Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

The Best Spread 468x60ms TenkoFX Crypto

+ Reply to Thread
Page 1 of 4 1 2 3 ... LastLast
Results 1 to 10 of 38
  1. #1
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [16/10/2009] : UTUSAN | Berita2 Semasa

    “Datuk” ditahan polis Thailand kerana kes pecah amanah
    15/10/2009 11:40pm

    BANGKOK 15 Okt. — Seorang lelaki warga Malaysia, yang mendakwa dirinya bergelar “Datuk” dan bekerja dengan sebuah bank Cyprus, hari ini ditahan oleh polis Thai kerana menipu seorang ahli perniagaan terkemuka Thai membabitkan berjuta-juta baht.

    Timbalan Ketua Jabatan Penumpasan Jenayah Thailand, Pol.Col. Supisal Phakdeenarunat berkata, lelaki berusia 50 tahun dan rakannya, seorang warga Thai itu ditahan di sebuah hotel lima bintang di kawasan Silom di sini petang Khamis.

    Beliau berkata, Cherdchai Chearavaranont, seorang pemilik kelab golf di Chonburi dan adik lelaki pemilik CP Group, melaporkan kepada polis bahawa dia ditipu beberapa juta baht oleh kedua-dua lelaki terbabit.

    Lelaki warga Malaysia itu memberitahu Cherdchai bahawa dia boleh membantu mengaturkan pinjaman sehingga AS$150 juta.

    "Datuk itu memberitahu Cherdchai supaya membayar AS$225,000 sebagai yuran memproses pinjaman. Bagaimanapun apabila Cherdchai memeriksa dengan bank, dia dapati Datuk itu bukanlah kakitangan bank berkenaan,” katanya kepada media tempatan hari ini.

    Suspek warga Thai itu memberitahu polis bahawa dia bekerja sebagai ejen hartanah dan tampil untuk membantu Cherdchai kerana dia dimaklumkan bahawa Cherdchai memerlukan wang untuk menambahbaik padang golfnya.
    PAMM 120x600
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  2. #2
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Hampir seluruh Kuantan akan alami gangguan bekalan air Selasa depan


    KUANTAN 15 Okt. — Hampir seluruh kawasan di daerah Kuantan akan mengalami gangguan bekalan air mulai 7.30 pagi hingga 11.30 malam pada Selasa depan berikutan kerja-kerja pengalihan dan pengubahsuaian paip 1,600 milimeter (mm) untuk pembinaan jalan masuk ke Kota Sri Ahmad Shah dekat sini.

    Menurut kenyataan Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang, antara tempat yang terjejas ialah kawasan perindustrian dan perumahan Semambu; Politeknik Sultan Ahmad Shah; seluruh kawasan sepanjang Jalan Beserah; seluruh kawasan Alor Akar; Kubang Buaya dan Tembeling Resort.

    Turut terjejas, kawasan Indera Mahkota; Bukit Istana; Kampung Tiram; seluruh kawasan sepanjang Jalan Sungai Lembing; seluruh kawasan Bukit Rangin; Kampung Chendering; Permatang Badak; seluruh kawasan Sungai Isap; Taman Tas; kawasan sepanjang Jalan Gambang; Jaya Gading; Kem Batu 10; Penjara Penor dan sepanjang jalan Kuantan-Pekan. Sementara itu, beberapa kawasan akan mengalami tekanan air rendah termasuk Kampung Selamat, Baging, Aspa Cottage, Sungai Ular, Cherating dan Chendor. Mengikut kenyataan itu lagi, JBA Pahang akan menyediakan tempat-tempat mengambil air iaitu di Stadium Darul Makmur, Masjid Chenderawasih, Taman Bukit Setongkol, Loji Air Bukit Goh dan Rumah Pam Kem Infantari Batu 10. Bagi pengguna yang memerlukan pengambilan air kecemasan seperti kematian dan kenduri, mereka boleh menghubungi JBA Pahang di talian 09-5121199. -
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  3. #3
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Antasari dakwa dia diperangkap

    16/10/2009 2:29am

    JAKARTA 16 Okt. - Matan ketua Suruhanjaya Antirasuah paling berkuasa di Indonesia menuduh para pendakwa sengaja mereka-reka cerita beliau terlibat dalam kes pembunuhan.

    Antasari Azhar, 56, menghadapi tuduhan sebagai perancang utama pembunuhan pengarah syarikat farmaseutikal PT Putra Rajawali Banjaran, Nasarudin Zulkarnaen yang ditembak mati di padang golf di pinggir ibu kota Jakarta.

    Dia telah di tahan pada Mei, dua bulan selepas kejadian pembunuhan pada 15 Mac dan dipecat dari jawatannya serta merta setelah perbicaraan terbuka ke atasnya di mahkamah daerah Jakarta selatan minggu lalu. - AP

  4. #4
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    UNHRC sokong laporan jenayah perang Gaza.

    16/10/2009 2:29am

    GENEVA 16 Okt. - Pegawai tertinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam terus mempertahankan laporan tuduhan jenayah perang ke atas tentera Israel dan pejuang Palestin ketika perang di Gaza yang lalu.

    Navi Pallay memberi sokongan ke atas laporan yang dikemukakan oleh sekumpulan pakar yang diketuai hakim Richard Goldstone apabila Israel memberi amaran akan menjejaskan usaha pelan damai di Timur Tengah jika Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) meluluskan laporan tersebut.

    Pillay memberitahu 47 ahli majlis PBB yang dia telah menyokong cadangan laporan tersebut. - AP

  5. #5
    NG Ace
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    kelana jaya
    Posts
    7,884
    zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Quote Originally Posted by tennoajak View Post
    Hampir seluruh Kuantan akan alami gangguan bekalan air Selasa depan


    KUANTAN 15 Okt. — Hampir seluruh kawasan di daerah Kuantan akan mengalami gangguan bekalan air mulai 7.30 pagi hingga 11.30 malam pada Selasa depan berikutan kerja-kerja pengalihan dan pengubahsuaian paip 1,600 milimeter (mm) untuk pembinaan jalan masuk ke Kota Sri Ahmad Shah dekat sini.

    Menurut kenyataan Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang, antara tempat yang terjejas ialah kawasan perindustrian dan perumahan Semambu; Politeknik Sultan Ahmad Shah; seluruh kawasan sepanjang Jalan Beserah; seluruh kawasan Alor Akar; Kubang Buaya dan Tembeling Resort.

    Turut terjejas, kawasan Indera Mahkota; Bukit Istana; Kampung Tiram; seluruh kawasan sepanjang Jalan Sungai Lembing; seluruh kawasan Bukit Rangin; Kampung Chendering; Permatang Badak; seluruh kawasan Sungai Isap; Taman Tas; kawasan sepanjang Jalan Gambang; Jaya Gading; Kem Batu 10; Penjara Penor dan sepanjang jalan Kuantan-Pekan. Sementara itu, beberapa kawasan akan mengalami tekanan air rendah termasuk Kampung Selamat, Baging, Aspa Cottage, Sungai Ular, Cherating dan Chendor. Mengikut kenyataan itu lagi, JBA Pahang akan menyediakan tempat-tempat mengambil air iaitu di Stadium Darul Makmur, Masjid Chenderawasih, Taman Bukit Setongkol, Loji Air Bukit Goh dan Rumah Pam Kem Infantari Batu 10. Bagi pengguna yang memerlukan pengambilan air kecemasan seperti kematian dan kenduri, mereka boleh menghubungi JBA Pahang di talian 09-5121199. -
    nnti satu kuantan xmandi.........:011::011:

  6. #6
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Perhimpunan Agung Umno bersambung

    16/10/2009 10:24am

    KUALA LUMPUR 16 Okt -- Perhimpunan Agung Umno pada Jumaat menyambung semula perbahasan usul Ucapan Dasar Presiden dengan menampilkan beberapa lagi wakil negeri sebagai pembahas sebelum barisan pucuk pimpinan parti menjawab hujah-hujah dibangkitkan, pada sesi penggulungan sebelah petang.

    Menyambung perbahasan pada perhimpunan agung yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pagi ini ialah wakil Perlis dan beliau akan diikuti tujuh pembahas lain iaitu dari Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor, Wilayah Persekutuan, Kelantan dan Kedah.

    Perhimpunan agung itu akan ditangguhkan pada tengah hari untuk solat Jumaat sebelum disambung semula sebelah petang.

    Persidangan kali ini mencatatkan sejarah tersendiri apabila satu Perhimpunan Agung Khas Umno bagi meminda perlembagaan parti diadakan dalam satu perhimpunan agung yang sama.

    Perhimpunan agung khas itu semalam meluluskan tujuh pindaan terhadap Perlembagaan Umno bagi menjadikan parti itu lebih telus, inklusif dan demokratik.

    Pindaan itu antara lainnya meluaskan bilangan perwakilan untuk pemilihan jawatan tertinggi parti dan jawatan peringkat bahagian, selain menghapuskan sistem kuota dalam pemilihan parti.

    Sejumlah 2,539 anggota perwakilan mengambil bahagian dalam perhimpunan agung parti itu kali ini.

    -- BERNAMA

  7. #7
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Wakil Pulau Pinang cadang penubuhan Yayasan UMNO

    16/10/2009 11:43am

    KUALA LUMPUR 16 Okt — Umno diminta menubuhkan sebuah yayasan dikenali Yayasan Umno bagi memberi bantuan kewangan kepada anggotanya untuk tujuan pendidikan dan kesihatan.

    Semasa membahaskan usul Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno di sini hari ini, wakil Pulau Pinang Datuk Shabudin Yahaya berkata walaupun kini terdapat banyak yayasan di negara ini tetapi kesemuanya adalah atas nama individu atau kumpulan tertentu dan tidak beroperasi dengan nama Umno.

    “Kita mahu yayasan yang berjenama Umno supaya parti kita kekal relevan, barulah kewujudan Umno akan sampai ke bawah dan tetap diterima oleh rakyat.

    "Selama ini kita telah berkhidmat kepada orang yang susah dengan cukup baik, tetapi rupa-rupanya orang kita sendiri kita lupa. Sebab itu kita perlukan sebuah yayasan untuk membantu ahli-ahli Umno sendiri,”katanya.

    Beliau berkata dengan cara itu, Umno dapat mengagihkan nikmat sampai ke bawah, dan secara tidak langsung akan menyentuh hati rakyat.

    Shabudin turut mencadangkan agar Umno mendekati agamawan, dan jika sekiranya perlu, mewujudkan Dewan Ulama Umno bagi menjawab isu-isu tertentu.

    Pada masa ini, katanya, apabila timbul isu, agensi rasmi agama mengambil jalan selamat dan tidak menolong untuk menjawab. Beliau juga berharap Umno memanfaatkan sepenuhnya media alternatif yang ada dan meramaikan blogger bagi menangkis dan menghapuskan doktrin kebencian yang ditimbulkan oleh pembangkang terhadap Umno.

    Wakil Perlis Ahmad Bakri Ali berharap Umno menjadikan program membasmi kemiskinan di negara ini sebagai agenda utamanya supaya parti itu terus dekat di hati rakyat.

    Beliau berkata kemiskinan kini masih menghantui orang Melayu dan bumiputera khususnya di luar bandar.

    "Kemiskinan bukan masalah baru. Masyarakat miskin dan mundur bukan saja di desa, malah terdapat juga di bandar. Miskin dan mundur bukan saja diukur dari segi pendapatan rendah semata-mata tetapi kekurangan kemudahan asas di sesuatu kawasan itu,” kata.

    Ahmad Bakri berharap Bajet 2010 yang akan dibentang Jumaat depan dapat memberi tumpuan lebih kepada golongan yang memerlukan.

    Beliau mencadangkan agar peruntukan khas disediakan untuk negeri-negeri

    “miskin”. Katanya bantuan daripada aspek kesihatan dan pendidikan kepada orang miskin perlu dititik beratkan.

    "Orang miskin kena diberi ikan dulu baru ajak pergi mengail. Perjuangan Umno tak akan selesai jika orang Melayu tak maju,” katanya.

    — BERNAMA

  8. #8
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Pejabat Pilihan Raya Perak pamer nama pendaftar

    16/10/2009 12:17pm

    IPOH 16 Okt — Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak akan mempamerkan nama-nama mereka yang telah mendaftar sebagai pemilih baru dan pertukaran alamat tempat mengundi bermula dari 1 Julai 2009 hingga 30 September 2009.

    Timbalan Pengarah Pilihan Raya Negeri Perak, Che Wan Muhammed Salleh Wan Adnan dalam satu kenyataan hari ini berkata, mereka yang telah mendaftar pada tarikh tersebut diminta untuk menyemak nama di tempat-tempat berikut iaitu pejabat Pilihan Raya Negeri Perak, Pejabat Pos, Pejabat Penghulu dan pejabat-pejabat daerah.

    Tempoh pameran selama seminggu bermula Selasa depan (20 - 26 Oktober 2009), katanya.

    Katanya sebarang pertanyaan boleh menghubungi pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri Perak di nombor telefon 05-2494113, 05-2494120 dan 05-2494121.

    —BERNAMA

  9. #9
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    JLKN panggil 20,000 peserta tamat tempoh penangguhan

    16/10/2009 12:43pm

    BALIK PULAU 16 Okt — Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan memanggil 20,000 pelatih yang telah tamat tempoh penangguhan mereka tahun ini bagi mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) siri tujuh tahun 2010.

    Ketua Pengarah JLKN Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata mereka merupakan pelatih yang memohon menangguhkan sesi latihan bermula 2004 kerana melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

    "Selain pelatih yang tamat tempoh penangguhan JLKN juga akan memanggil kesemua 6,800 pelatih sejak 2004 yang didapati engkar arahan untuk mengikuti siri latihan,” katanya kepada pemberita selepas sambutan Aidilfitri di Kem White Resort di sini hari ini.

    Abdul Hadi berkata seramai 140,000 pelatih akan mengikuti tiga sesi latihan bermula Januari 2010 di kesemua 83 kem latihan seluruh Malaysia.

    — BERNAMA

  10. #10
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    7 rumah musnah dalam kebakaran awal pagi

    16/10/2009 12:19pm

    IPOH 16 Okt — Lima sekeluarga daripada tujuh buah rumah tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Jalan Pasar Lama, Bagan Serai, 120 km dari sini awal hari ini.

    Pegawai Bomba Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Bagan Serai, Mohamad Rizan Adarusi berkata, kebakaran berlaku pada pukul 1.32 pagi, bagaimanapun semua penghuni terbabit berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan.

    Punca kejadian belum diketahui dan masih disiasat, tetapi anggaran kerugian berjumlah RM400,000, katanya ketika dihubungi hari ini.

    Katanya tujuh buah rumah diperbuat daripada kayu, dua daripadanya kosong, musnah 90 peratus ketika anggota bomba sampai ke tempat kejadian.

    Membabitkan 40 anggota bomba dan sukarela dengan tiga jentera berjaya memadamkan kebakaran itu sehingga pukul 4 pagi ini, katanya.

    —BERNAMA


  11. Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

 
+ Reply to Thread
Page 1 of 4 1 2 3 ... LastLast

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts