Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60 TenkoFX Crypto

+ Reply to Thread
Results 1 to 2 of 2
  1. #1
    ~ Aktifkan Dirimu!!! ~
    Join Date
    Apr 2008
    Location
    cheraxz
    Posts
    13,808
    alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold
    My Mood
    Happy
    Post Thanks / Like

    8 aktivis siswa hadapi tindakan UM

    Setelah ditangguhkan kelmarin, perbicaraan terhadap lapan aktivis pelajar Universiti Malaya (UM) yang dituduh membawa masuk dua ahli politik pembangkang ditetapkan Selasa depan.

    Kali ini, prosiding melibatkan anggota dan pemimpin Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) dan Persatuan Bahasa Cina UM (PBCUM) itu akan berjalan di fakulti kejuruteraan universiti itu pada jam 10.30 pagi.

    Muhammad Haafizuddin Abererah dan Abu Ubaidah Amir Abdul Malik dituduh membenarkan setiausaha kepada menteri besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad melibatkan diri dalam aktiviti pertubuhan itu.

    Pada 16 Mac lalu, Nik Nazmi menyampaikan ucapan perasmian mesyuarat agung persatuan tersebut selepas diseludup masuk ke kampus dengan motosikal seorang mahasiswa setelah kenderaannya dihalang.

    Manakala enam aktivis PBCUM yang enggan nama mereka didedahkan dituduh mengundang exco kanan Selangor, Teresa Kok dan ahli jawatankuasa pusat MCA Wong Nai Chee mengadili satu program debat, bulan lalu.

    Aktivis-aktivis PBCUM itu terlibat menganjurkan pertandingan debat dalam bahasa Cina berjudul 'Antara Pakatan Rakyat dan BN: Yang Mana Lebih Menggelisahkan?'

    Dua lagi pemimpin politik - wakil rakyat DAP Teoh Nie Ching dan seorang pemimpin MCA Selangor, Victor Gu - pula terlibat pendebat di acara itu yang dihadiri kira-kira 1,000 orang.

    Notis terbaru bertarikh 13 Oktober kepada kelapan-lapan pelajar terlibat dikeluarkan oleh sekretariat jawatankuasa tatatertib pelajar UM.

    Jika dibuktikan bersalah, mereka masing-masing boleh dikenakan tindakan, antaranya diberi amaran keras, denda tidak melebihi RM200, digantung atau dipecat daripada universiti berkenaan.

    Jika gagal hadir ke perbicaraan tersebut, mereka boleh dikenakan tindakan penggantungan serta-merta.

    Muhammad Haafizuddin dan Abu Ubaidah ketika dihubungi Malaysiakini hari ini berkata, mereka akan terus berjuang mempertahankan diri kerana mengaku tidak bersalah.

    Isnin lalu, kelapan-lapan pemimpin tersebut dilaporkan kecewa setelah perbicaraan itu ditangguhkan mendadak setelah lebih sejam menunggu.

    Sementara itu, Nik Nazmi pula menyindir UM yang diiktiraf kembali sebagai sebuah daripada 200 universiti terbaik di dunia ekoran tindakan disiplin tersebut.

    Adalah menjadi sesuatu yang merugikan bagi sebuah universiti seperti UM yang diterima kembali sebagai salah sebuah 200 universiti terbaik dunia dalam senarai pendidikan tinggi Times berkelakuan seperti ini, katanya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau, juga ADUN Seri Setia, menggesa UM menarik balik pertuduhan terhadap semua pelajar dan meminta Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin campur tangan dalam isu tersebut.
    Trade_on_STP_accounts-ENG_160x600

  2. #2
    Kasi Sembat..!
    Join Date
    Mar 2006
    Posts
    6,322
    mattop has much to be proud of mattop has much to be proud of mattop has much to be proud of mattop has much to be proud of mattop has much to be proud of mattop has much to be proud of mattop has much to be proud of mattop has much to be proud of mattop has much to be proud of
    Post Thanks / Like
    adussss... kesian diorang...

  3. The Best Spread 468x60ms

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts