Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

The Best Spread 468x60ms Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

+ Reply to Thread
Results 1 to 2 of 2
  1. #1
    Banned
    Join Date
    Jan 2008
    Location
    masjidtanah,melaka-gemas,n9-rajachulan,KL-Kajang
    Posts
    2,920
    akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    Bob Lokman: Kumpulan 'Sepah' tak boleh pergi jauh...

    JURI baru 'Raja Lawak' musim ke-4, pelawak Bob Lokman mempunyai pengamatannya tersendiri tentang semua Juara-juara Lawak di musim lalu.

    Bagi Bob, Juara-juara Raja Lawak seperti Nabil, Yus dan juga kumpulan Sepah hanya berjaya menjadi 'Raja Lawak' pada malam itu saja.

    "Pelawak-pelawak ini berhadapan dengan masa depan 'yang tidak ada EPF' dan 'income'. Bagi saya, kumpulan Sepah tidak boleh pergi jauh sebab mereka berkumpulan. Yusri pula pada hakikatnya akan menghadapi kesukaran untuk 'survive' di dalam industri yang menitikberatkan kecantikan.

    "Nabil boleh pergi jauh seandainya dia bijak memilih peluang dengan betul. Selepas Nabil menang Raja Lawak, dia tidak dapat mempamerkan kehebatannya. Saya tak salahkan dia. Semua ini sebab penerbit. Penerbitlah yang banyak menghancurkan pelawak-pelawak seperti Nabil.

    Kata Bob, ramai penerbit hanya ghairah mengambil kesempatan atas Nabil, menyuruh dia melakukan apa yang pernah dia lakukan sebelum ini.

    PELAWAK 'OVERUSED'

    "Hakikatnya pelawak seperti Nabil akan 'overused'. Pelawak juga sama seperti pelakon. Bila tidak ada idea-idea baru, karektor baru atau input dari penerbit, habislah. Penerbit macam ni lah yang menjahanamkan bakat pelawak muda," kata Bob lagi.

    Namun, ketika ditanya apa yang boleh dilakukan agar keadaan tersebut tidka akan berulang pada Juara Lawak musim baru, Bob berkata, ianya di luar bidang kuasanya.

    "Cuma saya akan mengajar pelawak-pelawak baru ini bagaimana hendak buka mulut dan berbincang dengan pengarah dan menggunakan situasi untuk mendapatkan impak lawak yang maksima. Tanpa memahami situasi, pelawak akan 'fail'," kata Bob lagi.

    TERUJA BERGANDINGAN DENGAN AFDLIN DAN DIN BERAMBOI

    Menurut Bob lagi, dia agak teruja bergandingan dengan dua sahabatnya, Afdlin Shauki dan Din Beramboi di Raja Lawak musim baru ini.

    "Kedua mereka ada kekuatan tersendiri. Afdlin bijak dan Din pula ada caranya yang boleh buat orang ketawa. Dan saya ada penampilan saya sendiri," kata Bob yang mula dikesan bakat lawaknya pada tahun 1995 sewaktu drama komedi 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu.'

    Kata Bob, dia banyak terhutang budi kepada pengarah komedi tersohor Othman Hafsham yang banyak membantunya.

    "Dalam apa bidang sekalipun kita kena berguru. Guru yang akan mengajar kita teknik-teknik lawak yang betul. Walaupun kita boleh pukul orang, dalam keadaan tertentu kita perlu tahu hendak pukul macam mana. Teknik itu yang perlu kita belajar.

    "Kadangkala dengan satu perkataan saja, kita akan buat orang ketawa selama beberapa saat. Tapi kadang kala bila kita buat lawak, orang langsung tidak ketawa. Ekspresi setiap ayat itu penting. Punchline itu yang akan membuat orang ketawa pada kita," kata pelawak senior yang berusia 45 tahun ini.

    Bob berharap pencarian Raja Lawak kali ini akan membuahkan hasil yang positif.

    Sebelum mengakhiri perbualan, Bob berpesan kepada semua peserta dan Juara Raja Lawak agar bijak memilih peluang "kerana implikasinya berat."

    "Lihat saja Mawi. Bila tak betul atur strategi kariernya, perjalanan kariernya jatuh dengan cepat. Semua ni kerana pengurusan tak betul.

    "Kalau dia yang menguruskan kariernya sendiri, maknanya dia tidak pandai. Kalau dia ada pengurusan maknanya pengurusan dia gagal,"kata Bob.

    Kata Bob lagi, saat yang paling 'sedih' bagi setiap Juara apabila dijemput menjadi bintang undangan saja dan bukan sebagai 'the main star'.

    "Saya ingin mencari pelawak yang spontan, boleh memenuhi selera orang ramai dan tahu reflek dalam apa jua keadaan dan situasi. Ini penting kerana dalam keadaan tertentu jika dia tidak kenal kita, dia tahu nak buat lawak macam mana," jelas ayah kepada lima orang anak ini.

    Sambungnya lagi, pelawak hanya ada peluru tapi tak ada senjata.

    "Penerbit lah yang sepatutnya bagi senjata itu. Maksudnya beri direction, skrip yang bagus. Jangan asyik ambil kesempatan tetapi tidak fikir implikasinya," kata Bob yang agak sibuk kebelakangan ini dengan aktiviti lakonan.
    Estonian Forex 160x600en

  2. #2
    ~ Aktifkan Dirimu!!! ~
    Join Date
    Apr 2008
    Location
    cheraxz
    Posts
    13,808
    alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold
    My Mood
    Happy
    Post Thanks / Like
    abis bsepah la nnt:011:

  3. TenkoFX Crypto

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts