira 12 hektar.

    “Kita mengusulkan cadangan pembinaan masjid ini kepada Kerajaan Negeri kira-kira dua tahun lalu dan diluluskan perlaksanaannya pada pertengahan tahun ini,” katanya pada sidang akhbar di pejabat Pertim, Lorong Pandan di sini, semalam.

    Menurutnya, Melaka menjadi negeri kedua di Malaysia selepas Rantau Panjang, Kelantan memiliki masjid berkonsepkan seni bina ukiran Cina menampilkan ciri-ciri binaan pagoda dan khat masyarakat Tionghoa.

    :Katanya, antara tujuan utama pembinaan masjid terbabit ialah untuk menjadikannya sebagai pusat aktiviti untuk golongan mualaf dalam usaha Pertim melaksanakan usaha dakwah, selain untuk menyatakan penghargaan sumbangan budaya kaum Cina kepada Islam.

    “Ia juga bertujuan mewujudkan sebuah lagi produk pelancongan baru di negeri ini sejajar hasrat Melaka untuk menjadikan kawasan Krubong sebagai pusat sehenti bagi golongan mualaf.

    “Kita yakin dengan konsep dan ciri-ciri pembinaan masjid ini yang banyak diadaptasi dari beberapa masjid lama dalam daerah Beijing, ia mampu menarik kunjungan pelancong tempatan dan antarabangsa pada masa depan,” katanya.

    :Sementara itu katanya, pada masa ini pihaknya masih menunggu peruntukan Kerajaan Pusat bagi memulakan pembinaan masjid baru terbabit yang dilaksanakan oleh syarikat DMA Construction Sdn Bhd.

    Apabila siap kelak, masjid tersebut dilengkapi pelbagai kemudahan pintu gerbang, pejabat, bilik imam, bilik kuliah atau perpustakaan, dataran ruang solat dan menara azan.

    “Ruang solat dalam mampu memuatkan kira-kira 1,000 jemaah, manakala bahagian luar juga mampu menampung bilangan sama pada satu-satu masa,” katanya.

  3. #3
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    ALOR SETAR - Ketua Jurulatih Kedah, Mohd Azraai Khor Abdullah melepaskan jawatan yang disandangnya itu ekoran apa yang dikatakan baginya sebagai tanggungjawab.

    Katanya, surat perletakan jawatan beliau telah diserahkan kepada Ecco terbabit tengah hari tadi.

    "Tindakan saya tidak bersangkutan dengan desakan dari sesiapa namun ia merupakan keputusan saya dan saya tidak akan menyesal dengan tindakan ini.

    "Saya yakin bahawa ini merupakan tanggungjawab saya, dan meletak jawatan adalah keputusan terbaik," katnaya ketika ditemui Sinar Harian di kediamannya di sini, tadi
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  4. #4
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Nik Aziz akur silap strategi

    KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat tidak menolak kemungkinan faktor kesilapan strategi menyebabkan parti itu tewas dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, baru-baru ini.

    Dalam masa sama, Menteri Besar Kelantan itu berkata, Pas menghadapi kesukaran menembusi kawasan Bagan Pinang yang masyarakatnya masih lagi tidak terdedah dengan perjuangan parti tersebut.

    “Boleh jadi, (silap strategi) orang Negeri Sembilan tidak biasa dengan Pas. Contohnya, rumah yang saya pergi tidak tahu apa itu Pas, yang dia kenal Pas ini ganas,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK 2009) Peringkat Negeri Kelantan, di sini semalam.

    Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Abd Fatah Harun yang mendakwa faktor kekalahan parti itu di Bagan Pinang adalah disebabkan kesilapan strategi khususnya penceramah Pas yang banyak menggunakan pendekatan menyerang berbanding penerangan.

    Sehubungan itu, Nik Aziz berkata, adalah perkara yang sukar untuk petugas Pas menjalankan kempen lebih-lebih lagi terdapat banyak unsur ugutan yang berlaku sepanjang pilihan raya tersebut dijalankan.

    “Orang Negeri Sembilan masih ketinggalan dengan Pas. Oleh itu, bila kita berkempen, sudah la benda baru, bila datang ugutan (dari Barisan Nasional) makin mereka tidak mahu,” katanya.

    Nik Aziz berkata, konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pentadbiran beliau akhirnya akan ditentang kalangan ahli UMNO sendiri.

    Malah, menurutnya, konsep tersebut akan ditolak masyarakat pelbagai kaum di negara ini kerana ia diperkenalkan individu yang berada dalam sebuah parti Melayu.

    “Bagi saya, 1Malaysia tidak boleh. Teori ini keluar daripada Presiden UMNO. Dia sendiri parti Melayu, kalau dia kata ‘united Muslim’ lain. Tetapi bila dia sebut ‘united Melayu’, kenapa Cina nak terima Melayu, mereka mempunyai bahasa dan tulisan sendiri.

    “Malah, mereka mempunyai sejarah yang jauh lebih hebat dari Melayu. Adakah mereka perlu turun ke bawah? Melayu masih di bawah, ekonomi di bawah, kesihatan di bawah. Jadi adakah mereka akan ikut?" katanya.

    Dalam perkembangan lain, Nik Aziz mengakui bahawa terdapat banyak infrastruktur di Negeri Kelantan menamakan bangunan mereka dengan menggunakan istilah bahasa Inggeris.

    “Oleh itu, saya minta kaji semula supaya Bahasa Melayu dipopularkan. Tanda jalan, nama hotel semua sekali. Di Kelantan saya tidak tersedar kerana suasana dan keadaan menyebabkan saya sebagai pemimpin hanyut,” katanya.
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  5. #5
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Murugiah saman Kayveas RM10 juta

    KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T Murugiah semalam, memfailkan saman fitnah dengan menuntut ganti rugi sebanyak RM10 juta terhadap Presiden Parti :Progresif Penduduk (PPP), Datuk M Kayveas.

    :Saman itu adalah berhubung kenyataan media oleh Kayveas dan disiarkan beberapa media cetak dan elektronik yang didakwa Murugiah palsu dan berniat jahat.

    :Ia difailkan oleh peguam Murugiah, Francis Pereira di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, pada jam 2.30 petang.

    :Murugiah, yang bertindak sebagai plaintif, dan menamakan Kayveas sebagai :defendan bagaimanapun tidak hadir sama di mahkamah bagi pemfailan saman itu.

    alam pernyataan tuntutannya, Murugiah mendakwa Kayveas telah beberapa kali membuat kenyataan palsu yang berniat jahat terhadapnya dalam beberapa sidang akhbar dan mengetahui bahawa kenyataan itu akan disiarkan dalam media cetak serta elektronik.

    Murugiah, yang juga bekas ahli Majlis Tertinggi PPP, mendakwa pernyataan berkenaan diterbitkan oleh akhbar Berita Harian, The Star dan The New Sunday Times pada 10 Mei lalu, The New Straits Times Online pada 11 Mei serta di TV3 pada 9 Mei lalu melalui satu temu ramah.

    “Penerbitan media yang dibuat adalah daripada kenyataan asal defendan yang mendapat kebenaran daripadanya (Kayveas) untuk diterbitkan dan dalam keadaan ini beliau bertanggungjawab terhadap semua penerbitan itu.

    “Pernyataan yang dituturkan itu adalah jelas memfitnah yang bermaksud hendak merendahkan saya yang memegang jawatan sebagai senator, timbalan menteri dan ahli Majlis Tertinggi PPP.

    “Akibat daripada itu, ia telah mencemarkan nama baik saya dan membawa saya kepada satu penghinaan dan menjejaskan reputasi saya,” katanya.

    Sehubungan itu, selain memohon ganti rugi am sebanyak RM10 juta, Murugiah juga memohon ganti rugi teruk atau teladan, kos lain dan injunksi untuk menghalang fitnah seumpama diterbitkan lagi. - Bernama
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  6. #6
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Tunaikan janji sebelum terlambat

    PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan parti komponen Barisan Nasional (BN) mengotakan janji mereka membuat pembaharuan dalam parti masing-masing demi keutuhan gabungan itu.

    Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, parti komponen yang menghadapi kemelut kepimpinan wajib secepat mungkin menangani keadaan sebelum terlambat untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

    “Peluangnya ada, masa pun ada, tapi jangan melengah-lengahkan penyelesaian masalah dalaman sehinggakan nanti sudah di ambang pilihan raya, dah terlambat untuk memperbetulkan keadaan,” katanya.

    Najib yang mahu melihat setiap parti komponen BN menjadi stabil dan kuat supaya mereka dapat menyumbang kepada kejayaan BN, berkata, sebarang masalah terutama kemelut kepimpinan yang serius boleh menjejaskan persepsi rakyat terhadap BN walaupun ia hanya berlaku dalam satu parti komponen.

    “Sebab itulah saya sarankan, cuba selesaikan secepat mungkin krisis atau kemelut dalam parti masing-masing,” katanya.

    Najib berkata, selaku Pengerusi BN, pintunya sentiasa terbuka kepada mana-mana pihak mendapat pandangan dan nasihat.

    Ditanya perubahan fundamental yang harus dilakukan oleh parti komponen berkenaan, Najib berkata: “Mereka mesti membuat pembaharuan. Itu yang mereka janjikan.

    “Semua parti menjanjikan bahawa mereka akan melakukan pembaharuan. Jadi mereka mesti kotakan apa yang mereka telah katakan atau tunaikan apa yang mereka janji.”

    Katanya, walapun ada tanda proses pembaharuan itu dilaksanakan, ia dianggap masih berjalan dan belum sampai peringkat mantap.

    “Proses ini belum boleh dianggap sudah selesai. Jadi apa yang mereka janjikan tu, mereka patut teruskan seperti mana saya pernah kata dalam satu majlis bahawa apa gunanya jawatan dalam parti kalau kita tidak dapat sokongan daripada rakyat,” katanya.

    Ditanya sama ada parti-parti komponen berkenaan patut diberi tempoh untuk melaksanakan perubahan itu, Najib berkata: “Mereka sepatutnya tahu”.

    Najib berkata, walaupun pada dasarnya prinsip formula perkongsian kuasa dalam BN akan diteruskan, BN perlu menampilkan calon yang mampu menang pilihan raya.

    Ditanya sama ada kuota calon bertanding pada pilihan raya akan diubah jika ada parti komponen masih tidak berubah, Perdana Menteri berkata, perkara itu perlu dibincangkan terlebih dulu.

    “Itu tanggungjawab saya sebagai pengerusi Barisan Nasional. Saya tetap menghormati proses dalam Barisan Nasional. Di samping itu, saya minta kita juga membuat penilaian yang realistik atas kemampuan masing-masing.

    “Kerana yang penting, kita tidak hendak korbankan mana-mana kerusi. Kita mesti letakkan calon-calon yang boleh menang. Jadi kalau dia nak menang, dia buat kerja dia dari sekarang,” katanya.

    BN mempunyai tugas untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan bagi meraih kemenangan meyakinkan pada pilihan raya umum akan datang berbanding keputusan pilihan raya lepas pada 2008.

    Najib tidak menolak kemungkinan dengan konsep 1Malaysia, BN, satu hari nanti akan menjadi satu parti tanpa komponen seperti UMNO, MCA atau MIC, tetapi beliau menegaskan belum tiba masanya.

    “Apa-apa boleh berlaku tetapi rakyat dan masyarakat kita mesti bersedia," katanya. - Bernama

    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  7. TenkoFX Crypto

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts