Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

TenkoFX Crypto The Best Spread 468x60ms

+ Reply to Thread
Page 1 of 2 1 2 LastLast
Results 1 to 10 of 19
  1. #1
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [16/10/2009] : HARIAN METRO | Berita2 Semasa

    Polis bunuh 2 pengganas, 2 lagi diberkas

    JAKARTA: Pasukan anti pengganas membunuh dua anggota dipercayai dari kumpulan militan dan memberkas dua rakan mereka dalam serbuan di sebuah lokasi persembunyian mereka.

    Menurut jurucakap polis, kumpulan terbabit juga dipercayai terbabit dengan pengeboman berani mati pada 17 Julai lalu.

    "Pihak polis terus memburu ekstimis Islami, Syaifudin Zuhri Jaelani yang didakwa melatih dua pengebom berani mati yang mengebom hotel Marriott dan Ritz-Carlton di Jakarta, Julai lalu hingga mengakibatkan tujuh terbunuh," katanya. - AFP
    Trade_on_STP_accounts-ENG_160x600
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  2. #2
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Usah fitnah Mama
    Oleh Sarah Zulkifli
    [email protected]

    KUALA LUMPUR: “Jangan fitnah saya. Saya ni bukanlah sejahil dan sesesat itu.” Demikianlah reaksi tegas pelakon veteran, Norlia Ghani, 61, sambil beristighfar dan menafikan dia artis veteran yang dikaitkan sebagai pengikut ajaran sesat Haji Kahar.

    Dia yang dihubungi semalam terkejut apabila diminta mengulas laporan muka depan Harian Metro mengenai tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sedang memburu seorang pelakon wanita veteran yang dipercayai bersekongkol dengan ajaran sesat dibawa Abdul Kahar Ahmad yang mengaku dirinya ‘Rasul Melayu’.

    Norlia yang lebih mesra dengan panggilan Mama, berulang kali menafikan pernah menganggotai kumpulan ajaran sesat berkenaan, tapi mengakui mengenali Abdul Kahar.

    Menurutnya, dia mengenali Abdul Kahar puluhan tahun lalu ketika sama-sama menjalani penggambaran sebuah drama, namun tidak pernah menghubungi lelaki terbabit sejak penggambaran selesai.





    “Saya pun tak ingat bila kami menjalani penggambaran terbabit, namun ketika itu Haji Kahar hanya berlakon sebagai pelakon tambahan.

    “Selepas itu, saya tak pernah berjumpa dengannya lagi hinggalah berita dia ditahan terpampang di akhbar,” katanya yang menolak khabar angin mengaitkannya dengan ajaran sesat itu.

    Menurutnya, dia berlakon hanya kerana mahu mencari rezeki halal untuk menampung kehidupan serta pegangan agamanya tetap utuh dan tidak pernah menjadi pengikut kumpulan ajaran sesat Haji Kahar.

    “Saya sedih dituduh sebegini kerana walaupun saya artis, itu tidak bermakna saya tidak mempunyai pegangan agama langsung.

    “Apabila masuk soal agama, ia tidak boleh dipandang remeh begitu saja dan ia membuatkan saya berasa amat terkilan,” katanya yang pernah mengerjakan umrah sebelum ini.

    Malah, Norlia berharap orang ramai tidak cuba mengeruhkan lagi keadaan, lebih-lebih lagi dia kini bersedih berikutan kematian anak lelakinya, Edi Rizal Ramli, 32, baru-baru ini.

    “Tolonglah jangan menambahkan lagi keadaan saya yang memang sugul dan sedih kerana kehilangan anak lelaki yang juga menjadi tragedi besar buat keluarga.

    “Kini, dengan tohmahan kononnya saya pengikut Haji Kahar menambahkan lagi rasa sedih saya,” katanya.

    Norlia berharap penjelasan ini dapat menjernihkan keadaan dan pihak lain tidak memandang serong terhadapnya.

    Harian Metro semalam melaporkan seorang artis veteran wanita diintip dan menjadi sasaran pihak berkuasa selepas dia bersama adiknya dipercayai menjadi ‘tali barut’ menyebarkan doktrin dan ajaran sesat Haji Kahar, sejak beberapa tahun lalu.

    Malah, artis itu menggunakan popularitinya sebagai pelakon veteran bagi mempopularkan ajaran sesat, terutama di kalangan saudara-mara terdekat serta rakan artis yang rapat dengannya.

    Bukan itu saja, artis veteran terbabit memperoleh ‘ilmu’ berkenaan daripada saudara lelakinya yang juga seorang daripada lebih 50 pengikut tegar ajaran sesat Haji Kahar yang sedang diburu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk dipulihkan akidah.

    Perkara itu didedahkan Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Strategik, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shahrom Maarop, selepas mendapat maklumat terkini daripada jiran kepada adik artis terbabit.

    Sebelum ini, Harian Metro turut menyiarkan pengakuan seorang penyanyi lelaki irama reggae 80-an yang mendakwa menjadi pengikut ajaran sesat itu kerana yakin dengan ajaran Haji Kahar.
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  3. #3
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Saham Media Prima, NSTP digantung



    KUALA LUMPUR: Dagangan saham Media Prima Bhd dan The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) di Bursa Malaysia digantung hari ini.

    Ketika memaklumkan Bursa Malaysia, Media Prima berkata syarikat akan membuat pengumuman penting mengenai proses korporat membabitkan Media Prima dan NSTP.

    NSTP adalah syarikat sekutu Media Prima dengan pegangan 43.29 peratus.

    Permohonan penggantungan berkenaan dibenarkan bursa saham itu.

    Wujud laporan yang menyatakan Media Prima berminat menjadikan NSTP persendirian.

    Media Prima ditutup tidak berubah pada dagangan semalam pada RM1.77 manakala NSTP turun lima sen kepada RM2.46. - Bernama

  4. #4
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Ramai wanita Indonesia mahu jadi amah



    PETALING JAYA: “Ratusan wanita Indonesia sanggup bekerja di Malaysia sebagai pembantu rumah kerana mereka mendengar banyak perkara baik mengenainya daripada rakan dan saudara yang bekerja di sini,” kata anggota kanan sebuah kesatuan sekerja Indonesia.

    Bendahari Agung Persekutuan Kesatuan Sekerja Indonesia (CITU), Aishah Teisir Abdat, berkata bagaimanapun amat sukar bagi mereka untuk datang ke Malaysia secara sah disebabkan masalah ‘birokrasi’ di Indonesia.

    “Wanita berkenaan perlu melalui tujuh agensi atau pihak berkuasa, bermula ketua kampung sehingga ke daerah dan pegawai bahagian serta ejen sehingga ke peringkat pusat sebelum mereka mendapat kelulusan,” katanya dalam temubual di luar Persidangan Serantau Persekutuan Kesatuan Sekerja Antarabangsa (Asia Pasifik) mengenai pekerja domestik di sini, semalam.

    Beliau berkata oleh kerana amat sukar dan mahal untuk mendapat kelulusan secara rasmi, ramai wanita cuba merebut peluang untuk memasuki Malaysia secara tidak sah untuk bekerja sebagai pembantu rumah.

    “Disebabkan status mereka sebagai pekerja tanpa izin, mereka terdedah kepada penganiayaan yang dilakukan majikan yang tidak bertanggungjawab,” tambahnya.

    Beliau berkata masalah pembantu rumah yang dianiaya adalah ‘fenomena biasa’ di semua negara di seluruh dunia disebabkan bentuk pekerjaan itu sendiri.

    “Jadi adalah salah untuk mengatakan penganiayaan terhadap pembantu rumah hanya berlaku di Malaysia,” tambahnya. — Bernama

  5. #5
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Raja Petra takut berdepan undang-undang



    SHAH ALAM: “Raja Petra (Kamarudin) lari kerana tidak berani berdepan dengan tindakan undang-undang dan polis tidak sepatutnya dipersalahkan,” kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan ketika mengulas berhubung tindakan sesetengah pihak termasuk penulis blog dan laman berita portal yang mengkritik Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana didakwa gagal menahan Raja Petra.

    Beliau yang ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri dan Deepavali anjuran Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, semalam diminta mengulas kritikan penulis blog dan laman berita portal yang mempertikaikan kredibiliti polis kerana gagal mengesan dan menangkap penulis blog Malaysia Today itu.

    Musa berkata, Raja Petra sepatutnya perlu berani berdepan dengan undang-undang serta bertanggungjawab sekiranya percaya artikel yang ditulisnya benar.

    “Jika dia larikan diri, maknanya dia tahu dia buat perkara tak betul. Jika dia larikan diri, bukanlah kelemahan polis.

    “Kenapa lari kalau berani dan percaya apa yang ditulis benar, datanglah sini (mahkamah). Kita ada undang-undang biar dia jawab di mahkamah,” katanya di sini, semalam.

    Sehingga kini, Raja Petra gagal dikesan walaupun pelbagai usaha dilakukan polis menyebabkan waran tangkap gagal diserahkan kepadanya.

    Berdasarkan pemeriksaan rekod Jabatan Imigresen, Raja Petra, 59, tidak pernah meninggalkan negara ini.

    Raja Petra mengaku tidak bersalah atas tuduhan menerbitkan artikel berbaur hasutan bertajuk Let’s Send the Altantuya Murderers to Hell dalam blog www.malaysia-today.net pada 25 April 2008.

  6. #6
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Budak maut jatuh tebing

    Oleh Rudy Syareme Sheriffudin
    [email protected]
    BAYAN LEPAS: "Hancur luluh hati saya apabila arwah pergi terlalu cepat apalagi dia bagaikan penghibur keluarga dengan gelagatnya yang aktif dan periang.

    "Dia juga anak yang baik kerana tidak pernah menimbulkan sebarang masalah kepada keluarga," kata abang sulung Allahyarham Danial Arif Mat Tahar, 7, yang maut selepas tergelincir dari tebing setinggi enam meter ketika bermain dengan rakan-rakannya.

    Mohd Shah Firul Mat Tahar, 19, seorang kakitangan sebuah hotel di Bukit Jambul berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1.20 tengah hari tadi ketika adiknya dikatakan sedang bermain di tepi tebing berdekatan rumahnya di Pangsapuri Saujana Height, di Jalan Teluk Kumbar di sini.

    Beliau berkata, ketika kejadian dia berada di tempat kerja sebelum dimaklumkan oleh adik kelima, Mohd Saufi, 15, mengenai kematian Danial.

    Katanya, setibanya di tempat kejadian dia bergegas untuk melihat mayat adiknya yang berlumuran darah dan ketika itu anggota polis sudah tiba untuk membawa jenazah ke Hospital Balik Pulau (HBP) untuk bedah siasat sebelum dituntut untuk urusan pengebumian.

    "Ketika kejadian, ayah dan ibu tidak ada di rumah kerana masing-masing sedang bekerja," katanya ketika ditemui di HBP, di sini, semalam.

    Danial, murid Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas adalah anak kesembilan daripada 11 beradik bagi pasangan Mat Tahar Pardin, 45 dan Hazlina Abdul Halim, 37.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Mohd Zain ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian.

    Beliau berkata, mangsa dikatakan sedang bermain di tepi tebing berhampiran rumahnya sebelum dipercayai tergelincir dan terjatuh dari aras ketinggian enam meter dari tempat kejadian dan mangsa meninggal dunia serta merta akibat kecederaan parah di seluruh badan.

    Katanya, siasatan awal mendapati arwah meninggal dunia akibat terjatuh dari tempat tinggi dan kes diklasfikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

  7. #7
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    JLKN panggil 20,000 peserta tamat tempoh penangguhan



    BALIK PULAU: Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan memanggil 20,000 pelatih yang sudah tamat tempoh penangguhan mereka tahun ini bagi mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) siri tujuh tahun 2010.

    Ketua Pengarah JLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, berkata mereka adalah
    pelatih yang memohon menangguhkan sesi latihan bermula 2004 kerana melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

    "Selain pelatih yang tamat tempoh penangguhan JLKN juga akan memanggil
    kesemua 6,800 pelatih sejak 2004 yang didapati engkar arahan untuk mengikuti siri latihan," katanya kepada pemberita selepas sambutan Aidilfitri di Kem White Resort di sini hari ini.

    Abdul Hadi berkata, seramai 140,000 pelatih akan mengikuti tiga sesi latihan
    bermula Januari 2010 di semua 83 kem latihan seluruh Malaysia.

    - Bernama

  8. #8
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Tujuh rumah musnah dalam kebakaran



    IPOH: Lima sekeluarga daripada tujuh buah rumah tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Jalan Pasar Lama, Bagan Serai, 120 kilometer dari sini, awal hari ini.

    Pegawai Bomba Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Bagan Serai, Mohamad Rizan Adarusi berkata, kebakaran berlaku pada jam 1.32 pagi, bagaimanapun semua penghuni terbabit berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan.

    Punca kejadian belum diketahui dan masih disiasat, tetapi anggaran kerugian
    berjumlah RM400,000, katanya ketika dihubungi hari ini.

    Katanya tujuh rumah diperbuat daripada kayu, dua daripadanya kosong,
    musnah 90 peratus ketika anggota bomba sampai ke tempat kejadian.

    "Membabitkan 40 anggota bomba dan sukarela dengan tiga jentera berjaya
    memadamkan kebakaran itu sehingga pukul 4 pagi ini, katanya.-Bernama

  9. #9
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Geng samun kereta mewah mati ditembak



    KUALA LUMPUR: Seorang anggota geng curi kereta mewah, yang cuba melarikan diri daripada kepungan polis, ditembak mati selepas berbalas tembakan di Jalan Persiaran Barat, di belakang sebuah hotel, dekat sini, tengah malam tadi.

    Chen Khein Hou, 30, yang turut mempunyai enam rekod jenayah membabitkan kes samun dan dadah, mati di tempat kejadian selepas polis terpaksa menembaknya kerana bertindak agresif terhadap polis.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Hasnan Hassan, berkata polis membuat pemantauan terhadap lelaki itu sejak 2 petang setelah menemui pelbagai kenderaan mewah dipercayai hasil samun yang disorokkan di kawasan kondominium di Taman Desa.

    "Kira-kira jam 12.30 tengah malam, dia dikesan memandu sebuah kereta Toyota Camry berwarna putih di hadapan sebuah restoran berdekatan menara itu tetapi bertindak melanggar kenderaan polis selepas menyedari kehadiran pihak polis," katanya ketika dihubungi hari ini.

    Beliau berkata, polis kemudian terpaksa melepaskan tembakan ke arah keretanya tetapi dia bertindak memecut dan melarikan diri ke arah Petaling Jaya.

    "Polis kemudian mengejar kereta suspek hingga ke jalan Persiaran Barat,
    di belakang hotel PJ Hilton sebelum suspek terbabas dan polis mengepung kereta suspek.

    "Suspek yang tidak dapat melarikan diri, tiba-tiba melepaskan dua das
    tembakan yang mengenai pintu hadapan sebelah penumpang kereta waja polis. Polis terpaksa membalas tembakan dan suspek mati di tempat kejadian," katanya.

    Beliau berkata, hasil pemeriksaan di dalam kereta suspek, polis menemui
    empat rantai kunci kereta, tiga bekas kecil mengandungi dadah jenis syabu dan sepucuk Revolver.38 yang digunakan suspek.

    Hasnan berkata, dalam pemeriksaan selanjutnya di kondominium itu, polis
    menemui sebuah kenderaan Mercedes Benz, sebuah kereta Toyota Alphard dan sebuah kereta Toyota Camry yang dilaporkan hilang.

    "Polis sedang memburu saki baki ahli kumpulan itu," katanya.-Bernama

  10. #10
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Mayat lelaki terdampar di Sungai Klang



    KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki ditemui terdampar di atas pasir di Sungai Klang berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR), Kampung Limau, Pantai Dalam di sini hari ini.

    Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, berkata mayat lelaki itu dijumpai oleh seorang tukang sapu yang kebetulan membersihkan sampah di kawasan terbabit pukul 11.10 pagi tadi.

    "Mayat berkenaan berpakaian lengkap dengan baju kemeja-t dan seluar jeans.

    Bagaimanapun, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada badannya," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

    Beliau berkata, siasatan awal mendapati lelaki itu mati dalam tempoh kurang
    daripada 48 jam.

    "Kita tidak dapat mengenal pasti umur atau tanda-tanda pengenalan
    diri mangsa, tetapi berdasarkan warna kulit kita percaya lelaki ini adalah warga Indonesia.

    "Terdapat juga luka kecil pada kepala mangsa, namun kita tidak dapat
    pastikan lagi sama ada ia luka akibat perbuatan jenayah atau sebaliknya," kata Wan Abdul Bari.

    Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya
    (PPUM) untuk bedah siasat.

    Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Ibu pejabat Polis Daerah Brickfields di talian 03-22744465 atau mana-mana balai polis berhampiran. -Bernama


  11. Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts