Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

TenkoFX Crypto Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

+ Reply to Thread
Page 1 of 4 1 2 3 ... LastLast
Results 1 to 10 of 38
  1. #1
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [16/10/2009] : BERITA HARIAN | Berita2 Semasa

    Polis jelaskan anak ahli politik hanya saksi

    KUALA LUMPUR: Anak seorang ahli politik negara yang dipanggil memberi keterangan berhubung satu kes curi barangan kemas bernilai RM25,000 baru-baru ini hanya tampil sebagai saksi bagi membantu siasatan, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bandaraya, Datuk Ku Chin Wah.

    Beliau berkata, remaja perempuan berumur 18 tahun itu dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras beberapa hari lalu dan siasatan mendapati beliau tidak terbabit dalam kes curi itu.

    "Dia hanya jadi saksi bagi membantu siasatan kepada kes curi yang membabitkann dua rakan kolejnya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini hari ini.

    Beliau mengulas laporan sebuah akhbar tabloid berbahasa Inggeris yang mendakwa anak perempuan seorang ahli politik bersama dua rakannya ditahan kerana terbabit dalam kes curi barangan kemas bernilai RM25,000 sebelum menjualnya di sebuah kedai emas.

    Ku berkata kes curi itu berlaku pada bulan lepas di sekitar Cheras dan anak ahli politik tersebut dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan.

    Katanya, polis akan menjalankan siasatan seperti biasa dan ia tidak akan mempengaruhi siasatan walaupun bapanya seorang ahli politik.

    "Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan," katanya.

    Sementara itu, merujuk kepada kejadian tetak anggota polis oleh seorang lelaki tidak dikenali di kawasan letak kereta di Hospital Kuala Lumpur (HKL) Selasa lepas Ku berkata, konstable itu masih berada di hospital dan keadaannya stabil.

    "Kami belum ambil keterangan daripada dia dan kes ini akan disiasat dari pelbagai sudut termasuk tidak menolak kemungkinan membabitkan kejadian samun atau dendam," katanya. - Bernama
    The Best Spread 160x600ms
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  2. #2
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Liow ikrar satu padu akar umbi MCA

    KUALA LUMPUR: Datuk Seri Liow Tiong Lai yang dipilih sebagai Timbalan Presiden MCA baru pada mesyuarat Jawatankuasa Pusat (CC) petang tadi berikrar untuk menyatupadukan akar umbi bagi menguatkan kembali parti.

    Liow yang juga Menteri Kesihatan berkata, pemilihan beliau hari ini dilakukan mengikut Perkara 23 dan 40 seperti termaktub di bawah Perlembagaan MCA.

    "Saya mengucapkan terima kasih kepada CC MCA kerana memilih saya dan juga terima kasih kepada Datuk Seri Kong Cho Ha kerana memberi laluan kepada saya untuk menjawat jawatan Timbalan Presiden MCA," katanya pada sidang media di sini sebentar tadi.
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  3. #3
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    7 pindaan lulus sebulat suara



    KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Khas Umno semalam sebulat suara meluluskan tujuh pindaan perlembagaan parti, antaranya mengubah kaedah pemilihan jawatan supaya lebih terbuka dan tanpa kuota bagi menjadikan Umno lebih telus, inklusif dan demokratik.

    Tujuh usul pindaan itu diluluskan kurang setengah jam selepas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, membentangkannya untuk dibahaskan perwakilan.

    Ketika Hishammuddin membacakan tujuh cadangan pindaan itu satu persatu, 2,539 perwakilan secara spontan menyahut 'setuju' dan Pengerusi Tetap, Datuk Paduka Badrudin Amiruldin kemudian mengumumkan pindaan berkenaan diluluskan.


    Bagaimanapun, empat perwakilan bangun untuk membahaskan dan memberi pandangan berhubung pindaan mengenai cadangan yuran keahlian seumur hidup sebanyak RM2.

    Pada sidang media selepas itu, Hishammuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Pindaan Perlembagaan Umno, berkata pindaan yang diluluskan sebulat suara dalam masa yang singkat memberi petanda ahli bersedia ke arah perubahan.

  4. #4
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    'Saya intai Presiden, Timbalan naik kereta'






    KETUA Umno Bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail, semalam menggamatkan persidangan dengan pelbagai kisah lucu serta jenaka sehingga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama ahli Majlis Tertinggi parti tidak kering gusi mendengar telatahnya.

    Antaranya ialah cerita beliau gemar mengintai Presiden dan Timbalan Presiden memegang tangan isteri apabila berada dalam kereta.

    Katanya, beliau hairan bila Najib dan Muhyiddin bermesra dengan isteri masing-masing kerana terlalu sibuk bertugas untuk parti dan negara sehingga mendorongnya untuk memastikannya.


    "Saya selalu intai mereka ketika menaiki kereta. Ketika orang lain sibuk bersalaman untuk membodek, saya intai dalam kereta. Rupanya, Najib dan Muhyiddin berpegangan tangan dalam kereta tanda mesra," katanya.

    Selain itu, beliau mengimbau kenangan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pernah meminjam RM20 daripadanya ketika zaman persekolahan di Ipoh.

    Beliau juga menyamakan kecantikan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dengan pelakon Bollywood, Aishwarya Rai, tetapi tiada perwakilan pergerakan itu boleh menandingi kecantikan isterinya.

  5. #5
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Perhimpunan Agung Umno bersambung



    KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno hari ini menyambung semula perbahasan usul Ucapan Dasar Presiden dengan menampilkan beberapa lagi wakil negeri sebagai pembahas sebelum barisan pucuk pimpinan parti menjawab hujah dibangkitkan, pada sesi penggulungan sebelah petang ini.

    Menyambung perbahasan pada perhimpunan agung yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pagi ini ialah wakil Perlis dan beliau akan diikuti tujuh pembahas lain iaitu dari Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor, Wilayah Persekutuan, Kelantan dan Kedah.

    Perhimpunan agung itu akan ditangguhkan pada tengah hari untuk solat Jumaat sebelum disambung semula sebelah petang.


    Persidangan kali ini mencatatkan sejarah tersendiri apabila satu Perhimpunan Agung Khas Umno bagi meminda perlembagaan parti diadakan dalam satu perhimpunan agung yang sama.

    Perhimpunan agung khas itu semalam meluluskan tujuh pindaan terhadap Perlembagaan Umno bagi menjadikan parti itu lebih telus, inklusif dan demokratik.

    Pindaan itu antara lainnya meluaskan bilangan perwakilan untuk pemilihan jawatan tertinggi parti dan jawatan peringkat bahagian, selain menghapuskan sistem kuota dalam pemilihan parti.

    Sejumlah 2,539 anggota perwakilan mengambil bahagian dalam perhimpunan agung parti itu kali ini. - Bernama

  6. #6
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    5 lelaki disabit rancang keganasan di Australia



    SYDNEY: Lima lelaki disabit kesalahan menyimpan perkakas membuat bom dan membeli bahan letupan sebagai rancangan untuk melakukan serangan keganasan di Australia.

    Juri berbincang selama sebulan sebelum mendapati lelaki berkenaan bersalah kerana merancang melakukan keganasan di tanah Australia. Mereka menghadapi hukuman penjara seumur hidup.

    Mereka ditahan dalam siri serbuan terhadap kediaman mereka pada 2005.


    Pendakwaraya, Richard Maidment, berkata semasa perbicaraan bahawa dalam serbuan itu dokumen cara membuat bom dan militan termasuk klip kapal terbang melanggar World Trade Center pada 11 September 2001, dan gambar pancung.

    Pihak pendakwa juga berkata lelaki berkenaan membeli bahan letupan dan senjata antara Julai 2004 dan November 2005. - AP

  7. #7
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Harga minyak Asia lonjak AS$78 setong



    SINGAPURA: Harga minyak di pasaran Asia melonjak AS$78 setong pada pembukaan harga pasaran hari ini berikutan sentimen data terbaru permintaan minyak mentah yang dikeluarkan kerajaan Amerika Syarikat.

    Kontrak hadapan utama New York bagi minyak mentah 'light sweet' bagi pembekalan November melonjak 45 sen kepada AS$78.04 setong.

    Minyak mentah pasaran Brent North Sea bagi pembekalan Disember meningkat 41 sen kepada AS$76.64 setong.


    Pasaran kedua-dua pasaran kontrak hadapan itu juga ditutup tinggi semalam dengan minyak mentah New York ditutup pada paras AS$77.58 setong, paras tertinggi sejak 14 Oktober, 2008 lalu. - AFP

  8. #8
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Umno Perlis cadang gagasan 1Melayu



    KUALA LUMPUR: Wakil Umno Perlis, Ahmad Bakri Ali mencadangkan penubuhan gagasan 1Melayu bagi memupuk kembali perpaduan orang Melayu yang berpecah berikutan keadaan politik semasa.

    Beliau berkata, keputusan pilihan raya umum Mac tahun lalu menunjukkan perpecahan dikalangan orang Melayu semakin serius.

    "Gagasan 1Melayu tidak pernah wujud berbanding orang Cina dan India yang mempunyai gagasan mereka sendiri. Inilah masalah orang Melayu yang asyik berkelahi.


    "Politik Melayu kini berpecah kepada empat bahagian, iaitu golongan nasionalis yakni Barisan Nasional (BN), golongan yang mendakwa Islamik kononnya iaitu Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan berkecuali," katanya ketika membahas ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno.

  9. #9
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Wakil Pulau Pinang cadang penubuhan Yayasan Umno



    KUALA LUMPUR: Umno diminta menubuhkan sebuah yayasan dikenali Yayasan Umno bagi memberi bantuan kewangan kepada ahlinya untuk tujuan pendidikan dan kesihatan.

    Semasa membahaskan usul Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini, wakil Pulau Pinang, Shabudin Yahaya berkata walaupun kini terdapat banyak yayasan di negara ini tetapi semuanya adalah atas nama individu atau kumpulan tertentu dan tidak beroperasi dengan nama Umno.

    "Kita mahu yayasan yang berjenama Umno supaya parti kita kekal relevan, barulah kewujudan Umno akan sampai ke bawah dan tetap diterima oleh rakyat.


    "Selama ini kita telah berkhidmat kepada orang yang susah dengan cukup baik, tetapi rupa-rupanya orang kita sendiri kita lupa. Sebab itu kita perlukan sebuah yayasan untuk membantu ahli-ahli Umno sendiri," katanya.

    Beliau berkata dengan cara itu, Umno dapat mengagihkan nikmat sampai ke bawah, dan secara tidak langsung akan menyentuh hati rakyat.

    Shabudin turut mencadangkan agar Umno mendekati ahli agama, dan jika sekiranya perlu, mewujudkan Dewan Ulama Umno bagi menjawab isu-isu tertentu.

    Pada masa ini, katanya, apabila timbul isu, agensi rasmi agama mengambil jalan selamat dan tidak menolong untuk menjawab.

    Beliau juga berharap Umno memanfaatkan sepenuhnya media alternatif yang ada dan meramaikan blogger bagi menangkis dan menghapuskan doktrin kebencian yang ditimbulkan oleh pembangkang terhadap Umno.

    Wakil Perlis Ahmad Bakri Ali berharap, Umno menjadikan program membasmi kemiskinan di negara ini sebagai agenda utamanya supaya parti itu terus dekat di hati rakyat.

    Beliau berkata kemiskinan kini masih menghantui orang Melayu dan Bumiputera khususnya di luar bandar.

    "Kemiskinan bukan masalah baru. Masyarakat miskin dan mundur bukan saja di desa, malah terdapat juga di bandar. Miskin dan mundur bukan saja diukur dari segi pendapatan rendah semata-mata tetapi kekurangan kemudahan asas di sesuatu kawasan itu," katanya.

    Ahmad Bakri berharap Bajet 2010 yang akan dibentang Jumaat depan dapat memberi tumpuan lebih kepada golongan yang memerlukan.

    Beliau mencadangkan agar peruntukan khas disediakan untuk negeri-negeri "miskin".

    Katanya bantuan daripada aspek kesihatan dan pendidikan kepada orang miskin perlu dititik beratkan.

    "Orang miskin kena diberi ikan dulu baru ajak pergi mengail. Perjuangan Umno tak akan selesai jika orang Melayu tak maju," katanya. - Bernama

  10. #10
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    JLKN panggil 20,000 peserta tamat tempoh penangguhan



    BALIK PULAU: Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan memanggil 20,000 pelatih yang telah tamat tempoh penangguhan mereka tahun ini bagi mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) siri tujuh tahun 2010.

    Ketua Pengarah JLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, berkata mereka adalah pelatih yang memohon menangguhkan sesi latihan bermula 2004 kerana melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

    "Selain pelatih yang tamat tempoh penangguhan JLKN juga akan memanggil kesemua 6,800 pelatih sejak 2004 yang didapati engkar arahan untuk mengikuti siri latihan," katanya kepada pemberita selepas sambutan Aidilfitri di Kem White Resort di sini hari ini.


    Abdul Hadi berkata, seramai 140,000 pelatih akan mengikuti tiga sesi latihan bermula Januari 2010 di kesemua 83 kem latihan seluruh Malaysia. - Bernama


  11. The Best Spread 468x60ms

 
+ Reply to Thread
Page 1 of 4 1 2 3 ... LastLast

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts