Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60 TenkoFX Crypto

+ Reply to Thread
Results 1 to 5 of 5
  1. #1
    ~ Aktifkan Dirimu!!! ~
    Join Date
    Apr 2008
    Location
    cheraxz
    Posts
    13,808
    alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold
    My Mood
    Happy
    Post Thanks / Like

    Najib bidas pihak tidak sabar 'talkinkan' Umno

    KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak membidas pihak yang tidak sabar "mentalkinkan" Umno sedangkan parti itu akan bangkit kembali sebagai organisasi yang lebih kuat dan berpadu selepas menghadapi cabaran.

    Presiden Umno itu berkata, sejak selepas pilihan raya umum ke-12 lalu, musuh politik Umno telah mula meramalkan kejatuhan parti berkenaan tetapi perkara itu bukan pertama kali berlaku.

    "Kata mereka, Umno sudah nazak dan hanya menanti waktu. Jangkaan ini juga dibuat apabila Parti Kemerdekaan Tanah Melayu dan Parti Islam seMalaysia tertubuh akibat perpecahan dalam Umno," katanya.

    Dalam ucapan dasar sulungnya sebagai Presiden Umno pada Perhimpunan Agung Umno 2009 hari ini, Perdana Menteri berkata telahan juga dibuat selepas tragedi 13 Mei 1969 apabila kerajaan Perikatan kehilangan majoriti dua pertiga apabila banyak calon Umno tewas.

    Katanya, andaian sebegini juga dibuat selepas pemilihan Umno 1987 dan kemudiannya apabila terbentuk Parti Melayu Semangat 46 dan dicanang pada pilihan raya umum 1999.

    "Hakikatnya setiap generasi kepimpinan Umno menghadapi cabaran yang tersendiri sesuai dengan masa dan zaman. Alhamdulillah, setiap cabaran berjaya diatasi dengan perpaduan dan semangat yang kental," katanya.

    Merujuk keputusan pilihan raya umum ke-12 lalu, Najib berkata rakyat telah memberi mesej yang jelas kepada Umno dan justeru itu, Umno sedar dan insaf untuk berubah.

    "Kita tahu rakyat masih sayangkan Umno. Apa yang mereka inginkan hanyalah agar Umno berubah. Nyatanya, kita mendengar hasrat rakyat ini. Kita akan berubah," katanya.

    Apa yang pasti, beliau berkata kelangsungan parti itu begitu penting bukan untuk pemimpin Umno tetapi untuk bangsa, agama, negara dan rakyat.

    Katanya, jika semua pemimpin dan anggota Umno bersatu hati, tekad dan membulatkan usaha, maka mereka akan berupaya bersama-sama menghadapinya serta tidak pernah gagal melakukan sesuatu tindakan hanya kerana ianya sukar.

    "Sesungguhnya amanah besar ini tidak boleh dipikul oleh seseorang. Ia perlu dijinjing oleh satu jemaah, satu barisan yang tersusun rapi," katanya.

    Najib berkata, perjuangan Umno adalah betul dan yakin ia perjuangan yang benar.

    "Kitalah Umno, satu-satunya parti yang membawa obor harapan dan mampu meneroka masa depan penuh gilang-gemilang walau apa pun dugaan dan rintangan," katanya disambut tepukan gemuruh daripada perwakilan, pemerhati dan hadirin pada perhimpunan itu.
    PAMM 120x600

  2. #2
    Kasi Sembat..!
    Join Date
    Mar 2006
    Posts
    6,322
    mattop has much to be proud of mattop has much to be proud of mattop has much to be proud of mattop has much to be proud of mattop has much to be proud of mattop has much to be proud of mattop has much to be proud of mattop has much to be proud of mattop has much to be proud of
    Post Thanks / Like
    cam ner bacaan talkin dia yek... hehehhe

  3. #3
    Pappa
    Guest
    kena mandi n kaffan kan dulu la sblm talkin...

  4. #4
    Glory Glory United
    Join Date
    May 2009
    Location
    Ampang Ulu Kelang
    Posts
    2,648
    royce5061 has a spectacular aura about royce5061 has a spectacular aura about royce5061 has a spectacular aura about
    My Mood
    Busy
    Post Thanks / Like
    baca talkin lepas dikuburkan,... :003:

  5. #5
    Glory Glory United
    Join Date
    Mar 2007
    Posts
    21,922
    Ejal_Kronik has a brilliant future Ejal_Kronik has a brilliant future Ejal_Kronik has a brilliant future Ejal_Kronik has a brilliant future Ejal_Kronik has a brilliant future Ejal_Kronik has a brilliant future Ejal_Kronik has a brilliant future Ejal_Kronik has a brilliant future Ejal_Kronik has a brilliant future Ejal_Kronik has a brilliant future Ejal_Kronik has a brilliant future
    My Mood
    Yeehaw
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    talkinkan dulu bini dia tuh...:012:

    31 Dec 2009 genap 15000 posting di NG

    bila nak cecah 30k ni

  6. The Best Spread 468x60ms

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts