Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

The Best Spread 468x60ms TenkoFX Crypto

+ Reply to Thread
Results 1 to 9 of 9
  1. #1
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [15/10/2009] : BERITA HARIAN | Berita2 Semasa

    Pelajar kita antara tiga maut nahas di India

    SALEM (Chennai): Seorang pelajar perubatan tahun tiga dari Malaysia, Fatimatussolihah Aziz dan dua rakannya warga India, terbunuh apabila kereta yang dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah bas ketika dalam perjalanan pulang ke rumah sewa mereka, petang kelmarin.

    Pemandu kereta yang hanya dikenali sebagai Dr Sabree dan seorang lagi warga India, R Sree Kumaran, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi pelajar warga India, Dr Mohseen, cedera parah dalam kemalangan itu.

    Fatimatussolihah, 22, berasal dari Kuala Terengganu, sedang mengikuti pengajian di Vinyaka Mission Dental College di Salem, 400 kilometer (km) dari Chennai.

    Kemalangan itu berlaku apabila pelajar berkenaan dalam perjalanan pulang ke rumah sewa mereka yang terletak kira-kira 20km dari kolej itu, apabila sebuah bas penumpang tiba-tiba merempuh bahagian belakang kenderaan mereka.

    Kaunselor Pendidikan Malaysia yang berpusat di Chennai, Khairudin Abdullah, berkata Pejabat Konsul Besar di Chennai sedang melakukan persiapan untuk membawa pulang jenazah Fatimatussolihah ke Malaysia.

    Mayat itu dibawa ke Bangalore, iaitu lapangan terbang yang paling hampir, dan diterbangkan ke Malaysia lewat malam tadi.
    PAMM 120x600
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  2. #2
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Semua wajar hayati ucapan dasar Presiden: Veteran Umno



    KUALA LUMPUR: Veteran Umno menyifatkan ucapan dasar Datuk Seri Najib Razak satu pembaharuan yang menuntut perhatian dan dihayati oleh semua ahli Umno dan rakyat berbilang kaum di negara ini.

    Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail, berkata beliau yakin ucapan Presiden Umno akan sampai kepada akar umbi untuk diterjemahkan dengan sebaik mungkin.

    "Saya tertarik dengan ucapan sulung Najib, saya rasa ucapannya akan sampai ke bawah dan ini patut diterjemahkan kepada semua bangsa.


    "Ia ucapan untuk menjelaskan perjuangan Umno bersama rakan komponen Barisan Nasional (BN) demi kepentingan rakyat," katanya ketika ditemui selepas Najib menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno di sini hari ini.

    Bekas Menteri Pertanian, Tan Sri Sanusi Junid, berkata ucapan dasar Presiden Umno itu sarat dengan pelbagai makna dan amanah yang perlu dipikul oleh ahli dan kepimpinan parti.

    "Ucapan dasar yang kena pada tempatnya, kerana sebelum ini rakyat menuduh pemimpin Umno sombong dan pemimpin Umno perlu mengambil iktibar.

    "Ahli Umno juga tidak boleh menggunakan parti ini sebagai landasan untuk mencari makan dan perlu memberi keutamaan kepada rakyat," katanya.

    Sementara itu, Bekas Ketua Pemuda, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, berkata ucapan Najib adalah ucapan dasar yang hebat dan istimewa dalam sejarah Umno abad ini serta dapat menyemarakkan semula perjuangan orang Melayu.

    "Nasihat Presiden dan isu dibangkitkan amat relevan dan berharap ia menular serta dihayati hingga ke bawah. Insya-Allah jika ini dihayati, maka kita akan melihat kebangkitan Umno selepas ini," katanya.

    Bekas Ketua Wanita, Datuk Seri Dr Zaharah Sulaiman, berkata ramai perwakilan Wanita tersentuh dengan ucapan dasar Presiden yang menggesa ahli Umno berjuang dengan ikhlas untuk agama, bangsa dan negara.

  3. #3
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Liow dilantik Timbalan Presiden MCA



    KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pusat MCA yang bermesyuarat hampir lima jam sejak jam 1 tengah hari tadi memutuskan untuk melantik Datuk Seri Liow Tiong Lai timbalan presiden parti.

    Perkara itu dimaklumkan ahli jawatankuasa itu, Datuk Chai Kim Sing.

    Sementara itu, Jawatankuasa Pusat MCA menyerahkan kepada Presiden parti, Datuk Seri Ong Tee Keat, untuk membuat keputusan sendiri berhubung hala tuju politiknya.

  4. #4
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Tee Keat arah panggil EGM baru putuskan pemilihan



    KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat mengarahkan Setiasusaha Agung parti itu memanggil satu lagi Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bagi memutuskan sama ada perlu diadakan pemilihan baru.

    Keputusan itu diumumkan menerusi laman blog Menteri Pengangkutan itu sebaik selesai mesyuarat Jawatankuasa Pusat (CC) MCA selama lebih empat jam di Wisma MCA, sebentar tadi.

  5. #5
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    H1N1: Tiada kes ke ICU



    KUALA LUMPUR: Tiada kemasukan baru pesakit influenza A(H1N1) ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dilaporkan hari ini manakala seorang pesakit di ICU sudah dibenarkan keluar.

    Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican, berkata bilangan mereka yang menghidap penyakit seakan influenza (ILI) di seluruh negara adalah 699 orang.

    Beliau berkata, daripada jumlah kes ILI yang sedang dirawat, hanya 28 pesakit adalah kes influenza A (H1N1) yang disahkan dan lima daripada mereka dirawat di ICU.


    Jumlah kematian kekal 77 orang. - Bernama

  6. #6
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Pembangkang akan hadiri sidang DUN Perak



    IPOH: Pakatan pembangkang di Perak yang sebelum ini berhasrat memulau persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu pada 28 Oktober ini dengan alasan notis oleh Speaker, Datuk R Ganesan, adalah tidak sah, mengubah pendirian dan akan menghadirinya berdasarkan notis yang dikeluarkan bekas Speaker, V Sivakumar.

    Jurucakap pembangkang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, memberitahu pemberita di sini hari ini bahawa keputusan untuk hadir dibuat setelah mereka menerima notis daripada Sivakumar semalam memaklumkan persidangan itu akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat yang sama.

    Katanya, pakatan pembangkang masih mengiktiraf Sivakumar sebagai Speaker DUN Perak dan mereka akan mematuhi notis yang dikeluarkannya.


    Pada masa sama, katanya, mereka meminta Ganesan menarik balik notis dikeluarkannya kerana mendakwa arahan itu tidak sah.

    Ditanya sama ada akan berlaku perebutan kerusi Speaker pada persidangan itu nanti, Mohammad Nizar berkata semua pihak perlu "tunggu dan lihat" kerana beliau tidak dapat meramal apa yang akan berlaku nanti.

    Mohammad Nizar berkata, pucuk pimpinan Pas Perak tidak akan menghadiri pelancaran 1Malaysia di Stadium Perak pada Ahad ini kerana majlis itu berlangsung pada tarikh dan masa yang sama dengan jamuan Aidilfitri anjuran Pas di Batu Gajah.

    Katanya, parti itu telah merancang majlis berkenaan lebih awal dan ia tidak boleh ditangguhkan.

    Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, baru-baru ini menjemput rakyat pelbagai kaum termasuk penyokong pakatan pembangkang di negeri itu supaya datang beramai-ramai ke pelancaran 1Malaysia oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. - Bernama

  7. #7
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Polis jelaskan anak ahli politik hanya saksi



    KUALA LUMPUR: Anak seorang ahli politik negara yang dipanggil memberi keterangan berhubung satu kes curi barangan kemas bernilai RM25,000 baru-baru ini hanya tampil sebagai saksi bagi membantu siasatan, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bandaraya, Datuk Ku Chin Wah.

    Beliau berkata, remaja perempuan berumur 18 tahun itu dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras beberapa hari lalu dan siasatan mendapati beliau tidak terbabit dalam kes curi itu.

    "Dia hanya jadi saksi bagi membantu siasatan kepada kes curi yang membabitkann dua rakan kolejnya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini hari ini.


    Beliau mengulas laporan sebuah akhbar tabloid berbahasa Inggeris yang mendakwa anak perempuan seorang ahli politik bersama dua rakannya ditahan kerana terbabit dalam kes curi barangan kemas bernilai RM25,000 sebelum menjualnya di sebuah kedai emas.

    Ku berkata kes curi itu berlaku pada bulan lepas di sekitar Cheras dan anak ahli politik tersebut dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan.

    Katanya, polis akan menjalankan siasatan seperti biasa dan ia tidak akan mempengaruhi siasatan walaupun bapanya seorang ahli politik.

    "Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan," katanya.

    Sementara itu, merujuk kepada kejadian tetak anggota polis oleh seorang lelaki tidak dikenali di kawasan letak kereta di Hospital Kuala Lumpur (HKL) Selasa lepas Ku berkata, konstable itu masih berada di hospital dan keadaannya stabil.

    "Kami belum ambil keterangan daripada dia dan kes ini akan disiasat dari pelbagai sudut termasuk tidak menolak kemungkinan membabitkan kejadian samun atau dendam," katanya. - Bernama

  8. #8
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Bayi 29 hari antara yang maut dalam nahas di LPT



    KUANTAN: Dua termasuk seorang bayi lelaki berusia 29 hari maut sementara dua lagi cedera parah selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas lalu melanggar kepala jambatan di KM237.7 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat sini, hari ini.

    Bayi berkenaan, Mohd Harith Iman Abdul Razak, dan bapa saudara angkatnya, Mohd Yusof Noor Shafik Saat, 23, yang berasal dari Kampung Ketengah Jaya, Dungun meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala

    Dua yang cedera parah pula ialah Nor Hasliza Saat, 29, yang juga ibu angkat kepada bayi tersebut dan adik bongsunya, Noor Atiqah Hazwani Saat, 21.


    Mereka kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk menerima rawatan lanjut.

    Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Pemangku Supt Zulkifli Taha, berkata dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, kereta jenis Perodua Myvi dipandu Mohd Yusof sedang dalam perjalanan menghala ke Kuala Lumpur dari Jabor, Kemaman.

    "Setiba di tempat kejadian kereta terbabit dipercayai terbabas lalu melanggar kepala jambatan sebelah kiri jalan sebelum ia berpusing ke kanan jalan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

    Sementara itu, suami Nor Hasliza, Tengku Hamizi Tengku Husin, 29, ketika ditemui di bilik mayat HTAA berkata, beliau terkejut apabila menerima panggilan daripada isterinya yang menyatakan dia terlibat dalam kemalangan.

    "Suaranya lemah dan terketar-ketar, saya terus bergegas dari Kuala Lumpur ke Kuantan untuk melihat situasi dia, anak angkat kami dan dua adik ipar saya," katanya.

    Katanya, beliau mengambil Mohd Harith Iman sebagai anak angkat ketika berusia tiga hari selepas tidak dikurniakan anak sejak berkahwin lapan tahun lalu. - Bernama

  9. #9
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Deepavali peluang kukuh hubungan kaum: Najib



    KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata perayaan Deepavali yang akan disambut Sabtu ini ketika umat Islam masih menyambut Hari Raya Aidilfitri adalah peluang keemasan bagi mengukuhkan hubungan antara kaum dalam erti kata semangat 1Malaysia.

    Sambil mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada kepada semua kaum India beragama Hindu di negara ini, Perdana Menteri berkata sudah menjadi kelaziman bagi kaum India menyambut sahabat handai rakyat Malaysia daripada kaum lain dengan tangan terbuka di majlis rumah terbuka.

    "Dengan ini memberi peluang kepada semua untuk beramah mesra antara satu sama lain di samping menikmati juadah kaum India seperti jalebi dan marukku dengan perasaan saling hormat menghormati, harmoni dan muhibah," kata beliau melalui laman blognya www.1Malaysia.com.


    Najib berkata, beliau amat menanti-nantikan majlis rumah terbuka Deepavali yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Sabtu ini, setelah mendapat sambutan yang sungguh hangat lagi mesra daripada masyarakat India Malaysia pada tahun ini.

    "Ini sekali gus, mengingatkan saya tentang lawatan berjalan kaki di Brickfields, Kuala Lumpur, di mana saya gemar sekali mengingati perbualan saya dengan peniaga-peniaga di situ sambil menghirup segelas teh o ais limau yang sungguh menyegarkan.

    "Paling akhir, saya amat berbesar hati menerima undangan ke kuil Hindu di Batu Caves. Di sana, saya perhatikan rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang kebudayaan mengambil bahagian dalam Karnival 1Malaysia Batu Caves yang julung-julung kali diadakan.

    "Saya harap lebih banyak perayaan masyarakat kita yang pelbagai ini dapat dianjurkan," katanya. - Bernama


  10. Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts